Saturday, June 02, 2012

Aku Bukan Avengers

bismillah...


Dalam daurah masa zaman student dulu selalu penceramah ulang kata-kata seorang pakcik X berkaitan tsabat atau komitmen atas jalan dakwah. Pakcik X cakap "ana tak percaya antum boleh tsabat selagi belum grad. Kalau dah grad, ana tak percaya selagi belum kerja. Kalau dah kerja, ana tak percaya selagi belum kahwin. Kalau dah kahwin, ana tak percaya selagi belum ada anak. Kalau ketika antum dah berkeluarga masih komited dengan dakwah dan tarbiyah, insyaAllah ketika tu ana percaya kepada antum."

Aku sekarang baru kat fasa ketiga. Kerja.

Memang betul, memang susah nak komit bila dah berkerjaya. Komitmen kerja menguras tenaga seharian. Yang ada hanya masa malam. Dan kita pergi ke usrah dengan muka tension, lembik, mengantuk dan bosang bak kata orang ganung. Kerana masa bertenaga kita telah dicurahkan ke beban kerja yang tak pernah habis. Dan kalau kita membawa usrah, kita memandang muka adik-adik yang dahagakan pencerahan dengan muka seposen meminta simpati agar "janganlah semangat sangat, kita habiskan usrah ni seawal mungkin!"

Banyak cerita-cerita yang tak menarik untuk diberitahu tentang Avengers yang bersemangat ketika alam pengajian namun longlai ketika memasuki alam pekerjaan. Aku bukan nak melemahkan semangat para Al-Fateh yang sedang menuntut ilmu di medan ideal. Aku hanya ingin mereka lebih realistik dengan dunia nyata yang indah khabar dari rupa. Aku bukan Iron Man ketika zaman universiti, dan bukan pula Hulk mahupun Thor. Tapi di mana Thor, Hulk dan Iron Man sekarang? Mereka sibuk. Bukan sibuk menyelamatkan manusia yang diancam makhluk pengganas tapi sibuk bekerja mencari secicip rezeki di muka bumi yang luas ini. 

Aku ni memang banyak cakap dan banyak berteori. Macam bagus je.


Aku bukan The Avengers. Dulu, kini dan mungkin selamanya. Tapi aku sayangkan dakwah ini. Aku cintakan dakwah ini sejak hari pertama aku dipertemukan dengannya. First love never dies. Aku sayangkan ikhwah dan akhawat. Mungkin aku tak sepower mereka. Banyak kelemahan yang sebenarnya mungkin menjadi beban kepada kafilah dakwah ini. Doakan aku istiqamah...

=_="

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template