Wednesday, March 25, 2009

Kenapa ye? 4 (Last)

Pada post yang lepas, aku cuba sampaikan tentang perasaan kita terhadap islam yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita ini. Bagi aku, merasai ini merupakan anugerah adalah lebih lembut dan mudah diterima daripada merasainya sebagai taklif (tanggungjawab). Walaupun pada hakikatnya, islam merangkumi kedua-duanya.

Islam sendiri bermaksud tunduk patuh kepada Yang Maha Pencipta. Kepatuhan total yang melibatkan penyerahan diri sepenuhnya tanpa sebarang keraguan. Melaksanakan semua yang diperintahkan dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Meninggalkan semua yang dilarangNya tanpa kompromi. Islam menuntut semua itu daripada jiwa-jiwa yang siap melaksanakannya tanpa perasaan lemah dan ragu-ragu.

Betapa besar anugerah yang diberikanNya. Begitulah besar tanggungjawab kita untuk menyebarkannya. Semua orang perlu sedar akan tanggungjawab ini. Ia bukan tugas jabatan agama, mufti, ustaz-ustazah dan penceramah bebas semata-mata. Ia tugas semua yang mengaku dirinya muslim. Ikrar (pengakuan) tanpa tahqiq (realisasi) ibarat pokok yang tidak berbuah. Kegagalan memahami hakikat islam itu sendiri menyebabkan ramai yang melalaikan tanggungjawab ini. Allah taala berfirman,

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak laksanakan? Amat besar kemurkaan Allah kepada orang yang mengatakan sesuatu yang tidak dilaksanakannya."
(QS As-Soff: 2-3)

Umat islam hari ini ditipu dan terus tertipu. Mereka merasa telah islam dengan melaksanakan ibadah solat, zakat, haji dan puasa sahaja. Mereka meninggalkan pelbagai kewajiban lain akibat ketidaktahuan dan tidak mahu ambil tahu. Inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh islam. Merosakkan pemikiran para muslim khasnya para pemuda dan pemudinya. Hasilnya, lihatlah sekeliling kita sekarang atau lihatlah diri kita. Kita lebih suka mengagungkan budaya barat dengan hiburan melampau dan pemakaian yang tidak menepati syariat islam. Musuh-musuh islam berjaya.

Ingatlah, kita tidak akan merugikan Allah sedikitpun dengan kekufuran kita malah tidak menambah sedikitpun kekuasaanNya dengan keimanan kita. Kita yang menentukan apakah balasan untuk diri kita. Syurga atau neraka?

Aku serukan kepada diriku dan sesiapa yang membaca tulisan ini, ayuh! Marilah bersama-sama kita kembali kepada islam. Kita format segala virus jahiliah di dalam hati dan fikiran kita. Kita install tujuan utama hidup kita iaitu sebagai hamba Allah dan juga khalifahNya. Kita tingkatkan performance dengan amal-amal qawi. Cantikkan appearance dengan akhlak-akhlak islam yang indah. Dan yang paling penting, pastikan "wifi connection" dengan Yang Maha Pengasih sentiasa excellent dengan memperbanyak zikir, istighfar dan tahlil.

Wahai pemuda dan pemudi! Kita ada tanggungjawab yang lebih banyak dari masa yang kita ada. Jika kita hitung 24 jam yang kita ada dalam sehari dan bandingkan dengan pelbagai kewajiban yang perlu kita laksanakan, pasti kita akan memohon kepada Allah agar dilambatkan putaran bumi.

Kita sering menyibukkan diri dengan perkara-perkara kecil dan tidak penting sehingga fokus dan energi kita dibazirkan sia-sia. Jika kita memahami dengan baik tujuan hidup kita, nescaya kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhinya sebelum nyawa berpisah dari jasad.

"Maka berlumba-lumbalah kamu melaksanakan kebajikan"

Jadi, aku rasa, cukuplah setakat ini saja siri "Kenapa ye?". Aku hanya menyampaikan peringatan yang tak lain adalah kepada diri aku sendiri. Jiwa yang lemah tidak akan mampu memikul amanah yang besar sebegini. Hisablah dirimu sebelum menghisab orang lain. Engkau tidak lain hanyalah setitis air yang hina. Aku mengharapkan doa-doa daripada semua agar Allah terus memelihara langkahku di atas jalan dakwah ini. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua inshaAllah.

Wallahua'lam

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, March 23, 2009

Kenapa ye? 3

Apabila membaca surah Adh-Dhuha, kadang-kadang aku tak terasa apa-apa. Seolah-olah baris demi baris yang dibaca hanyalah sebahagian ayat-ayat Allah daripada sekian banyak ayat-ayat di dalam Al-Quranul karim. Sebabnya? Aku tak faham bukannya tak tahu. Kalau nak ikutkan, terjemahan ayat demi ayat tu dah tau cuma tak memahami isinya saja membuatkan tiada "feel" ketika membacanya. Tapi ni bukan nak tafsir surah ni. Aku bukan mufassirin.

Merujuk kepada post yang lepas, nikmat apakah yang disebut di dalam ayat terakhir surah itu yang perlu kita nyatakan? Dengan pelbagai nikmat yang diberikan Allah kepada kita, semuanya wajib kita syukuri. Dan nikmat terbesar dalam kehidupan kita sebagai manusia adalah nikmat islam yang diberikanNya. Bagaimana seharusnya kita nyatakan nikmat terbesar itu? Jika seseorang memberi kita sebuah kereta ferrari enzo, kita tak guna kereta tu dalam utm je kan. Sudah tentu kita akan gunakan dengan sepuas-puasnya ke sana-sini. Dan kita pun tak akan rasa malu untuk membawa kereta itu ke mana-mana kan. Kita akan rasa bangga apabila memandunya. Kita merasa puas diperhatikan orang ramai.

Jadi, kalau dengan sebuah "sampah" dunia pun kita merasa bangga, inikan pula nikmat islam yang diberikan Allah kepada kita. Yang diberiNya adalah perkara terbaik manakala pemberiNya adalah Yang Maha Tinggi. So, ada ke benda lain yang kita nak setelah kita dapat perkara ni? Sekarang ramai orang malu nak menzahirkan islam di hadapan manusia. Malu nak baca al-Quran kat stesen bas sambil-sambil tunggu bas. Merasa bangga mengusung New Straits Times, The Star, buku Covey etc. Malu nak menzahirkan identiti islam. Jika ramai yang tak segan silu bercouple, naik motor bawa awek, pakai selaur pendek, tak pakai tudung etc, kenapa kita yang mengamalkan kebenaran masih malu dan takut? Aku tak faham...

Kita kalah pemikiran sebelum ke medan perang. Kita kalah dengan nafsu sebelum peluru menembusi dada kita. Bersyukur dengan nikmat bukan sekadar mengucapkan sebaris Alhamdulillah. Perlukan tahqiq, realisasi. Islam bukan manhaj yang didirikan atas asumsi tetapi kaedah yang berdiri atas realiti.

Bersambung...

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, March 10, 2009

Kenapa ye? 2

Kenapa ye? Soalan ni sungguh mudah untuk dijawab oleh sesiapa pun. Lagi mudah dari soalan exam math no. 7 masa aku matrikulasi dulu. Soalan yang buat ramai budak menangis. Aku tak. :-)

Kenapa Allah menciptakan kita kat atas dunia ni?

Aku melihat dokumentari bertajuk "The Truth of the Life in This World" yang aku download daripada Harunyahya.com. Pada permulaan dokumentari tu, diceritakan tentang betapa saintis-saintis mengalami masalah dalam menentukan berapa besarkah alam yang kita diami ini. Apa yang mereka boleh anggarkan adalah alam semesta ini mengandungi 300 bilion galaksi. Galaksi yang kita berada di dalamnya sekarang adalah galaksi Milky Way yang mana mungkin antara galaksi terkecil di alam semesta. Di dalam Milky Way sahaja terdapat 250 bilion bintang yang cantik berselerak di atas langit sana. Salah satu bintang itu adalah matahari yang 24 jam menyinari dan membekalkan tenaga ke Planet Bumi yang manusia sedang berebut-rebut untuk menguasainya. Matahari pula adalah bintang yang paling kecil di dalam galaksi kita ini. Kalau nak hitung, bintang-bintang kat langit tu lagi banyak dari semua pasir yang ada kat muka bumi ni. Matahari tu salah sebutir pasir je. Bumi? Jadi, dapat tak gambarkan berapa besar alam semesta ni? Patutla dalam Al-Quran selalu Allah SWT suruh kita perhatikan tanda-tanda kebesaranNya di langit dan di Bumi.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."
(QS 'Ali-Imran:190-191)


Kenapa Allah menciptakan manusia? Lepas tu Allah bagitau manusia adalah sebaik-baik kejadian. Mana lagi complex? Manusia ke langit? Jadi, mesti ada tujuannya Allah menciptakan kita kan? Pada permulaan penciptaan manusia, Allah taala berfirman kepada malaikat-malaikatNya,

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi"
(QS Al-Baqarah:30)


Kemudian Allah mengingatkan kita lagi dalam firmanNya dalam surah Adz-Dzariyaat ayat ke 56;

"Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"

Begitulah tujuan penciptaan kita (manusia) di atas muka bumi ini. Untuk menjelaskan lagi dua tujuan penciptaan ini, aku merujuk kepada buku Ethical Viewpoint of Islam yang ditulis oleh Syeikh Abul A'la Al-Maududi. Aku ringkaskan sikit.

"Islam tells us clearly that the status of man in this world is that of an 'Abd (God's servant and slave) who is also Khalifat-ul Allah (Allah's deputy and vicegerent). All things in the world with which he comes in contact belong to God. Even his own body and the capacities with which he is endowed are not in fact his own but are a trust from the Lord.

God has appointed him as His vicegerent giving him the power to use these objects for his benefit. And in this lies his test and trial. The final result of this test will not be declared in this world but only at the time when individuals and nations and, indeed, the whole of mankind shall have finished their career on the earth and the consequences and effects of their actions and strivings shall have become fully manifest. It is then that God will examine the account of each human being and will decide as to who has duly carried out the duties of His stewardship and who has not. And this examination will not be confined to any one thing or one department of life, but will cover the entire range of a person's individual and social conduct. It will be an examination of all the faculties of his mind and body which he has been endowed and also of every kind of authority and power over external objects which has been delegated to him.

This being man's real position in the world, it logically follows that he is not the master but the agent and the deputy. His power and authority are bound to be limited. Sovereignty belongs to God alone; man is His vicegerent and the only moral course open to him is to fulfill the task which the Sovereign has assigned to him. He is not totally free to determine his own behaviour. Man has no absolute right to determine the course of his own conduct. Man's job is to faithfully and scrupulously pursue the mission assigned to him. Creator is the law-giver; man has to act within that framework which the Sovereign has laid for him. Once this position is accepted and the nature of God-man relationship is clearly understood, all ethical questions which have been agitating the minds of philosophers from time immemorial, find appropriate solutions. These solutions are clear, precise and definite. And they are based on reality. They are universal and eternal."

Sebenarnya, dalam Islam, skop ibadah sangat luas, bukan hanya terhenti pada ibadah-ibadah wajib sahaja seperti yang difahami oleh ramai orang sekarang ini. Seluruh kehidupan kita adalah dalam rangka ibadah selagimana ianya menepati dua syarat iaitu niat ikhlas kerana Allah dan menepati syariat atau fiqh atau lebih tepat, seperti yang diajarkan oleh rasulullah saw. Manakala tugas khalifah pula adalah 'iqamatuddeen (menegakkan agama) dan siyasatuddunya (mentadbir alam) ini. Bagaimana hendak menegakkan agama? Menegakkan agama adalah dengan cara "mensyukuri" nikmat Islam yang telah dianugerahkan Allah kepada kita.

"Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)"
(QS Adh-Dhuha:11)

'
Apakah nikmat-nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita? Apakah nikmat yang paling besar yang Allah telah anugerahkan kepada kita? Adakah kita merasai akan nikmat yang terbesar itu? Adakah kita telah mensyukurinya? Bagaimana kita mensyukurinya? Adakah sekadar melafazkan "Alhamdulillah" itu sudah cukup bagi kita untuk mengatakan kita bersyukur? Semua persoalan ini akan di"critico-analysed" pada post berikutnya inshaAllah.

Wallahua'lam





Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Saturday, March 07, 2009

Kenapa ye?

Setiap perkara mesti ada tujuannya kan? Kenapa makan? Kenapa tidur? Kenapa belajar? Kenapa main bola? Dan sebagainya.

Dalam perkara-perkara maksiat dan dosa pun mesti ada tujuan kenapa dilakukan. Kenapa mencuri? Kenapa bonceng? Kenapa bercouple? Kenapa mengumpat? Kenapa tak solat berjemaah? Kenapa tak menutup aurat? Dan sebagainya.

Dan di atas semua persoalan-persoalan itu, ada persoalan yang lebih besar.

Apa TUJUAN kita diciptakan?

Apa tujuan kita hidup di atas bumi ini?

ANALOGI ROBOT

Kenapa engineer cipta robot? Sebab nak memudahkan manusia kan? Ambil contoh robot vakum lantai. Tugasnya adalah bergerak-gerak keliling rumah untuk menyedut sampah-sampah di atas lantai. Jika robot itu tidak berfungsi mencuci lantai i.e. mengoyakkan karpet, maka robot itu perlu diganti dengan robot yang baru atau dibuang saja ke dalam tong sampah.

Jadi manusia pun mesti diciptakan oleh Allah dengan tujuan kan? Untuk apa ye? Teringat dengan kata-kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq;

"Jika tali kekang untaku hilang, maka pasti aku akan menemuinya di dalam Al-Qur'an"

Wallahua'lam

p/s bersambung lagi...

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, March 04, 2009

Are You Gonna Finish Strong?

Kepada sesiapa yang mudah putus asa...



If he can, WHY we CAN'T?

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template