Tuesday, July 06, 2010

Sudah tiba masanya...

bismillah...

mencukupkan perjalanan musafir selama seminggu bermula selasa lepas sehingga hari ni. sekarang di serdang guna pc harith amaran untuk update blog dan of course surfing internet (including fb-ing, yahoo-ing, googling and so forth). dari perlis kemudian serdang then ke skudai dan balik melalui route yang sama. memang penat. fizikal, mental dan duit. alhamdulillah dan insyaAllah, ruh takkan pernah penat apabila berjumpa ikhwah-ikhwah malahan bertambah-tambah semangat dan rasa tekad untuk meneruskan perjuangan.

kat skudai, mungkin aku datang pada masa yang kurang sesuai. semester baru nak bermula. ikhwah-ikhwah kat hidden village (darussyabab) ingat aku akan sambung lagi di utm. afwan, aku datang nak ambil barang dan nak jumpa ikhwah-ikhwah jer. buku-buku dan pc yang disayangi, aku perlukan mereka. rasa sedih jugak nak tinggalkan utm. 5 tahun aku kat sana padahal course aku cuma 4 tahun jer. aku rasa johor tu macam kampung aku sebab aku jarang balik masa cuti. tapi yang paling best adalah pengalaman tarbiyyah kat johor terutama kat utm, berdakwah dan berukhuwwah, suka dan duka semuanya. tanpa sedar, dah habis tempoh sah laku aku di utm. T_T

jadi aku perlu renew license dan aku bertekad tak menyambung di utm lagi. bukan kerana aku benci (saki hati, kecewa, marah dan sifat-sifat mazmumah yang lain) utm atau penghuninya, tapi aku rasa dakwah aku perlu beranjak ke fasa seterusnya (fasa aku, bukannya maratib amal). tekad aku ke utm hanyalah sekadar sebagai training scheme, tempat aku menimba pengalaman dakwah. pengalaman yang akan aku gunakan di tempat lain selepas selesai pengajian. walaupun dakwah aku tak berjaya kat utm, aku yakin ikhwah-ikhwah lain berjaya. at least membina core group untuk penerusan dakwah di utm. aku harap dan berdoa agar mereka inilah yang akan menjadi generasi ta'sis di sana.

last but not least, semoga ikhwah dan akhwat di utm dirahmati dan diberkati Allah dalam gerakerja kalian. aku menasihati diriku dan antum/na sekalian agar sentiasa mengekalkan niat yang ikhlas dalam setiap kerja kita. sesungguhnya, pertolongan Allah hanya diberikan kepada pekerjanya (al-akh al-'amilin) yang ikhlas berjuang menolong agamaNya. yakinlah dengan janji Rabb yang menciptakan dirimu dalam firmanNya:

Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, Allah PASTI akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu. (Surah Muhammad: Ayat 7)

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Friday, July 02, 2010

Have you ever thought?

bismillah...


Have you ever thought about the fact that you did not exist before you were conceived and then born into the world and that you have come into existence from mere nothingness?

Have you ever thought about how the fragrant and beautifully coloured flowers you see everyday have come out of pitch black, muddy soil?

Have you ever thought about how mosquitoes, which irritatingly fly around you, move their wings so fast that we are unable to see them?

Have you ever thought about how the peels of fruits such as bananas, watermelons, melons and oranges serve as wrappings of high quality, and how the fruits are packed in these wrappings so that they maintain their taste and fragrance?

Have you ever thought about the possibility that while you are asleep a sudden earthquake could raze your home, your office, and your city to the ground and that in a few seconds you could lose everything of the world you possess?

Have you ever thought of how your life passes away very quickly, and that you will grow old and become weak, and slowly lose your beauty, health and strength?

Have you ever thought about how one day you will find the angels of death appointed by Allah before you and that you will then leave this world?

Have you ever thought about why people are so attached to a world from which they will soon depart when what they basically need is to strive for the Her
eafter?

Have you ever thought? Think about it and about all the things around you...

-------Deep Thinking by Harun Yahya-----


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, June 22, 2010

Tunaikan janjimu

bismillah...


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga membunuh dan terbunuh (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung." (At-Taubah: 111)


"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu* dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya)." (Al-Ahzab: 23)



Sesungguhnya semua yang kita ada bukanlah milik kita. Semuanya adalah pemberian dan kurnia daripada Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah. Dia memberikan kita segala kemudahan kemudian Dia membeli kembali semua itu dengan memberikan kepada para penjualnya SYURGA. Subhanallah, adakah jual beli yang lebih baik daripada ini? Tidak! Inilah jual beli paling pelik tapi begitulah Allah, Tuhan Yang Memiliki Setiap Sesuatu mengasihi hamba-hambaNya yang ikhlas berjuang demi agamaNya. Sedangkan Dia tak perlukan mereka untuk memenangkan agamaNya. Jika Dia mengkehendaki kemenangan untuk agamaNya, itu sangatlah mudah bagiNya. Namun, Dia ingin menguji keimanan hamba-hambaNya apakah telah bulat keimanan di dalam hati mereka. Dia memberikan tawaran jual beli terhebat supaya orang-orang beriman merebut peluang itu dan mengorbankan semua yang mereka miliki. Berjuang di jalan Allah dengan mengikhlaskan diri hanya kepadaNya. Bermujahadah merebut nikmat syahid di jalanNya. Dan menunaikan janji mereka kepadaNya. Allahuakbar walillahilhamd!

*menunggu apa yang telah Allah janjikan kepadanya.


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, June 21, 2010

tiada

bismillah...


tiada entri kali ni. sangat penat, baru balik dari kl... d[=_=]b

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Saturday, June 19, 2010

kita tak mati pun lagi...tapi

bismillah...


teringat sebuah kisah dalam sebuah hadis yang panjang. mafhumnya apabila ada seorang lelaki yang berjuang bagai kesatria lalu mati terbunuh di dalam peperangan. namun rasulullah saw mengatakan bahawa lelaki itu adalah ahli neraka. sahabat-sahabat berasa pelik lalu cuba mendapatkan sebab daripada rasulullah saw. rasulullah saw menjelaskan bahawa lelaki itu berjuang dan berperang kerana ingin digelar sebagai pahlawan! bukan kerana Allah...

agaknya bagaimana kita ni? kita berjuang tak sampai mati pun tapi selalu je terbersik di dalam hati ingin mendapat pujian dan sanjungan ramai dalam setiap kerja yang kita lakukan.

Allah hanya akan menolong orang-orang yang pure ikhlas

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template