Sunday, June 28, 2009

Sejenak Bersama Pembuat Kehidupan

Bismillah...

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Saturday, June 27, 2009

Video Tutorial 1: Say No To Couple

Bismillah...

InsyaAllah, kali ni kita akan sama-sama bervideo-tutorial [ada ke perkataan ni dalam kamus DBP?]. Sempoiiiiii.....hahahaha...





Jutaan oren terima kasih kepada Unit Hisbah Perubatan Cawangan Mansurah Mesir. Kome memang kreatif walaupun belajar medic. Dan juga kepada TerataiOnline , tempat di mana cerita ini dijumpai. Blog ni memang best dan menarik. Kepada adik-adik TiJB, korang dah tengok kan? Try la buat kat tempat korang pulak. Sempoi-sempoi sudeh.

Say No To Couple...

Wassalam...

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Thursday, June 25, 2009

Men Are From Mars, Women Are From Venus

Bismillah...

Front page

Ni aku copy kat kulit belakang buku ni:

"...a superb guide for understanding male-female relationships."
Harold Bloomfield

Once upon a time Martians and Venusians met, fell in love, and had happy relationships together because they accepted their differences. Then they came to Earth and amnesia set in: they forgot they were from different planets.

Using this metaphor to illustrate the commonly conflicts between men and women, Dr. John Gray explains how these differences can come between the sexes and prohibit mutually fulfilling loving relationships. Based on years of succesful counselling of couples and individuals, he gives advice on how to counteract these differences in communication styles, emotional needs and modes of behaviour to promote greater understanding between partners.

Men Are From Mars, Women Are From Venus has helped millions of men and women to understand each other better. It is an invaluable tool for developing deeper and more satisfying relationships.


---------------------------------------------------------------------------------------

"It is rare to find a non-fiction book that is a page turner, but John Gray has written one."

Susan Page

Ada lagi ni. Klik bawah ni!


Book Description:

1. Tajuk:

Men Are From Mars, Women Are From Venus - A Practical Guide For Improving Communication and Getting What You Want In Your

2. Penulis:

John Gray PhD

3. Penerbit:

Thorsons

4. Terbitan pertama:

1992 (Masa aku tadika..LOL)

5. Harga:

Aku beli kat Popular Bookstore kat Mall apentah(ape ek??) kt Kota Bharu Kelantan dengan harga RM36.90. Boleh tahan mahalnye..

6. Tujuan beli:


Saja suka-suki . Haha..Sebenarnya aku baca buku Aku Terima Nikahnya tulisan Ustaz Hasrizal Saifulislam.com. Dia yang suggest suruh baca buku ni. Aku dipengaruhi.....

7. Tarikh beli:

Dec 2008

8. Progress bacaan:

Tak sampai separuh pun lagi..(^_^")..

9. Status:

Halal tapi takleh pinjam lagi buat masa sekarang (^_^)...

10. Overview: Taken from Chapter 1

Imagine that men are from Mars and women are from Venus. One day long ago the Martians, looking through their telescopes, discovered the Venusians. Just glimpsing the Venusians awakened feelings they had never known. They fell in love and quickly invented space travel and flew to Venus.

The Venusians welcomed the Martians with open arms. They had intuitively known that this day would come. Their hearts opened wide to a love they had never felt before.

The love between the Venusians and Martians was magical. They delighted in being together, doing things together, and sharing together. Though from different worlds, they reveled in their differences. They spent months learning about each other, exploring and appreciating their different needs, preferences, and behavior patterns. For years they lived together in love and harmony.

Then they decided to fly to Earth. In the beginning everything was wonderful and beautiful. But the effects of Earth's atmosphere took hold, and one morning everyone woke up with a peculiar kind of amnesia - selective amnesia!

Both the Martians and Venusians forgot that they were from different planets and were supposed to be different. In one morning everything they had learned about their differences was erased from their memory. And since that they emn and women have been in conflict.
11. Sepatah dua kata dari aku (bukan nama sebenar):

Mula-mula baca buku Aku Terima Nikahnya (pinjam dari awgqs), saja-saja. Ramai "perawi" cakap buku tu best. Dah tahap mutawatir. Bagus gak sebab Ustaz Hasrizal gabungkan pengalaman dia dengan pelbagai teori-teori psikologi dan kerumahtanggaan (ada ke istilah ni?). Dan salah satu yang beliau sering sebut-sebut adalah mengenai buku ni. Aku jadi obses (betul ke?) Masa cuti sem lepas aku berjaulah ke pantai timur. Jumpa plak buku ni. So, buku ni la peneman aku sepanjang perjalanan tu. Alhamdulillah, bila jumpa rakan-rakan je, mesti yang pertama sekali ditegur, "Haihh, dah nak "tuuuuttt" [censored] ke?". "InsyaAllah, tak lama lagi", pertanyaan dibalas. Dan pertanyaan2 atau gurauan2 yg sewaktu dengannya.

Alhamdulillah, perspektif semakin berubah sedikit. Apa yang diceritakan oleh John Gray ni sebenarnya dah ada pada diri Rasulullah saw;

"Dan pada diri Rasulullah itu terdapat suri teladan yang baik bagimu."
(QS 33:21)

Maksud aku nilai-nilai yang cuba diterangkan oleh beliau. Sebenarnya bukan perkara baru. Bagi aku, Rasulullah saw dah menunjukkan contoh yang ahsan (terbaik) dalam etika pergaulan antara kaum adam dan hawa. Membaca buku-buku camni sebenarnya satu keperluan terutama bila berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Sesungguhnya hikmah itu barang mukmin yang hilang, di mana jua kamu menjumpainya, maka ambillah.

Allahu a'lam
Wa barakallahu feekum
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

*teng2 tenenene...[lagu lepas abih kuliah tafsir ustaz zahazan] ngeh3...

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, June 23, 2009

Kelebihan Puasa Bulan Rejab??

Bismillah...

[Pukul 1814] : Jap lagi nak masuk bulan Rejab. Ke dah masuk??!

Aku cuba mencari-cari hadis berkaitan puasa di bulan Rejab. Bukan apa. Masa kat matrik dulu, roomate aku puasa sebulan penuh dalam bulan Rejab. Maklumla, aku ni tak pandai sangat pasal agama. Even solat pun tak cukup masa tu. Alhamdulillah, sekarang dah cukup. So, aku geledahla rak-rak buku aku. Jumpa Kitab Shahih Bukhari, Shahih Muslim dan Fiqh Sunnah Sayyid Sabiq. Inilah kitab-kitab yang aku yakin mengumpulkan hadis-hadis yang shahih. Belek punya belek, akhirnya tak jumpa hadis pasal puasa bulan Rejab dalam 2 Kitab Shahih. So, belek la pulak Kitab Fiqh Sunnah, akhirnya jumpa penerangan Sayyid Sabiq tentang hadis ni:

Puasa Pada Bulan-Bulan Suci

Yang dimaksud dengan bulan-bulan suci ialah bulan Zulqaidah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Pada bulan-bulan ini disunatkan banyak berpuasa.

Diterima daripada seorang lelaki dari Bahilah ceritanya:

Bahawa ia datang menemui Rasulullah saw katanya: "Ya Rasulullah, saya adalah laki-laki yang datang menemui anda pada tahun pertama." Ujar Nabi: "Kenapa keadaanmu telah jauh berubah, padahal dahulunya kelihatan baik?" Ujar laki-laki itu: "Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan kecuali hanyalah di waktu malam." Maka tanya Rasulullah saw: "Kenapa kamu seksa dirimu?" Lalu sabdanya: "Berpuasalah pada bulan Shabar - yakni di bulan Ramadhan - dan satu hari dari setiap bulan!" "Tambahkan buatku kerana aku kuat melakukannya!" ujar laki-laki itu. "Berpuasalah dua hari!" ujar Nabi. "Tambahlah lagi!" mohon laki-laki itu pula. Maka sabda Nabi: "Berpuasalah pada bulan suci lalu berbukalah, kemudian berpuasalah pada bulan suci lalu berbukalah, kemudian berpuasalah pada bulan suci lalu berbukalah!" sambil mengucapkan itu Nabi memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggamnya lalu dilepaskannya."


Mengenai puasa pada bulan Rejab, tidak ada kelebihan yang menonjol baginya dari bulan-bulan lain, kecuali ia termasuk bulan suci. Dan tidak diterima dari Sunnah keterangan yang sah bahawa berpuasa pada bulan itu mempunyai keistimewaan khusus. Ada juga diterima berita, tetapi tidak dapat dipertanggungjawabkan sebagai alasan.

Berkata Ibnu Hajar: "Tidak ada diterima hadis yang sah yang dipakai sebagai alasan mengenai keutamaan bulan itu (Rejab) dan keutamaan berpuasa padanya, tidak pula mengenai kelebihan berpuasa pada hari-hari tertentu daripadanya atau berjaga-jaga pada malam harinya."

Allahu a'lam bish shawab.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, June 22, 2009

Surat Terbuka Kepada Anonymous

Bismillah...

Kepada:

Anonymous,
No. X, Jalan Y,
Kampung Z,
xxx.xxx.xxx.xxx,
Virtual World.

Sebenarnya aku baru limitkan komen di bahagian post kerana engkau telah cuba sekali lagi mewujudkan kekecohan di dalam blog aku. Berapi-api ko komen. Terima kasih. Aku tak tahu apa niat sebenar ko tapi jelas dari ayat-ayat ko, ko memang sangat tak puas hati dengan aku. Aku memang marah dengan fitnah-fitnah yang ko sebut tapi aku tekadkan diri agar tak membalas komen ko. Aku nak jadi orang yang kuat. Mampu menahan marah.

Aku tak tahu sebab apa sehingga ko marah sangat dengan aku. Adakah kerana post aku pasal kewujudan manusia-manusia pelik di dalam gerakan islam? Ko menuduh aku menulis perkara yang merosakkan dakwah, mengutuk akhawat, aku tak bermujahadah, blog aku tak bermanfaat dan sebagainya. Ok. Aku tak kisah jika ko sanggup nyatakan diri ko yang sebenar. Tapi ko penakut! Aku bersedia bila-bila masa berjumpa dengan ko untuk settlekan apa yang ko tak puas hati sangat. Jangan menyorok di sebalik nama Anonymous.

Aku tau sejak akhir-akhir ni semakin ramai yang baca blog aku (sebab aku ada statistik) dan tanpa berfikir panjang terus menghentam aku semata-mata aku menulis di luar kebiasaan. Dan kepada ko, Anonymous, ko kena berhati-hati dengan tuduhan ko kepada aku. Aku boleh track IP number ko tapi aku tau ko tak guna personal computer. Sebab ko penakut!

Sebenarnya aku pelik. Kalau betul ko tak suka baca blog aku, kenapa ko still baca dan komen entri aku? Aku tak pernah suruh atau paksa sesiapa baca blog aku. Sekarang aku dah limitkan komen. Silakan kalau masih ingin komen atau kutuk. Apapun, kalau ada salah dan silap aku mintak maaf kepada ko, Anonymous.

Assalamu'alaikum wbt

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template