bismillah...
Ikhwah: Ana tengok student perempuan kat uitm perlis ni banyak yang baik-baik sekarang.
Aku: Kenapa, sebelum ni banyak yang teruk-teruk ke?
Ikhwah: Takdela, sebelum ni nampak ramai jugak yang free hair dan pakai tak tutup aurat.
Aku: Owh, taktau pulak. Ana baru je kat sini. Erm, apa indicator enta cakap student perempuan sekarang banyak yang baik-baik?
Ikhwah: Err..ana tengok ramai je yang pakai elok-elok dan pakai stoking tangan dan kaki.
Aku: Itu je?
Ikhwah: Lebih kurang la..
Aku: Emm...enta tau tak, sebenarnya mungkin betul atau mungkin jugak salah analisis enta tu. Dalam remote sensing, ana belajar image classification.
Ikhwah: Image classification? Camne tu?
Aku: Katakan kita ada satu imej satelit. Kita nak kelaskan bangunan, tanah, kawasan hutan, air etc kepada kelas-kelas yang berbeza supaya memudahkan kita untuk buat apa-apa analisis.
Ikhwah: Jadi, apa kaitan dengan analisis ana pasal student perempuan tadi?
Aku: Ok. Bila kita nak buat image classification, yang penting adalah apakah teknik yang kita nak guna. Ada banyak teknik. Yang biasa digunakan dan ana nak kaitkan dengan perkara ni ialah classification menggunakan teknik maximum likelihood.
Ikhwah: Hah?! Apa pulak mende ni?
Aku: Hehe. Maximum likelihood ni mengkelaskan setiap pixel dalam imej satelit menggunakan probability atau kebarangkalian based kepada Bayes' Theorem. Ok, cakap banyak pun tak guna. Payah nak faham. Hehe
Ikhwah: Tau takpe. Teruskan kepada perkaitan antara benda alah ni dengan analisis ana tadi.
Aku: Ok2. Jadi, sebelum kita classify imej satelit tadi menggunakan maximum likelihood classifier, kita akan pilih set of training areas as a sample. Then kira likelihood function of the training areas menggunakan set of algorithm. Daripada likelihood function ni, maximum likelihood classifier ni akan classify semua pixel dalam imej yang mempunyai kesamaan atau kemiripan (maximum similarity) dengan likelihood function tadi menjadi satu kelas yang sama.
Ikhwah: Ana pening. Apa kaitannya? Hehe
Aku: Patutnya enta tanya, pixel yang tak similar camne? Senang ana nak terangkan. Hehe
Ikhwah: Ok2, pixel yang takde kaitan pulak camne? Adakah diabaikan?
Aku: Haha. Bagus. Berbalik kepada analisis enta berkaitan student perempuan ramai yang baik-baik dah sekarang ni. Sebenarnya, analisis enta ni based kepada perubahan parameter yang mana mengubah jugak conditional probability untuk kesuluruhan masalah.
Ikhwah: Haha. Bertambah pening lagi ada la.
Aku: Saja bagi enta pening. Ok, ana permudahkan.
Ikhwah: Haa, camne?
Aku: Ok, bayangkan ada sebuah bekas ada berpuluh-puluh biji guli berwarna-warni. Ana suruh enta cari guli berwarna merah. Apa enta akan buat?
Ikhwah: Ana akan cari la guli kaler merah.
Aku: Apa yang enta buat pada guli selain warna merah? Abaikan, betul tak?
Ikhwah: Boleh kata camtula. Erm..betul jugak.
Aku: Jadi, kalau ana tambah banyak-banyak lagi guli yang kaler lebih kurang merah, camne?
Ikhwah: Ana akan lebih alert dan fokus pada guli kaler merah saja.
Aku: So, likelihood function enta ialah guli kaler merah. Jadi, otak enta menghantar isyarat kepada mata enta untuk fokus pada guli kaler merah sahaja. So, enta akan dapat guli kaler merah sahaja. Unless enta rabun warna, enta akan dapat warna hijau. Hehehe.
Ikhwah: Hehe. Jadi enta nak bagitau dulu training set ana ialah student free hair+tak tutup aurat dan sekarang student tudung labuh+pakai stoking?
Aku: Enta boleh fikir sendiri. Enta compute likelihood function tu based kepada kriteria tu then enta start classify student yang baik-baik dan student yang teruk-teruk.
Ikhwah: So, analisis ana salah ke?
Aku: Tak semestinya. Classification enta betul. Tapi adakah betul banyak student perempuan yang baik-baik sekarang jika nak dibandingkan dengan dulu? Dulu tak banyak?
Ikhwah: Err...
Aku: Kalau enta gunakan training set student perempuan tudung labuh+pakai stoking pada masa dulu, adakah enta akan dapat result yang sama seperti enta guna training set student perempuan free hair+tak tutup aurat?
Ikhwah: Ooo... tak sama. Faham2.
Aku: So sekarang, cuba enta tukar training set enta kepada student lelaki muka baik+kaki masjid, barulah nampak banyak mad'u untuk dihalaqahkan! haha
Ikhwah: Erk! Yelah2...hehe
Aku: Ok ah, ana nak pi masuk lab balik...
Ikhwah: Ok2
TAMAT
About Me
- ibnu yazid
- Taiping, Perak, Malaysia
- menulis untuk kurangkan stress dan tension
Label
- Bedah Buku (27)
- dari hati... (20)
- dari pena penulis... (74)
- Hadis (8)
- Hiburan Itu Indah (7)
- I Think (11)
- Islam dan Sains (3)
- isu-isu semasa Islam (15)
- Jihad (6)
- Karutan Ilmiah (12)
- ketidakpuasan hati (13)
- Lain-lain (25)
- Pembangun jiwa (15)
- pengalaman hidup (11)
- Self-Introspection (70)
- Sirah (4)
- suka hati aku nk tulis apapn (11)
- Tazkirah (34)
- Video (7)
- Video Tutorial (1)
Friday, January 14, 2011
Maximum Likelihood Classifier
shinobi
ibnu yazid
on
16:27
2
shuriken
jutsu Karutan Ilmiah
Wednesday, October 27, 2010
Halaqah Milo
Minum milo anda jadi sihat dan kuat!
Pergi halaqah iman anda jadi sihat dan kuat!

shinobi
ibnu yazid
on
14:57
4
shuriken
jutsu Karutan Ilmiah
Wednesday, September 15, 2010
Perutusan Syawal (Edisi lambat sket)
bismillah...
shinobi
ibnu yazid
on
22:11
2
shuriken
jutsu Karutan Ilmiah
Tuesday, May 18, 2010
Lompat Jangan Tak Lompat

shinobi
ibnu yazid
on
18:03
1 shuriken
Monday, May 10, 2010
Berita Penting
bismillah...
shinobi
ibnu yazid
on
04:13
0
shuriken
Wednesday, February 03, 2010
Oh Safiah!
bismiLlah...
Alhamdulillah. Dah lama tak jumpa. Akhirnya...
Teringat masa first year dulu. First day daftar, malam dah start halaqah. Huhu. Tak bagi chance langsung aku nak berehat. Malam tu ada huhahuha kat DSI, pastu aku blah. Baik aku dok kat MSI. Haha. Then, bincang2 halaqah fixkan hari rabu malam kul 11.
Aku dok kat ktdi, M16. Dah biasa jalan kaki malam2 lalu kat celah makmal FKA n FS. Murabbi tetapkan, kalau lambat seminit, pampin 1x. Baru taff. Keke~
Halaqah takde limit masa. Start wajib kul 11, habis...ikut suka murabbi la. Tak pernahnya habis awal. Lepas subuh baru balik bilik.
Yang bestnya, lepas halaqah, kami tong2 duit pastu dua orang nek moto gi beli roti canai kat safiah. Sorang singgit bleh dapat 2 keping sorang. Buat sahur, puasa sunat khamis. Dulu 50seng je.
Kenapa beli kat safiah? Ekceli, kuah sambal dia sedap. Aku mesti suh bungkus kuah sambal lebih setiap kali gi beli. Entah pelaris ape dia letak dalam tu pun aku taktau. Tapi memang sedap giler. Kira time fesyer dulu roti canai safiah ni memang jadi makanan ruji aku dah. Fesyer je. Sekenyer dan seterusnya dah tak lagi.
Tadi aku gi makan kat safiah lagi. Tiba-tiba rasa teringin nak makan sambal dia yang sedap tu. Tapi...kecewa sket. Dah tak sedap cam dulu. Rasa ntahpapeje. Mungkin orang lain yang buat. Masing-masing ada selera sendiri. Aku sebagai pelanggan terpaksala terima hakikat yang sambal roti canai safiah dah tak sedap seperti dulu. Uwaaa~
Inilah kisah safiah. Hehe~
p/s jgn rasa tertipu..ngee~
p/s1 saja gn bahasa ori
p/s2 tetibe aku rasa rindu kat member2 halaqah dlu..
p/s3 roti canai safiah dah harga 70kupang. adoiyaii..
shinobi
ibnu yazid
on
23:57
4
shuriken
jutsu Karutan Ilmiah
Tuesday, November 03, 2009
Lagenda Z
Bismillah...
Sebenarnya sangat tertarik dengan sebuah entri seorang akhawat utm bertajuk kenapa awak kurus? Silalah baca untuk sama-sama introspeksi diri.
Sebab aku memang sedia kurus, jadi aku kurang berminat menggunakan analogi makanan walaupun pizza tu nampak macam sedap. Tapi aku ada sebuah motor Lagenda Z. Apakata guna analogi motor aku pulak. Hehehe...
Aku seorang mat rempit yang merempit pergi usrah
Ingat lagi semasa praktikal kat Agensi Nuklear Malaysia, Bangi. Aku menumpang rumah sewa kawan aku di Sg. Merab. Tempat praktikal plak lebih kurang 20 km dari rumah. Minggu pertama kawan aku yang tolong hantarkan. Kemudian, minggu berikutnya aku balik ke JB. Naqib aku telah memberi pinjam motor beliau (ketika tu aku masih takde motor). Alhamdulillah. Oleh kerana tempat praktikal yang jauh bukanlah alasan untuk tidak berusrah, maka terpaksalah mencari usrah yang berdekatan. Akhirnya diberitahu supaya berusrah di Seri Kembangan. Dekat dengan Stesen Komuter Serdang. Dekat sangat. Seberang jalan je. Tapi kalau dari Sg. Merab agak jauh jugak la.
Aku juga masih ingat, selepas mengambil motor di rumah naqib, lebih kurang 3 petang aku bergerak menunggang motor ke Shah Alam sebab ada program di sana. Sampai lebih kurang pukul 10 malam. Kemudian first usrah adalah di Taman Setapak Indah (dekat je dengan rumah Hafizul). Aku bertolak dari Sg. Merab pukul 6 petang tapi sampai sana pukul 1030 malam. Tersesat di tengah-tengah bandaraya KL. Jenuh bertanya dan try&error baru berjaya sampai ke lokasi pertemuan. Kemudian usrah mingguan berjalan macam biasa di Serdang. Kemudian lepas balik dari tempat praktikal biasanya aku terus ke UKM, "memancing ikan". Alhamdulillah beberapa ekor "ikan" yang dipancing telah aku serahkan kepada Hussaini untuk dibela. Harap-harap dah besar dan boleh beranak dah ikan-ikan tu. Hehehe...
Semuanya dengan motor yang dipinjamkan sebentar oleh naqib aku. Begitu berjasanya motor tersebut kepada aku.
Ok. Sebab tu kali ni versi yang tidak straight-to-the-point langsung. Entah ke mana menghabannya (tak pasti adakah perkataan ini ada dalam bahasa melayu). Berapa banyak minyak petrol dan duit dah digunakan untuk semua perjalanan tu. Dah la ketika tu minyak tengah naik. RM2.70.
Motor, kalau tidak diisi minyak petrol pasti tidak dapat bergerak. Jika diisi dengan minyak diesel pasti enjinnya akan rosak. Jika tidak diganti minyak hitamnya pasti jangka hayatnya berkurang. Jika tidak dijaga rantainya, dibiarkan berkarat, pasti akan putus. Jika tidak dicuci, digilap, dibasuh, pasti akan pudar warnanya dan hilanglah serinya. Orang yang menghargai motornya tidak hanya menjaga sisi luaran sahaja tetapi turut menjaga komponen-komponen dalamannya.
Begitulah manusia. Jiwa yang tidak diisi rohaninya akan mati. Ilmu mengenal Allah ibarat minyak petrol yang terbakar di dalam jiwa untuk menggerakkan amal-amal kebaikan secara berterusan. Sebaliknya jiwa yang terus diisi dengan pelbagai kemungkaran dan kemaksiatan seperti minyak diesel. Ia merosakkan enjin keseluruhannya. Begitulah komponen-komponen luar lainnya.
Ramai orang rajin membelai motornya (baca: nafsunya) tetapi lupa untuk membelai imannya. Hatinya meronta-ronta meminta diisi dengan ma'rifatullah sebaliknya diisi dengan maksiat kepada Allah. Ia mendengar rintihan motornya dahagakan minyak petrol namun tidak mendengar tangisan hatinya yang kebuluran ilmu dan kefahaman. Ia nampak secebis kekotoran pada motornya tetapi tidak nampak noda hitam yang berulat di dalam hatinya. Benarlah firman Allah swt;
Sebenarnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada. (QS Al-Hajj:46)
Ya Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang, ampunilah dosa-dosa atas keterlanjuran kami, kekurangan kami dan kealpaan kami. Berikanlah kami hidayahMu, tunjuki kami jalanMu yang lurus. Tetapkan hati kami di atas jalan para hambaMu yang beriman dan bertaqwa. Berikanlah kami ilmu dan kefahaman. Berikan kami kekuatan untuk istiqamah dalam amal-amal kami. Amin Ya Rabbal 'Alamin.. Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
shinobi
ibnu yazid
on
09:19
8
shuriken
jutsu dari hati..., dari pena penulis..., Karutan Ilmiah, Self-Introspection, Tazkirah
Sunday, September 06, 2009
Suke Hati, Suker ati, yg Penting kita Hepi...
Bismillah...
Tulis post ni sambil dengar lagu Aboi. Memang sempoi giler. Dulu aku minat kumpulan Punk Rock ni. Suke hati, suke hati, yang penting kite hepi. Dengar 12 kali pun tak boring. Haha. Bila ingat zaman "kecik-kecik" dulu best sgt2. Rasa cm nk nek "time machine" kat RI [ade kt seblah pc aku ni] ni kembali ke zaman tu. Kengkadang boring gk asyik copy paste je dlm blog ni. Nak tulis tak reti. Idea byk tp xtau cmne nak "mengkertaskan" idea tu. Ada 2 benda yg aku slalu/suka buat. Habis masa aku kt 2 benda ni. Iaitu tido dan berfikir. Tido tu normal la kot. Semua org tido. Ada org 2 hari skali bru tido [ditujukan khas bt bdk2 arkitek]. Ada org tido dgn normal [8 jam normal la kot?]. Ada org tido sket sgt [2-3 jam tu dia dh rs lama]. Ada org tido lelap mata tp hatinya berjaga [golongan pendakwah yg terlalu sibuk fikir masalah umat]. Ada org tuuuu, overdose! Malam tido lps isyak. Bgn solat subuh. Tido balik smpi kul 12 dan seterusnya. [Ni utk org cm aku. Ngehehe..*pnh la].
"Dan kami jadikan tidurmu sebagai istirehat, dan Kami menjadikan malam sebagai pakaian, dan Kami menjadikan siangmu untuk mencari penghidupan." [78 : 9 - 11]
Berfikir plak mmg hobi aku. Setiap masa (kecuali time tido), ade je aku fikir. Bila tengok org, pakai kasut, berjalan, makan, mandi, ehem2, minum, baring, nek moto, etc mesti ada je benda terlintas (fathi ckp khotiroh.haha) dlm otak. Pastu otak aku akan mula menglinkkan peristiwa2 yg aku tgk, analisis, bt Z test, Chi Square test, ANOVA, elaboration, expanding and lost! Haha. Tp alhamdulillah, berfikir ni merupakan latihan supaya otak menjadi lebih aktif dan efektif. Jgn malas atau segan nak berfikir. Bkn kn bayar pn! Klu nk bayar, meh bayar kt aku. Huhu.
"dan pada dirimu sendiri, apakah kamu tidak memerhatikan?" [51:21]
Dalam al-Quran terlalu byk gesaan, suruhan dan arahan supaya berfikir. Allah suh tgk alam ciptaanNya, tadabbur al-Quran dan tgk diri sniri. Dah ada ke org yg cipta tangan dan jari yg mcm Allah bt ni? Prof Kevin Warwick yg pakar cybernetics tu pn tak reti bt. Aku lg la "ceroi pny kaki" [credits to Ust Shahril Long]. Hehe. Klu bleh aku nak jumpa Prof Warwick tu aku nk suh dia implan chip dlm primary nerve aku supaya apa yg aku fikir trus kuar kt skrin komputer ni. Takyah letih2 aku nk taip satu2. Haha.
Byk pglmn yg best spjg xtvt menulis blog ni. Byk feedbacks yg aku trima. Bbrp org bdk kelas akula yg jd pembaca dan pengomen setia blog ni. Ikhwah dan akhwat pn rajin gk bukak blog aku. Mungkin "memantau" karutan aku. Ngehehe. Member2, kwn2, rakan2, saing2, friends, ustaz2, naqib2, murobbi2, mutarobbi2, bebudak usrah, bdk baik, bdk jahat, bdk gabungan baik dan jahat, anonymous, pencinta nama samaran dan NC [klu dia sempat baca la. Hehe]. Ada yg komen dlm blog; at the end of each entry but most of them blatantly scold me [just joking. Hua3]. Mcm2 komen. Ada membina ada memusnah. Kengkadang rasa nk terminate je tp ada org suh truskn. Kengkadang rasa nk terminate je dan ramai gk yg bg galakan + paksaan. Haha. Apepn, danke schoen kengkawan. Tanpa pengkritik dan kritikan cm korg [tahap Paul Moss], blog ni mungkin telah lama dikebumikan.
Pernah bbrp entri yg mungkin menyinggung perasaan org2 tertentu. Pernah bbrp entri yg trigger "super hot" discussions. Pernah bbrp entri yg sbbkan ukhwah renggang sementara. Pernah bbrp entri yg cm bdk2. Pernah bbrp entri yg sgt mengarut [termasuk yg ni]. Tak menggambarkan level of thinking and maturity as a graduate student. The childish part of me. Hehehe. For all that nonsense and faults, I apologize [bajet speaking. kuang3!!!] Yela, lain org, lain latarbelakang. Lain latarbelakang, lain cara fikir. Lain cara fikir, lain pendapat. Lain pendapat, lain ijtihad. Lain ijtihad, lain tindakan. Lain tindakan, lain kesan. Ape lg ek? Hehe.
Last but not least [akan aku smbg nnt], skrg dh 2nd half. Aku dh tertinggal byk juzuk. Aku nk pi beli lauk utk sahur. Aku nk tu nk ni. Bleh plak gi tulih blog. Hampeh tul la....
Sekian. Allahua'lam.
Yang Benar [teringat karangan surat tak rasmi SPM]
Aku yg tak tdo lg.... Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
shinobi
ibnu yazid
on
04:27
3
shuriken
jutsu Karutan Ilmiah
Tuesday, July 14, 2009
Karutan 4: Serangan Pemikiran
Bismillah...
Ketika menunggu time subuh ni baik aku menulis sesuatu. Sekadar menggerakkan otak yg semakin slow sejak akhir2 ni. Huhu..
Semakin hari kita mendengar byk kisah pasal umat islam di sana sini. Isu Palestin yg tak habis2. Perang di Afghanistan dan Iraq. Kisah berdarah di selatan Thailand. Tak jauh dari kita. MILF di Filipina. Kashmir yg bergejolak. Pembunuhan seorang wanita muslim yg memakai tudung/hijab di Jerman. Tindakan islamophobe tetapi di"racist"kan. Terbaru di Urumqi, China. Saudara Muslim Uighur kita dibunuh dgn kejam oleh rejim komunis. Dan di mana2 umat islam ditindas, diseksa, diisolasi, dibunuh dan pelbagai lg tindakan kejam manusia2 kanibal.
Itu penyeksaan fizikal. Aku pernah tny kt "seorang budak";
"Agak2nya knp umat islam jadi cm skrg ni?"
"Sebab tak amal islam dgn syumul", simple je jwb.
"Abis tu, kire kite ni di Malaysia amal islam dgn syumul la sbb kita kan hidup aman damai bersatu padu berbilang kaum etc?"
"Tak. Tapi kita diserang dgn cara lain.", jwb beliau.
"Maksudnya?", saje nak test. Hehe..
"Kita diserang dari segi pemikiran." katanya mantap!
Pastu perbincangan diteruskan. Best bila dpt bincang2 camni. Bukan nak cari kesalahan tp cuba kemukakan solutions. Be proactive, the very first habit of Covey. Huhu...
Serangan pemikiran lagi power effectnya drpd serangan fizikal. Antara agenda utama Illuminati adalah mind control. Melalui media2 yg dikuasai diorg, pemikiran umat manusia diserang. Yang baik dinampakkan buruk dan yang buruk dihias agar cantik dan betul. Dlm istilah usrah, serangan pemikiran ni dipanggil Ghazwah al-Fikr.
Sapekah yg melancarkan serangan pemikiran ni? Itulah para musuh islam iaitu atheis, yahudi, musyrikin, kristian, dan munafik. Depa ni tak abis2 nk hancurkan islam sejak zaman Rasulullah saw samapila skrg. Diorg merosakkan pemikiran sama ada secara terang2 atau halus. Yang terang2 ni cm lukis kartun, hina islam secara live etc. Manakala secara halus ni cm melalui cerita2 ngarut kt tv, artis2 etc. Ni yg masyarakat tak sedar2 ni. Dok sronok sgt dgn crita2 tak bermanfaat tu. Klu ada peserta AF out, menangis sampai abis bergulung2 tisu tp bila umat islam kn bunuh, rilek bt derk je. Ye la, bukan family aku pn. Ish2..kesian diorg, seb bek kita ni aman damai hidup tenteram bersatu padu menentang musuh dan penderhaka (doa lps solat jumaat kt johor). Kita kn sedar siapa musuh kita. Jgn la dok bergaduh sesama kita. nanti menang sorak tanah air tergadai. Jom bersatu menentang musuh kita yg sebenar!
Diorg ni (musuh2 islam) adalah golongan al-mustakbirun iaitu orang2 yg sombong. Mereka memilih utk mengikuti syaitan iaitu ketua golongan2 yg sombong (2:34).
Utk accomplish mission diorg, macam2 tools diorg gn. Al-I'lam atau iklan. Pernah tgk tak iklan makanan segera tapi pmpn yg jd model iklan pastu seksi giler. Ape kn mengena mknn segera dgn pmpn seksi??? Then, diorg kontrol pemikiran generasi islam melalui pendidikan. Jadilah sistem pendidikan sekular. Agama langsung xde kaitan dgn apa yg dipelajari. Aku belajar sbb nak kejar pangkat dan harta. Lantak la umat menderita ke hape. Aku kisah apa. Selfishness.
Melalui media yg diorg conquer ditambah kebodohan umat islam sendiri yg materialistik, diimport cerita2 mengarut dr barat. Rancangan2 realiti cm AF, OIAM, Mentor, Geng Starz etc berlambak2 kt tv sehingga muak. Tp ramai org suka. Sape? Melayu muslim. Aku ingat lg time aku kt matrik dlu. Masa tu AF brape ntah. Aku tak join usrah lg time tu. Aku gi tgk dgn membe aku kt kafe pastu. Ramainya manusia yg x study tgk konsert AF tu termasuk aku. Aku "hampir" nak sms utk vote tp kredit xde. Huhuhu...Alhamdulillah. Lepas konsert final mawi, aku baca dlm metro, jumlah vote utk mawi saje RM20 ++ juta. Banyak gile ar. Kalau bg kat aku dh bleh bt banglo 12 tingkat kat blkg umah dh. Ikhwah wa akhwat dijemput utk bt daurah anytime jer. Haha...tp x mungkin la kot..hoho..
Media cetak pn x kurang hebat kempen diorg ni. Klu bukak The Star ada iklan Heineken (btul ke eja cmni?), Tiger Beer etc. Iklan rokok xleh tp arak bleh plak. Nak haram, haram suma la. Tau la depa bg cukai byk kt kerajaan. Apa pny polisi pn aku xtau. Pastu, iklan no ekor. 4, 5, 6 D suma ada. Klu nak tau, ramai yg dok men no ekor ni org melayu islam kita. Aku tau la sbb aku slalu ronda2 kt bandar tpg tu. Tp aku tak men la. Haram wooo...masuk neraka klu mkn duit haram. Iklan2 yg memaparkan gambar pmpn seksi pn byk. Selalunya xdk kaitan pn. Iklan mesin tebang pokok pn gn pmpn. Apekess??? Ditambah dgn crita2 panas dan sensasi artis2. Bt tambah dosa je. Astaghfirullahal 'azim
Kemudian generasi remaja disuap dgn hiburan melampau (hedonisme). Ada mcm2 kumpulan; Punk, Skinhead, Grunge, HipHop, Gothic dan apa ntah lg. Aku pnh join hiphop jap dlu. Belajar breakdance pastu terkehel tengkuk sbb nak nk bt headspinning. Lupa pakai helmet. Tak join dh pastu. Insaf. Huhuhu... Pastu ada gig. Kawan aku b4 nk gi gig tu, cat muka cam ganas gila. rambut kasi pacak cam mohawk kaler merah pastu muka cat cam hantu. Siyess cm hantu. Tp kewl gk. Haha...Then bila kat gig/konsert tu abisla campur laki pmpn sume. Cm dlm crita Kami tu. Korang mesti tgk kan? Eleh, cm la xtau. Huhu..Lagu plak mmg boom la. Klu lebih 120 dB bleh pekak woo...
Pastu diorang set in kelab2 kebajikan dan sewaktu dgnnya. Yg naqib aku bgtau kelab Rotary dan Kelab Lion. Bergerak atas nama kebajikan tp mission possible diorg adalah nak menyebarkan agenda sulit. Paham2 jela. Dua kelab ni mmg ektif bt kebajikan. Tak caya, gi search internet.
Yg paling popular, sukan. Kebanyakan/semua sukan tak tutup aurat. Klu tutup tu cm kuno la. Tp aku nak sentuh bab bola je. Ni psl Christiano Ronaldo. Kurang kaitan dgn GF tp kira berkaitan gk la dr perspektif aku. Huhu.. Baru2 ni havoc satu galaksi Ronaldo pindah ke Real Madrid. Transfer fees = 80 million pound sterling = lebih kureng RM450 juta. Banyak tak? Agak2nya apa yg bleh bt dgn duit byk tu? Florentino Perez mmg giler. Sanggup berhabis more than a billion pound utk bwk msuk star2 cm Kaka, Ribery, Ronaldo etc. Duit tu bleh gn utk basmi kemiskinan kt semua negara2 dunia ke-3 yg kebanyakannya negara islam. Tp org tak nampak benda ni sbb pemikiran dah deflected. Yg banyak org nampak, powernya ronaldo, nak sokong real ar pasni, gogo kaka watsoever.
Mungkin bukan yg terakhir iaitu melalui pertubuhan, yayasan, persatuan2 dll. Oleh krn kekuatan kewangan yg diorg ada, diorg support yayasan2 atau persatuan2 yg potential utk merosakkan masyarakat. Kalau kt utm, aku nmpk AIESEC (aku tak igt nama penuh ape). Purpose dia adalah program2 pertukaran pelajar dll. Mmg tak sesuai dgn syariat islam tp ada muslim yg join. Pernah ada org yg join crita, diorg pnh bt prgm utk compete minum arak. Alhamdulillah dia tolak. Tp still dok sentuh laki pmpn la. Atas nama proses belajar dan kenal-mengenal. Hmmmm...
Kesemua method2 td menyebabkan generasi belia harapan islam terutama mahasiswa hilang identiti muslimnya. Islam sekadar nama. Solat entah kemana. Skeptikal terhadap prgm kerohanian. Takde semangat utk tegakkan islam. Takde rasa 'izzah dgn islam. Lemah iman. Musuh islam berjaya melepasi fasa kedua.
Fasa terakhir sgt menakutkan dan dh byk berlaku. Pendedahan demi pendedahan oleh pelbagai pihak tp "pihak itu" ckp "masih terkawal" atau "tidak membimbangkan". Kelemahan iman umat islam akhirnya memudahkan fasa pemurtadan. Ramai yg dikristiankan dan ramai juga menjadi free thinker. Malah ada yg menjadi Hindu dan Buddha. Subhanallah. Apakah kita merasa selesa dgn keadaan skrg? Pernahkah kita terfikir jika yg murtad itu ibu bapa kita atau abang kita atau kakak kita atau adik kita atau saudara mara kita atau sahabat baik kita atau jiran kita? Bagaimana perasaan kita? Face the reality, my fren. Jgn tertipu dgn serangan2 pemikiran puak kuffar. Jgn biarkan diri kita dan org2 yg kita sayangi menjadi mangsa seterusnya. Ubah paradigma kita. Jgn biarkan suasana membentuk kita tp kitalah yg perlu membentuk suasana tu. Perbaikilah diri. Pilihan di tangan kita. As Eleanor Roosevelt observed, "No one can hurt you without your consent." In the words of Gandhi, "They cannot take away our self-respect if we do not give it to them." It is our willing permission, our consent to what happens to us, that hurts us far more than what happens to us in the first place. Ingat ni;
"Dan orang2 yahudi dan nasrani tidak akan pernah sekali2 redha kepadamu sehingga kamu mengikuti millah (ajaran) mereka (sesat)." (QS Al-Baqarah : 120)
Ni dah tak jadi "menunggu subuh" dh. Lepas subuh smbg sket pastu gi sarapan then sambung lg. Huhuhu...panjang ar plak. Bila tulis cmni rs free sket, traffic idea mengalir lancar. Walaupun agak mengarut. Hehe. Sekian dan demikian. Segala yg baik dtg dr Allah dan yg buruk tu dtg dr kelemahan diriku yg serba hina ni. "Berilah peringatan krn peringatan itu bermanfaat utk orang2 beriman" (QS Adz-Dzariyat: 55)
Wallahu a'lam
shinobi
ibnu yazid
on
09:13
0
shuriken
jutsu dari pena penulis..., isu-isu semasa Islam, Karutan Ilmiah, ketidakpuasan hati, Self-Introspection, Tazkirah
Friday, June 05, 2009
Karutan 3: Aku pelik sungguh....
Bismillah...
Direct to the point.
Tadi masa aku balik dari library dgn kwn aku, aku nampak sorang pompuan pakai tudung labuh. [Jgn pikir bukan2 plak! Aku bukan ushar die]. Aku nmpk dari belakang. Dia tgh jalan dgn sorang laki. Berdua. Berbincang sesuatu. Jauh. Aku tak dengar. Aku tny kwn aku ni,
"Min, ko rasa pompuan yg pakai tudung labuh tu lecturer ke student?"
"Entahlah, mcm student."
Bila kami dah selari dgn diorg, maka betullah, mmg seorang student. Laki tu seorang chinese.[xde gaya lecturer pn, i sure.]
Aku cuba wujudkan perbincangan.
"Kenapa ye, pompuan/laki yg so-called "alim2" ni ok je bila dgn kwn2 yg chinese or bukan ikut usrah. Tapi bila dgn sama2 dlm persatuan islam or sama2 ikut usrah, malu ya amat! Nak angkat muka pun x berani. Nak ckp pn cover "xlehblah". "Jaga" sungguh hubungan laki dan pompuan. Inikah yg dinamakan tsiqah?
Dulu2 [dh lama dh] naqib aku pnh bcg dlm halaqah. Ada satu kes, cmni critenye,Ada satu group akhwat nek lif. Aku x igt nk nek ke nk turun. Tp kt satu tingkat tu, lif terbuka then ada bbrp org ikhwah nak nek lif gk. So bila ikhwah ni masuk, geng2 akhwat ni sume kuar. Tsiqah la konon. Haha. But the case is, nape bila ikhwah2 msuk diorg ni kuar reramai tp klu ada org lain nek diorg tercongoh kt dlm tu x kuar plak?? Pelik sungguh tahap tsiqah cmni. Mana lagi selamat, ikhwah ke makhluk asing yg x dikenali? At least ikhwah ada, dpt gk defend akhwat if case2 yg x diingini berlaku. So, what's the problem? Kesian aku dgr crite nih...
Aku tau, ada batas hubungan laki dan pompuan. Tambah plak bg org2 yg syadid [baca: keras nak mampuih. hehe...], konon2 nak amal Islam secara syumul tp salah tempat. Tak ke zalim namanya jika bertindak cmtu? Allah suruh tundukkan pandangan bukan bermakna jalan tunduk bawah pastu langgar tiang kt depan. Jalan steady je. Klu pompuan bila nk ckp dgn laki2 or sebaliknya jgnlah dgn suara yg kasar. Konon2 jgn lunakkan suara kt laki ajnabi. Ckplah baik2. Dh byk kes org crite kt aku, terase dgn akhwat sbb ckp kasar gile. Ikhwah pn ada perasaan gk. So, jaga percakapan. Mana lagi teruk, korg nk jaga ikhtilat ke sakitkan hati org? Tundukkan hati tu. Kawal perasaan. Mmg fitrah, laki suka pompuan, pompuan suka kt laki. Normal la. Kalau x, baik korg gi check dgn psychologist. Ntah2 korg ni spesis gay or lesbian ke makhluk asing dari pluto.
Okla, sbnrnya aku telah memungkiri janji. Aku igt xnk menulis blog, tp tgn aku ni gatai sgt nk mengarut lps jumaat. Hahaha..so, inilah karutan ketiga. Ilmiah la gk kan? Tepuk2, hehehehe...
Allahua'lam
shinobi
ibnu yazid
on
14:18
20
shuriken
jutsu Karutan Ilmiah
Wednesday, June 03, 2009
Karutan 2: Lebih Ilmiah..hehe
Bismillah...
Spt yg dijanjikan, kali ni aku akan menambah koleksi ketidakpuasan di hati ini. Setelah aku pendam sejak sekian lama, masih x meletup-letup gk. So, aku amik keputusan meletupkan diri sendiri. Bom syahid. Allahuakbar!! Dan keluarlah bbrp cebisan hati yg x puas dgn org2 kt sekeliling. Mungkin korg bleh ckp,"Dlm blog ko x puas ati mcm2. Nape ko x ckp depan2 je? Blah arr!". Aku terima teguran tu dgn positif. Klu aku mampu, aku ckp depan2 la. Iman aku x kuat la. Aku masih takut mati lg. Dunia pn masih melekat dlm hati aku. Penyakit wahan. Korg pn pnh dgr gk kn. So, korg ada hak nak nasihat/tegur aku. Aku manusia gk. Nobody's perfect bak kata Tan Sri Cici [sape ntah]. Klu aritu x puas ati psl politik dan hiburan kali ni x puas dgn benda lain plak. Apekahhh??
Jazakumullahu khairan kasira krn sudi membaca karutan aku. Dh semakin ilmiah kan? Aku tunaikan janji, aku x tipu. Aku bdk baik. Hahaha..
Allahua'lam
shinobi
ibnu yazid
on
13:46
2
shuriken
jutsu Karutan Ilmiah
Tuesday, May 26, 2009
Karutan 1: x pueh hati nih!
Bismillah...
Kali ni aku nak post under ketidakpuasan hati. So, mybe bhs yg aku gnkn tidak disukai oleh org2 skema. So, sape2 yg skema, tlgla jgn bc. Nnt korg muntah. Aku dh ckp b4 this, klu x suka, ckp kt aku. Kita bleh settle kt blkg. Hehe...
Okla..bkn ade pape pn..saje je nk trigger korg yg bc. Klu ade org nk bc la blog cmni kan. Maklumla, tulis psl demam, laskar pelangi ntahpapentah. Bt malu kt org kmpg je. Hehe..aku tau ade org x suke. So what?! X puas hati. Klu x puas hati jgn bc. Aku x skema cm korg. Inilah aku, korg sape plak? Cewwahh, cm ganaszz je bhs. Ckp dlm blog bleh la wei!! Haha..besala, kdg2 kn bt kontrobesi, probokaki dan sewaktu asar dgnnye. Aku xmau jd hipokrit. Kt dlm blog cm bgus je. Kt luar truk nk mampos giler [ni bleh trima lg la]. Aku mmg x bgus pn. Siyesss...
Kali ni aku nk meluahkn isi hati yg tpendam sejak sekian lama. Isi hati yg membuak-buak. Perghh, bhs melayu tahap tinggi. Haha..Jgn igt aku tulis cmni, bhs melayu aku teruk weii. Aku pakar tulis karangan time skolah dlu. Aku dpt A1 spm. Power siot [riak jap]. Astaghfirullah..
Ok, korg bleh neglect sgla apa yg aku tulis kt atas. Tu bg aku still baik lg la. Aku pnh bc, ada org tulis lg truk lg drpd ni. Siap mencarut2 lg. Apekess??!! See, kn aku dh mengarut [bukan mencarut okeh] di pg yg harmoni ni. Hehe..xde pekdah lak rsnya. InshaAllah nnt aku update blog ni dgn benda yg sgt pekdah. Hehehe...Best plak rs tulis cmni. Rs tlps dr keskemaan. Tp aku tau rmai org x suka. Suka ati korg la. Ok, stop. Off topic jap. Nk tulis bende len sbnqnye.
Aku sbnqnya x pueh hati dgn org2 kt keliling aku ni. Bior aku g spesifik sket. Okeh, kpd yg x suke, baik blah awai2. Nnt korg panas telinga. Klu x puas hati gk, kita bleh bcg atau settle kt blkg. Yoyo jer aku ni. Haha...bajet cm power rangers. Member aku ckp, "ko ni koya la". Mmg aku koya. So, what's da problem?
- Isu Perak: Aku tau korg x puas hati. Korg ni ialah PR. Aku x ckp korg salah. Tp aku rs kita kn bina org dlu b4 nk apply sistem. Sbb, klu PAS memerintah mesia pn, diorg xleh trus apply hukum Allah. Zalim namanya klu apply gk. Klu org belum ato x phm, mne bleh hukum sesuke oren je. Korg igt org undi PR time PRU12 aritu sbb diorg sokong Islam ke?Xde maknenye. Bg aku, lebih kpd x puas hati dgn BN je. Tgk la, org2 yg dok bertakbir ke sn sni tu pn still dok hisap rokok, still dok maki hamun sesama islam, still x join usrah, still etc etc [maksiat la]. Apacerr ni bai??!! Kate nk perjuangkan islam. Stakat smbg deras blk kg tanam jagung la weii!! Ishh, byk aku nk tulis ni. Aku x suka tulis pjg2.
- TV: Aku geram btul la dgn crita2 kt tv skrg. Aku blk umah nnt, aku nk pecahkn tv. Biar suma org xleh tgk tv. Haha..xdela. Tp siyess aku benci dgn tv skrg. Crita psl hantu, setan, jin, iblis, cintan2 etc. Aku rs org yg pny idea, bt, terbitkn tu geng2 setan kot. Depa nk popularkn member2 la katakan. Korg dpt duit byk dgn takutkan org yg bengong2 ni. Korg puas hati? Klu berita plak suma bias kt gov. Korg mmg setan la. Suka laga2kn org. Tggula balasan Allah. Seb bek aku xde power cm goku. Klu x, aku fire bumi dgn kamehameha then nek awan guling gi marikh. Malas dh dok kt bumi dgn manusia2 cm korg. Hehe...byk lg klu nk list program2 tv yg merosakkan pemikiran. Aku rs korg pn tgk gk kn. So, x puas hati? Tulis kt komen. Haha..
Stakat di sini, aku nk wujudkn label bru. Td aku ckp nk tulis under ketidakpuasan hati tp aku ubah fikiran. Nk bt label karutan ilmiah..haha..wlupn x ilmiah sgt. InshaAllah, aku akan mengarut dgn lebih ilmiah nnt. Wallahua'lam. Terima kasih krn sudi bazirkn masa mbaca entri ni. Smg Allah bg la pahala kt korg bila korg start bc entri ni dgn bismillah. Sekian
Yang Benar,
tukang karut profesional
p/s ulang skali lg, klu x suka, jgn bc dh blog aku. suka ati la aku nk tulis ape pn. aku ada matlamat! Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
shinobi
ibnu yazid
on
12:31
31
shuriken
jutsu Karutan Ilmiah
Blogosphere
-
-
-
-
-
Antara dua pilihan4 years ago
-
-
-
Cinta itu sentiasa ada persoalan …8 years ago
-
-
Why I love working in Emergency Department10 years ago
-
-
EXPRESS 201411 years ago
-
Coretan di pasir dan di batu12 years ago
-
Beberapa Prinsip Dalam Menghukum12 years ago
-
MAHUKAN MP3?12 years ago
-
Menulis kembali12 years ago
-
Eh eh. Blog Usang.12 years ago
-
Knowledge VS Wealth13 years ago
-
AlQuran VS ASME13 years ago
-
-
Taat pada pemimpin yang zalim13 years ago
-
-
-
M U J A H A D A H13 years ago
-
JOM! RAIKAN FITRAH KITA13 years ago
-
Keagungan Sabar14 years ago
-
-
Gambaran Ustazyatu Alam (Satu Dialog)15 years ago
-
-
-
kuburan malam15 years ago
-
Tinta Da'awi16 years ago
-
Aku Pijak di Medan Bumi16 years ago
-
The Divine Book16 years ago
-
-
-
-


