Thursday, September 13, 2012

Menulis Membantu Otak Berfikir

Bismillahirrahmaanirrahiim...


Hidup ini penuh dengan expectations.

Dulu masa aku darjah 6, guru besar expects aku akan dapat 5A dalam UPSR based on prestasi peperiksaan percubaan aku. Aku sendiri takde apa2 expectation sebab aku bukannya rajin sangat belajar. But then aku dapat 2A3B. Alhamdulillah. Tapi sebenarnya aku kecewa jugak sebab tak dapat challenge arwah abang aku. Dia dapat 5A dalam UPSR. Mak dan Ayah selalu sebut pasal pencapaian dia kat aku. Tapi aku still seorang yang nak-taknak-je belajar.

Masa tingkatan 3, lagi 2 minggu nak PMR aku baru start study. Sebelum tu aku sibuk gi memanah ikan kat sungai, pancing ikan kat lombong, main bola kat padang setiap petang dan melepak kat rumah MatPe setiap malam. Takde sesiapa letak apa2 expectation kat aku. Aku sendiri tak expect apa2 untuk PMR. Asal lulus boleh masuk form 4 ok la. But then aku dapat 6A2B. Kawan sekelas terkejut. Aku lagilah terkezut. Ingat lagi masa pagi hari ambil result tu, aku kat atas pokok manggis. Tak tahu pun result keluar hari tu sampailah kawan aku datang ajak gi sekolah ambik result.

Tingkatan 4 ialah tahun honeymoon. Aku antara pelajar tercorot dalam kelas (science stream; tak ambik bio, ambik lukisan kejuruteraan). Sepanjang tahun habis masa atas padang training/main sebagai pemain bola sekolah. Tingkatan 5 lepas habis tournament bolasepak antara sekolah dalam bulan 5 baru aku start belajar sikit2. Aku tak tahu apa expectation mak dan ayah dan family aku. Aku sendiri hanya target lulus dan dah ready untuk kerja kilang lepas habis SPM. Bila result keluar, aku dapat 8A2B.

[Dulu] Aku belajar bukan sebab nak A. Aku nak lulus je. 

-------------------------------------------------------------------------------

Aku tergerak nak menulis mengenai expectation bila terbaca komen2 pembaca MalaysiaKini (versi English) tadi berkaitan blueprint dasar pendidikan yang baru.

Exam-oriented system yang digunakan sekarang menyebabkan "orang" mengejar jumlah A berbanding kualiti pendidikan itu sendiri.

"Orang" di sini merujuk kepada murid, pelajar, mahasiswa, ibubapa, keluarga, kaum kerabat, masyarakat, kerajaan dll. 

Semua pihak ada expectation masing2 tapi menjurus kepada perkara yang sama; mengejar jumlah A. Sistem ini memberi reward dan insentif hanya kepada pelajar dengan jumlah A terbanyak. Masyarakat membanggakan ahli masyarakat yang cemerlang dalam pelajaran berdasarkan bilangan A yang dicapai. Peratusan lulus (and consequently peratusan untuk dapat A) dikurangkan untuk meningkatkan jumlah "flying colorers" agar dapat menonjolkan imej dan reputasi kerajaan yang bagus.

Terfikir jugak kasihan pelajar cemerlang yang bertungkus-lumus sepanjang tahun belajar etc tapi menghadapi masalah semasa hari peperiksaan i.e. sakit, emosi tak stabil etc. Sebab sistem ini depends solely kepada exam, maka sia2 sajalah penat lelah mereka selama ni.

Dasar pendidikan negara perlukan transformasi. Kalau boleh, evolusi. Cepat2lah bertukar daripada beruk kepada manusia yang bijak berfikir dengan aqal kurniaan Allah. 

#tajuk takde kaitan. adios!

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template