Saturday, August 07, 2010

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

Bismillah...


Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
(Raihan ft Man Bai: Harapan Ramadhan)

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Tinggal beberapa hari je lagi kita akan didatangi tetamu agung. Yang membawa segudang rahmat. Yang bersedia memberikannya kepada sesiapa saja yang ingin meraihnya. Tak perlu beratur, tak perlu berebut. Di mana-mana saja kamu berpeluang mendapatkan berkahnya. Tapi masih adakah Ramadhan kali ini untuk kita?

Mungkin itulah pertanyaan untuk memuhasabah kembali diri dan iman kita. Cuba kita renung dan ingat kembali Ramadhan-Ramadhan kita yang telah lalu. Cuba kita rewind dan flashback kembali perasaan kita ketika sebelum Ramadhan pada tahun-tahun yang telah berlalu. Ya, pasti perasaannya lebih kurang sama seperti sekarang. Tak sabar rasanya nak mulakan terawih pada malam pertama Ramadhan. Begitu banyak azam yang ingin kita capai. Kita menyediakan target bulanan untuk menjadikan kita manusia paling sibuk beribadah ketika Ramadhan.

Muhasabah lagi dan lagi, apakah target-target kita tercapai semuanya? Apakah Ramadhan yang lalu berjaya menjadi medan latihan untuk kita menghadapi sebelas bulan perang seterusnya? Lulus atau gagalkah kita?

Lalu bagaimana Ramadhan kali ini? Sebulan tempoh training tanpa gangguan syaitan. Ya, kerana syaitan dibelenggu. Tinggal hawa nafsu saja untuk ditumpaskan. Mudah kan? Err...sangat payah lagi susah sebenarnya. Sudahkah kita menyediakan target-target baru atau kita sudah bosan mengatur target yang jarang sekali tercapai? Kalau gagal, pertama sekali kita perlu salahkan diri sendiri. Are we fail to plan or we just plan to fail?

Kita berharap Allah swt dengan segala sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Nya berkenan mengurniakan kita peluang untuk bersua kembali dengan Ramadhan kali ini. Peluang kita untuk memperbaiki diri. Mungkin kita juga harus berfikir, tidak ada jodoh antara kita dan Ramadhan kali ini. Justeru, menunggu Ramadhan tiba untuk memperbaiki diri bukanlah pilihan yang baik. Ada sesiapa yang berani confirm dia akan hidup sampai hari Rabu nanti? Mungkin sesaat lagi Malaikat Maut datang membereskan urusannya. Allahua'lam


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, August 03, 2010

=)

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Sunday, August 01, 2010

untuk diriku yang lupa

bismillah...


wahai diri! ingatlah! setiap perkataan yang kau ucap atau yang kau nukilkan pasti diminta pertanggungjawaban. apakah kau sudah laksanakan setiap kata-katamu? memang mudah berbicara saat iman menguasai hati namun segumpal darah itu tak pernah tetap tabiatnya. sentiasa ada turun dan naik. engkau pasti diuji dengan setiap apa yang kau tulis dan yang kau katakan. lebih dahulu daripada orang lain.

wahai diri! ingatlah! sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikanmu. sentiasa ada malaikat yang mencatit setiap amalanmu biarpun sekecil-kecilnya. engkau takkan pernah mampu menyembunyikan tindakanmu biarpun manusia tak melihatnya. ingatlah bahawa dosa dan maksiat yang kau lakukan akan memberi kesan kepada kafilah dakwah kita. akan menjadi beban berat kepada dakwah secara keseluruhannya. sehingga dakwah ini tidak akan dimenangkan oleh Allah selagimana ada di sana orang-orang yang rosak hatinya seperti engkau. yang tidak mahu berjihad dengan jihad yang sebenarnya melawan hawa nafsu dan godaan syaitan. selagimana kafilah dakwah ini tidak bersih daripada parasit sepertimu, selagi itu kemenangan akan tersekat sehinggalah engkau bertaubat dan membersihkan dirimu atau engkau tersingkir dari jalan kebenaran.

wahai diri! ingatlah! dakwah ini bukan kerja part time. yang boleh engkau buat ketika senang lalu kau tinggalkan ketika susah. yang boleh kau buat ketika berharta lalu kau tinggalkan ketika tak punya apa-apa. yang boleh kau buat ketika punya masa lalu kau tinggalkan ketika sempit. yang boleh kau buat ketika hujung minggu lalu kau tinggalkan ketika weekdays. yang boleh kau buat ketika jadi student lalu kau tinggalkan ketika sudah berprofesion. adakah setakat itu saja kau memahami dakwah?

wahai diri! ingatlah! Allah tak menerima benda-benda buruk yang kau infakkan. antara waktu muda dan tuamu, mana yang lebih baik untuk kau infakkan kepada dakwah? jangan sia-siakan masa kuatmu untuk dihabiskan pada kerja memenuhkan perut dan mengenyangkan hawa nafsu. engkau pasti ditanya tentang umur mudamu. aku berharap kau bersedia menghadapi hari itu.

wahai diri! ingatlah! dakwah ini takkan berhasil dengan orang-orang yang malas beribadah sepertimu. yang qiam hanya sekali seminggu. atau 2 kali. yang lebih gemar solat di rumah dan bilik. yang hanya baca al-Quran sangat sedikit sehari. yang malas membaca dan menambah ilmu. yang tidak sanggup bermujahadah melawan nafsu. yang sangat berat lidahnya berzikir mengingat Allah. yang suka membuang masa dalam perkara lagho. dakwah ini takkan berhasil dengan orang sepertimu. suatu masa pasti Allah mengganti engkau dengan orang yang lebih baik dalam mentaatiNya.

wahai diri! ingatlah! malaikat maut semakin menghampirimu dan bersedialah!



Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template