Friday, August 14, 2009

Siri 4: Bicara Saat Dalam Perjalanan Hijrah

Bismillah...

Pada kenyataannya seorang dai yang benar-benar menekuni bidang dakwahnya, tiada yang difikirkannya selain dakwahnya, tiada aktiviti yang dilakukannya selain demi dakwahnya dan tiada sesuatu pun yang ia kikirkan untuk dakwahnya, apakah itu jerih payah ataupun waktunya. Dan selamanya tiada sesuatu kesibukan pun yang dapat memalingkan dia dari tugas dakwahnya, sampai di saat yang paling genting, waktu yang sangat sempit mahupun kondisi yang paling rumit.

Demikianlah yang dilakukan oleh rasul kita, Muhammad saw. Ketika beliau dalam perjalanan hijrahnya ke Madinah dengan ditemani oleh Abu Bakar Ash-Siddiq, baginda bersua dengan Buraidah Ibnul Hashib al-Aslami bersama dengan iringan kafilah kaumnya. Mereka bersua di tengah jalan antara Mekah dan Madinah lalu Nabi saw menyeru mereka untuk masuk Islam, hingga mereka pun masuk Islam.

Hal ini menunjukkan, bahawa Nabi saw tidak pernah melupakan tugas dakwahnya untuk menyeru manusia menyembah Allah, sekalipun beliau sedang dalam perjalanan hijrahnya ke Madinah dan dikejar oleh kaumnya.*

* Usul al-Dakwah m.s 284

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Thursday, August 13, 2009

Siri 3: Malam dan Siang Tetap Berbicara

Bismillah...

Orang yang mula-mula mengajari hal ini kepada kita adalah para Nabi 'alaihimussalam. Lisan mereka selalu berbicara baik di malam hari mahupun di siang hari, baik secara terang-terangan mahupun sembunyi-sembunyi.

Allah SWT berfirman menceritakan perihal Nabi Nuh as:

"Nuh berkata: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kepada kaumku malam dan siang"
(QS Nuh 71 : 5)

"Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka lagi dengan terang-terangan dan diam-diam."
(QS Nuh 71 : 8 - 9)

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, August 12, 2009

Siri 2: Tinggi Dalam Kehidupan

Bismillah...

Kebebasan dan harapan.

Kebebasan yang menghancurkan belenggu-belenggu nafsu syahwat.

Harapan untuk meraih pahala dan percaya akan pertolongan Allah (kemenangan).

Dua kalimat yang ringan diucapkan tetapi mempunyai beban yang berat dalam timbangan perjuangan akidah. Kedua-duanya selalu disebut-sebut dalam sejarah tauhid yang panjang dan keduanya telah cukup melelahkan berbagai generasi para da'i mulai dari para nabi, para siddiqin, para rasyidin, para tabi'in hingga orang-orang yang mengikuti jejak mereka dengan baik sepanjang masa. Semuanya merasa senang dengan kelelahan dan mereka menolak kecuali ketinggian dalam kehidupan dan kita insyaAllah akan mengikuti jejak mereka.

Kelelahan mereka adakalanya kerana aktiviti rutin sehari-hari dengan memberi peringatan, menyampaikan berita gembira, menghimpun potensi dan mendalami pelajaran atau tidak tidur malam kerana mengurus kepentingan kaum muslimin.

Adakalanya kerana ketekunan dalam belajar dan menjelajahi gurun-gurun sahara untuk memperoleh suatu hadis atau pelajaran fiqih.

Di lain waktu adakalanya kerana terjun ke medan peperangan dan selalu merindukan jihad dan kematian yang tinggi (syahid).

Di lain waktu pula kerana kesibukan dalam berfikir dan membuat rencana.

Jika mereka beristirehat lalu merebahkan diri mereka dengan terlentang, hati mereka tetap hidup menyingkirkan fikiran yang sia-sia.

Semuanya itu telah diceritakan oleh sejarah agar para da'i sekarang mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Bersambung


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, August 10, 2009

Siri 1: Rasulullah saw telah berseru, "Wahai orang beriman!"

Bismillah...

Ini merupakan siri kisah-kisah dari hiburan para da'i (pendakwah).

Bagi para aktivis gerakan Islam dan juga bagi orang-orang yang ada di sekitar mereka dari kalangan generasi muda, tidak sepatutnya bila mereka tidak ikut berangkat untuk meraih kesenangan akhirat dan tidak sepatutnya pula bila mereka lebih mementingkan diri sendiri daripada keperluan-keperluan dakwahnya.

Demikian itu kerana tidaklah sekali-kali mereka mengalami kehausan, kelelahan, kekotoran dengan debu di jalan Allah, mengucapkan satu kalimat yang membuat marah golongan-golongan sekular dan tidak pula mereka meraih suatu kemenangan atas orang-orang atheis melainkan dicatatkan bagi mereka amal saleh. Sesungguhnya Allah tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.

Tidak pula mereka mengeluarkan suatu pengorbanan berupa kelelahan yang tidak bererti atau dicekam rasa takut yang luar biasa dan tidak pula mereka berkeliling ke suatu daerah atau mengunjungi suatu madrasah atau ke suatu universiti atau ke suatu kilang untuk berceramah melainkan dicatatkan bagi mereka pahalanya. Allah akan memberikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Bagaimana seorang da'i boleh merasa senang dengan istirehat sedang para pendahulu mereka telah mengajarinya sejak hari pertamanya untuk mendendangkan hal berikut;

"Di dalam hatiku selalu terdengan suara Nabi saw yang memerintahkan, "Berjihadlah, Berjuanglah dan lelahkan dirimu!"

"Dan berseru, "Menanglah, tuntutlah dan berlatihlah, Jadilah kamu selamanya orang yang merdeka lagi pantang menyerah!"

Bagaimana dia cenderung kepada rasa malas sedang teman-temannya selalu berseru;

"Kami selalu membangun dan pantang menyerah, kami pasti akan mati tapi kami pantang terhina!"

"Kami punya tangan dan mahu bekerja, kami punya hari esok dan harapan."

Sesungguhnya kebebasan seorang da'i dan cita-cita yang diyakininya, kedua-dua faktor inilah yang mendorongnya dengan kuat untuk berkorban dan banyak memberi.

Bersambung...

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Sunday, August 09, 2009

Perjalanan

Bismillah...

Bertemankan tekad,aku berangkat
Biarlah tanpa teman dan rakan
kerana tekad telah sebati dalam darahku
mengalir memenuhi setiap ruang badanku
Perjalanan itu jauh
penuh bahaya yang merintangi
adakah kau sedar?!
wahai jiwa yang sensitif
hidup ini adalah ujian
setiap gerak ada pertanggungjawaban
kau adalah mas'ulnya!
Ketukan-ketukan keras
membangkitkan aku
sedang jahiliah itu mengejarku
aku harus pantas
namun iman itu ada pasang surutnya
di manakah teman
untuk menemaniku sepanjang perjalanan?
Tekadku...tetaplah kau bersamaku

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template