Monday, September 28, 2009

Sedikit Sekali yang Bersyukur

Bismillah...

Apakah kamu akan dibiarkan mengatakan "Kami telah beriman" sedang kamu belum diuji?
Ujian datang dan pergi ibarat tiupan angin. Kadang-kadang tiada tiupan angin, kita mengeluh kepanasan. Ketika angin kuat, kita bertempiaran lari ke dalam rumah untuk melindungi diri. Ketika angin sepoi-sepoi bahasa bertiup, kita selalu terbuai oleh keasyikan belaiannya sehingga kita alpa dan lupa.

Semakin besar ujian di atas jalan ini sepatutnya menjadikan kita lebih kukuh dengan prinsip yang telah kita imani. Ibarat monyet yang memanjat pohon kelapa. Apabila angin bertiup kuat, ia akan memegang pohon kelapa sekuat-kuatnya agar tidak jatuh. Namun apabila angin bayu bertiup membelai dirinya, ia leka dan terlepas pegangan tangannya lalu jatuh ke bumi.

Manusia selalu salah sangka. Mereka menganggap ujian hanya berbentuk kesusahan. Lalu diri yang susah selalu lebih mudah kembali kepada penciptaNya. Ketika ditimpa ujian kesusahan demi kesusahan ia kembali bermunajat kepada TuhanNya. Itu adalah sunnah sepertimana dijelaskan di dalam Al-Quran. Firaun juga pada saat kematiannya ingin beriman kepada Tuhannya Musa tapi pintu taubat telah tertutup baginya. Jadilah dia contoh penentang paling derhaka sepanjang sejarah manusia.

Jika dihitung orang yang diuji dengan kesusahan hanyalah sedikit. Ujian kesenangan lebih banyak diberitakan oleh Al-Quran kepada kita. Kaum Ad, Tsamud, Firaun dan Bani Israel; semuanya dikurniai Allah dengan pelbagai kelebihan. Ketika mereka melupakan nikmat Allah kepada mereka, Allah utus utusanNya kepada mereka agar mereka kembali beriman kepadaNya. Namun, sejarah kemanusiaan dan sejarah iman mengajarkan kepada kita sebuah sunnatullah dalam perjuangan. Qalilam maa tasykurun. Sedikit sekali yang bersyukur.

Kini zaman berputar kembali. Memutar kembali sejarah ujian. Untuk kita hadapi sebagai pemenang atau sebaliknya. Allahua'lam.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya!!!

Bismillah...

Walaupun agak lambat, aku tetap nak ucapkan;

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Kepada semua terutama pembaca blog ibnuyazid a.k.a yasalunaka yang tidak seberapa ini.


Aku berharap segala salah dan silap sepanjang menconteng di blog ini dimaafkan. Terimalah dengan seadanya. Thank you very much mello.
(^_^)


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, September 15, 2009

Jom Main Meriam

Bismillah...

Malam tu kami kumpul ramai2 kt umah Atan Kewek. Nk plan. Ramai gk time tu. Aku dh x igt brapa org tp sume playmaker ada. Aku, Atan Kewek, Lan, Ayie, Yie, Atan Dugong dll. Pelan dibuka. Masing2 bg cdgn. Nak besar ke kecik, panjang ke pendek, buluh ke tin atau ada jenis lain. Mcm2 idea kuar tp matlamat ttp sama. Objektifnya nk bt meriam yg power giler kali ni. Biar smpi terkejut satu Taiping. Wahaha...

Esok pg, kami kuar mencari bahan. Pusing2 keliling kampung, terjumpala benda yg di cari2. Sebuah paip seramik tebal berdiameter lebih kurang 15cm, tebal 2cm dan panjang dekat2 2m. Sgt2 sesuai utk hasilkan letupan yg menyebabkan org dpt bgn sahur awal. Atau mungkin org x dpt beraya. Hehehe. So, bila dh dpt paip tu, proses seterusnya adalah membuat lubang pd paip tu. Oleh kerana tebal, kami terpaksa meminjam gerudi elektrik ayah Atan Kewek utk menebuk paip tu. Proses menebuk amik masa lebih kurang 3 jam. Kena hati2 sbb takut crack. Kang tak pasal2, kami tak beraya. Lps proses menebuk lubang selesai, kami berbincang utk mencari port yg sesuai. Oleh kerana ni adalah plan rahsia, takut2 diketahui oleh orang kampung, maka tempat yg bakal dipilih perlu jauh dan tersorok dari masyarakat.

Setelah bbrp cadangan didengar, kami sepakat utk laksanakan projek ni di sebuah kawasan berbukit di tepi lombong kat kampung kami. [Nama kampung terpaksa dirahsiakan]. Ssh gk sbnrnya nk angkut paip ni. Besargile. Then, bbrp org ditugaskan membeli karbaid (calcium carbide) iaitu bahan letupan. Karbaid ni bila campur dgn air sket akan kuarkan gas yg mudah terbakar. So, malam tu lps isyak je trus bergerak ke lokasi rahsia. Takde terawih2 dh. Excited gile nih. Klu sblm2 ni aku dan kwn2 gn tin milo je utk bt meriam, kali ni kami go little bit advance. Hasilnya dh bleh agak sbb materialnya superb.

Atan Dugong sbg ketua misi memberi arahan. 2-3 ketul karbaid bersaiz sederhana dimasukkan melalui muncung paip. Air dimasukkan sedikit. Kemudian, muncung paip ditutup dengan guni supaya gas yg terhasil menjadi padat di dalam paip. Atan mengambil buluh panjang, mencucuh pd api dan meletakkan di lubang yg ditebuk pd paip. Dan...

KABOOOOMMMMM!!!!

Berderau darah dek kuatnya bunyi yg dihasilkan. Semua org gembira. Tergambar kepuasan. Terdengar bunyi meriam di bbrp tempat lain. Malam tu kami berperang. Tapi aku yakin meriam kami adalah terpower.


-----------------------------------------------------------------------------------------

Itu cerita 8-9 tahun dlu. Zaman aku skolah menengah rendah. Bulan posa adalah bulan yg ditunggu2 krn kami ada byk plan. Bdk2 kampung yg penuh dgn aktiviti2 yg kreatif sbb kami xde PS1 atau komputer kt umah. Main meriam adalah acara tahunan dan kemestian pd bulan posa. Klu men meriam pd bulan2 lain tak sebest men ms bulan posa. Perasaannya lain. Semakin dkt hari raya, kami dh plan mcm2. Nak raya rumah sapa dulu, nak ikut jalan mana supaya dpt kumpul duit raya byk2, nak challenge sapa paling byk kutip duit raya dll. Itu kemeriahan raya era kami. Zaman kanak2 tu dh pupus. Mungkin takkan berulang dlm suasana mcm skrg.

Suasana berziarah pd hari raya dh semakin kurang skrg. Bbrp tahun kebelakangan ni, bila beraya kt kampung dh terasa tak best. Yela, kwn2 suma dh besar. Klu mcm aku ni, sejak msuk matrik smpi skrg jarang btul blk kmpg. Bila blk tak jumpa kwn2 lama pn. Masing2 sibuk dgn kerja, study etc. Dah xdk bdk2 yg men polis tantri (polis sentri) mcm kami main tiap2 mlm ramadan dlu. Smpi ada yg nyorok dlm hutan sorang2. Hehehe. Dah kurang bdk2 yg dtg beraya ke rumah. Duit syiling yg mak ayah aku simpan utk bg kat bdk2 yg beraya pn x abis. So, terpaksa aku kebas. Tahun ni kn mintak duit raya byk2 sbb duit dh xde. Hehehe.

Tahun ni syawal kembali lg. Tinggal brpa hari je lg pak engku nk umum result raya. Aku blk lusa. Nek moto. Ada sesapa bleh tumpangkn beg aku ke Perak? Sakit bahu aku nk galas beg smpi umah. Selamat tinggal RI untuk seminggu. Ja mata~

p/s kpd makcik oren dan 2 ekor anaknya, cik puteh dan cik tompok, harap2 makcik singapore bg mkn kt korg masa kami sume blk beraya ni. klu xde mknn, pose 6 jela.

p/s1 kpd kwn2, 'eid mubarak. afwan jiddan jika ada salah silap.

p/s2 tu je. harap maaf. mengarut sket. (^_^")

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Saturday, September 12, 2009

HALAL ye?

Bismillah...

Situasi

Seorang anggota polis menahan seorang budak yang membawa motor tanpa lesen memandu.

"Nak kira macam mane? Kalau saman, RM300 tapi kalau settle kat sini RM50 je."

Budak tu jawab.

"Kalau kat sini RM50 je? Settle kat sini je la."

Ketika hendak memberikan wang RM50 tersebut polis tu berkata,

"HALAL ye?"

Hmmm...


p/s1 sebuah kisah yang best dari kuliah subuh pagi td kat masjid taman U

p/s2 credits to Ust Dr. Idris (kalau tak silap dengar)

p/s3 ok tu je

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Friday, September 11, 2009

BODOH!!!

Bismillah...



Pasal tarian BODOH DAN BANGANG ni pun manusia nak gaduh. BODOH punya PENYANGAK. Kalau hangpa nak klaim budaya TELANJANG ni hangpa punya, KAMI AKU SIKIT PUN TAK KISAH!

Itu je dari aku. Sekian.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, September 09, 2009

Expectation

Bismillah...

Kita xleh expect sesuatu lebih atau kurang dr yg sepatutnya. Islam dtg mengambil jalan tgh antara sikap berlebih-lebih (ifrath) dan sikap bermudah-mudah (tafrith). Allah telah menjadikan salah satu karakteristik umat ini sbg Wasathiyah (2:143).

Klu expectation kita tak spt yg kita nk, akibatnya akan mengecewakan diri kita sendiri. Ramai org sgt taksub dgn teori lalu lupa keadaan realiti. Lalu apabila teorinya tak sama dgn apa yg terjadi di medan maka dia mengambil tindakan yg salah. Sehingga tak jarang ada yg bertindak menyimpang jauh dari kebenaran.

Contohnya. Ada org berbeza pendapat dlm suatu mslh fiqh dakwah yg bersifat khilafiyah (byk pdpt) lalu tak dpt mengawal emosi. Kemudian bertindak bodoh memutuskan hubungan silaturrahim (ukhwah islamiyah). Berbeza pdpt dlm masalah khilafiyah masih mdpt pahala sedangkan memutuskan silaturrahim itu dosa besar!

Kalaulah yg lakukan semua itu org yg masih baru mendapat sentuhan tarbiyah, kita maafkan saja. Tapi apabila yg lakukan tindakan itu org yg sudah diyakini kefahamannya, still nk maaf je ke?

Byk lg contoh2 tindakan keliru diambil oleh masyarakat kita yg tidak memahami keutamaan amal dan tindakan berdasarkan syariat Islam.

Selalunya pd certain level, expectation kita terhadap seseorang akan mengikut level di mana dia berada. Tp if kita ambil kira faktor level shj dan mengabaikan faktor2 lain yg 'mungkin' contribution nya lebih besar terhadap keupayaan seseorang, maka kita kn bersedia menghadapi risiko di mana expectation kita mungkin tak tepat. Kekecewaan mungkin terpaksa dihadapi. Tapi if kita sendiri yg salah expect, adakah nak salahkan org lain?

Ada org expert pesan, "don't overestimate nor underestimate".

Allahua'lam

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Prinsip

Bismillah...

Prinsip persahabatan ialah memberi tanpa mengharap balasan. Asas persahabatan adalah cinta. Memberi sesuatu dengan mengharapkan ganjaran atau pulangan bermakna tidak cinta. Kecintaan melahirkan keikhlasan. Keikhlasan yang benar menatijahkan perbuatan yang benar pula. Rasulullah saw bersabda,

"Salinglah memberi hadiah, nescaya kamu saling menyayangi"

Pemberian yang ikhlas pasti melahirkan kasih sayang. Ia bukan kasih sayang atas paksaan tetapi naluri semulajadi manusia yang merasa dirinya dihargai, dicintai dan disayangi. Prinsip memberi bukanlah menunggu orang lain memulai. Prinsip memberi adalah berlumba-lumba melakukan kebaikan. Sentiasa ingin menjadi yang pertama memberi. Memberi walaupun diri sendiri tidak mampu. Memberi walaupun kecil. Tidak sekali-kali mengharap pulangan. Ganjaran hanya dari Allah.

Aku menyeru kepada diri sendiri dan kepada semua agar bertaqwa kepada Allah dan ingatlah firman Allah,

“Dan sekali-kali aku tidak meminta upah kepada kalian atas ajakanku itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam."
[QS. Asy-Syu’araa’:145]


Allahua'lam

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, September 08, 2009

Sorang

Bismillah...

Sorang artis yg biasa 'bertelanjang' berkata;

"Sempena Ramadan ni sy akan memakai tudung, meningkatkan ibadah, mengurangkan aktiviti nyanyian dan memperbanyakkan sedekah. Ini sbg menghormati bulan yg mulia ni."

Sorang pemimpin yg menolak sistem islam berkata;

"Umat islam perlu berpegang kpd ajaran islam yg sebenar."

Sorang wanita ternama yg tak pakai tudung berkata;

"Aktiviti tadarus al-Quran perlu diteruskan sepanjang tahun, bukan pada bulan pose je."

Sorang yg terima demokrasi ala barat berkata;

"Fahami al-Quran dan hayati Nuzul Quran utk lahirkan bangsa berjaya."

Sorang artis yg 'hot' berkata;

"Sy mahu lelaki beriman sbg pendamping hidup sy."

Itu je. Sekian.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Sunday, September 06, 2009

Suke Hati, Suker ati, yg Penting kita Hepi...

Bismillah...

Tulis post ni sambil dengar lagu Aboi. Memang sempoi giler. Dulu aku minat kumpulan Punk Rock ni. Suke hati, suke hati, yang penting kite hepi. Dengar 12 kali pun tak boring. Haha. Bila ingat zaman "kecik-kecik" dulu best sgt2. Rasa cm nk nek "time machine" kat RI [ade kt seblah pc aku ni] ni kembali ke zaman tu. Kengkadang boring gk asyik copy paste je dlm blog ni. Nak tulis tak reti. Idea byk tp xtau cmne nak "mengkertaskan" idea tu. Ada 2 benda yg aku slalu/suka buat. Habis masa aku kt 2 benda ni. Iaitu tido dan berfikir. Tido tu normal la kot. Semua org tido. Ada org 2 hari skali bru tido [ditujukan khas bt bdk2 arkitek]. Ada org tido dgn normal [8 jam normal la kot?]. Ada org tido sket sgt [2-3 jam tu dia dh rs lama]. Ada org tido lelap mata tp hatinya berjaga [golongan pendakwah yg terlalu sibuk fikir masalah umat]. Ada org tuuuu, overdose! Malam tido lps isyak. Bgn solat subuh. Tido balik smpi kul 12 dan seterusnya. [Ni utk org cm aku. Ngehehe..*pnh la].

"Dan kami jadikan tidurmu sebagai istirehat, dan Kami menjadikan malam sebagai pakaian, dan Kami menjadikan siangmu untuk mencari penghidupan." [78 : 9 - 11]

Berfikir plak mmg hobi aku. Setiap masa (kecuali time tido), ade je aku fikir. Bila tengok org, pakai kasut, berjalan, makan, mandi, ehem2, minum, baring, nek moto, etc mesti ada je benda terlintas (fathi ckp khotiroh.haha) dlm otak. Pastu otak aku akan mula menglinkkan peristiwa2 yg aku tgk, analisis, bt Z test, Chi Square test, ANOVA, elaboration, expanding and lost! Haha. Tp alhamdulillah, berfikir ni merupakan latihan supaya otak menjadi lebih aktif dan efektif. Jgn malas atau segan nak berfikir. Bkn kn bayar pn! Klu nk bayar, meh bayar kt aku. Huhu.

"dan pada dirimu sendiri, apakah kamu tidak memerhatikan?" [51:21]

Dalam al-Quran terlalu byk gesaan, suruhan dan arahan supaya berfikir. Allah suh tgk alam ciptaanNya, tadabbur al-Quran dan tgk diri sniri. Dah ada ke org yg cipta tangan dan jari yg mcm Allah bt ni? Prof Kevin Warwick yg pakar cybernetics tu pn tak reti bt. Aku lg la "ceroi pny kaki" [credits to Ust Shahril Long]. Hehe. Klu bleh aku nak jumpa Prof Warwick tu aku nk suh dia implan chip dlm primary nerve aku supaya apa yg aku fikir trus kuar kt skrin komputer ni. Takyah letih2 aku nk taip satu2. Haha.

This cap is used to stimulate neurons in your brain like Enfagrow milk does. Wakaka...

So, tadi masa tgh basuh periuk nasik, terfikir nk tulis something. Ekceli [ejaan bdk2 zaman skrg utk actually], nak tulis dr aritu lg tp idea tu tetibe hilang ntah ke mana ditelan lapar dan dahaga berpuasa. Ngehehe. Nak tulis psl pglmn berblog [ade ke perkataan ni?]. Aku start berblogging iaitu [klu silap..hehe] 1 September 2008 sehingga skrg. Mengikut statistik yg dikeluarkan oleh Google Analytics, dh dekat 8000 kali org view blog ni dan lebih 1500 unique visitors. Tp aku mula register dgn analytics akhir tahun 2008. So, mungkin lebih dari tu. Ikut "counter" kt blog tu, dh 10478 hits. Mulanya nk tulis entri ni sempena hits ke-10000 tp terlajak la plak. Takpela...

Byk pglmn yg best spjg xtvt menulis blog ni. Byk feedbacks yg aku trima. Bbrp org bdk kelas akula yg jd pembaca dan pengomen setia blog ni. Ikhwah dan akhwat pn rajin gk bukak blog aku. Mungkin "memantau" karutan aku. Ngehehe. Member2, kwn2, rakan2, saing2, friends, ustaz2, naqib2, murobbi2, mutarobbi2, bebudak usrah, bdk baik, bdk jahat, bdk gabungan baik dan jahat, anonymous, pencinta nama samaran dan NC [klu dia sempat baca la. Hehe]. Ada yg komen dlm blog; at the end of each entry but most of them blatantly scold me [just joking. Hua3]. Mcm2 komen. Ada membina ada memusnah. Kengkadang rasa nk terminate je tp ada org suh truskn. Kengkadang rasa nk terminate je dan ramai gk yg bg galakan + paksaan. Haha. Apepn, danke schoen kengkawan. Tanpa pengkritik dan kritikan cm korg [tahap Paul Moss], blog ni mungkin telah lama dikebumikan.

Pernah bbrp entri yg mungkin menyinggung perasaan org2 tertentu. Pernah bbrp entri yg trigger "super hot" discussions. Pernah bbrp entri yg sbbkan ukhwah renggang sementara. Pernah bbrp entri yg cm bdk2. Pernah bbrp entri yg sgt mengarut [termasuk yg ni]. Tak menggambarkan level of thinking and maturity as a graduate student. The childish part of me. Hehehe. For all that nonsense and faults, I apologize [bajet speaking. kuang3!!!] Yela, lain org, lain latarbelakang. Lain latarbelakang, lain cara fikir. Lain cara fikir, lain pendapat. Lain pendapat, lain ijtihad. Lain ijtihad, lain tindakan. Lain tindakan, lain kesan. Ape lg ek? Hehe.

Last but not least [akan aku smbg nnt], skrg dh 2nd half. Aku dh tertinggal byk juzuk. Aku nk pi beli lauk utk sahur. Aku nk tu nk ni. Bleh plak gi tulih blog. Hampeh tul la....

Sekian. Allahua'lam.

Yang Benar [teringat karangan surat tak rasmi SPM]
Aku yg tak tdo lg....

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, September 02, 2009

Fastabiqul Khairaat....

Bismillah...

Untuk pengetahuan semua, siri Hiburan Untuk Para Da'i itu aku ambil daripada buku Pelembut Hati. Itu adalah praktikal yang telah ditunjukkan oleh para pendahulu kita. Mereka telah membuktikan teori amal. Namun, aku nak tegaskan di sini aku juga masih belajar untuk mempraktikkan teori amalku.

Di sini aku nak ucapkan selamat berpuasa! Semuanya nampak semangat untuk mengejar ganjaran pahala. Fastabiqul khairaat..

Sedikit ole-ole (refleksi):

Kita selalu mencanangkan kesyumulan dakwah kita. Kita berteori yang gempak-gempak. Tarbiyah imaniyah. Jika aqidahnya "settle", semua benda akan selesai. Kita fokuskan pembinaan pemikiran. Kita sumbat otak kita dengan teori. Kononnya untuk mensintesis kefahaman. Tapi kita tak diajar aplikasinya. Kefahaman didapati dari teori atau aplikasi? Aku bingung...

Kita menguasai pelbagai bahan. Kita membaca pelbagai buku. Kita berceramah ke sana-sini. Kita hebat. Semua orang tahu. Tetapi pembinaan bukan pada pemikiran sahaja. Ruhiyah dan jasadiyah kita bagaimana? Adakah kita membinanya?

Kita ingin lahirkan pemimpin seperti Umar. Tapi tahukah kita, Umar itu bukan sekadar dalam pengetahuan Islamnya. Ia seorang panglima tentera yang sangat banyak ibadahnya, paling kuat tangisnya dalam munajat tahajudnya dan semua kebaikan terkumpul padanya. Sehingga syaitan pun takut kepadanya.

Kadang-kadang "kemampuan" kita terbatas dan kita sukar meyakinkan semua orang...

Allahua'lam

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, September 01, 2009

Siri 13 (Akhir): Mati Secara Terhormat

Bismillah...

Sebagaimana di Mesir, hal yang sama terjadi pula di kalangan generasi pertama Iraq seperti yang dilakukan oleh Abu Safwan ad-Dabbagh, penulis risalah yang berjudul Ma'a an-Nasyi'ah, sebuah risalah yang nipis tapi bagus sekali.

Salah seorang yang terpercaya di antara teman-temannya menceritakan kepadaku sebagai berikut:

"Ia menderita sakit kanser dan penyakitnya itu makin parah di tahun 1952. Penyakitnya itu memaksanya berbaring di hospital selama beberapa hari, seakan-akan ia merasakan dirinya berada di penghujung usianya, lalu ia meminta agar dapat bertatap muka dengan pemimpin dakwah saat itu. Maka datanglah pemimpin itu dengan ditemani oleh para da'i lainnya, di antaranya adalah perawi kisah ini sendiri. Ia memberitahukan kepada mereka bahawa ajalnya semakin dekat lalu ia membaca syahadah dan membaca sesuatu dari al-Quran. Setelah itu, ia menjabat tangan pemimpinnya dan menyatakan pembaharuan bai'ahnya dan kesetiaannya kepada dakwah. Ia menitipkan salamnya kepada mereka untuk semua para da'i yang ada saat itu juga kepada para da'i lainnya yang akan datang kemudian. Sesudah itu ia mengulangi kalimah syahadah dan meninggal dunia saat itu juga sesudah memperbaharui bai'ahnya."


Semoga Allah merahmatinya.
Renungkanlah.
Itulah kesudahan yang terpuji dan tidak akan dicapai kecuali oleh orang yang mempunyai prinsip yang benar dalam hidupnya.

Renungkanlah ketinggian cita-citanya yang seakan-akan ia berada di ruang tunggu air port sedang mengucapkan selamat tinggal atau seperti orang yang berada di stesen kereta api di trotoar relnya.

Seorang saudaramu telah terlebih dahulu meninggalkan kehidupan ini, barangkali saat itu engkau belum lahir. Ia menitipkan salam penghormatannya untuk disampaikan kepadamu dan ia meminta kepadamu supaya tetap teguh dan concern dengan tugas dakwah seperti yang telah dialaminya semasa ia sihat dan masih aktif. Ia mengalaminya pula pada detik-detik akhir dari hidupnya sehingga ia merasakan pula nikmatnya perjalanan menuju Tuhan yang telah mengurniakan nikmat kepada hamba-hambaNya.

Sesungguhnya dalam kisah-kisah ini benar-benar terkandung pelajaran yang tidak memerlukan lagi ungkapan yang indah-indah dan paramasastra yang dibuat-buat oleh para pujangga untuk mengutarakannya.

Memang benar bahawa cita-cita itu bertingkat-tingkat dan cita-cita itu sama sekali tidak dapat mencapai puncak ketinggiannya saat kesudahan dan kepudarannya, kecuali bila sejak langkah pertamanya memang telah dicanangkan cita-cita yang tinggi.

Itulah peristiwa-peristiwa dan kisah-kisah yang dialami oleh para da'i yang bisa diambil pelajaran dan nasihat darinya. Orang yang bercita-cita tinggi adalah orang yang mengatakan, "Ya Allah himpunkanlah kami bersama dengan mereka di rumah kehormatanMu (syurga)."

Demikianlah kami ceritakan kisah-kisah ini kepada para da'i Islam. Mudah-mudahan mereka mengikuti jejaknya.

Wallahu a'lam bish Shawab.

p/s1 Siri Pembangun Jiwa 1 - 13 diambil daripada buku Ar-Raqaiq (Pelembut Hati) yang ditulis oleh Ustaz Muhammad Ahmad Ar-Rasyid.

p/s2 Alhamdulillah (^_^)

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template