Showing posts with label dari pena penulis.... Show all posts
Showing posts with label dari pena penulis.... Show all posts

Wednesday, August 06, 2014

Ke Arah Malaysia Yang Lebih Baik

Bismillah...


Tidak dapat dipastikan bilakah rasisme bermula. Namun penyiksaan Firaun dan pengikutnya ke atas bangsa Qibti di Mesir mungkin antara peristiwa awal yang menunjukkan sikap rasis yang ekstrem menjadi asas kepada pemerintah yang kejam. 

Dalam sejarah Islam, antara peristiwa sejarah yang menampilkan anasir rasisme ialah peristiwa di mana Abu Dzar radiyallahuanhu menghina Bilal bin Rabah radiyallahuanhu atas dasar perbezaan warna kulit. Sehingga Nabi saw menempelak sikap Abu Dzar dengan sifat jahiliyah.

Dalam sejarah moden kita melihat bagaimana sikap pengikut ideologi Nazi yang terlalu taksub kepada bangsa sehingga menghalalkan darah bangsa selainnya. Begitu juga kejadian Apartheid di Afrika Selatan, Holocaust di Eropah, Transatlantic Slave Trade di Amerika Syarikat dan Rubber Booms di Amerika Selatan.

Sejarah terus mencatat bahawa rasisme akan terus digunakan atau mungkin lebih sesuai 'dipergunakan' untuk mencapai kepentingan politik dengan menghalalkan semua cara termasuk menindas dan mencabul hak asasi bangsa lain.

Mengambil kira 'racial tension' atau ketegangan kaum yang sedang melanda Malaysia pada ketika ini, adalah tidak menghairankan kerana apa yang berlaku hanyalah pengulangan terhadap sejarah. Kaum zalim dan penindas akan terus menggunakan modal yang sama demi 'political survivor' atau kelangsungan politik mereka.

Klaim tentang 'supremacy' bangsa Melayu ke atas bangsa lain diulang-ulang sehingga lahirlah kelompok Ultra-Melayu seperti Perkasa dan Jalur Tiga atau Jati. Kelompok ini dibiarkan bebas mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berunsur rasis tanpa diambil tindakan di bawah Akta Hasutan.

Keadaan menjadi semakin membarah apabila ada di kalangan ahli politik, alim ulama dan tokoh masyarakat turut melaung-laungkan slogan perkauman untuk merasionalisasikan agenda masing-masing. Seolah-olah mereka kebal daripada semua tindakan undang-undang. Amat menghairankan!

Allah mencipta manusia bersuku-bangsa supaya saling kenal-mengenal dan hidup harmoni. Saling bantu-membantu dan saling berkasih-sayang. Manusia ialah makhluk sosial yang memerlukan antara satu sama lain. Apa yang membezakan setiap manusia ialah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Kepelbagaian kaum di Malaysia adalah keunikan yang perlu diraikan dengan sikap saling hormat-menghormati dan bekerjasama. Usaha-usaha ke arah membina perpaduan dan kerjasama antara kaum perlu diperkasakan. Penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara merupakan inisiatif yang sangat baik ke arah memperkasa perpaduan nasional.

Peranan kumpulan seperti Negara-Ku untuk menyatukan semua rakyat Malaysia berdasarkan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan perlu disokong dan didukung. Agenda kerjasama kaum dan perpaduan nasional perlu kepada partisipasi semua pihak termasuk kerajaan, pembangkang, badan bukan kerajaan dan setiap rakyat Malaysia.

Ingatlah, Malaysia ini adalah milik kita bersama. Marilah sama-sama kita ketepikan perbezaan dan bersatu membina Malaysia yang lebih baik. Katakan TIDAK kepada rasisme! 

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, May 27, 2013

Abang, boleh tak nak keluar makan dengan perempuan?

bismillah.

mutarabbi tanya. diorang student medic. baru mustawa tamhidi. camne kalau keluar makan dengan kawan2, campur lelaki perempuan. saja2. dan kawan2 tu jugak plan trip ke penang. jugak saja2. camne nak jawab?

1. Pergi jela, korang makan2 je. Bukan berdua-duaan. Lagipun tempat yang korang pergi tu penuh dengan manusia, bukan dalam hutan. Hehe

2. Haram! Pergaulan bebas adalah haram! Tak boleh ke pergi makan dengan kawan2 laki je. Saje je korang cari dosa ye?!

3. Tengokla kepada keperluan dan tujuan. Perlu ke gi lepak2 tanpa ada tujuan yang jelas? Kalau betul2 ada keperluan untuk berbincang pasal study etc, sambil2 nak makan, ok je. Asalkan jaga batas. Kalau rasa boleh menjebak kepada perkara lagha, lebih baik tinggalkan.

4. Jawapan korang?

Ingat, mutarabbi ni tamhidi.

"Berbicaralah kepada manusia dengan level mereka.."




Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, February 08, 2012

Buih di pantai

Bismillah...


Dalam sebuah hadis yang ringkas, Rasulullah saw bersabda:

Man la yahtam min amril muslim, falaisa minhum!

Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan umat islam, maka dia bukan daripada mereka!

Hadis ini dengan tegas menyatakan bahawa orang muslim yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin bukanlah orang muslim yang sebenar.

Hari ini saudara seislam kita berjuang mempertahankan Al-Aqsa dengan jiwa mereka. Kita bahkan nak berdoa untuk mereka pun sukar. Apatah lagi nak menderma ke tabung-tabung pembebasan Al-Aqsa. Kita berhabis duit di restoran-restoran yang mahal untuk memuaskan nafsu makan kita tapi hanya mencari nilai terkecil di dalam dompet untuk diinfaqkan ke jalan Allah. 

Hari ini juga di tanah arab, rakyatnya bangkit melawan para diktator taghut sehingga mereka dibunuh dan diseksa dengan amat kejam sekali. Selepas Tunisia dan Mesir, kita dikejutkan pula oleh pembunuhan kejam oleh rejim Assad ke atas rakyat Syria. Rejim syiah ini dengan dibantu oleh Iran dan Hizbullah telah membunuh saudara seislam seaqidah kita. Apakah kita ambil berat tentang semua ini? Adakah kita mendoakan mereka setiap selesai solat? 

Inilah buih yang tak bermanfaat yang dimaksudkan oleh ayat al-Quran dalam surah Ar-Ra'd. Inilah juga 'umat makanan dalam talam' seperti yang disebut Rasulullah saw. Kuantiti hanya jadi beban. Kualiti hanya cukup makan.

Marilah kita bina kembali ukhuwwah yang didasari oleh ruh iman. Sehingga kita juga merasai kesakitan yang mereka rasakan. Kita juga merasakan kesan tembakan. Kita juga merasai sakitnya seksaan. Kerana umat islam itu satu jasad.

Marilah kita doakan saudara-saudara kita di seluruh dunia terutama di Palestin, Syria, Mesir, Selatan Thailand, Mindanao, Kashmir, Chechnya, Bosnia dan China. Alirkan air mata cinta kita dalam hembusan doa untuk mereka. Astaghfirullahal'azim. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Sunday, November 20, 2011

Kerana islam...


Back in KMPk, aku diajak oleh seorang kawan untuk join halaqah. Dalam lecture yang bosan. First time aku dengar perkataan halaqah. Aku ikut dan alhamdulillah sampai sekarang aku masih ikut halaqah. Walaupun banyak kali futur.

Meniti jalan ni sangat best andai kita hanya menerima, menerima dan menerima. Tak pernah memberi. Tak pernah berjuang. Tak pernah berkorban.

Tapi bila tiba masanya kita kena bersedia untuk memberi, memberi dan memberi. Sampai tak pernah lagi menerima apa-apa. Kecuali pahala dan ganjaran syurga Allah di akhirat kelak.

Bila kita dah join kafilah ni, kita kena lepaskan semua kepentingan peribadi. Kita dah tak belajar untuk bangga diri. Kita tak kerja untuk kita beli kereta mewah atau bina rumah besar-besar. Kita tak kahwin kerana kecantikan atau ketampanan fizikal. Kita buat semuanya untuk ISLAM. Kita buat sesuatu sebab nak Allah redha kepada kita.

Tapi jalan ini panjang. Banyak cabaran. Ikut halaqah hari ni belum bermakna akan terus ikut sampai mati. Dah ramai yang tersungkur. Ada yang tersungkur tapi dengan rahmat Allah kembali bersama kafilah ini dengan semangat baru dan pengorbanan yang lebih tinggi.

Jalan ini telah membuktikan tagline "Impossible is Nothing". Tiada yang mustahil. Hamba seperti Bilal, perompak seperti Abu Zar dan manusia sekeras Umar membuktikan tiada yang mustahil bila hidayah Allah menyapa. Kun fayakun!

Allahua'lam.


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Thursday, October 20, 2011

Update blog

Kalaulah tak kerana aku masih rasional untuk membezakan antara dakwah dan pendakwah, dah lama aku tinggalkan dakwah.

Itu dulu, masa aku belum 'rasa' aku adalah seorang pendakwah.

Tapi sekarang aku sedar sikap pendakwah terhadap manusia yang akan menentukan penerimaan mereka terhadap dakwah.

Begitu jugak islam. Dalam keadaan sekarang, aku tak rasa non-muslim yang masuk islam kerana tertarik kepada orang islam itu ikhlas nak masuk islam. Unless dia jumpa orang islam yang betul-betul islam. Dan aku rasa possibility untuk benda tu terjadi sangat kecil. Almost infinitesimal.

Aku expect semakin lama aku dalam dakwah, semakin 'pure' orang yang aku jumpa dan aku sendiri pun sama. At least tak bagi alasan bodoh kalau tak dapat datang ke usrah. Tak sihat, penat, ada test etc. Even worst, tak bagi alasan apa-apa.

Aku rasa aku jumpa orang yang salah. Dan aku tak tahu bila aku akan jumpa orang yang betul kalau aku masih bawa expectation yang sama. Apakah aku kena downgrade expectation aku? Sebab aku rasa semua orang mempunyai expectation yang sama. Sekali lagi, 'aku rasa'.

Tak payahla cakap soal sudah atau belum diuji kalau kualiti yang sudah diuji tu hanya diukur dengan kesanggupan datang usrah dan bagi harta untuk running program dakwah. Bill Gates pun buat benda yang sama.

Boleh je kalau aku nak jadi pasif dengan sekadar datang usrah. Berat gila kot nak komited datang usrah bila dah kerja ni - alasan biasa - merupakan alasan yang syar'i dan acceptable kepada ramai murabbi KITA. Thanks sebab baca!

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, May 03, 2011

I Got A+!


bismillah...

Dulu masa first kelas Kartografi ada seorang Prof ni cakap kepada kami, sebelum dia memulakan kelas hari tu,

Untuk subjek ni saya dah bagi kamu semua A. Semua orang dikira dapat markah 100%. Tapi ada syaratnya. Setiap kali kamu tak submit assignments, markah akan ditolak. Setiap kali tak score test, akan ditolak lagi. Dan akan ditolak lagi jika tak score untuk final exam. Markah yang ditolak bergantung kepada score kamu untuk setiap task tu. Jadi, kamu yang pilih untuk stay dengan A atau dapat D atau fail.


Kami yang mulanya happy sebab yakin dengan janji A rupa-rupanya termakan trick Prof ni je. Bak kata Tuk Bayan Tula, "Kalau nak pintar, belajar! Kalau nak berhasil, usaha!"



Begitu juga dalam kehidupan kita di dunia ni. Allah subhanahu wa ta'ala menciptakan kematian dan kehidupan sebagai ujian untuk melihat siapa di kalangan hambaNya yang terbaik amal mereka (67:2). Bayangkan Rasulullah saw yang dipelihara daripada dosa dan telah dijanjikan syurga oleh Allah subhanahu wa ta'ala juga beribadah dengan sangat intensif sehingga bengkak-bengkak kaki baginda (mafhum hadis yang diriwayatkan daripada Ummul Mukminin, 'A'isyah radiyalllahuanha).

Kita juga harus yakin bahawa Allah dengan sifat Ar-Rahmaan dan Ar-RahiimNya telah memberikan kita syurgaNya sejak azali lagi. Ketika kita mengakui Dia sebagai Rabb dan Ilah di alam roh (7:172) lagi. Masih ingatkah perjanjian itu? Dan Allah subhanahu wa ta'ala menjadikan dalam kehidupan di dunia ini assignments, quizzes, tests dan final exams untuk melihat siapakah best of the best, cream of the cream di kalangan hamba-hambaNya.

Hakikatnya, Allah subhanahu wa ta'ala jualah yang menilai setiap amal kita (9;105). Ada pun Allah telah menceritakan karakteristik hamba-hamba pilihanNya melalui Al-Quran Al-Karim (contoh: 3:110, 9:111-112, 23:1-9, 33:35, 61:10-14). Itulah petunjuk kepada kita agar berusaha sedaya-upaya untuk menjadi hamba-hamba pilihanNya.

So, optimislah dan kejar syurgamu! InsyaAllah, dengan izinNya jua...

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Thursday, April 07, 2011

Buku, Kitab dan Book

Alhamdulillah, kerana simpati terhadap nasib buku2 dekat rak ni yang sudah lama dibeli dan sudah lama tidak dibaca, maka aku bertekad untuk cuba istiqamah membaca semua buku2 ini dalam tahun ni, insyaAllah. Sebenarnya aku termotivasi selepas membaca beberapa buku dan kisah. Aku terbaca kisah para ulama Islam yang menjadikan buku ibarat air liur yang perlu sentiasa ditelan supaya tekak tidak kekeringan. Kisah2 ini diceritakan oleh Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni di dalam bukunya, Aku, Buku dan Cinta. Aku juga terbaca tentang kesungguhan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dan para ikhwan ketika dipenjarakan pada zaman revolusi. Bagaimana mereka mengubah penjara menjadi madrasah di mana pelbagai ilmu dibincangkan dan dipelajari. Sungguh dahsyat kesungguhan mereka. Dan aku bertanya kepada diri sendiri, kenapa aku tidak berusaha menjadi seperti mereka? Subhanallah, jauh sekali perjalanan untuk menjadi seperti mereka. Para ilmuwan Islam itu sejak kecil terkenal dengan tekad kuat untuk menuntut ilmu. Kecerdasan mereka dikenal sejak kanak2 lagi. Berbeza dengan aku yang hanya mula mengenal hakikat Islam ketika di alam matrikulasi. Tapi ibarat sebuah pepatah inggeris, "A journey of a thousand miles begins with a single step". Perlu berubah ke arah kebaikan walaupun payah. Perlu mujahadah melawan nafsu walaupun sukar. Perlu mula sekarang, jangan ditangguh-tangguh. InsyaAllah, seperti ayat terakhir dalam surah Al-Ankabut, orang2 yang bermujahadah mencari keredhaan Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalannya. Sesungguhnya Allah bersama2 orang2 yang berbuat kebaikan.

Kadang2 malu juga bila terbaca student di Barat boleh habiskan beratus-ratus judul buku akademik dalam setahun kuliah. Ya, aku yakin bukan semuanya. Mungkin di Malaysia juga ada student yang ulat buku macam tu. Mungkin low-profile, kurang didedahkan. Iyalah, tv dan surat khabar di Malaysia lebih suka menceritakan perihal artis dan hiburan berbanding perkara2 intelektual. Bukan hanya salah mereka. Dah 'customer' hanya suka perkara2 macam tu saja. Prinsip industri, apabila meningkatnya permintaan maka produksi juga akan dilipatgandakan. Apapun, ibarat satu sel yang mampu mengubah genetik homosapiens, begitulah kita perlu menjadi sel2 dalam masyarakat untuk melakukan perubahan yang menyeluruh dan efektif. Dan aku sangat menyokong usaha Baca@LRT. Teringin nak join andai berpeluang. Selalu jugak naik LRT kalau ke KL dan biasanya aku akan bawa buku sekali. Kalau tidak, mata akan meng'usha' ke mana2 entah. Lebih baik tido tapi nanti sampai Seri Petaling pulak padahal nak ke Masjid Jamek. Hehe.

Ada orang kata tidak boleh sekadar membaca tanpa ada bimbingan daripada guru. Kalau tidak nanti dianggap berguru dengan syaitan. Mungkin ada kebenarannya. Allahua'lam. Tapi aku tak rasa perlu berguru untuk setiap buku. Takkanla baca buku The Girl with the Dragon Tattoo karya Stieg Larsson pun nak talaqqi. Nak talaqqi dengan siapa? Hehe. Jadi sebilangan buku yang melibatkan akidah dan syariat perlu dibincangkan. Bukan sekadar membaca dan menyedut keseluruhan isi dan kulit tanpa memikirkan dulu berdasarkan ilmu yang benar. Dan sudah tentu untuk mengelakkan daripada menempuh jalan yang sesat dan batil, kita perlu berguru, berbincang dan merumuskan dalam kerangka berfikir yang benar. Ya terpulang untuk membaca apa saja, selagimana ianya bermanfaat kepada diri dan ummat, tafaddhol, silakan.

Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk membaca beberapa judul buku dalam minggu ni. Tapi aku tetap menyesal kerana rasanya lebih banyak masa terbuang sia2 berbanding masa yang telah digunakan untuk menghabiskan 3 buah buku tu. InsyaAllah akan aku cuba 'bedah' secara ringkas mengenai setiap buku yang aku baca untuk di'share' bersama rakan2. Mungkin boleh memberi sedikit motivasi untuk sama2 mempertingkatkan bacaan sebagaimana aku sering termotivasi untuk membeli dan membaca buku selepas membaca artikel Ustaz Hasrizal, Ust Zaharuddin etc, berbincang dengan kawan2, dan suggestion secara tak langsung daripada status kawan2 kat facebook. Sungguh sejak kecil aku mempunyai spirit of inquiry yang tinggi sehingga aku akan baca semua pages dalam akhbar Utusan Malaysia yang ayah beli. Padahal ada yang aku tak faham pun. Dan ada yang tak bermanfaat sangat pun. Ini menyebabkan aku ingin mengambil tahu semua perkara sehingga mengalami masalah time management yang agak serius. Sehingga sekarang. Perlu berubah, insyaAllah.

Sehingga bertemu lagi, mata ne~

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.


From my facebook notes HERE.

-paley tsugareyukumono-

-070411_0324-

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, January 25, 2011

Fiqh Al-Tamkin

bismillahirrahmaanirrahiim

At-Tarbiyyah wat Takwin, Thoriquna lil Tamkin...

Sesungguhnya jalan ke arah kemenangan itu hanya satu. Tiada jalan atau cara lain untuk menggapai kemenangan islam melainkan dengan melalui jalan yang telah ditempuh dan dicontohkan oleh murabbi para da'i iaitu Nabi Muhammad saw. Bagaimana jalannya? Maka daripada sirah beliaulah kita mengambil prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah sebagai petunjuk jalan dalam gerakan dakwah dan tarbiyyah ini.

Di Madrasah Arqam bin Abi Arqam, Rasulullah saw mentarbiyyah para sahabat as-sabiqun al-awwalun tentang tauhidullah, membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, membersihkan diri mereka daripada kesyirikan, kekufuran dan jahiliyah serta mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah (62:2). Lalu para sahabat mengikuti jalan nubuwwah, beriltizam dengannya selepas ketiadaan Rasulullah saw, meneruskan tugas kerasulan dan mewariskannya kepada generasi seterusnya sehinggalah ke hari ini kita dapat bernafas dengan udara iman dan islam.

Hari ini kita beruntung kerana dilahirkan sebagai seorang muslim. Tapi jarang sekali nikmat yang kita dapat 'percuma' kita hargai dengan sewajarnya. Aku mengingatkan diri sendiri bahawa kafilah dakwah ini akan terus bergerak sama ada aku menyertainya ataupun tidak. Allah pasti akan memenangkan agamaNya (61:8) dengan aku atau tanpa aku. Allah akan menolong orang-orang yang menolong agamaNya (47:7) dan Allah tak pernah sia-siakan amal para hambaNya (9:105). Janji Allah itu pasti (9:111), InsyaAllah.

Rasulullah saw pernah menjanjikan kemenangan Islam ke atas Rom dan Parsi ketika Perang Khandak. Ketika umat Islam belum punya kekuatan yang besar. Yang mungkin dianggap sinis oleh kaum munafiq. Namun, keimanan para sahabat terhadap janji Allah dan Rasulullah saw tak pernah menyebabkan mereka 'hanya duduk menunggu' kemenangan itu tiba. Bahkan mereka terus-menerus berusaha untuk memastikan janji itu menjadi kenyataan. Itulah keimanan sebenar kepada qada' dan qadarNya.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk terus tsabat di atas jalan dakwah, beriltizam dengan tarbiyyah dan takwin serta mematikan kita sebagai syuhada dalam memperjuangkan agamaNya. InsyaAllah.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Sunday, October 10, 2010

Kenapa takut untuk menikah?

Bismillah...


"Ana tak ready lagi la akhi. Tak kerja tetap lagi, pendapatan pun cukup-cukup makan je, macam mana nak menikah? Nak tanggung zaujah macam mana? Semua benda laki jugak yang kena tanggung."

Selalunya beginilah jawapan tipikal kebanyakan ikhwah apabila ditanya tentang nikah atau disuruh menikah oleh si murobbi. Faktor kewangan menjadi penghalang terbesar sebelum melangkah menapaki anak tangga kedua - Baitul Muslim. Malangnya ada sesetengah ikhwah yang (pada zahirnya) sudah mampu dari segi material dan batin tetapi masih tidak menyambut seruan untuk melaksanakan pernikahan. Pada pendapat aku, ini merupakan kezaliman terhadapa pihak akhwat yang mengharapkan seorang lelaki soleh -ikhwah- untuk membina sebuah keluarga du'at dalam meneruskan legasi dakwah.

Aku mungkin termasuk salah seorang daripada ramai ikhwah yang selalu memberi alasan yang sama apabila ditanya tentang pernikahan. Aku sendiri tak pasti apakah aku benar-benar tak mampu atau aku sendiri yang tak mahu. Apakah aku belum yakin padahal Allah SWT telah menjamin di dalam kitabNya yang mulia bahawa Dia akan mengurniakan rezeki kepada orang yang bernikah jika orang itu miskin.

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) Maha Mengetahui." (An-Nuur : 32)

Akh: Jaafar, Shuhaimi, Zikri, Rafizal, Suhaimi, Syed, Azrin, Khubaib, Soleh, Hafidz, Aizam dan ramai lagi telah menjadi bukti kepada janji Allah dalam ayat ini. Betapa cepat Allah memberi kurniaNya kepada mereka semua seusai pernikahan. Aku rasa tak perlu menunggu lebih banyak contoh untuk menambah keyakinan terhadap janji Allah SWT. Apakah aku masih ragu? Ah, keraguan bersumber daripada syaitan...



Kepada ikhwah-ikhwah yang akan menikah (ramai juga ye), aku titipkan sebuah doa untuk kalian. Semoga memberi kekuatan kepada diri sendiri insyaAllah.

"Barakallahulaka wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khoir. Amin."

p/s penulis masih belum berkahwin dan menulis dari perspektif seorang yang belum berkahwin

Allahua'lam


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, September 21, 2010

Perang II

Bismillah...


Azan maghrib 1 Syawal dan laungan takbir raya menandakan bermulanya sebuah perang. Peperangan bani adam terhadap hawa nafsu, syaitan dan bala tenteranya. Gencatan senjata selama sebulan memberi ruang dan peluang kepada umat Islam mempersiapkan diri untuk menghadapi perang yang panjang; selama 11 bulan seterusnya. Juga memberi kesempatan kepada syaitan dan konco-konconya merangka strategi yang lebih efektif.


Perang kali ini tentu tak semudah melawan hawa nafsu yang sendirian ketika Ramadhan. Syaitan tentu telah menyediakan perancangan dan strategi yang rapi. Tempoh sebulan dirantai tentu saja membuatnya lebih bertenaga untuk menyesatkan anak Adam.

(Iblis) menjawab, "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur." (7:16-17)

Apa yang lebih menakutkan ialah syaitan dan bala tenteranya "very well-equipped"- lengkap!

Sesungguhnya dia (syaitan) dan tenteranya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. (7:27)

Ia (iblis) berkata, "Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. (15:39)

Apakah persiapan kita telah benar-benar ampuh untuk menghadapi peperangan panjang melawan musuh yang licik ini?

...aku (iblis) akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih (mukhlasin) di antara mereka." (15:39-40)

(Iblis) menjawab, "Demi kemuliaanMu, pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih (mukhlasin) di antara mereka." (38:82-83)

Allahua'lam

TAMAT


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Sunday, September 19, 2010

Perang (Part I)

Bismillah...

Dalam peperangan, persediaan sangat penting. Tempoh peperangan sangat relatif, boleh jadi sangat singkat dan boleh jadi sangat panjang. Apabila peperangan dah bermula, tiada lagi masa untuk membuat persediaan. Musuh telah berada di hadapan, maka terpaksa maju merempuh takdir: mati atau menang.

Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya, tetapi Allah mengetahuinya. (8:60)

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung. (3:200)


Dalam sejarah peperangan Islam, musuh-musuh Islam selalu mendahului umat Islam dari segi jumlah tentera, kelengkapan perang dan kelebihan fizikal yang lain. Ini seringkali menggentarkan hati para pejuang Islam. Namun, keimanan dan tawakkal kepada Allah menenangkan kembali hati para mujahidin.

(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankanNya bagimu, "Sungguh, Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. (8:9)

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu pasukan (musuh), maka berteguh hatilah dan sebutlah (nama) Allah banyak-banyak (berzikir dan berdoa) agar kamu beruntung. Dan taatilah Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berselisih yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah beserta orang-orang sabar. (8:45-46)

Maka, jika di antara kamu ada seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang (musuh); dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan seizin Allah. Allah beserta orang-orang yang sabar. (8:66)

Medan Badar, Bukit Uhud, Parit Ahzab, Benteng Khaibar, Medan Yarmouk, Mu'tah, Ain Jalut dan Hittin menjadi saksi bahawa persediaan iman diirinigi dengan persediaan fizikal merupakan kunci kejayaan umat Islam. Hanya ketika keimanan dan pengharapan tulus murni kepada Allah, maka turunlah nusrah - pertolongan - daripadaNya.

Sungguh, Allah telah menolong kamu (mukminin) di banyak medan perang dan (ingatlah) Perang Hunain ketika jumlahmu yang besar itu membanggakan kamu, tetapi (jumlah yang banyak itu) sama sekali tidak berguna bagimu dan bumi yang luas terasa sempit bagimu, kemudian kamu berbalik ke belakang dan lari tunggang-langgang. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman dan Dia menurunkan bala tentera (para malaikat) yang tidak terlihat olehmu dan Dia menimpakan azab kepada orang-orang kafir. Itulah balasan bagi orang-orang kafir. (9:25-26)

Allahua'lam

Bersambung Part II...

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Sunday, July 18, 2010

bainal 'bersedia' wal 'jalan je'

Bismillah...

Ini merupakan sambungan kepada entri yang lepas tapi kalau rasa macam takde connection tu buat-buat tak perasan la ye. :)

Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya

Manusia akan tetap mempunyai karakter yang berbeza-beza walaupun lahir dan dibesarkan di dalam persekitaran yang sama. Inikan pula jika dibesarkan di dalam suasana persekitaran yang berbeza, maka tentulah semakin besar perbezaannya. Di sinilah cabaran kepada para da'i kerana merekalah yang akan berdepan dengan diversiti ini dan mengemukakan solusi ke atas setiap perkara. Maka tugas ini bukanlah mudah kerana sesiapa yang tak punya sesuatu maka pastilah dia tak akan mampu memberi sesuatu apapun.




Kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga lautan dalam

Untuk berdakwah tak hanya perlu semangat tapi diperlukan ilmu dan kefahaman terhadap perkara yang hendak didakwahkan. Kita dapat lihat perkara ini di dalam surah-surah terawal diturunkan. Ya ayyuhal muddassir. Qum fa anzir. Wa rabbaka fakabbir dan seterusnya. Perintah memberi peringatan disusuli dengan pengarahan supaya mempersiapkan diri dengan persiapan ruhani, akhlak, ilmu dll agar ampuh dalam melaksanakan perintah amar ma'ruf dan nahi mungkar. Kerana beban dakwah sangat berat dan pasti mendapatkan penentangan yang kuat dari pendukung kebatilan, maka persiapan merupakan sesuatu yang vital. Kerana itulah para qudama' meninggalkan pesan yang sangat bermakna pada kita;

Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain

Tegakkan Islam di dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di sekelilingmu


Ya, pesannya sangat simple tapi mempunyai pengertian yang sangat mendalam. Sebagaimana ulama dakwah mengorek pesan-pesan tarbiyah di dalam 'perjalanan' Rasulullah saw lalu mengemukakan sebuah fiqh kepada generasi pewaris dakwah;

Qudwah sebelum dakwah

Sifat manusia itu sendiri akan mudah menerima pandangan, kata-kata dan nasihat daripada orang yang dipercayainya. Jika kita lihat kepada sirah, Rasulullah saw yang menjadi orang kepercayaan kaumnya sendiri pun ditolak dakwahnya pada peringkat permulaan. Tapi ditolak bukanlah kerana akhlak atau apa-apa yang berkaitan dengan peribadi Rasulullah saw. Jadi secara matematiknya;

Peribadi baik + Dakwah = Masih ditolak

Peribadi tak/kurang baik + Dakwah = ?

Jadi, dalam arena DF apa yang ingin dicapai adalah membina tsiqoh atau rasa percaya mad'u kepada diri da'i. Pengalaman aku berkongsi-kongsi pengalaman DF dengan beberapa ikhwah menunjukkan mad'u boleh menjadi tsiqoh dengan beberapa perkara. Antaranya adalah peribadi da'i itu sendiri yang mulia, keilmuannya dalam perkara-perkara agama dan kehebatannya dalam bidang akademik. Kebanyakan ikhwah-ikhwah yang aku jumpa memiliki ketiga-tiga ciri ini.

Cuma perlu diingatkan bahawa DF takkan berhasil dalam masa singkat. Ia merupakan proses yang panjang. Mungkin sebulan, 2 bulan, satu sem, setahun atau mungkin sepanjang masa study. Atau mungkin sepanjang hayat kita? Bergantung kepada pertolongan Allah.

p/s sambung lagi nanti bila free
p/s2 sekarang 310am, ba'da subuh nak gerak ke penang (dari arau)



Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, July 13, 2010

wah! dunia dan seisinya

bismillah...


macamana nak df??

mungkin itulah persoalan yang sedang bermain-main dalam fikiran kebanyakan mereka yang baru 'berjinak-jinak' di atas jalan dakwah. perkara yang sama jugak berlaku pada aku dahulu. masa mula-mula join halaqah di matrik. mendapat arahan dari murabbi supaya 'mendekati' seorang mad'u sebaya bukanlah perkara yang mudah. kalau junior tu ok la jugak kan. lagipun, kat matrik (time tu) mana ada junior. aduh! camne nak buat ni??!

syeikh mustafa masyhur telah menulis sebuah buku kecil bertajuk dakwah fardiah ditujukan khas kepada para da'i yang ingin memulakan langkah membimbing manusia ke jalan dakwah. disusun berdasarkan pengalaman beliau yang telah mengabdikan diri kepada dakwah.

"wallahi! seseorang mendapat petunjuk disebabkan dirimu, itu lebih baik daripada unta merah" (Mutaffaq 'alaih)

dalam riwayat yang lain disebutkan lebih baik daripada dunia dan seisinya. itulah ganjaran yang menanti para pendakwah ilallah. tapi tak ramai yang nak buat kerja ni sebab ganjaran tu tak nampak. orang yang melihat dengan pandangan iman je akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukannya. sebab tu antara karateristik jalan dakwah ialah sikitnya rijal.

dalam buku df, disenaraikan 7 steps dalam melaksanakan misi mendapatkan dunia dan seisinya. secara ringkasnya ialah 1) bergaul dan cuba mengenali diri dan keluarganya, 2) membangkitkan iman yang lesu, 3) mengenalkannya kepada perkara-perkara yang wajib dan cuba menggalakkannya melakukan perkara-perkara yang sunat serta membantu mencukupkan segala keperluannya, 4) menjelaskan kepadanya konsep tasawwur ibadah yang syumul, 5) menyedarkannya bahawa Islam bukan agama untuk diamalkan secara individu sahaja sebaliknya perlu memikirkan tanggungjawab kepada masyarakat yang lain, 6) menjelaskan kepadanya tentang kewajiban berdakwah dan mengajak ummat kepada kebaikan dan 7) menjelaskan kepentingan bergabung bersama sebuah jemaah islam yang benar.

jika kita melihat kepada langkah-langkah yang diberikan dan kita bandingkan dengan realiti yang ada, pasti kita akan pening bagaimana nak aplikasikannya. medan dakwah mempunyai level keragaman yang tinggi. macam-macam jenis manusia kita akan jumpa. ada yang sudah memahami kesyumulan islam tapi masih beramal secara partial. ramai yang mengetahui kewajiban dakwah tapi tidak mahu berdakwah atas pelbagai alasan. jadi bagaimana nak mengaplikasikan semua step-step tersebut?

di sinilah letak pentingnya experience. seorang ikhwah murabbi berpesan dengan menyebut firman Allah dalam ayat terpanjang di dalam al-Quran, "wattaqullah wayu'allimukumullah - dan bertaqwalah kepada Allah dan Allah akan mengajari dirimu!" Antum jalan je, insyaAllah, Allah akan tunjuk jalan. Benar, tapi siapkan diri dengan strategi. Aduhh..jangan 'nerd' sangat. banyakkan bertanya ikhwah/akhwat senior pengalaman mereka melakukan df. alaa..bukan kena bayor pun. kita mungkin akan fail pada 1st attempt tapi pengalaman itulah yang akan menjadi impetus dalam dakwah kita insyaAllah. semakin banyak df yang kita lakukan, semakin banyak pengalaman yang kita kumpul. dengan pengalaman itulah pelbagai strategi kita boleh susun untuk memperbaiki df kita seterusnya. yang penting kita buat df, hasilnya biarlah Allah yang tentukan. Dia takkan tanya kita tentang result, Dia akan tanya, "kau dah buat ke belum?"

yang penting, jagalah keikhlasanmu! Allah hanya tolong orang-orang yang ikhlas...

insyaAllah bersambung..

p/s dah nak balik



Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, June 22, 2010

Tunaikan janjimu

bismillah...


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga membunuh dan terbunuh (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung." (At-Taubah: 111)


"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu* dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya)." (Al-Ahzab: 23)



Sesungguhnya semua yang kita ada bukanlah milik kita. Semuanya adalah pemberian dan kurnia daripada Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah. Dia memberikan kita segala kemudahan kemudian Dia membeli kembali semua itu dengan memberikan kepada para penjualnya SYURGA. Subhanallah, adakah jual beli yang lebih baik daripada ini? Tidak! Inilah jual beli paling pelik tapi begitulah Allah, Tuhan Yang Memiliki Setiap Sesuatu mengasihi hamba-hambaNya yang ikhlas berjuang demi agamaNya. Sedangkan Dia tak perlukan mereka untuk memenangkan agamaNya. Jika Dia mengkehendaki kemenangan untuk agamaNya, itu sangatlah mudah bagiNya. Namun, Dia ingin menguji keimanan hamba-hambaNya apakah telah bulat keimanan di dalam hati mereka. Dia memberikan tawaran jual beli terhebat supaya orang-orang beriman merebut peluang itu dan mengorbankan semua yang mereka miliki. Berjuang di jalan Allah dengan mengikhlaskan diri hanya kepadaNya. Bermujahadah merebut nikmat syahid di jalanNya. Dan menunaikan janji mereka kepadaNya. Allahuakbar walillahilhamd!

*menunggu apa yang telah Allah janjikan kepadanya.


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Thursday, June 17, 2010

main-main eh?

bismillah...


geram tak kalau orang main-main masa kita bagi pengisian? dahla pengisian tu serius diorang boleh la plak gelak-gelak main cucuk-cucuk perut. perghh, sabar jela.



kadang-kadang aku terfikir kenapa orang tak suka beri perhatian terhadap apa yang kita cakap? ok, diorang memang masih baru dalam tarbiyah. baru beberapa bulan ikut usrah. masih manja. pengisian sejam nak 'qailulah' sejam jugak. kalau time pengisian tu diorang fokus ok jugak. ni tak, masa pengisian main-main jugak. tersengguk-sengguk jugak. pusing-pusing pen jugak. lukis-lukis, conteng-conteng buku jugak. so, salah sape ni?? aku dah buat yang terbaik untuk deliver pengisian. lantak korang la nak dengar ke tak. ada aku kisah?

tak jarang kita salahkan diorang bila diorang tak pay full attention bila kita cakap, betul tak? kita kata diorang ni degil, takdak harapan, tak serius, manja dan sebagainya. ingat tak dulu masa mula-mula kita join usrah? bukan ke kita pun tido jugak masa perjumpaan yang pertama sebab tak tahan dengar abang naqib berceloteh lebih sejam. dalam hati kita dah habis sumpah seranah (harap-harap tak la), maki hamun etc. ish! bila la nak habis ceramah nih... mata dok kerling ke jam dan handphone je. ish, tolongla sapa-sapa kol aku, bleh aku keluar jap. sakit tulang belakang dok bersila sejam dah ni...

normal la kot. kita dulu-dulu camtu jugak. entah-entah lagi teruk dari tu. mungkinkah ada antara kita yang start usrah terus serius, tak main-main, sangat bersemangat etc? macam-macam fi'il manusia, memang kena banyak bersabar la. mungkin camni la kot perasaan naqib pertama kita. kalaula dia reject kita awal-awal lagi mungkin kita tak jadi seperti sekarang. semua orang berpotensi. cuma kena gosok la sampai keluar sinarnya.

yang jarang kita evaluate adalah hati kita. mungkin tak diorang memberi respon sebegitu kerana diri kita sendiri. pernah tak kita check keikhlasan niat kita? kalau kita benar-benar ikhlas, check pulak hubungan kita dengan Allah. kita tak boleh mengandalkan pada usaha kita semata-mata supaya manusia dapat hidayah. yang bagi hidayah adalah Allah. jika kita tak jaga hubungan dengan Pemberi hidayah, maka kepada siapa kita nak harap anak buah kita tu diberi hidayah? Check balik adakah kita doakan mereka agar diberi hidayah, dilembutkan hati, dijernihkan fikiran agar menerima kata-kata kita? kalau doa pun tak pernah, jangan la berharap apa-apa. Rasulullah saw pun doakan hidayah kepada salah seorang daripada dua Umar. akhirnya Allah memilih Umar al-Khattab sebagai pendukung agamaNya. alhamdulillah...

kita = aku.

Allahua'lam


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, May 18, 2010

Lompat Jangan Tak Lompat

bismillah...

air yang tenang jangan disangka tiada memerang. begitulah pepatah melayu mengajar kita. don't judge a book from facebook. begitulah orang putih habaq kat kita. hari ni makan, tido, main bersama kita. tup tap tup tap esok lompat. unpredictable. dunia ni memang camtu. sapa cepat dia dapat. kalau lambat kena tinggal. kalau takut, usah bicara soal perjuangan. ecceh~

lalu di sini hamba dengan rasa rendah hati ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada ikhwah wa akhwat yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. kalian bakal melompat ke tangga ke-2. takpelah, biar hamba lambat asalkan selamat. hehehe~

kepada pasangan Bro Seroleh dan 'Ain (29/5) serta Salman dan Norshahima (7/6). Semoga berbahagia sampai ke syurga. Ameen~

- jangan lupa tampal badge ni kat beg ye (^_^)v -


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Friday, January 22, 2010

Keringnya ukhuwwah...

bismilLah...

Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, itulah lukisan alam (begitu aturan Tuhan)


Kadang-kadang dengar lagu Hijjaz ni best plak. Best bila ada kaitan dengan apa yang berlaku kepada dan di sekeliling kita.

"Ukhwah filLah abadan abada..."

"Ana uhibbuka/i filLah..."

etc...

Dalam keluarga besar ni banyak lagi selain ayat-ayat macam kat atas ni dituturkan. Semuanya nak mengekspresikan perasaan yang 'halal'. Kata-kata yang lahir dari hati maka akan sampai ke hati jua. Namun kata-kata yang keluar dari mulut paling jauh sampai ke telinga je.

Hari ini ramai orang memberi takwilan baru pada makna ukhuwwah. Satu team tapi tak kenal. Satu team tapi tak communicate. Satu team tapi dok mengata team member. Satu team tapi berbeza visi dan misi. Agak-agak boleh berjaya ke team camni? Dalam satu team futsal - 5 orang - sume nak jadi striker. Sume nak naik, nak score. Main pun senyap je. Panggil member, "hoi2, pass bola kat aku la."

Anak Usrah Bukan Hak Milik Naqib

Tak pernah aku jumpa kat anak usrah sesape ada cop "Parental Advisory". Cuma sticker tu diletakkan pada pemikiran kita. Kita merasakan kita lebih berhak ke atas mereka. Atau melahirkan sikap seperti "alah, anak usrah dia pandai-pandai la dia handle." Ke mana perginya takaful dan ta'awwun kita? Jika kenal pun tidak, apakan pula nak berziarah. Bukankah masalah kita tanggung bersama? Tapi bila kita limitkan takaful kita pada orang yang kita kenal saja, tu tak adil. Mengapa ada sikap double-standard dalam berukhuwwah?

We Don't Have Chemistry

Takleh masuk dengan certain orang. Kita berukhuwwah dengan orang yang sama kumpulan dengan kita dalam periodic table je. Cuba check balik diri kita. Masalahnya adalah kita tak bersedia untuk menerima perbezaan. Kita lebih suka menerima daripada memberi. Sedangkan persamaan kimia mesti diseimbangkan, inikan pula persamaan ukhuwwah.

Mengomel dan Doa

Tak jarang bila kita fikir kita takde chemistry dengan ikhwah lain, kita lebih suka cakap-cakap belakang. Most specifically, mengumpat. Macam-macam kita cakap. Kita sendiri tak faham kot apakah itu mengumpat. Kita rasa kita sedang meluahkan perasaan atau kita cuba menceritakan kebenaran. Sebaliknya kita sedang memakan daging saudara kita yang telah mati. Bukankah diam itu lebih baik? Mengapa kita tidak memilih berdoa agar Allah menyatukan hati-hati kita? Jawapannya mudah. Kerna jauhnya hubungan kita dengan Allah, Pemilik hati-hati kita. Dan kita jarang melihat kesalahan adalah berpunca dari kita dan memilih 'jalan selamat' menyalahkan orang lain.

Hati Kita yang Kering

Andaian-andaian buruk terhadap ikhwah (su'uzhon) atau kita dah takde perasaan terhadap ikhwah. Tiada lagi rasa cinta dan kepercayaan. Ikhwah yang datang disambut dengan 'muka ketat' dan ancillary smiles. Tiada lagi pelukan mahabbah yang hangat penuh kerinduan. Tiada lagi deraian airmata takut futur. Tiada lagi doa untuk ikhwah yang jauh. Hati kita benar-benar telah kering dari mata air ukhuwwah. Yang tinggal hanyalah padang tandus dan merekah.

Sesegar hijau daunan, begitulah kita diibaratkan, tiada siapa yang bisa memisahkan kita, antara kita semua

Jika dikumpul seluruh langit dan bumi, tidak akan mampu untuk menyatukan hati-hati kita. Hanya Allah saja yang dapat menyatukan hati-hati kita. Semoga ukhuwwah kita terus segar insyaAlLah.

Allahu a'lam.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, December 21, 2009

Saya Bukan Pelajar Civil Engineering!

Bismillah...

Sering kedengaran suara-suara seperti putus harapan dan kekecewaan apabila batu-bata yang selama ini dibentuk hilang entah ke mana. Ataupun batu-bata itu "disqualified" kerana tidak menepati quality assurance (QA) seperti yang ditetapkan oleh "SIRIM". Kita sebagai ketua jurutera batu-bata merasakan telah mengadun komposisi bahan yang betul. Pasir, air, simen dll mengikut calculation dalam teori pembinaan batu-bata. Tapi kenapa hasilnya masih ada defect?

Manager terus tertanya-tanya di mana silapnya. Siapa yang perlu dipersalahkan? Bahagian research and development (R&D) atau production? Team R&D yang salah perkiraan atau team production yang lalai? Apakah ada unsur-unsur sabotaj pihak-pihak lain? Sesetengah manager mengambil jalan mudah menuding jari ke sana-sini. Orang-orang sebegini ada kepentingan peribadi.


Apabila manager ambil mudah dalam pembinaan batu-bata seperti mengurangkan komposisi bahan atau menggunakan bahan yang lebih murah, kesannya adalah bangunan yang akan dibina mempunyai jangka hayat (lifespan) yang pendek. Besar kemungkinan bangunan akan runtuh even apabila hanya satu batu-bata yang dibuat tanpa mengikut piawaian yang ditetapkan. Bukan mudah nak buat bangunan. Kalau tak percaya tanya students Civil Engineering UTM Skudai? Betul kan?

Allahua'lam.

p/s Aku bukan budak civil engineering. Kalau salah minta ampun ye :)

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Sunday, December 20, 2009

Masalahnya adalah kita

Bismillah...

Semakin banyak amal, sepatutnya kita semakin rendah diri. Sebab "nature" amal yang benar itu akan menzahirkan rasa malu terhadap segala kekurangan kita. Tak ramai orang yang mampu jadi begini. Banyak yang tertipu dengan amal mereka (ghurur). Mereka rasa telah beramal banyak. Mereka rasa "lebih Islam" dari orang lain. Mereka rasa "superior" berbanding manusia lain. Mereka lupa asal kejadian mereka tetap sama. Air mani yang hina. Ini kerana mereka membandingkan amal mereka secara salah. Seorang pendakwah tak boleh membandingkan amal ibadatnya dengan orang awam. Jika seorang "orang awam" menjaga solat wajibnya berjemaah di masjid, da'i wajib jaga solat rawatibnya di masjid juga. Atau datang awal untuk i'tikaf, baca al-Quran, azan dll. Jika orang awam membaca al-Quran satu mukasurat sehari, da'i perlu at least satu hizb (rubu').

Jika seorang yang baik (soleh) tidak melaksanakan amar makruf nahi mungkar (dakwah) dikatakan sebagai ada "something wrong", aku berpendapat da'i yang sibuk melakukan dakwah tapi tidak menjaga amal (tidak soleh) itu "totally wrong". Mungkin orang yang something wrong tu belum diberikan hidayah oleh Allah untuk sama-sama dalam barisan da'i. Itu masalah hidayah yang kita tiada kuasa ke atasnya. Tapi jika seseorang yang mengaku da'i, telah dibukakan pintu hidayah untuk bersama barisan mujahidin, menghadiri liqa'-liqa' mingguan, daurah etc tetapi sangat minimal dalam beramal terutama amal-amal fardi (individu), lebih teruk dari orang yang something wrong. Islam itu tak akan tertegak melainkan selepas lahirnya individu yang mampu bermujahadah terhadap dirinya sendiri sebelum menyeru orang lain.

Al-Quran warning kita tentang perkara ini dalam ayat-ayat berikut; (2:44), (13:11), (61:2) dan (66:6). Sepatutnya bagi da'i yang dimutaba'ah untuk membaca al-Quran setiap hari peka akan hal ini. Seorang mursyid IM berpesan, "Aqim daulatal Islam fi qalbika, taqum fi 'ardhika" yang bermaksud tegakkan daulah Islam di dalam hatimu, maka Islam akan tertegak di sekelilingmu. Punca masyarakat menjauhi para da'i adalah sikap da'i itu sendiri. Mereka tidak menunjukkan contoh yang baik kepada orang-orang di sekeliling mereka. Masyarakat bukan bodoh untuk percaya kepada kata-kata yang manis berselang-seli dalil al-Quran dan hadis. Mereka mahukan contoh praktikal yang jelas dalam kehidupan sehari-hari para da'i. Once anda "dicop" sebagai da'i, maka setiap kelakuan anda akan diperhatikan dan dianalisis. Dan bila anda cuba mempraktikkan Islam dalam diri, sedikit demi sedikit anda akan menjadi ghurabaa' (asing). Sedikit kesilapan, walaupun sebagai manusia biasa, anda akan dikecam dan dikritik. Anda akan realize betapa sukarnya apabila masyarakat hilang kepercayaan kepada para da'i hanya kerana beberapa "kesilapan manusiawi" yang kita lakukan. Masyarakat bukan prejudis tapi apa yang mampu kita expect dari masyarakat seperti yang ada sekarang? Ibarat bangunan yang tinggi. Bertahun-tahun lama diperlukan untuk dibina namun cukup 5 saat saja untuk hancur runtuh bila gempa bumi.

Ingatlah para da'i! Kalian hanya salah satu dari mata rantai daripada mata rantai perjuangan yang panjang ini. Kalian hanya salah satu komposisi dalam batu-bata binaan bangunan dakwah yang agung. Jika kita ingin melihat roda perjuangan dakwah ini terus berpusing, kukuhkan mata rantai kita. Jika kita ingin bangunan dakwah yang ingin dibina kukuh menjulang ke langit dan memancarkan chakra-chakra "rahmatan lil 'alamin", maka pastikan batu-bata yang kita tempati dibuat dengan kukuh dan padat dengan komposisi yang tepat. Bahawasanya, jika kita tak ingin memelihara semua ini, dakwah ini akan tetap terus meluncur ke depan ke arah masa depan Islam yang gemilang dengan nur Ilahi. Allah akan menggantikan kita dengan kaum yang lain (5:54, 47:38). Kita pilih antara dua; menjadi kaum pengganti atau yang diganti.

Allahua'lam.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, December 14, 2009

Rempit

Bismillah...


Sakit kepala. Bukan sebab fikir masalah umat pun. Apatah lagi nak fikir kaedah pembaikpulihan. Diri sendiri pun rosak. Lidah macam laser bila bagi nasihat. Lupakah pada ayat?

"Apakah kamu menyuruh orang lain berbuat kebaikan dan kamu melupakan dirimu sendiri sedangkan kamu membaca al-Kitab." (2:44)

Selalu rasa tak layak berada di sini. Di level sekarang. Kenapa aku kat sini? Rasa nak get rid dari semua ni. Tapi susah.

"Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhannya manusia, Raja manusia, Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia." (114:1-6)

Tension. Kepala sakit macam kena migrain. Aku pecut motor laju-laju. Aku dah tak fikir accident ke apa. Alhamdulillah sampai rumah. So, nak tido.

"Dengan nama Allah, aku hidup dan aku mati. Amin."

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template