Saturday, November 02, 2013

Sidqu al-lisaan

Bismillah...


Allah pasti akan menguji para penyeru terlebih dahulu sebelum Dia menguji orang-orang yang mereka seru.

Jika si penyeru dapat menghadapi ujian itu, maka ketahuilah bahawa apa yang diserukannya adalah benar dan inshaa Allah masuk ke dalam jiwa-jiwa orang yang diserunya.

Sebaliknya jika dia kalah dengan ujian tersebut, maka ketahuilah bahawa apa yang diserunya hanyalah kepalsuan yang lahir daripada jiwa yang kotor dan penuh dosa. Dan kata-katanya tidak dapat menembusi sedikitpun hati orang-orang yang diserunya.

"Ketahuilah saudaraku bahawa sesuatu yang keluar dari hati akan sampai ke hati, sementara kata-kata yang keluar dari mulut hanya akan sampai ke telinga sahaja." (Dr. Adil Abdullah Al-Laili Asy-Syuwaikh)

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Sunday, October 13, 2013

Selamat Hari Raya 'Idul Adha!

Bismillah


Lihatlah bagaimana Allah mentarbiyah hambaNya, Nabi Ibrahim 'alaihissalam. Ayahnya mengancam untuk merejamnya namun Nabi Ibrahim 'alaihissalam menjawab;

"Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan memohonkan ampunan bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku. Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang engkau sembah selain Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku." (19:47-48)

Ada di antara kita juga diuji dengan ibubapa yang tak faham dakwah. Jaaaaauhh lebih ringan daripada ujian yang diterima oleh Nabi Ibrahim 'alaihissalam. Namun ujian kecil seperti itu menyebabkan kita hilang rasa hormat kepada kedua ibubapa, rasa diri lebih mulia sebab lebih faham islam daripada mereka, memperlekehkan mereka dan sebagainya sehingga ada yang bergaduh dengan ibubapa.

Padahal usaha kita membawa mereka dekat kepada Allah sangat sedikit. Akhlak kita bila bersama mereka buruk. Bila balik rumah masa cuti, lebih banyak tidur daripada berbakti kepada mereka. Bila bercakap dengan mereka, kasar dan merendah-rendahkan. Bila balik rumah, suka lepak dengan kawan-kawan. Padahal balik entah berapa kali setahun. Doa minta jodoh cepat lebih lama daripada mohon hidayah dan petunjuk untuk mereka. 

Ingatlah kita hanya punya satu ibu dan satu ayah. Selamat hari raya korban, selamat pulang ke kampung dan selamat berbakti kepada ibubapa. 

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Allah ingin mengajar kita sesuatu yang penting...

Bismillah..




Hidayah itu milik Allah. Ia sungguh sesuatu yang sangat misteri. Allah berikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

"Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapat seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.." (Al-Kahfi : 17)

Sungguh, kita sangat menginginkan supaya Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang kita sayangi. Hanya Allah saja yang tahu tentang orang-orang yang kita selalu doakan dalam sujud-sujud kita yang lama. Hanya Allah saja yang tahu betapa kita mencintai mereka lebih daripada diri kita sendiri. Betapa kita sangat menginginkan agar mereka juga bersama-sama kita merasai kemanisan jalan dakwah ini.

Namun seakan-akan kita tidak melihat hasilnya. Apapun kita serahkan semuanya kepada Pemilik Hati yang sebenar kerana kita tahu Dia telah menetapkan jalan ini sepertimana yang dikehendakiNya. Dan Al-Quran sebagai pedoman hidup kita mengajarkan beberapa kisah tentang hal ini. Inilah hiburan dan inilah juga motivasi buat kita agar terus istiqamah dan tsabat di atas jalan ini.

Nabi Ibrahim a.s sangat menginginkan ayah dan kaumnya beriman kepada Allah sehingga dia tak jemu-jemu menyeru mereka untuk beriman kepada Tuhan yang esa. Dia juga sentiasa berdoa untuk mereka. Ketika Nabi Ibrahim berkata kepada ayahnya,

"Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan memohonkan ampunan bagimu kepada Tuhanku. Sesunguhnya dia sangat baik kepadaku. Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang engkau sembah selain Allah dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku." (Maryam: 47-48)

Walaupun akhirnya ayahnya tetap dalam kekufuran dan bersama-sama kaumnya cuba membakar Nabi Ibrahim a.s. Mereka berkata kepada Nabi Ibrahim a.s setelah mereka kalah berhujah dengannya,

"Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu jika kamu benar-benar hendak berbuat." (Al-Anbiyaa': 68)

Anak dan isteri Nabi Nuh a.s juga tidak mahu beriman padahal kedua-duanya anak dan isteri kepada seorang Nabi Allah yang soleh. Nabi Nuh a.s juga sangat mengasihi anaknya sehingga dia tetap mendoakan anaknya yang telah ditenggelami banjir besar,

"Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku adalah termasuk keluargaku, dan janjiMu itu pasti benar. Engkau adalah hakim yang paling adil."

Namun Allah swt menjawab doa Nabi Nuh a.s dengan sangat tegas,

"Wahai Nuh! Sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu kerana perbuatannya sungguh tidak baik, sebab itu jangan engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak ketahui (hakikatnya). Aku menasihatimu agar engkau tidak termasuk orang yang bodoh." (Hud: 45-46)

Begitu juga keadaannya dengan isteri Nabi Lut a.s. Allah s.w.t berfirman dalam surah Nuh ayat yang ke 10,

"Allah membuat perumpamaan bagi orang-orang kafir, isteri Nuh dan isteri Lut. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, tetapi kedua suaminya itu tidak dapat membantu mereka sedikitpun dari seksa Allah, dan dikatakan kepada kedua isteri itu, Masuklah kamu berdua ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)."

Nabi Muhammad s.a.w sendiri sangat-sangat menginginkan agar bapa saudaranya iaitu Abu Talib menerima Islam. Nabi s.a.w sangat sedih ketika Abu Talib meninggal dalam keadaan kufur kepada Allah s.w.t. Bahkan Nabi s.a.w pernah berdoa agar Allah perteguhkan Islam dengan salah seorang sama ada 'Umar Al-Khattab atau 'Amr bin Hisyam atau lebih dikenali sebagai Abu Jahal (Hadis sahih riwayat daripada Ibn Abi Khaitsamah). Ini menunjukkan Nabi s.a.w juga sangat menginginkan agar Abu Jahal mendapat hidayah dan membantu perjuangannya.

Sunnatullah jalan dakwah ini ialah jalannya panjang, penuh ujian dan tribulasi serta sedikit pengikutnya. Allah menetapkan apa yang Dia ingin tetapkan, bukan apa yang kita inginkan. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Dia memberi ganjaran atas usaha kita, bukannya hasil yang kita capai. Teruskan bekerja,

"Dan katakanlah, Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat amal-amalmu, begitu juga rasulNya dan orang-orang beriman." (At-Taubah:105)

Ketika orang-orang bertanya kepada Imam Hasan Al-Banna apakah yang menyebabkan dakwah Ikhwanul Muslimin begitu hebat diterima oleh masyarakat. Dia menjawab

"Aku berdakwah kepada mereka pada siang hari kemudian aku berdoa untuk mereka pada malam hari."

Semoga Allah membuka hati dan memberi hidayah kepada orang-orang yang lembut dan bersih hatinya untuk menyertai kita dalam kafilah dakwah ini, insyaAllah.


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Sunday, September 29, 2013

Kunci Pertolongan Allah

Bismillah...


Sesungguhnya dakwah ini sentiasa menuntut kita memberikan segalanya tak kira masa, tenaga, harta dan nyawa. In fact, semuanya adalah milik Allah. Dia bagi kita pinjam, Dia beli semula daripada kita dengan syurgaNya. For sure hanya untuk orang-orang yang nak jual (bagi balik) semula kepada Allah apa yang selama ini telah dipinjamnya. Adakah jual beli yang lebih baik daripada ini?

 Ketika Nabi Ibrahim a.s menggiring anaknya Ismail a.s ke tempat penyembelihan, ketika pisaunya telah pun menyembelih anaknya, ternyata Allah menukarkannya menjadi binatang sembelihan (kibas?).

Ketika Nabi Musa a.s lari sehingga ke gigi air laut merah, sehingga tiada lagi jalan untuk melarikan diri, ketika itulah Allah memerintahkan agar dipukul tongkatnya ke laut sehingga laut pun terbelah.

Begitu juga dengan Nabi Muhammad saw dan sahabat2 baginda. Mereka diuji dengan ujian yang sangat2 berat sebelum Allah membuka pintu2 kemenangan setelah hijrah ke Madinah. Sehingga Allah abadikan dalam surah al-Baqarah ayat ke 214, 

"...sehingga Rasul dan orang2 yg beriman bersamanya berkata di mana pertolongan Allah??!"

kerana beratnya ujian yang mereka hadapi dalam mempertahankan aqidah tauhid daripada kaum kafirin pada ketika itu.

Marilah kita evaluasi diri kita. Sejauh manakah cinta kita terhadap aqidah tauhid ini? Sekuat manakah kita telah berusaha untuk mendakwahkannya? Apakah kita betul2 telah berkorban segala-galanya; masa, tenaga, harta dan jiwa di atas jalan perjuangan ini? Adakah kita sudah layak memohon dan mendapatkan pertolongan Allah? Allahu..

Beristighfarlah dan teruskan kerja dengan hati yang ikhlas.

Betulkan niat..

Menang dan hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, June 25, 2013

ilmu hisab, bos dan ayah

bismillah


first part ni mungkin agak teknikal tapi sila lah buat2 faham.

bila buat seismic dataloading terutama bila nak generate 3D anglestack, antara parameter penting yang kena set ialah inline (il) dan crosssline (cl) range. selalunya parameter ni berubah-ubah based on what survey spacing we want to deliver the final volumes to the client. dan perubahan ini depends on spacing dalam survey file yang jika nak ubah, kena ubah ilcl tie points sekali. sebenarnya bunyinya lebih teknikal daripada realiti. haha

cerita mudahnya, setiap kali nak tukar survey spacing yang mana defaultnya ialah 12.5m x 12.5m kepada..contohnya 25.0m x 6.25m bermakna aku kena gandaduakan il range dan bahagi dua cl range. jadi biasanya ketika bos aku (dia seorang young chinese with phd in computer science) baru nak tekan kalkulator, aku buat calculation dalam otak dan tadaa...faster than him. haha. sebenarnya aku lagi cepat sebab tak banyak benda nak kena fikir macam dia. dia ada lebih 10 projek kena handle dengan team london sekarang. dan dia jugak yang kena ajar aku buat semua benda "baru" ni. senang cakap macam dia buat semua lah..haha

then pada suatu hari dalam satu projek, kami kena kira benda yang sama lagi. kebetulan aku tak berapa sihat hari tu so aku cuba nak fikir tapi lepas dua saat aku grab kalkulator, became a loser. ok aku cabar korang kira 1958 bahagi 2 berapa? kalau lebih dari 2 saat, loser jugak. haha

shame on you! i have high expectation on you! hahaha dia gelakkan aku. dem betul..

macam tu lah sekarang. sekarang bos duduk kat sebelah. dulu bos duduk kat perth, datang kl sekali sekala je. kalau ada benda urgent pun dia call. bos sekarang sangat best. busy macam mana pun dia akan ajar dan explain sampai faham. aku rasa dua bulan aku kat team baru ni lebih banyak aku belajar daripada setahun aku kat team lama. seperti yang bos baru aku selalu cakap the learning curve will be very steep. prepare youself.

tapi apa yang aku nak tulis kat sini ialah tentang ayah aku. macam takde kaitan kan? ada. bila aku encounter dengan benda kira2 ni, orang yang terbayang dalam kepala aku ialah ayah. frankly speaking ayah dan mak tak pernah habis sekolah pun. mak lagi lah tak pernah sekolah. tak silap ayah pernah cakap dia sekolah sampai darjah dua je. tapi ayah aku lah orang pertama yang memupuk minat aku terhadap maths. dan mak lah orang pertama ajar aku mengaji kat rumah sebab aku takmau pergi sekolah ngaji. haha

ayah dan mak buat perniagaan asam keping. so setiap kali orang datang jual buah asam gelugor, aku selalu perhati (dah memang dok kat rumah) camne ayah mengira. contohnya kalau ayah beli buah asam 56kg tu dengan harga 60sen sekilo, aku tengok sekejap je ayah dah came up dengan bayaran rm33.60. mungkin dah biasa kot. mak pun sama cuma aku perhatikan ayah lagi cepat. aku selalu tengok orang yang datang jual tu akan ambil kayu dan try kira atas tanah. sorry bro ayah aku lagi cepat dan tepat. haha

masa darjah dua ketika aku sedang conteng2 buku sekolah, ayah datang dan ajar aku mendarab secara lazim. selalunya cikgu2 ajar darab melintang. dan ketika tu rancangan along agak popular. jadi ketika maghrib aku menghadap tv tunggu siti sifir menyanyi sambil hafal sifir. so masa darjah tiga aku dah hafal sifir 1 hingga 12.

cikgu maths aku masa darjah tiga, tuan haji muhammad selalu buat ujian maths (darab sahaja) dalam kelas. biasanya 60 soalan (contoh 9478x5) dalam masa sejam. top 3 akan dapat hadiah. biasanya buah belimbing madu, jambu batu dan macam2 lagi. aku score dengan kesalahan minimum tapi tak dapat hadiah sebab ada kawan2 yang lagi terer i.e. betul semua. huhu. kami (darjah tiga top class) pernah contest dengan budak darjah enam top class) dan diorang kalah. haha. masa tu aku antara yang dapat hadiah. riak jap. haha.

maka apa sahaja peristiwa2 dalam hidup aku yang melibatkan maths, ayah ialah orang pertama aku ingat. ayah yang membelikan buku kaedah mokhdar untuk aku. ayah yang membelikan sempoa untuk aku walaupun ketika kesempitan duit semata-mata taknak tengok aku merajuk dan mengunci diri dalam bilik, mogok lapar. huhu. ayah yang tak pernah kata takde duit ketika aku meminta duit untuk beli buku dan peralatan sekolah. ayah yang sangat marah kalau aku tak pergi sekolah. 

ayah mungkin tak mendapat pendidikan yang sempurna tapi ayah sangat memahami betapa pentingnya pendidikan dan ilmu pengetahuan kepada anak2nya. dengan segala kekurangan, ayah dah curahkan segalanya. teringat dulu ketika aku struggle nak siapkan final year project, aku call ayah. ayah jenis yang tak banyak cakap tapi bila aku luahkan masalah2 aku, satu je ayah cakap...takde apa yang tak boleh. mesti boleh.

dan aku dah janji kat ayah aku akan bawak dia ke konvokesyen master aku nanti..

ya Allah permudahkanlah...




Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template