Showing posts with label pengalaman hidup. Show all posts
Showing posts with label pengalaman hidup. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

(a big) THANK YOU

bismillah...

Nah, dengar lagu ni dulu..hehe



Alhamdulillah. Actually penat giler sebab baru balik dari mukhayyam tapi still nak update blog jugak memandangkan taktau la lepas ni bila pulak nak dapat update. Sebelum tu, apa itu mukhayyam? Yang aku tau mukhayyam tu perkataan arabic, taktau maknanya secara tepat tapi maksudnya lebih kurang ialah perkhemahan. Apapun, mukhayyam lebih menekankan integrasi aspek jasmani dan ruhiyah. Ke arah membentuk seorang individu muslim yang qowiy berlandaskan prinsip "Seperti singa di siang hari dan rahib di malam hari".

Antara pengalaman aku bermukhayyam yang sangat memberi kesan ialah ketika habis matrikulasi. Ingat lagi ketika qiamullail pada malam tu, imam membaca surah Ali-Imran sehingga menangis teresak-esak. Ramai ikhwah-ikhwah yang lain turut menangis. Aku masih baru dalam kafilah dakwah pada masa tu dan masih tidak faham kalimah-kalimah yang dibaca tapi terasa sayu dan sebak mendengar setiap untaian kalimah-kalimah yang dibaca. Bacaan yang sangat panjang sehingga imam tidak mampu lagi meneruskan bacaannya dan terus rukuk. Pada siang hari pula kami di'train' ibarat seorang askar. Perlu jaga disiplin masa, etika, kekemasan dan kebersihan dll. Bagi aku, orang yang design mukhayyam tu sangat genius sebab bukan senang nak buat modul yang menatijahkan kekuatan iman dan ukhuwah sekaligus. Itu yang aku rasakan.

Minggu ni aku agak kelam-kabut sket. Nak pindah barang-barang dari Perlis ke Perak. Kemudian liqo' hari rabu haritu baru 'add-hoc'ly decide nak buat mukhayyam ni. Sebab sangat susah nak cari "common time" supaya semua orang boleh join sekali, kami decide buat je sape yang ada. Ni pun atas suggestion ikhwah-ikhwah masa pergi daurah haritu. Bagi aku (personally), buat kerja last minute ni biasa. Hehe

Kemudian hari khamis aku balik Perak bawa barang-barang semua then rehat-rehat kat kampung sampai sabtu petang. Sampai sabtu malam, tolong Rais pindah rumah then terus mabit (tido) kat rumah lama dia (terus start mukhayyam). Oh, sebelum apa-apa, jazakallah khairan kasira Rais sebab belanja kami makan kat Kuala Perlis. Sedap giler ikan siakap. Lepas ma'surat dan sedikit "tido-selepas-subuh", program utama mukhayyam kami pun bermula.

Kami akan berjalan kaki dari Bintong ke Bukit Ayer. Oleh sebab tak sempat recce/survey jalan, kami akan redah je. Tapi takpe sebab ikut jalanraya, banyak la signboard jadi panduan. Anggaran perjalanan adalah sejauh 15 kilometer dan mungkin mengambil masa 4 jam. Tugasan yang diberi untuk dibuat sepanjang perjalanan ialah hafal surah Ath-Thoriq dan zikir Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar sebanyak 100 kali. Simple je. Hafalan pula dibuat by group tiga-tiga. Kami mula gerak pukul 830 pagi.

Sepanjang perjalanan, kami menikmati keindahan alam di negeri Perlis. Sawah padi yang menghijau, bukit-bukau, hutan sepanjang jalanraya sedikit sebanyak memberi peluang kepada kami berinteraksi dan 'bergerak' bersama alam, memuji kebesaran dan keagungan Pencipta. Fikiran terasa tenang memikirkan betapa ramainya "muslim" yang bersama-sama kita menghambakan diri kepada Pencipta Yang Esa. Kita tak sedikit!

Ada di antara kami yang cedera, melecet kaki kerana terlalu lama berjalan. Namun tetap terus berjalan menahan kesakitan. Kepada ikhwah yang cedera, semoga kesakitan tu menjadi saksi kepada antum di akhirat kelak bahawa ia cedera di jalan Allah.

Kami sampai di Bukit Ayer pada pukul 1215. Memang penat giler tapi puas. Terasa kaki macam tak pijak tanah, kebas. Tapi itu maknanya kami belum cukup fit. Rasulullah saw berhijrah dari Mekah ke Madinah sejauh 600km (kalau salah tolong betulkan ye) berjalan kaki. Banyak tentera islam pergi berperang jauh ke pelusuk dunia dengan berjalan kaki. Dan mereka menang! Ni baru 15km dah pancit. Ceroi la.

Alhamdulillah feedback daripada ikhwah-ikhwah yang join (mostly first time join mukhayyam camni) sangat baik. Jadi harap ikhwah Perlis dapat buat mukhayyam yang lebih best dan adventure nanti, insyaAllah. Mungkin ikhwah Banting boleh join? Haha.

Ni hari-hari terakhir aku di Perlis. Semoga dapat datang lagi ke Perlis nanti. Semoga dakwah dan tarbiyyah di Perlis makin power lagi. Aku akhiri entry kali ni dengan doa rabitah. Aku sayang kepada semua ikhwan-ikhwan Perlis yang sangat supportive dan caring. Jazakumullah khairan kasira. Semoga Allah terus memelihara ukhuwah imaniyah yang telah terjalin di antara kita. Semoga bertemu lagi.

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami...
Lapangkanlah dada kami
Dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan makrifatMu
Matikan dalam syahid dijalanMu
Engkaulah Pelindung dan Pembela


Ya Allah perkenankanlah permintaan kami...

Sori takde gambar nak selit. Sekian


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, July 20, 2011

Pengalaman memBERSIH di KL

Bismillah...

BERSIH 2.0 merupakan first time experience untuk aku. First time berdemo. So boleh katakan aku kurang aware dan prepare. Tak perlu aku nyatakan kat sini kenapa aku join demo ni. Just nak menulis pengalaman yang sebenarnya tak la menarik sangat pun. Huhu.

Aku bukan nak jadi hero

Mungkin orang ingat aku nak jadi hero dengan turun berdemo padahal kerajaan dah larang awal-awal. Bukan macam tu. Aku serahkan pada korang la nak menilai camne. Malas aku nak explain.

Perjalanan yang jauh

Aku bergerak dari Perlis, northest part of Malaysia bersama tiga orang lagi kawan. Naik kereta. Bukan dekat. Keluarkan belanja sendiri. Kami bukan dibayar sama ada oleh penganjur BERSIH atau PR. Apatah lagi dibayar oleh BN. Jem. Perjalanan ini dipandu oleh intention untuk melihat Malaysia yang lebih baik pada masa depan. Apakah sekarang belum cukup baik? Terpulang kepada cara kita menilai dan memberi makna kepada perkataan 'baik' itu sendiri. Bagi aku, Malaysian deserves better Malaysia. That's all.

Banyak halangan

Mula perjalanan pun dah pelbagai halangan yang kami tempuhi. Sepanjang perjalanan dari Perlis ke Penang saja dah bertembung dengan empat sekatan polis. Peliknya, tidak ada roadblock selepas Penang sehingga kami sampai di Ampang pada malam tu. Alhamdulillah. Cuma pada pagi sabtu sebelum kami bergerak untuk menaiki tren di stesen Jelatek ada satu roadblock. Maka kami terpaksa menyelinap ke taman berdekatan dan mengambil jalan ke stesen LRT Wangsa Maju. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Dapat parking lot dekat stesen. Kami mengambil tren Wangsa Maju ke Imbi kerana mendapat tahu stesen LRT Hang Tuah ditutup. Mujur ada Bro S yang sentiasa mendapat update daripada iPhone beliau. Hehe.

Polis di mana-mana

KL memang agak pelik pada hari tu. Seolah-olah ada penjenayah besar terlepas dari penjara. Turun je kat stesen Imbi dah nampak polis. Update mengatakan polis mengepung orang ramai di stesen KL Sentral dengan menutup semua pintu-pintu masuk/keluar. Dahsyat. Jalan KL lengang hari tu. Kami berjalan kaki menghala ke Puduraya. Aku lihat ada dua orang wartawan mat saleh dengan kamera besar dan mikrofon berjalan laju di hadapan kami. Ada kereta polis sedang meronda.

Merancang strategi

Khuatir disedari pergerakan kami diperhatikan, kami berpecah dua-dua. Bila nampak je polis berpakaian seragam, kami cepat-cepat mengelak dan cuba mencari jalan lain. Tapi kami bukan orang KL, redah-redah tembus jalan yang sama. Hehe. So kami redah je buat tak tahu. Nampak jugak beberapa orang berpakaian free-man dengan walkie-talkienya, berjalan berkumpulan. Kami mengelak daripada bertembung dengan diorang kerana suspect mereka ni ialah SB. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan. Walaupun penat kami sampai jugak di Puduraya. Melihat orang ramai sedang berkumpul di hadapan menara Maybank, terus lenyap rasa penat berjalan jauh. Kami terus menyertai mereka. Walaupun polis berada di sekeliling kami, namun mereka hanya melihat saja. FRU juga telah menyekat jalan menghala ke Stadium Merdeka.

Lautan manusia

Di hadapan menara Maybank, ada seseorang sedang berucap. Aku tak kenal. Semua orang melaungkan slogan BERSIH! BERSIH! Aku follow je. Menariknya, perhimpunan ni disertai oleh pelbagai bangsa. Aku jumpa ramai orang cina. Kaum cina sering dilabel sebagai opportunist. Sebab tu diorang jarang nak sertai perhimpunan bersama kaum Melayu. BERSIH 1.0 pun banyak dipelopori oleh kaum Melayu. Walaupun aku tak pergi tapi itulah yang diceritakan oleh orang ramai. Namun kali ni berbeza. Obviously, perhimpunan kali ni dipelopori diorang. Kaum india pun ada tapi aku jumpa sikit je. Mungkin kat tempat lain ramai.

Update twitter dan fb

Adush, aku terlupa nak charge bateri hp bagi penuh. Tengah syok ambil gambar dan video, baru perasan bateri dah nak habis. So terpaksa la save bateri untuk update perkembangan terkini ke twitter dan fb. Actually aku pakai hp cap ayam je tapi aku guna application gladlycast yang membolehkan aku update status twitter dengan sms je. So daripada status twitter tu aku link-kan ke fb dgn hashtag. Uish, teknikalnya! Haha.

Sori x3

Ada beberapa orang ikhwah cuba sms dan call aku semasa perhimpunan tu tapi aku tak sempat reply sebab keadaan agak kelam-kabut. Aku just suruh diorang tengok update kat fb aku je. Lagipun aku kena save bateri, in case terpisah daripada kawan-kawan, aku boleh contact diorang lagi.

Jumpa kawan-kawan

Fortunately, aku jumpa kawan-kawan lama masa study kat utm dulu. Sahabat-sahabat dari PMI. Ada yang dah kerja dan ada yang sambung master. Jumpa jugak ikhwah-ikhwah KL dan rakan-rakan dari Perlis. Apapun, semasa perhimpunan tu kami semua adalah kawan, walaupun tak pernah kenal, berlainan agama dan bangsa. Itu yang menjadikan perhimpunan ini benar-benar 1Malaysia.

Tear gas

Sebelum ni aku dah mention bahawa aku tak cukup prepare untuk perhimpunan kali ni. Aku kurang pasti bagaimana rasa kena tear gas? Pedih mata sajakah? Camne garam boleh neutralize efek tear gas tu? Aku tak tahu. Sebab tu aku tinggal garam dalam kereta sebelum naik tren sebab takut kena tahan dengan polis. Then, kesan tak bawak garam tu rasa bila aku kena tear gas je.

Kali pertama, aku kena tear gas yang dibawa angin dari jauh je. Tiba-tiba je mata rasa pedih sangat-sangat. Aku cuba pejam mata tapi still pedih. Aku ditegur oleh seorang pemuda dan dia offer garam. Aku ambil dan makan sikit. Then rasa pedih semakin kurang. Polis dan FRU push supaya kami berundur. Selepas beberapa ketika, aku ternampak satu group maju ke depan, so aku follow dari belakang bersama ribuan yang lain. Aku ditegur oleh dua orang ikhwah dan dia tarik tangan aku. Kami maju ke depan bersama. Kemudian aku terdengar bunyi dentuman senapang tear gas.

Satu canister menghala ke arah aku, aku cuba mengelak namun datang satu lagi canister. Aku berlari ke belakang dan canister itu jatuh betul-betul di hadapan aku. Aku meredah asap yang berkepul-kepul tu dan ketika itu barulah aku tahu betapa sakitnya efek tear gas tu. Kulit muka terasa seperti melecur, mata pedih giler dan yang paling teruk ialah sesak nafas. Aku hampir pitam tapi kuatkan diri untuk terus berlari keluar dari kepulan asap. Habis sebotol air mineral aku tuang ke muka namun kepedihan tetap terasa. Hujan yang turun mengurangkan kesan tear gas. Aku lihat orang ramai bertempiaran lari. Ada yang menceduk air lopak untuk membasuh muka. Terpaksa. Yang menariknya, semua orang cuba menolong sesiapa saja tak kira bangsa dan agama. Situasi yang jarang dapat dilihat di negara 1Malaysia ni.

Kali ketiga kena tear gas, aku lari masuk ke kawasan Hospital Tung Shin. Dalam keadaan terhuyung-hayang, aku kerah sisa kudrat berlari naik ke tempat parking. Then aku terduduk. Habis tenaga. Mesti ada yang cakap, "Yang hangpa pergi demo tu buat apa? Cari penyakit..." Aku tak mahu berkompromi dengan statement selfish macam tu. Biaq pi la nak cakap apapun...

Water cannon

Aku tak kena benda alah ni sebab aku tak berani pergi dekat. Takut kena tangkap. Huhu. Ceh, dok kat belakang pun ada je yang kena tangkap. Tapi orang cakap ni air kimia, kalau kena efek gatal dan pedih. Ish, kejam betul la. Orang berhimpun secara aman kot.

Solat

Kami sampai Puduraya tu dah dekat pukul satu. Masa FRU buat riot tu, waktu zohor dah masuk. Ada yang ambil kesempatan untuk solat kat tepi jalan je. Masa aku nak lari ke hospital tu aku sempat tengok sebiji canister jatuh betul-betul sebelah seorang yang sedang solat. Ada seorang kawannya yang cuba kawal agar orang ramai yang bertempiaran lari tak langgar kawan dia yang sedang solat tu. Aku tak pasti sama ada dia teruskan solat atau camne. Mungkin jugak kawan dia kutip dan baling canister tu ke tempat lain. Allahua'lam.

Sebelum tu aku dah terpisah dengan kawan-kawan aku dari Perlis tapi aku jumpa dua orang kat tempat parking hospital. Seorang lagi dah terpisah masa aku kena tear gas kedua. Dapat laporan dia lari masuk ke bahagian bawah Puduraya then follow other group marching to Stadium Merdeka. Kemudian kami bertiga solat jamak taqdim di hadapan foyer hospital. Ramai yang ambil kesempatan untuk bersolat di situ dengan anggapan hospital adalah kawasan perlindungan. Polis atau FRU tak boleh tembak tear gas atau water cannon ke dalam kawasan hospital. Tapi kitorang semua silap.

Polis tipu!

Bila YB Sivarasa datang, dia berunding dengan polis untuk kitorang marching guna sebelah jalan je. Unit amal PAS pun arahkan orang ramai untuk berbaris elok-elok, rapat-rapat kat jalan. Ada yang duduk di atas jalan. Tapi FRU dan polis still menghalang jalan di depan. Then polis tangkap YB Sivarasa dan bawa dia ke belakang. Lepas tu FRU terus sembur air dan tear gas kepada orang ramai. Keadaan yang sempit tu menyebabkan sukar untuk melarikan diri. Aku terus lari kembali ke dalam kawasan hospital. Speechless aku dengan tindakan polis dan FRU ni. Aku tak tahu di sebalik tubuh seorang manusia tu, apakah yang membentuk hati mereka.

Dikejar SB

First sekali apa itu SB? SB ialah siput babi. Hehehe. Kami dikejar oleh SB di dalam kawasan hospital. Kalau sesiapa yang pernah pergi ke hospital Tung Shin ni mesti tahu camne bentuk muka bumi kat sini. Kami terkepung! The most possible way to escape is panjat bukit dengan cerun 75 darjah. Gila bahaya! Atau crossover pagar tajam yang memagari keliling hospital. Dengan kasut but aku, senang je untuk aku panjat bukit tu tapi aku rasa bersalah kepada para wanita yang kurang berdaya untuk memanjat.

Wanita-wanita ni seperti tak tahu nak ke mana. Diorang ke hulu ke hilir cari jalan yang possible untuk seorang wanita boleh escape tapi tak jumpa. So aku ambil keputusan untuk stay kat situ. Tapi tiba-tiba ada ramai SB serbu kami, maka aku terpaksa lari ke bahagian belakang hospital dan crossover pagar tajam. Kat situ kami beramai-ramai menolong pakcik-makcik yang kurang berdaya untuk cross pagar tajam tu. Alhamdulillah, apa yang penting? Kerjasama.

Selipar jepun

Ramai juga yang aku jumpa tu berkaki ayam. Selipar putus masa lari kena kejar dengan polis. Mungkin diorang tak diberi arahan yang jelas kot supaya pakai kasut. Yela, kita nak berhimpun secara aman, so pakai jela simple-simple. Tak payah la pakai macam aku. Dah macam nak pergi panjat gunung. Hehe. Apapun expect the worst.

Berjalan lagi

Setelah melepasi bukit di hospital tu, kami berjalan kaki menghala ke KLCC. Hampir habis tenaga, kami berehat kejap kat stesen minyak Shell. Memang laku barang jualan dalam kedai kecil tu. Aku rasa habis semua kot barang makanan dan minuman dalam tu. Dekat kawasan Bukit Bintang kami jumpa dengan YB Nik Nazmi. Sempat bergambar dengan dia. Aku bagitau yang aku follow dia kat twitter. Bajet dia nak follow balik. Haha.

Halal dan haram

Kat Bukit Bintang tu kami lalu depan pusat maksiat. Arak dijual di tepi jalan je. Siap ada offer lagi. Aku pelik kenapa perhimpunan aman diharamkan tapi arak dan kemungkaran kubro camni dihalalkan pulak? Owh, negara Islam 1Malaysia. Tak perlu aku list benda haram yang dihalalkan dan benda halal yang diharamkan mereka yang berkuasa. Korang sendiri boleh fikir kan.

KLCC

Masa kami sampai kat KLCC tu dah lewat petang. Keadaan dah reda tapi polis dan FRU masih banyak berkawal. Kami masuk ke dalam KLCC untuk menyejukkan diri dan mengisi 'tank' yang kosong serta top up tenaga yang dah merah. Masa tengah makan tu ditegur oleh pasangan uncle dan auntie chinese. Diorang pun sama-sama dengan kami dari Puduraya sampai ke KLCC, cuma tak perasan sebab ramai sangat. Ternampak jugak YB Johari Abdul makan-makan dengan isteri dan kawan-kawan dia.

Last

Kami dapat tahu kawan kami yang terpisah tu dah diambil oleh ayah beliau di KL Sentral. Mujur dia selamat. Actually dia pair dengan aku (anak usrah aku) tapi kitorang separate masa kena tear gas kedua. Sungguh tak bertanggungjawab punya naqib! Haha. Akhirnya kami menaiki tren dari KLCC ke Wangsa Maju dan balik semula ke Ampang. Kawan-kawan aku nak terus balik ke Perlis malam tu jugak tapi aku nak ke Shah Alam sebab nak pergi program Wacana bersama Syeikh Jum'ah Amin. So, minta tolong kawan ambil aku kat KL Sentral dan tido kat rumah sewa dia di Shah Alam.

Ni gambar bagi membuktikan aku pergi sana. Poyo sket. Haha

Sudah tamat~

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Friday, March 04, 2011

SB = Siput Babi

Assalamu'alaikum wbt
Bismillahirrahmaanirrahiim

"Secularism is the belief that government or other entities should exist separately from religion and/or religious beliefs" (Wikipedia, 2011)

Sekular! Mungkin tu je perkataan yang sesuai kepada pengetua kolej kediaman Unimap kat Wang Ulu.

Alkisahnya, aku nak jumpa kawan di sana. Tetapi oleh sebab usrah aku habis pukul 0130, so aku ajak kawan aku tidur kat surau sekali. Ye la, kalau tidur kat bilik susah la sikit nak bangun kalau dah tidur lewat macam tu. So, sampai kat sana kami pun pasangla kipas dua biji, hampar tikar lapik tidur dan baring. Pasang kipas sampai dua tu sebab kat situ banyak nyamuk.

Baru je nak lelap, mamat pengetua ni datang dan start interrogate. Tanya buat apa? Kenapa berdua je? Mintak kad matrik dengan IC. Macam-macam tanya. Kawan aku cakap kami nak qiamullail, kalau tidur kat bilik payah nak bangun. Kad matrik dengan IC tak bawak, tinggal wallet kat bilik. Padahal bawak je tapi sebab nak cover aku sebagai outsider terpaksala cakap macam tu. Then mamat ni tak puas hati jugak. Bagi alasan kami buka kipas la, membazir elektrik la, langgar peraturan la, student tak boleh keluar bilik lepas pukul 12 la. What the heck la!

Ramai lagi student lain melepak kat luar tu. Ada yang study dengan girls buka kipas, buka lampu. Ada yang tengah call awek kat tepi padang luar kawasan asrama. Ada duduk dating dengan awek. Ada geng-geng chinese melepak kat luar asrama. Kami yang tidur kat surau ni jugak disuruh balik tidur kat asrama. Tak faham la. Muka macam melayu, nama macam islamik. Tapi...

Dah malas aku dengar mamat ni berleter, aku ajak kawan aku balik bilik dia. Tidur kat bilik la daripada dengar ceramah mamat ni. Tiba-tiba je cakap dia dulu masa student pun suka study dan tidur kat surau. Sama macam kami. Dia kata memang lebih selesa study kat surau tapi peraturan tetap peraturan. Student tak boleh guna surau untuk study atau tidur. Tetiba je tunjuk baik pulak mamat ni. Dasar hipokrit.

Masa kami nak keluar dari surau ada seorang student lain datang nak study kat surau. Mamat ni tak bagi jugak. Bukan ke student bayar yuran kolej? Surau tak dikira sebagai kolej ke? Student bayar yuran khas which is guna untuk bayar utilities etc. Alasan kami guna elektrik unimap adalah tak munasabah. Student ada hak guna kemudahan dalam kolej bila-bila masa yang mereka perlukan. Ops, aku tak termasuk.

Dalam perjalanan balik bilik tu kawan aku cerita satu benda lagi yang agak mengejutkan. Unimap taknak nama islam dalam biro kerohanian. Nak bagi kat india untuk pegang post sebagai biro kerohanian MPP. Ditambah pulak sekarang ni 4 calon Pro-M menang kerusi perwakilan pelajar unimap. So, ada kemungkinan usrah akan diharamkan. Ala, sekarang pun bukan dapat kebenaran. Macam-macam sekatan dikenakan kepada student yang nak buat program islamik tapi takde pulak 'macam-macam' bila student bangsa/agama lain buat program-program mereka. Apa ni?! Ini unimap atau Lim Kok Wing University?

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing." (HR Muslim)

Itulah nasihat aku kepada kawan aku which is actually anak usrah aku. Umat ini sedang tenat. Kerja kita masih banyak dan tak termampu kita nak buat semua. Tambah pulak bila ada segelintir umat Islam sendiri yang menjadi batu penghalang kepada kebangkitan generasi muda islam. Mereka mengikut telunjuk para pemimpin kuffar dan dididik menjadi tangan dan kaki para musuh islam untuk menghalang kebangkitan ini.

"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya." (QS As-Saff:8)

Cuma ada nasihat daripada seorang ikhwah hizbi di unimap, "Banyak SB kat unimap".

SB?

Siput Babi~



Hehe~

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, February 22, 2011

Aku seorang da'i

bismillahirrahmaanirrahiim

"Da'i ibarat kucing; kucing yang comel, manusia suka, kucing yang tak comel, manusia tak suka" (Tanpa nama)

Ada orang mengaku sebagai da'i. Da'i?! Apakah itu? Da'i ialah pendakwah. Secara umumnya, da'i ialah seseorang (sekumpulan orang dipanggil du'at) yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah perbuatan yang mungkar, baik yang dilakukan oleh individu ataupun berkumpulan. Tugas sebagai da'i tak terletak kepada individu tertentu sahaja. Ia tanggungjawab semua orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Bukan hanya tugas ustaz, tok guru, mufti, tok syeikh dan sebagainya. Jadi kenapa dengan orang yang mengaku sebagai da'i ni? Apa masalah beliau?

Tak ada masalah sebenarnya bagi sesiapapun yang beriman ingin mengaku sebagai da'i. Kerja sebagai da'i bukan kerja lekeh. Ia kerja orang yang paling mulia di atas muka bumi sepanjang zaman. Ia kerja para rasul. Ia kerja yang diamanahkan oleh Allah. Ia kerja yang digajikan dengan syurga. Tapi ia juga kerja paling berbahaya di dunia sepanjang zaman. Bahaya?! Kenapa bahaya kalau ia kerja yang mulia?

Kalaulah kerja kat rig minyak tengah laut sana tu tak bahaya, orang takkan bagi gaji mahal-mahal. Kalaulah kerja doktor tu just cucuk-cucuk, potong-potong, jahit-jahit je, baik upah tukang jahit je. Modal da'i bukan air liur je. Duduk atas mimbar, pong pang pong pang ceramah je. Lepas ceramah, balik rumah. Esok ceramah lagi pong pang pong pang. Oklah, aku pun taknak berceramah dalam blog ni. Cuma nak cakap pasal satu aspek je bagi seorang da'i. Atau lebih tepat lagi aspek penting seseorang yang mengaku da'i. Aku rasa benda ni penting. Sebab tu aku pun dah start untuk ubah diri sendiri, sikit-sikit pun jadi la. Sikit-sikit, lama-lama tetap sikit. Hehe~

Aspek yang penting itu ialah..jeng, jeng, jeng...pemakaian. Haa, aku bukan apa, kadang-kadang terperanjat bila ada seorang mamat ni solat kat depan aku. Solat jemaah. Baguihhh. Tapi yang membuatkan aku terkejut ialah bila dia sujud nampak boxer dan sedikit parut-parut kat belakang badan dia. Kat area bawah-bawah sikit. Ok, jangan bayangkan. Balik bilik, try pakai baju adik korang kemudian sujud. Then suruh member korang shot dari belakang guna DSLR D550 yang 18.1 Megapixel tu. Then, masuk dalam photoshop, zoom kat tempat yang sesuai. Hehe~

Ok, aku mengaku solat aku tak khusyuk. Nak khusyuk camne?! Tension lagi ada la. Aku sepak jugak bontot mamat ni (Sabaq, sabaq). Nak solat pakai la elok-elok. Kalau dah tak sempat sangat, bawak la kain pelikat ke kain batik mak dia ke. Sarung je. Ish! (Ok. Ini merupakan monolog dalaman ketika hari kejadian. Sekarang dah waras sikit)

Sekarang berbalik kepada perihal pemakaian seorang da'i. Sebab kita berada di Malaysia, maka "pendakwah" di sini ialah orang Malaysia dan objek dakwah ialah masyarakat Malaysia. Ada orang tanya boleh tak pendakwah pakai seluar jeans, t-shirt dan topi? Ada orang jawab takde masalah. Kat US, ada pendakwah pakai seluar three-quarter je berdakwah kat streets. Ada yang cakap, pakaian tak penting. Yang penting ialah apa yang disampaikan. Ada yang lebih extreme berpendapat topi ialah pakaian yahudi. Siapa yang pakai topi, dia yahudi. Dia menyandarkan pendapatnya kepada hadis Rasulullah saw yang menyatakan barangsiapa yang menyamai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan kaum tersebut. Aku cakap itu semua persepsi kita. Bagaimana pula persepsi mereka, objek-objek dakwah kita?!

Pendakwah tak boleh sekadar berpersepsi sendiri. Ikut intention sendiri sama je dengan mengikuti hawa nafsu. Tak boleh juga mengikut persepsi atau waqi' (suasana) yang ada sehingga mengabaikan tuntutan syariat. Sebab tu pentingnya ilmu.

Kajian kes:

Sekumpulan anak muda berpakaian seluar three-quarter, baju t-shirt dan topi baseball sedang mengedarkan risalah bertajuk "Tatacara berpakaian di dalam Islam" di Petaling Street. Bagaimanakah penerimaan masyarakat Petaling Street?

Kalau dapat dikira percentage penerimaan masyarakat terhadap dakwah para pemuda yang bersemangat tadi, aku berpendapat 20% menerima, 20% menolak dan 60% confuse. Waddefish la budak-budak ni?!! Korang nak berdakwah ke nak pergi main skate? Eh, ok apa. At least ada jugak yang menerima dakwah kitorang. Setakat ko tulis blog je, berapa orang yang terima dakwah ko? WTF (Welcome To Facebook~)

Kajian kes lagi:

Kat masjid UTM dulu aku pernah tengok seorang foreigner (pelajar asing) pakai three-quarter je bersolat berjemaah. Kat surau KRP, ada foreigner yang pakai kain yang lebih nampak seperti towel je. Ops! Siap jadi imam tu. Eh, hafal al-Quran rupanya. Dan banyak student melayu solat kat surau (terutama yang aku jumpa kat KTHO) pakai seluar track dengan t-shirt sahaja. Aku pun termasuk sekali. Siap pernah jadi imam dengan pakai camtu je. Oh, sepanjang duduk kat UTM tak pernah tengok mana-mana student pakai jubah pergi main futsal. Alhamdulillah, harap berkekalan sampai sekarang.

Jadi apakah etika berpakaian seorang da'i?

Aku berpendapat kita kena realistik. Bagi aku tak bolehlah kalau kita cakap "Pakai la apapun asalkan bersih dan tutup aurat sudah..". Memanglah Islam menuntut kita berpakaian bersih dan tutup aurat tapi sebagai da'i, kita kena tengok-tengok, usha-usha sekeliling jugak. Da'i yang suka pakai baju fit "adik beliau" kemudian sungguh rajin solat berjemaah di masjid. Eh, rupa-rupanya kat depan aku tadi da'i. Daif sungguh sampai tak mampu beli baju yang lebih besar. Kalau time solat, pakailah pakaian yang molek-molek sikit bro. Kita nak jumpa Allah kot. Bukan jumpa makwe. Kalau ko nak jumpa makwe, pakai selekeh camne pun takpe. No problemo.

Ustaz Firman (ikhwah PKS di Bandung) bagitau jelek jika ikhwah pergi solat pakai trening (seluar track). Oh, terasanya aku (time tu) sebab aku selalu sangat pakai track suit pergi masjid. Alhamdulillah aku mula berubah sikit-sikit dan aku sampaikan pula pada yang lain. Ustaz cakap, bukannya tak boleh pakai trening tapi kita membawa imej seorang da'i. Maka perlulah bagi kita menjaga persepsi masyarakat. Kerana persepsi masyarakat terhadap seorang yang membawa imej Islam bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan syariat. Bukankah antara target kita ialah menjadi public opinian leadership? Tak semestinya pakai jubah. Baju melayu dengan seluar slack/jeans. Kopiah? Pakaila kalau nak pakai tapi lebih baik pakai. Yang penting pakaian yang smart dan kemas. Biarlah orang yang pakai tu semak (tak smart..hehe).

Kalau nak pergi makan kat kafe, boleh pakai slack/jeans dengan baju yang longgar-longgar sikit. Oh, aku cakap untuk pendakwah lelaki je. Tahu la ko ada six pack bro, dada menonjol. Sebenarnya bagi aku, sama je perasaan lelaki tengok perempuan pakai ketat dengan perempuan tengok lelaki pakai tight. Nak pulak perempuan tu cantik dan lelaki itu kacak. Tak berkedip kot. Walaupun ilmu dakwah kita banyak tapi bilamana objek dakwah awal-awal lagi dah klasifikasikan kita sebagai "geng huhahuha" hanya dengan melihat kepada pemakaian kita, maka automatically agak sukar dia nak menerima seruan kita. Oh, aku bercakap atas pengalaman sendiri. Mungkin ada orang yang berpengalaman sebaliknya.

Jom futsal! Yang penting pakailah pakaian yang menutup aurat. Three-quarter pun boleh. Better seluar panjang. Sebab kadang-kadang three-quarter korang lebih 2 inci je daripada lutut. Jadi bila time duduk tu maka nampaklah lutut korang yang penuh parut bekas eksiden tu. Ganas?! Ya, memang ganas lagi mengganaskan.

Oh, student eh? Silalah ikut peraturan universiti. Ops! aku tak layak bercakap di sini. Seingat aku hanya semester pertama je aku ikut peraturan universiti dalam etika berpakaian di dalam universiti. Tapi aku ingin ingatkan korang sebuah pepatah melayu, "Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan". Kadang-kadang malu kepada rakan-rakan chinese sebab diorang sangat disiplin dalam etika pemakaian. Tak apalah. Biar nampak skema dan nerd, asalkan korang happy. Happy ke?!

Apa-apapun, sebagai da'i marilah kita menjaga penampilan kita dari sekarang. Ingatlah, diri kita akan menjadi sebab kepada penerimaan atau penolakan manusia terhadap dakwah. Bila kita OK, dakwah pun OK. Kalau kita KO, dakwah akan terus berjalan dengan pertolongan Allah, insyaAllah. Maafkan aku jika tersalah. Jumpa lagi next entri. ;)

p/s oh! sungguh membosankan entri yang panjang dan tidak bergambar @_@"

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, February 09, 2011

Doa Rabitah

bismillahirrahmaanirrahiim

Selalu kedengaran rasa tak puas hati antara sesama ikhwah. Terasa keringnya ukhuwwah, yakni persaudaraan. Rasa dipinggirkan. Rasa cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh ikhwah-ikhwah yang lain. Semua perasaan-perasaan yang dicampakkan oleh syaitan ke dalam hati kita untuk melemahkan ikatan iman ini. Sehingga kelemahan kita menyebabkan kita memperturutkan hawa nafsu kita lalu mengikuti telunjuk syaitan. Akhirnya, ukhuwwah itupun hancur terputus.

Aku pernah mengalami perasaan yang sama. Dan aku yakin hampir semua orang pernah diuji dengan perasaan yang sama. Cuma yang membezakan kita adalah bagaimana kita bertindakbalas terhadap perasaan itu. Bagaimana kita menjawab persoalan-persoalan itu.

Ia adalah sebuah perasaan yang tak boleh diubati dengan ceramah atau daurah ukhuwah islamiyah. Ia perlukan sebuah tindakan konkrit yang berbasis kepada perasaan yang sama. Memahami kehendak hati dan perasaan. Mengikuti naluri keimanan yang benar. Bukan anggapan dan logik akal. Ia mesti ditangani dengan senjata iman. Kerana hati ini milik Allah, maka Dia lebih mengetahui keadaannya.

Allah yang mempertautkan antara hati-hati orang beriman.

Akhirnya, semua kembali kepada Allah. Ukhuwah ini adalah milik Allah. Dia mencampakkan perasaan kasih sayang itu ke dalam hati hamba-hambaNya yang ikhlas. Supaya mereka berkasih-sayang keranaNya, bukan kerana sesuatu yang lain.

Bilamana Allah menarik perasaan itu bermakna ada sesuatu yang Dia ingin kita perbetulkan dan perbaiki. Hubungan kita denganNya, apakah ianya mesra? SuruhanNya, apakah kita laksanakan? LaranganNya, apakah kita tinggalkan? Keikhlasan kita, adakah sentiasa bersih dan suci?

Pernah suatu ketika, aku merasakan kemaraunya perasaan kasih sayang di antara ikhwah. Dan sehingga kini pun, kadang-kadang perasaan yang sama masih menyerang. Alhamdulillah, berkat menjaga mutaba'ah amal sejak mula-mula mengikuti halaqah, aku hafal doa rabithah. Sebuah doa, bagi aku, sangat mendalam maksudnya. Yang dapat mengikat antara hati-hati kami. Menjaga ukhuwah antara kami di atas landasan keimanan kepada Allah ta'ala.

Praktikkanlah dengan penuh kesungguhan di dalam doa-doa kita selepas solat agar Allah terus menjaga dan memelihara ukhuwah ini insyaAllah.

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan ma'rifatMu
Matikan dalam syahid dijalanMu
Engkaulah Pelindung dan Pembela

Amiin

Ya Allah, terimalah amalan dan doa kami.


Allahua'lam

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Sunday, July 18, 2010

bainal 'bersedia' wal 'jalan je'

Bismillah...

Ini merupakan sambungan kepada entri yang lepas tapi kalau rasa macam takde connection tu buat-buat tak perasan la ye. :)

Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya

Manusia akan tetap mempunyai karakter yang berbeza-beza walaupun lahir dan dibesarkan di dalam persekitaran yang sama. Inikan pula jika dibesarkan di dalam suasana persekitaran yang berbeza, maka tentulah semakin besar perbezaannya. Di sinilah cabaran kepada para da'i kerana merekalah yang akan berdepan dengan diversiti ini dan mengemukakan solusi ke atas setiap perkara. Maka tugas ini bukanlah mudah kerana sesiapa yang tak punya sesuatu maka pastilah dia tak akan mampu memberi sesuatu apapun.




Kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga lautan dalam

Untuk berdakwah tak hanya perlu semangat tapi diperlukan ilmu dan kefahaman terhadap perkara yang hendak didakwahkan. Kita dapat lihat perkara ini di dalam surah-surah terawal diturunkan. Ya ayyuhal muddassir. Qum fa anzir. Wa rabbaka fakabbir dan seterusnya. Perintah memberi peringatan disusuli dengan pengarahan supaya mempersiapkan diri dengan persiapan ruhani, akhlak, ilmu dll agar ampuh dalam melaksanakan perintah amar ma'ruf dan nahi mungkar. Kerana beban dakwah sangat berat dan pasti mendapatkan penentangan yang kuat dari pendukung kebatilan, maka persiapan merupakan sesuatu yang vital. Kerana itulah para qudama' meninggalkan pesan yang sangat bermakna pada kita;

Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain

Tegakkan Islam di dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di sekelilingmu


Ya, pesannya sangat simple tapi mempunyai pengertian yang sangat mendalam. Sebagaimana ulama dakwah mengorek pesan-pesan tarbiyah di dalam 'perjalanan' Rasulullah saw lalu mengemukakan sebuah fiqh kepada generasi pewaris dakwah;

Qudwah sebelum dakwah

Sifat manusia itu sendiri akan mudah menerima pandangan, kata-kata dan nasihat daripada orang yang dipercayainya. Jika kita lihat kepada sirah, Rasulullah saw yang menjadi orang kepercayaan kaumnya sendiri pun ditolak dakwahnya pada peringkat permulaan. Tapi ditolak bukanlah kerana akhlak atau apa-apa yang berkaitan dengan peribadi Rasulullah saw. Jadi secara matematiknya;

Peribadi baik + Dakwah = Masih ditolak

Peribadi tak/kurang baik + Dakwah = ?

Jadi, dalam arena DF apa yang ingin dicapai adalah membina tsiqoh atau rasa percaya mad'u kepada diri da'i. Pengalaman aku berkongsi-kongsi pengalaman DF dengan beberapa ikhwah menunjukkan mad'u boleh menjadi tsiqoh dengan beberapa perkara. Antaranya adalah peribadi da'i itu sendiri yang mulia, keilmuannya dalam perkara-perkara agama dan kehebatannya dalam bidang akademik. Kebanyakan ikhwah-ikhwah yang aku jumpa memiliki ketiga-tiga ciri ini.

Cuma perlu diingatkan bahawa DF takkan berhasil dalam masa singkat. Ia merupakan proses yang panjang. Mungkin sebulan, 2 bulan, satu sem, setahun atau mungkin sepanjang masa study. Atau mungkin sepanjang hayat kita? Bergantung kepada pertolongan Allah.

p/s sambung lagi nanti bila free
p/s2 sekarang 310am, ba'da subuh nak gerak ke penang (dari arau)



Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Thursday, May 27, 2010

Realistik

bismillah...


ingat lagi masa mula-mula masuk utm dulu aku berazam untuk at least hafal 5 juzuk al-Quran bila habis study. suatu azam yang tak mustahil time tu. kekerapan membaca al-Quran menyebabkan proses menghafal jadi sangat mudah. untuk hafal satu muka mungkin ambil masa kurang dari setengah jam. tapi azam tu tak tercapai. even juzuk 30 pun masih sangkut. malu sebab below expectation walaupun sebenarnya ada kemampuan. malang, kerana kemahuan tidak setinggi kemampuan dan kesempatan yang ada. bagaimana agaknya nak menjawab soalan "bagaimana kamu menghabiskan umurmu?" di akhirat nanti? begitu banyak time-wasting, procrastinating dan do nothing.

alhamdulillah, sekarang join kelas tahfiz di maahad tahfiz al-Quran wal Qiraat kat sini. kejap je tapi cubalah habiskan setakat yang termampu. tapi sedih gak sebab kemampuan menghafal semakin kureng. susah betul nak lekat. baru tasmi' level 2 dah kantoi. belum tebuk lagi, mestila lagi kantoi. mungkin sebab tak jaga hati kot. bila time menghafal ni baru la rasa kesan maksiat yang dah buat tu. sebenarnya dalam solat pun dah ada kesan. tak khusyu'. tapi tu la, bukan mudah nak konsisten. banyak betul dugaan.

macam tu lah kita. meletakkan target atau matlamat tertentu pada permulaan perjalanan dah jadi macam budaya atau macam adat kot. tapi adakah kita betul-betul konsisten berusaha untuk mencapai target-target tu? atau kita sekadar hangat-hangat tahi ayam? salah satu matan hadis dalam arba'in nawawiyah,

"Qul Aamantu billah, summastaqiim!"

Katakanlah, aku beriman dengan Allah dan istiqamahlah! Dalam hadis lain menyebutkan mafhumnya "amal sedikit yang konsisten lebih disukai oleh Allah daripada amal yang banyak tetapi terputus-putus."

biasalah. masa awal-awal memang semangat. contoh masa awal tahun baru. macam-macam azam dipasang. by the end of year, tercapaikah semua target? selalu kita tak bersikap realistik. tak mengenal kemampuan diri sendiri. ramai yang overestimate dan tak kurang yang underestimate sampai takdak apa-apa target. bagi diorang "live life as it is" atau "live life to the fullest". ah! sama je dua-dua. tak jarang kita lupa peranan Allah dalam setiap urusan hidup kita. na'uzubillahiminzalik.

barangsiapa yang mengenal dirinya, maka dia mengenal Penciptanya.


p/s insyaAllah, esok sampai ahad akan ke Thailand. doakan kami selamat pergi dan pulang. jzkk

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, February 10, 2010

towards internationalization, but...

inspiring innovative and creative minds. utm kini melangkah untuk menjadi universiti kelas dunia. antara yang dilakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan student undergradute (yang kebanyakannya orang malaysia) dan memperbanyakkan postgraduate students yang datang dari pelbagai negara. yang paling obvious dari afrika dan indonesia. selain tu ada iran, mongolia, syria, yemen dll. sebab antara kriteria yang diambil kira dalam 'pengreddan' universiti adalah ratio undergraduate/postgraduate.

sekarang ni pergi mana-mana kat dalam utm ataupun kat area taman u ni mesti jumpa student foreigner. kebanyakan diorang ni sangat friendly. aku sendiri ada seorang kawan dari nigeria. jumpa masa kat msi. dia tegur bila tengok aku baca al-Quran. katanya (selepas translate) suka tengok orang muda baca al-Quran. kebetulan dia dari fksg gak. amik master GIS. dia mintak tolong aku ajar arcgis. huhu. aku bawak dia gi psz dan tunjuk kat dia buku mastering arcgis. suruh dia pinjam dengan cd tutorial sekali.

kat kolej perdana ada sorang lagi brother. 'aidil (kalau tak salah) namanya. student phd electrical power. yang mantapnya, dia ni hafal al-Quran 30 juzuk. wahwahwah. biasa jadi imam kat surau kp. terawih dia jela yang imam. orang syria ke yaman entah. kawan-kawan aku kat sana mintak tolong dia ajar tajwid etc. senang cakap orangnya sangatlah baik dan friendly.

kat kolej rahman putra (krp) pun ramai gak foreigner pak arab. biasa gak turun kat sini masa ramadan. kalau diorang jadi imam memang syahdu je. sorang tu suara iras-iras syeikh masyari bila baca al-Quran. nak menangis rasanya bila dengar diorang baca al-Quran dalam solat. dapat feels the feeling la. yang bestnya diorang ni muda-muda lagi. sebaya je kot atau lagi muda. tengok muka macam budak-budak lagi. tapi dah hafal al-Quran gak. ni buat aku jeles ni. target nak hafal 5 juzuk tak tercapai lagi. sekarang ni geng-geng krp mintak diorang ajar bahasa arab every friday night. sambil belajar bahasa arab boleh improve english sekali sebab guna english as medium. kadang-kala boleh belajar bahasa somalia sekali bila ada bro somalia join duakaki. dan dia pun boleh belajar bahasa melayu gak. sama-sama belajar kan. soh? aiwah...hehe

student-student afrika dan arab ni gak suka main bola atau futsal. diorang ni macam orang brazil. obses dengan bola. main memang bersungguh. pernah gak main bola padang petang-petang dengan diorang. tapi aku main rilek-rilek jela. kalau kena 'body' dengan pak-pak arab ni boleh koma dua bulan beb. badan besor-besor. bayangkan makan fries rm5 kat k9 macam makan nasi. tapi kalau kita main sekali dengan diorang best. boleh sembang-sembang pasal negara diorang, family diorang etc. kalau student-student afrika ni kebanyakannya orang susah. aku pernah tanya kat abdul lateef dia belajar kat sini guna biasiswa apa. dia cakap dia hanya ada duit cukup untuk study fees, tiket datang sini dan untuk keperluan hidup kat sini sikit-sikit je. takde biasiswa dari mana-mana. semua guna duit sendiri. mungkin dia bergadai gak kot nak belajar kat sini. aku tanya dia macam mana dia makan semua. dia cakap tawakal jela kat Allah. jauh berbeza dengan aku walaupun aku rasa macam aku ni dah susah.

Masjid Sultan Ismail (MSI)

tapi selain kebaikan pasti ada keburukan gak yang diorang bawak. maksud aku sebahagian kecil dari student-student foreigner ni terutama student perempuan. dan terutama dari iran dan mongolia/kazakhstan/china (aku tak pasti tapi area-area sana la). jijik aku tengok seorang student pakai macam pelacur masuk library. student mongolia rasanya based on muka dia. ada macam altantuya sikit-sikit. aku pun pelik macam mana la boleh lepas pulak dia ni masuk psz dengan pakaian macam tu. kemudian boleh pulak bermesra-mesraan dalam psz dengan pakwe dia. sakit hati aku tengok. nak tegur tapi takde kekuatan la sorang-sorang. yang aku kurang puas hati adalah librarian. kenapa kalau pakai selipar atau t-shirt takleh masuk tapi 'altantuya' tu boleh masuk pulak? diskriminasi nih..

kemasukan pelajar-pelajar dari iran pun mengundang lagi satu masalah. student perempuan iran (yang biasa aku tengok) memakai tudung macam artis. keluar jambul kat depan. bukan apa, benda ni beri konotasi yang buruk pada umat islam sendiri. kadang-kadang ada student tempatan yang tak faham, takde asas yang kuat terpengaruh dengan diorang ni. kalau diorang tak ikut pun, at least diorang akan jadikan itu sebagai hujah untuk diorang tak bertudung. aku harap takdela kawan-kawan aku ikut gejala yang tak sihat ni.

kehadiran student-student luar ni gak memberi kesan kepada diversiti kat masjid. diorang praktik mazhab yang berbeza. jadi agak pelik bagi sesetengah orang yang tak biasa dengan kepelbagaian mazhab atau tak dapat terima mazhab lain selain syafie. sepatutnya pendirian kita ialah selagimana dia berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah yang sahih, ok la kan. kadang-kadang nampak diorang solat pakai seluar 3/4 macam masa main futsal. kalau nak tau ada member aku solat pakai kain pelikat je. kat bilik la. bagi diorang asal tutup pusat dengan lutut ok dah tu. kalau jumpa awek taknak pulak diorang nak pakai kain pelikat je. hehehe.

sekarang ni ada ramai gak syiah. diorang solat kat msi tapi tak berjemaah. kadang-kadang nampak diorang solat kat bahagian tepi masjid. kadang-kadang kat bahagian dalam. ciri-ciri diorang ni mudah je. diorang sujud atas batu leper. taktau la kenapa macam tu. pernah sembang-sembang dengan ustaz kat msi lepas terawih dulu. dia kata student-student syiah ni pergi buat upacara sambutan hari asyura ke apa entah kat bahagian atas msi. diorang mencederakan diri sendiri. bila pihak msi tahu, diorang pergi hentikan. ada gak dengar cerita geng-geng syiah ni nak apply mintak sebuah masjid khas untuk syiah. sebelum tu dengar cerita puak-puak kristian (IK atau ikatan kristian) mintak buat sebuah gereja dalam utm. entah-entah nanti hindu mintak buat sebijik kuil. buddha pulak mintak tokong sebijik. nanti utm bukan jadi research university (RU) tapi religion university.

begitulah beberapa benda yang best dan tak best berkaitan kehadiran student-student dari luar ni. banyak manfaat boleh dapat dari diorang tapi masih ada keburukan yang perlu dielakkan. alhamdulillah setakat ni aku suka berkawan dengan pak-pak arab. walaupun tabiat makan diorang marvellous tapi yang bagusnya pak-pak arab ni, diorang sangat menjaga solat. paling awal datang ke surau/masjid, berebut-rebut nak saf pertama, banyak baca al-Quran (mungkin banyak hafaz) etc. selepas subuh biasanya diorang akan stay kat tempat diorang solat sampai isyraq atau duha. tak silap aku ada hadis sahih pasal benda ni. pelakunya akan dapat ganjaran yang sangat besar. aku cuba nak apply sedaya mungkin.

kerana tuhan untuk manusia

-------

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, January 26, 2010

Bila Pokok Duit-Duit Berbicara...

bismilLah...

Usrah tu bukan asal buat


Aku bukan orang yang layak cakap pasal bende ni. Di banding dengan orang lain, aku macam pokok duit-duit yang menjalar atas pokok besar untuk ambil manfaat daripadanya. So, kat sini aku nak tulis apa yang "aku rasa" je.

Sekarang kita dah faham.Faham tanggungjawab dan matlamat hidup. Kita bergerak melangkah ke depan. Daripada ikut usrah, kita mula belajar-belajar df. Daripada df, kita dah mula buat ta'lim. Daripada ta'lim, kita mengorak langkah mentajnid orang untuk usrah. Daripada mutarabbi, kini kita adalah murabbi. Kita mula membina diri dan manusia. Tapi iman tak sentiasa meningkat. Tekad dan azam tak selamanya meninggi. Ujian dan mehnah datang. Kita down.

Certain orang faham kenapa dia perlu bawa usrah. Dia bawa usrah sebab imannya trigger dia untuk 'laksanakan' usrah. Bukan just 'buat' usrah.

Orang yang just 'buat' usrah mungkin sekadar nak achieve mutaba'ah da'awinya je. Bila diminta untuk update, at least dia bleh bgtau "ada usrah dan dah buat untuk minggu tu". Asal buat sudahlah. Ada orang tak buat usrah pun. At least aku buat jugak. Setakat tu je usrah yg difahaminya. Maghfirahnya luas tapi tak sampai kepada suluk.

Tugas dakwah: Gunung pun tak sanggup pikul

Melaksanakan usrah bukan senang. Rasulullah saw bersama dengan 'anak usrah' baginda setiap masa. Jika kita just jumpa seminggu sekali, apa yang kita boleh expect daripada diorang? Itupun if usrah tu basah. Kalau usrah pun kering kontang gersang apatah lagi kan. Bagi aku secara peribadi, indikator usrah tu berjaya atau tak ialah selepas usrah mesti ada momentum iman. Mesti rasa semangat nak beramal. Mesti rasa lebih syok dengan ikhwah. Mesti rasa tak sabar nak usrah yang seterusnya.

Wahai da'ie, jika mutarabbi anda bermasalah, jangan salahkan diorang. Check diri anda dulu. Anda dah tunaikan hak dia ke belum? Dah ziarah bilik dia, ajak dia makan sekali, beriadah bersama, tidur bersama, jaulah bersama, pernah dengar luahan hati dia, masalah dia, tahu tak dengan siapa dia berkawan, ambil tahu tak pasal status keluarganya, kewangannya, etc etc. Jika belum, mengapa anda menuntut daripadanya untuk menunaikan hak usrah anda? Jangan zalimi diorang.

Tak jarang juga kita terlampau mengandalkan pada usaha dan kemampuan kita tapi kurang bersandar kepada taufiq dan pertolongan Allah. Kita bertindak seolah-olah kita adalah pemberi hidayah. Lalu kita frust bila dakwah kita tak berjaya. Seorang ikhwah mu'assis kat unimas mungkin boleh dijadikan qudwah. Setiap kali sebelum usrah, dia akan solat hajat untuk mendoakan agar Allah memberi taufiq dan petunjuk kepada dia dah ahli usrahnya. Alhamdulillah, perkembangan dakwah di sana sangat baik sekarang.

Dakwah ni berat. Sangat berat. Kerja yang menyebabkan para rasul pilihan hampir putus harapan kecuali dengan pertolongan Allah.

Sehingga apabila para rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan kaumnya) dan telah meyakini bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada mereka (para rasul) itu pertolongan Kami, lalu diselamatkan orang-orang yang Kami kehendaki. Dan siksa kami tidak dapat ditolak dari orang yang berdosa.
(QS Yusuf 12 : 110)

p/s title mcm xde kaitan je, tp xpela. afwan kpd yg dh tny smbgn post "Terlanggar hidayah di KMPk (Part 1)", patik sedang berfikir camne nak continue. hehehe.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, December 23, 2009

Suara dia macam Nidaisengama!

Bismillah...

Semalam kami serumah bersarapan kat Restoran Zunita Rabu (Betul ke Akmal??). Kat trafik light jalan surau Asy-syakirin. Dekat-dekat area Skudai Indah. Selepas ambil makanan kami pun duduk kat meja yang terletak kat depan tv. Kebetulan tengah rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) dan dijemput seorang artis (taktau sape nama dia). Macam nak promote la kot artis ni. Dia nyanyi. Tak best pun. Macam Fukasaku and Shima of the Nidaisengama. Mengutuk-ngutuk gak kat dalam hati. Tiba-tiba wea tanya,

"Apa pengajaran yang kita boleh ambil bila tengok dia nyanyi?"

Kubon jawab,

"Jangan nyanyi. Hahaha."

Aku jawab,

"Jangan dedah aurat. Hehehe."

Jawapan kami macam jawapan budak-budak sekolah rendah. Aku tahu. Tapi roti canai aku belum sampai. Jadi tak boleh nak fokus untuk cari jawapan yang lebih matured untuk soalan wea tu. Mesti ada orang cakap,

"Alaa..alasan je tu."

Aku akan jawab dengan gaya 'asim,

"Ok. Fine."

Aku tengok wea dok tersengih-sengih lagi. Mungkin geli hati dengar jawapan kami. Dia cakap jawapan tu betul gak tapi ada jawapan yang lebih tepat. Akmal yang duduk sebelah wea seolah-olah tak sedar kami dok depan sambil bincang-bincang benda tu. Khusyuk dan khudu' dia bersama nasi goreng beliau. Tapi tiba-tiba nampak dia tersenyum-senyum. Mungkin sedang berfikir.

Then, wea cakap,

"Suara dia tak sedap pun. Tapi apa yang penting dia berani sampaikan apa yang dia yakini. Kita pulak macam mana? Adakah kita berani menyampaikan keyakinan kita?"

Tak pelik dengan orang yang mendendangkan irama jahiliyah dengan penuh keyakinan di dalam dunia jahiliyah. Sound can't move through a vacuum. In fact, light did.

Kita bagaimana?

Allahua'lam.

p/s Restoran Zunita Rabu adalah tempat favourite Akmal. Hehe..

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Saturday, December 12, 2009

Terlanggar Hidayah di KMPk (Bhgn 1)

Bismillah...


Dalam lecture hall 2 KMPk. Kumpulan Kuliah 1 yang melibatkan kumpulan tutor 1 hingga 8. Aku berada dalam kumpulan tutor 7 (T07). Tak ingat dah subjek apa time tu. Tapi memang tak fokus.

"Pali, malam ni jom ikut aku", kata Sam, kawan aku.

"Pergi mana?"

"Usrah."

"Usrah? Ada usrah ke kat sini? Tak pernah dengar pun."

"Adaaa. Ramai gak yang join. Buat kat surau blok L1 aras bawah."

"Usrah ni buat camner? Sape yang handle?"

Aku masih ragu-ragu. Ini dah hujung sem 1 kat matrik ni. Tak pernah dengar pun ada usrah. Tapi memang patut pun aku tak tahu. Jarang-jarang turun surau atau masjid. Solat pun ikut suka. Dah nak dekat final exam baru la rajin sket ke surau. Maghrib isyak. Baru start nak baca al-Quran. Terbata-bata. Jenuh aku nak mengeja satu-satu. Malu gak bila malam jumaat just gerak-gerak mulut je masa baca yasin kat masjid al-maghfirah KMPk tu. Padahal tak dapat catch up dengan bacaan orang lain yang laju. Sedih-sedih...

"Ada abang dari UTP yang buat. Dalam usrah tu buat baca al-Quran, tafsir dan perbincangan pasal Islam. Kalau ko nak tanya pasal akademik pun boleh gak sebab diorang tu sume power2 gak."

"Pukul berapa malam ni?"

"Lepas maghrib. Kat surau L1."

"Ok. InsyaAllah. Dah dah. Fokus kat depan plak."

--------------------------------------------------

Malam tu lepas maghrib, aku tunggu kat surau. Ramainya orang. Budak yang jadi imam tu baca ayat mana ntah. Panjang. Suara dia pun sedap. Aku dah tak ingat nama dia. Oleh kerana surau sempit, maka perjumpaan malam tu berpindah ke bilik Peja. Masa tu aku tak kenal lagi mamat tu. Nampak macam Stephen Hawking dengan spec tebal dia. Aku ni jahat gak. Suka kutuk orang. Dalam bilik tu ada ramai orang. Aku tak tau sapa lagi rumate dia. Ramai gak kawan-kawan kuliah aku yang join. Tak pernah lak diorang ajak. Just masuk dan salam salam je. Sebab ramai sangat, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Sam dengan group lain. Aku dengan group lain. Dengan abang F. Malam tu sempat sesi ta'aruf dan tazkirah sket je. Tapi tazkirah dia menarik sebab banyak pick up ayat al-Quran dan hadis. Dan dia sebut surah brapa dan ayat mana serta riwayat hadis tu.

"Abang ni hafal Quran ke?", aku tertanya-tanya dalam hati.

"Kalau hafal Quran, kenapa masuk UTP?", aku konpius time tu. Rasa suspicious.

"Okla, minggu depan kalau boleh ana nak antum setiap sorang ada al-Quran besar macam ni sorang satu. Ana akan ajar terjemahan al-Quran secara harfiah. Ni untuk kita belajar bahasa arab supaya kita dapat faham al-Quran yang kita baca", abang F menyimpulkan tazkirah beliau.

Masa tu aku pening sket. Ana? Antum? Akh? Enta? Apa tu? Maklumla, budak sekolah harian biasa macam aku ni mana la reti. Time tu baru tahu itu bahasa arab.

"Tapi bro (abang), ana takdak duit la. Nak makan pun kena saving."

"Takpe, nanti ana beli kat enta."

-------------------------------------------------

Minggu depan aku, seperti yang telah dijanjikan, aku pun pergi ke surau tapi lambat sket sebab aku solat isyak kat bilik je. Lepas maghrib gi makan pastu tengok Akademi Fantasia dengan Rojo dan Paplew. Diorang ni budak MRSM Langkawi. Peminat setia AF. Siap AFUNDI lagi. Mujur aku tak terpengaruh. Sampai je kat surau,

"Eh! Mana ni? Takdak orang pun."

Aku try gi tengok kat bilik Peja tapi kunci. Senyap je kat ground floor time tu.

"Mane la budak-budak ni pegi? Haishh...."


Bersambung....

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template