Wednesday, July 29, 2009

Poyo ar...Terima Kasih...

Bismillah...

"Abg, 'izzah tu apa?" tanya seorang adik usrah aku kat SM Teknik JB.

"'Izzah tu ialah merasa bangga dengan apa yang kita ada atau buat."

Macam-macam 'izzah yang aku pernah tengok.


Ada orang rasa bangga baca novel Shall We Tell the President oleh Jeffrey Archer atau Siri Harry Potter oleh J.K Rowling. Pergi ke mana-mana pun usung buku-buku tebal tu. Kat mana-mana diorang duduk, buka buku tu dan baca. Tak up-to-date la kalau tak baca buku-buku tulisan penulis-penulis best-seller macam tu. Itu semua adalah 'izzah.

Ada orang yang lain turut rasa 'izzah dengan apa yang diorang buat. Geng-geng Shuffle rasa bangga menari shuffle di depan khalayak ramai. Diorang rasa puas dapat menunjukkan skil tarian shuffle dengan muzik hip-hop. Di tambah dengan sorakan dan tepukan gemuruh oleh para penonton meningkatkan lagi rasa 'izzah terhadap perbuatan mereka.

Tapi...

Ada 'izzah yang lebih besar dari semua tu. Ramai orang tak sedar atau buat-buat tak sedar. Mungkin juga malu dan segan. Tak tahulah sebab apa.

'Izzah dengan Islam dan 'Izzah sebagai Muslim.

"Kalau kita boleh habiskan Kreko dalam masa sejam, kenapa kita tak boleh baca Al-Quran sehelai selepas solat?" aku tanya diorang. Sebab masa aku pergi ziarah diorang prep, aku tengok diorang khusyuk baca Kreko. Hehe...

"Kalau kita boleh baca buku Harry Potter: Half-Blood Prince yang tebalnya lebih 600 mukasurat tu dalam masa 3 hari, kenapa kita tak boleh spend masa 10 minit untuk baca buku-buku agama?" Sebab kebanyakan diorang memang prolific reader. Satu malam boleh habiskan buku yang tebal 200-300 mukasurat walaupun dalam hari belajar (weekdays).

"Kalau kita boleh duduk berbincang berjam-jam, brainstorming untuk selesaikan Rubik's Cube, kenapa kita tak boleh datang dan duduk dalam usrah untuk tempoh lebih kurang sejam?" Sebab pernah sekali tu kami duduk dalam "usrah" menyelesaikan Cube tu sampai pukul 2 pagi. Hehehe... Aku pun dah tau macam mana nak solve. Setakat ni average masa yang diambil untuk solve dalam 4 minit. Kurang faedah tapi gunakan benda tu sebagai cara untuk lebih rapat dengan diorang.

"Jadi kita perlu letakkan rasa 'izzah tu pada tempat yang betul."

Persoalannya bagaimana?

"Kita perlu rapat dengan ini. Dan ambil faedah daripadanya." kata aku sambil menunjukkan Al-Quran aku yang agak comel tu.

"Kita perlu selalu membacanya. Cuba menghafalnya. Mengamalkan isi-isinya. Jangan rasa malu nak baca al-Quran kat mana-mana even kat stesen bas pun."

"Tapi...nanti orang cakap kita poyo la nak menunjuk baik la.."

"Jangan biarkan diri kita dibentuk oleh orang-orang di sekeliling atau persekitaran. Dalam buku ni, ada statement yang menyatakan, "I am the creative force of my life", kata aku sambil menunjukkan buku The 7 Habits of Highly Effective People tulisan Stephen R. Covey.

"Kalau orang respek atau kagum atau tak kisah bila kita baca The Star, NST, Novel popular, Kreko, Ujang, Apo, Mangga, Gempakz etc, kenapa orang nak kutuk atau perli bila tengok ada orang lain baca Al-Quran, buku agama, pegang tasbih, pakai serban dan pakai jubah. Ini semua masalah pada persepsi dan paradigma. Masalah cara fikir dan Weltanschauung. Persepsi perlu diubah, paradigma perlu dianjak. Cara fikir perlu matang, Weltanschauung perlu luas. Siapa yang perlu ubah? Kita yang akan start!", aku harap diorang dapat point yang aku nak sampaikan.

Dipendekkan cerita, ramai yang beli al-Quran terjemahan yang smart tu. Kata diorang mudah nak baca dan design agak smart. Ada seorang tu cakap, "Abg, saya rasa best sangat dapat pegang dan baca al-Quran ni. Rasa lengkap hidup saya." Dan ayat tu la yang dia ulang lebih dari 10 kali sepanjang usrah tu sampai habis usrah. Apekehel??

Minggu depannya aku datang lagi. Bawa beberapa lagi Al-Quran yang sama. Ada beberapa orang yang tempah. Tapi ada yang tak tempah pun nak beli. Aku tanya;

"Aik. Apsal semangat semacam je ni? Tetibe nak beli. Tanya minggu lepas, cakap taknak."

"Tak leh "tahan" la bang. Tengok yang lain bawa dan baca al-Quran dalam kelas. Time free je diorang mesti baca. Yang baca masa prep pun ada." katanya.

"Erkkk! Alhamdulillah. Semoga konsisten!"

"InsyaAllah."

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, July 27, 2009

Terima Kasih Perempuan Bertudung Labuh!

Bismillah...

[Stesen Komuter Serdang 11:15 pagi Jun 2008]

"Screeeeettttt", pintu tren LRT terbuka.

Aku melangkah masuk. Aku perhatikan jika masih ada kerusi yang kosong. Maklumla sekarang waktu puncak. Ramai orang prefer menggunakan LRT berbanding pengangkutan awam yang lain. Selain mudah untuk sampai ke destinasi tujuan, ia juga amat menjimatkan.

Aku masih dalam tempoh latihan industri di Agensi Nuklear Malaysia. Ambil masa cuti hujung minggu untuk mencari dan membeli buku di Fajar Ilmu Baru di Wisma Yakin. First time pergi ke situ semasa semester ke-2 di KMPk. Ada daurah di Damansara, jadi singgah sebentar untuk membeli buku kat situ. Dulu dikenali dengan Pustaka Indonesia. Sekarang aku masih lagi senang untuk menyebutnya sebagai Pustaka Indon.

Oleh kerana tiada tempat duduk, aku terpaksa berdiri memegang tiang di depan pintu tren tu. Aku perhatikan orang-orang di sekeliling. Semua sibuk dengan hal masing-masing. Aku agak lemas sebenarnya. Mungkin kerana terpaksa bersesak-sesak dalam tren tu bersama-sama dengan pelbagai karenah penumpang yang lain. Macam-macam ragam manusia. Itu semua membuatkan weltanschauung aku bertambah.


Aku perhatikan gelagat seorang demi seorang penumpang dalam gerabak yang aku naiki. Aku cuba mencari ibrah untuk setiap pengalaman yang aku kutip. Aku melihat kebanyakan manusia tak beruntung seperti aku pada saat ini. Aku bersyukur. Aku yakin, walaupun pada zahirnya mereka begitu tetapi semua manusia inginkan kebaikan. Kebaikan adalah fitrah insani. Tapi biasanya dalam setiap perjalanan mesti aku bertemu dengan sebuah pengajaran yang aku akan ingat sampai bila-bila. Dan termasuk dalam perjalanan ini.

Aku perhatikan ada seorang ibu dengan anak perempuan. Mungkin baru nak masuk tadika. Di sebelah ibu itu, ada seorang penumpang lain, perempuan bertudung labuh yang sedang khusyuk membaca sesuatu. Daripada raut wajah ibunya, aku dapat melihat kepenatan. Dia membiarkan anak perempuannya bermain-main di dalam tren tu. Sesekali dia cuba menarik tangan anaknya supaya duduk diam tapi tak diendahkan. Biasalah kanak-kanak memang macam tu. Jadi dia pun hanya membiarkan anaknya terus bermain.

"Adik, mari sini jap", tiba-tiba perempuan bertudung labuh tadi memanggil budak kecil tadi. Dia bertanya sesuatu kepada budak tersebut. Mungkin pertanyaan biasa kepada anak-anak kecil. Nama apa? Dah sekolah ke belum? Atau mungkin juga sekadar sembang-sembang untuk menghiburkan budak kecil tu. Aku tak dengar sebab bunyi tren ni agak kuat. Berdasarkan pengamatan, aku berhipotesis bahawa perempuan bertudung labuh ni seorang pelajar universiti terdekat (UPM, UKM atau UM) dan seorang akhawat.

Lepas tu aku dah tak hiraukan apa yang mereka lakukan. Kemudian tren berhenti. Aku perhatikan perempuan bertudung labuh tadi bangun dari tempat duduknya. Mungkin sudah sampai ke destinasi yang hendak dituju. Sebelum keluar, dia mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya.

"Adik, nah amikla", sambil menghulurkan satu bar coklat Cadbury kepada budak kecil tadi. Aku melihat kegembiraan jelas terpancar di wajah ibu dan budak kecil tadi. Berulang kali dia mengucapkan terima kasih kepada perempuan bertudung labuh tu. Kelihatan dia begitu menghargai sebuah pemberian kecil tersebut. Mungkin orang-orang di sekeliling yang memerhatikan peristiwa itu turut merasai perasaan yang sama.

"Dengar cakap ibu ok. Jangan nakal-nakal tau." mungkin itu yang dikatakan kepada adik tu sambil mencubit pipinya. Kemudian dia keluar.

Aku kagum. Aku cuba check dalam beg aku tapi tiada apa-apa. Yang ada hanya buku bacaan dan Al-Quran yang memang ke mana-mana pun aku bawa. Nampaknya aku perlu menambah list barang yang perlu dibawa ketika pergi jalan-jalan.

Hari ni aku belajar sesuatu yang sangat besar. Sebuah aplikasi praktik yang diterjemahkan dari sebuah iman. Aku belajar bagaimana sebuah perbuatan dapat mengubah persepsi. Aku belajar hidup ini perlu sentiasa mencari peluang berbuat baik. Aku belajar erti hidup pada memberi. Aku belajar teori aksi-reaksi Newton.

Terima kasih kepada perempuan bertudung labuh!


p/s Cerita ni tak habis lagi sebab aku tak sampai Pustaka Indon lagi tapi aku tak rasa nak sambung dah.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Friday, July 24, 2009

Sonnet 18

Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate.
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date.
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimmed;
And every fair from fair sometime declines,
By chance, or nature's changing course, untrimmed;
But thy eternal summer shall not fade,
Nor lose possession of that fair thou ow'st,
Nor shall death brag thou wand'rest in his shade,
When in eternal lines to Time thou grow'st.
So long as men can breathe, or eyes can see,
So long lives this, and this gives life to thee.


tadi ada sorang ni letak kt status f**eb*** dia 2 baris pertama sajak ni. aku tau ni sajak shakespeare. cm menarik je. aku tny "thee" dan "thou" ditujukan kt sape? aku harap org yg baca post dan sajak ni faham english. klu xtau bukak kamus la ye. dia jwb "utk future zaujah yg xtau sape". kiranya, dia tujukan sajak tu kt bakal isteri dia tp dia sendiri xtau sapekah bakal isteri beliau tu. maafla, bahasa melayu aku semakin teruk. tp sajak ni mendalam btul maksudnya. berlebihan gk rasanya. hehe... ikutla kpd org nak tafsirkan cmne..



sbnarnya saje je nak update. dh ckup seminggu x update. klu ikutkan nk je update tiap2 hari tp nnt org jemu plak baca. padahal aku tulis pendek2 je. aku pnh baca statistik, org malaysia habiskan tak sampai 2 buah buku setahun. buku ilmiah la. aku rasa klu tukar kpd majalah hiburan ringan, statistik tu akan bertambah. mungkin 50 buku setahun (klu beli majalah tiap2 minggu).

lg skali pnh baca status membe aku, "at least 3 buah buku seminggu". errkkk!! aku tanya, 3 buah buku tu tebal mcmana? dia kata sebuah buku mungkin 150-200 mukasurat. Maknanya dlm 600 ms seminggu. biasa je. aku ckp, "bleh ke habiskan half-blood prince atau la tahzan dlm masa seminggu?? kagum la gk. masa gi bt usrah kt skolah teknik jB, ada sorg anak usrah bro Que jr tu tgh baca half-blood prince (harap korg tau apekah buku ni), aku tny la brapa lama nak abiskan buku tebal gedabak tu. dia ckp dlm 3 hari abisla klu konsisten baca. mak aiiii!!!! laju gila. dh la english...aku harap kita semua rasa malu kpd adik2 ni. diorg sibuk2 blaja tp ada masa baca buku. kita ni (aku la) buku berlambak2 kt rak, beribu2 abis beli buku tp tak baca2 pn. bg la alasan apa pn, dh mmg ko pemalas. harapnya kita termotivasi utk baca buku sbb kita tak punya masa dan kesempatan jumpa dgn ulama' hebat yg tulis buku2 yg hebat. tp diorg wariskan ilmu2 diorg dlm bentuk buku utk jd panduan kpd kita utk mengembalikan kegemilangan umat ni.

aku pnh install software EyeQ. utk latih speed reading. synchronize mata dgn otak. sampai bleh baca satu perenggan sekelip mata. pnh tak tfikir utk baca 10000 words per minute? klu dpt 300 words per minute pn kira power dah. jd, aku xlehblah dgn mende alah tu, trus uninstall. haha.. korang try la tgk..test power dlu..

jadi aku berazam (harap dpt laksanakan) utk habiskan at least sebuah buku seminggu. sbnrnya mudah je. aku dh abiskan buku maza ya'ni dan totalitas islam. ulang baca. kejap je. tak sampai seminggu pn. aku syorkan kpd ikhwah wa akhawat, baca buku totalitas islam. bagus sgt2. aku malas nk share dlm blog ni. x effective dan x sesuai. sbb? adala sbbnya...

skrg dh kul 4 pg. aku nk stay up ke. balik usrah teknik td kul 2. klu tdo mmg bamm la. sbb tu update blog ni. haha..pi bt kopi la...mai secawan..wahahahaha..

astaghfirullah x3

allahu a'lam

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Thursday, July 16, 2009

Polynomial

Bismillah...

In multivariable calculus, there's often number of solutions for any given problem.

Kali ni tak mau tulis panjang2. sekarang dh kul 130 pagi. Nak push otak supaya byk berfikir.

Dalam remote sensing, aku belajar something yg skrg aku terfikir sesuatu mengenainya. Dlm geometric correction, biasanya akan gn teknik polynomial. Semua org yg blaja math tau psl polynomial. Ada 1st order, 2nd order, 3rd order dan seterusnya. Order bertambah apabila bilangan coefficient yg nak diselesaikan bertambah.

1st order

X' = a0 + a1x + a2y

2nd order

X' = a0 + a1x + a2y + a3xy + a4x^2 + a5y^2

Perhatikan, bilangan coefficient yg perlu diselesaikan bertambah. Degree of difficulty increasing. Biasanya gn 2nd order polynomial utk selesaikan 6 coefficient dlm GC.

Mmg dari segi ketepatan akan bertambah apabila order polynomial tu bertambah tp dr segi processing time akan bertambah gk. Processor komputer kn makin power.

Signifikasi (Aku guna metafora yg pandai2 la korg nak faham)

X' tu adalah matlamat. Semua orang claim bhw itulah satu2nya matlamat diorg.

a0x = 5. skrg ni masalah kita adalah ada 2 unknown parameter. Tetiba si x ni bg solution. "Aku, x = 2.5". Jadi dh bleh solve problem.

a0, a1, a2 etc adalah problem2 yg akan bertambah apabila x dan y bermutasi. dh msuk bio plak. hahaha...

aku cuma nk relate dgn gerakan islam skrg. sume gerakan klaim matlamat diorg X' iaitu islam (in general).

mula2 hny ada x. pastu gaduh, buat y. then, segolongan dlm x yg tak puas hati dgn pimpinan dan segolongan dlm y yg tak puas hati dgn method bergabung bt xy. kemudian ada lg yg tak puas hati bt x^2. ada lg tak puas hati, buat y^2 dan begitulah seterusnya sehingga islam menjadi terpecah2 dan lemah.

apabila semakin byk gerakan islam, semakin byk problem. saling tuduh-menuduh, saling kafir-mengkafir dll. semakin byk bukan lg memberi rahmat utk memilih tp semakin mengelirukan. saling berebut. yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran. ukhwah semakin pincang. lupa pd matlamat asal. srkg ni, order of polynomial kita bukan lg 2 atau 3 tp mungkin sudah mencecah beratus-ratus yg mana kesannya ialah nilai coefficient atau problem semakin byk. taktau la faham ke tak. xpela..

perpecahan hny menyebabkan kelemahan manakala kesatuan akan membangkitkan gelombang kekuatan yg akan meranapkan benteng2 jahiliah, insyaAllah. semoga kita sedar. allahu a'lam. sekain dan demikian. yg baik dtg dr Allah, yg tak baik sbb kelemahan diri aku. tenkiu. jzkk.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, July 14, 2009

Karutan 4: Serangan Pemikiran

Bismillah...

Ketika menunggu time subuh ni baik aku menulis sesuatu. Sekadar menggerakkan otak yg semakin slow sejak akhir2 ni. Huhu..

Semakin hari kita mendengar byk kisah pasal umat islam di sana sini. Isu Palestin yg tak habis2. Perang di Afghanistan dan Iraq. Kisah berdarah di selatan Thailand. Tak jauh dari kita. MILF di Filipina. Kashmir yg bergejolak. Pembunuhan seorang wanita muslim yg memakai tudung/hijab di Jerman. Tindakan islamophobe tetapi di"racist"kan. Terbaru di Urumqi, China. Saudara Muslim Uighur kita dibunuh dgn kejam oleh rejim komunis. Dan di mana2 umat islam ditindas, diseksa, diisolasi, dibunuh dan pelbagai lg tindakan kejam manusia2 kanibal.

Itu penyeksaan fizikal. Aku pernah tny kt "seorang budak";

"Agak2nya knp umat islam jadi cm skrg ni?"

"Sebab tak amal islam dgn syumul", simple je jwb.

"Abis tu, kire kite ni di Malaysia amal islam dgn syumul la sbb kita kan hidup aman damai bersatu padu berbilang kaum etc?"

"Tak. Tapi kita diserang dgn cara lain.", jwb beliau.

"Maksudnya?", saje nak test. Hehe..

"Kita diserang dari segi pemikiran." katanya mantap!

Pastu perbincangan diteruskan. Best bila dpt bincang2 camni. Bukan nak cari kesalahan tp cuba kemukakan solutions. Be proactive, the very first habit of Covey. Huhu...


Serangan pemikiran lagi power effectnya drpd serangan fizikal. Antara agenda utama Illuminati adalah mind control. Melalui media2 yg dikuasai diorg, pemikiran umat manusia diserang. Yang baik dinampakkan buruk dan yang buruk dihias agar cantik dan betul. Dlm istilah usrah, serangan pemikiran ni dipanggil Ghazwah al-Fikr.

Sapekah yg melancarkan serangan pemikiran ni? Itulah para musuh islam iaitu atheis, yahudi, musyrikin, kristian, dan munafik. Depa ni tak abis2 nk hancurkan islam sejak zaman Rasulullah saw samapila skrg. Diorg merosakkan pemikiran sama ada secara terang2 atau halus. Yang terang2 ni cm lukis kartun, hina islam secara live etc. Manakala secara halus ni cm melalui cerita2 ngarut kt tv, artis2 etc. Ni yg masyarakat tak sedar2 ni. Dok sronok sgt dgn crita2 tak bermanfaat tu. Klu ada peserta AF out, menangis sampai abis bergulung2 tisu tp bila umat islam kn bunuh, rilek bt derk je. Ye la, bukan family aku pn. Ish2..kesian diorg, seb bek kita ni aman damai hidup tenteram bersatu padu menentang musuh dan penderhaka (doa lps solat jumaat kt johor). Kita kn sedar siapa musuh kita. Jgn la dok bergaduh sesama kita. nanti menang sorak tanah air tergadai. Jom bersatu menentang musuh kita yg sebenar!

Diorg ni (musuh2 islam) adalah golongan al-mustakbirun iaitu orang2 yg sombong. Mereka memilih utk mengikuti syaitan iaitu ketua golongan2 yg sombong (2:34).

Utk accomplish mission diorg, macam2 tools diorg gn. Al-I'lam atau iklan. Pernah tgk tak iklan makanan segera tapi pmpn yg jd model iklan pastu seksi giler. Ape kn mengena mknn segera dgn pmpn seksi??? Then, diorg kontrol pemikiran generasi islam melalui pendidikan. Jadilah sistem pendidikan sekular. Agama langsung xde kaitan dgn apa yg dipelajari. Aku belajar sbb nak kejar pangkat dan harta. Lantak la umat menderita ke hape. Aku kisah apa. Selfishness.

Melalui media yg diorg conquer ditambah kebodohan umat islam sendiri yg materialistik, diimport cerita2 mengarut dr barat. Rancangan2 realiti cm AF, OIAM, Mentor, Geng Starz etc berlambak2 kt tv sehingga muak. Tp ramai org suka. Sape? Melayu muslim. Aku ingat lg time aku kt matrik dlu. Masa tu AF brape ntah. Aku tak join usrah lg time tu. Aku gi tgk dgn membe aku kt kafe pastu. Ramainya manusia yg x study tgk konsert AF tu termasuk aku. Aku "hampir" nak sms utk vote tp kredit xde. Huhuhu...Alhamdulillah. Lepas konsert final mawi, aku baca dlm metro, jumlah vote utk mawi saje RM20 ++ juta. Banyak gile ar. Kalau bg kat aku dh bleh bt banglo 12 tingkat kat blkg umah dh. Ikhwah wa akhwat dijemput utk bt daurah anytime jer. Haha...tp x mungkin la kot..hoho..

Media cetak pn x kurang hebat kempen diorg ni. Klu bukak The Star ada iklan Heineken (btul ke eja cmni?), Tiger Beer etc. Iklan rokok xleh tp arak bleh plak. Nak haram, haram suma la. Tau la depa bg cukai byk kt kerajaan. Apa pny polisi pn aku xtau. Pastu, iklan no ekor. 4, 5, 6 D suma ada. Klu nak tau, ramai yg dok men no ekor ni org melayu islam kita. Aku tau la sbb aku slalu ronda2 kt bandar tpg tu. Tp aku tak men la. Haram wooo...masuk neraka klu mkn duit haram. Iklan2 yg memaparkan gambar pmpn seksi pn byk. Selalunya xdk kaitan pn. Iklan mesin tebang pokok pn gn pmpn. Apekess??? Ditambah dgn crita2 panas dan sensasi artis2. Bt tambah dosa je. Astaghfirullahal 'azim

Kemudian generasi remaja disuap dgn hiburan melampau (hedonisme). Ada mcm2 kumpulan; Punk, Skinhead, Grunge, HipHop, Gothic dan apa ntah lg. Aku pnh join hiphop jap dlu. Belajar breakdance pastu terkehel tengkuk sbb nak nk bt headspinning. Lupa pakai helmet. Tak join dh pastu. Insaf. Huhuhu... Pastu ada gig. Kawan aku b4 nk gi gig tu, cat muka cam ganas gila. rambut kasi pacak cam mohawk kaler merah pastu muka cat cam hantu. Siyess cm hantu. Tp kewl gk. Haha...Then bila kat gig/konsert tu abisla campur laki pmpn sume. Cm dlm crita Kami tu. Korang mesti tgk kan? Eleh, cm la xtau. Huhu..Lagu plak mmg boom la. Klu lebih 120 dB bleh pekak woo...

Pastu diorang set in kelab2 kebajikan dan sewaktu dgnnya. Yg naqib aku bgtau kelab Rotary dan Kelab Lion. Bergerak atas nama kebajikan tp mission possible diorg adalah nak menyebarkan agenda sulit. Paham2 jela. Dua kelab ni mmg ektif bt kebajikan. Tak caya, gi search internet.

Yg paling popular, sukan. Kebanyakan/semua sukan tak tutup aurat. Klu tutup tu cm kuno la. Tp aku nak sentuh bab bola je. Ni psl Christiano Ronaldo. Kurang kaitan dgn GF tp kira berkaitan gk la dr perspektif aku. Huhu.. Baru2 ni havoc satu galaksi Ronaldo pindah ke Real Madrid. Transfer fees = 80 million pound sterling = lebih kureng RM450 juta. Banyak tak? Agak2nya apa yg bleh bt dgn duit byk tu? Florentino Perez mmg giler. Sanggup berhabis more than a billion pound utk bwk msuk star2 cm Kaka, Ribery, Ronaldo etc. Duit tu bleh gn utk basmi kemiskinan kt semua negara2 dunia ke-3 yg kebanyakannya negara islam. Tp org tak nampak benda ni sbb pemikiran dah deflected. Yg banyak org nampak, powernya ronaldo, nak sokong real ar pasni, gogo kaka watsoever.

Mungkin bukan yg terakhir iaitu melalui pertubuhan, yayasan, persatuan2 dll. Oleh krn kekuatan kewangan yg diorg ada, diorg support yayasan2 atau persatuan2 yg potential utk merosakkan masyarakat. Kalau kt utm, aku nmpk AIESEC (aku tak igt nama penuh ape). Purpose dia adalah program2 pertukaran pelajar dll. Mmg tak sesuai dgn syariat islam tp ada muslim yg join. Pernah ada org yg join crita, diorg pnh bt prgm utk compete minum arak. Alhamdulillah dia tolak. Tp still dok sentuh laki pmpn la. Atas nama proses belajar dan kenal-mengenal. Hmmmm...

Kesemua method2 td menyebabkan generasi belia harapan islam terutama mahasiswa hilang identiti muslimnya. Islam sekadar nama. Solat entah kemana. Skeptikal terhadap prgm kerohanian. Takde semangat utk tegakkan islam. Takde rasa 'izzah dgn islam. Lemah iman. Musuh islam berjaya melepasi fasa kedua.

Fasa terakhir sgt menakutkan dan dh byk berlaku. Pendedahan demi pendedahan oleh pelbagai pihak tp "pihak itu" ckp "masih terkawal" atau "tidak membimbangkan". Kelemahan iman umat islam akhirnya memudahkan fasa pemurtadan. Ramai yg dikristiankan dan ramai juga menjadi free thinker. Malah ada yg menjadi Hindu dan Buddha. Subhanallah. Apakah kita merasa selesa dgn keadaan skrg? Pernahkah kita terfikir jika yg murtad itu ibu bapa kita atau abang kita atau kakak kita atau adik kita atau saudara mara kita atau sahabat baik kita atau jiran kita? Bagaimana perasaan kita? Face the reality, my fren. Jgn tertipu dgn serangan2 pemikiran puak kuffar. Jgn biarkan diri kita dan org2 yg kita sayangi menjadi mangsa seterusnya. Ubah paradigma kita. Jgn biarkan suasana membentuk kita tp kitalah yg perlu membentuk suasana tu. Perbaikilah diri. Pilihan di tangan kita. As Eleanor Roosevelt observed, "No one can hurt you without your consent." In the words of Gandhi, "They cannot take away our self-respect if we do not give it to them." It is our willing permission, our consent to what happens to us, that hurts us far more than what happens to us in the first place. Ingat ni;

"Dan orang2 yahudi dan nasrani tidak akan pernah sekali2 redha kepadamu sehingga kamu mengikuti millah (ajaran) mereka (sesat)." (QS Al-Baqarah : 120)

Ni dah tak jadi "menunggu subuh" dh. Lepas subuh smbg sket pastu gi sarapan then sambung lg. Huhuhu...panjang ar plak. Bila tulis cmni rs free sket, traffic idea mengalir lancar. Walaupun agak mengarut. Hehe. Sekian dan demikian. Segala yg baik dtg dr Allah dan yg buruk tu dtg dr kelemahan diriku yg serba hina ni. "Berilah peringatan krn peringatan itu bermanfaat utk orang2 beriman" (QS Adz-Dzariyat: 55)

Wallahu a'lam

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, July 13, 2009

XINJIANG, Kamu Bukan Saudara Kami

Bismillah...

Berbalik kepada cerita Olimpik Beijing. Selain sanjungan, kejian juga agak tinggi kerana isu Tibet dan demokrasi. Bukan orang Lhasa saja bangun, bukan orang Istana Potala saja bangun, bukan rakyat Tibet saja, bukan juga penganut agama Buddha saja ataupun para pendokong Dalai Lama, bahkan di banyak tempat di serata dunia daripada pelbagai agama dan bangsa. Masing-masing menzahirkan ketidaksetujuan mereka dengan cara masing-masing. Kita boleh lihat sendiri bagaimana larian obor cuba dirosakkan di beberapa tempat. Penganut agama Islam pun ada yang melibatkan diri dalam demonstrasi.

Persoalannya, siapa ada ambil sedikit peduli terhadap umat Islam di Turkistan Timur (Xinjiang)? Umat Islam sendiri tidak bangun, apakah kita mengharapkan ada umat selain Islam akan bangun? Sedap saja hati kita menanti saat untuk meraikan Olimpik Beijing tanpa ada sedikti pun perasaan ukhuwah dengan umat Islam di Xinjiang.

Pada tahun 1949, lebih 95% penduduk Turkistan Timur beragama Islam. Menjelang tahun 1983, jumlah mereka merosot teruk hingga menjadi tidak sampai 55%. Bukan Islam keturunan Hans meningkat daripada 5% kepada 45%. Ke mana menghilangnya penduduk asal keturunan Uighur, Kazakh, Turki dan Dugans?

Republik Rakyat China di bawah pimpinan Mao Tse Tung mencabul bumi Islam ini lalu mengubah namanya kepada Xinjiang. Penukaran nama ini cukup berkesan untuk menghilangkan identiti Islam wilayah ini hinggakan majoriti umat Islam tidak tahu pun kewujudan Turkistan Timur.

Bangsa Hans yang bukan Muslim dibawa masuk beramai-ramai oleh pemerintah. Jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran diberikan kepada bangsa Hans yang sebati dengan ideologi komunis. Para pemimpin agama dan politik Turkistan Timur ditangkap, dibunuh, dimasukkan ke kem-kem buruh paksa ataupun hilang begitu sahaja. Tanah-tanah penduduk dirampas dan pasar-pasar ditutup untuk menjahanamkan ekonomi penduduk Muslim.

Usaha-usaha untuk melenyapkan Islam di Turkistan Timur berjalan dengan sistematik hinggakan umat Islam sedunia tidak menyedarinya. Kemuncak kekejaman China boleh dilihat pada masa Revolusi Kebudayaan dalam tahun-tahun 1966-67. Ketika itu masjid-masjid ditutup. Sebahagiannya diambil alih dan dijadikan pejabat, asrama ataupun pusat-pusat penyembelihan (pemotongan) haiwan. Kitab Al-Quran dan buku-buku agama dibakar. Pendidikan agama tidak dibenarkan. Huruf rasmi Turkistan Timur iaitu huruf Arab digantikan dengan huruf Cyriclic dan Latin.

Dianggarkan lebih 360,000 orang Islam dibunuh, 100,000 dihalau ke Turkistan Barat dan 500,000 lagi dijadikan hamba abdi di kem-kem buruh paksa. Semua maklumat ini diperolehi daripada buku ‘Gerakan Jihad Fisabilillah & Cabarannya’ oleh Abdul Qadir Djaelani terbitan Pustaka Dini tahun 2001.

Wilayah ini juga sudah puluhan kali menjadi tapak percubaan senjata nuklear yang dijalankan oleh pemerintah China. Sisa-sisa ujian tentunya dibiarkan merebak ke kawasan-kawasan pedalaman yang dihuni oleh penduduk beragama Islam.

Dengan semua yang berlaku di atas, apa kurangnya Turkistan Timur berbanding Tibet? Sekurang-kurangnya berita Tibet disiarkan oleh televisyen Barat tetapi berita Xinjiang terus ditutup sebagaimana tertutupnya berita umat Islam yang dizalimi di Burma (Myanmar).

Ada juga orang Islam yang bernada pejuang tetapi perjuangannya terhad kepada isu-isu Palestin. Selain isu Palestin dan sedikit-sedikit Iraq dan Afghanistan, dia tidak tahu apa-apa. Baginya umat Islam hanya tertindas di Palestin. Saudara-maranya hanya di Palestin. Selesai isu Palestin, selesailah masalah umat Islam. Jenis ini pun ‘kacau’ juga tapi sekurang-kurangnya masih lebih baik daripada mereka yang menumpukan usaha untuk diri sendiri dan jemaahnya saja- dunia luar langsung tidak dianggap berkaitan dengan dirinya.

Mengapa majoriti umat Islam tidak kisahkan Turkistan Timur? Mungkin kerana bagi mereka:

XINJIANG,

KAMU BUKAN SAUDARA KAMI

TURKISTAN TIMUR,

KAMU WUJUD ATAUPUN TIDAK DALAM PETA DUNIA...

TIDAK ADA KAITANNYA DENGAN AKU

UIGHUR,

TANPA AMBIL PEDULI TENTANG KALIAN PUN...

AKU BOLEH MASUK SYURGA

‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’


Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'
http://alexanderwathern.blogspot.com/
http://myalexanderwathern.blogspot.com/

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

TIME...Waits for no one

Bismillah...

Kesibukan menjadikan kita lebih menghargai masa. Itu yg aku dpt sejak akhir2 ni. Bukan selama ni tak menghargai masa tp "kurang". Rasanya byk masa terbazir pd perkara yg kurang manfaat. Tido, jalan2, sembang2, surfing internet etc. Ishh, rasa menyesal pulak tp bak kata LP dlm In the End;

All I know
Time is a valuable thing
Watch it fly by as the pendulum swings
Watch it count down to the end of the day
he clock ticks life away

It's so unreal
Didn't look out below
Watch the time go right out the window
Trying to hold on, but didn't even know
Or wasted it all just to watch you go

As time running, we're running out of time. Because we have many things to do (if we really realized it), time management is vital. Manage things and time is easy as we can do it using various time management software but implementation level is the real problem. (^_^")


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, July 07, 2009

Life Begins at 40 Vs I'm Still Young

Bismillah...

InsyaAllah, sedikit perkongsian di pagi selasa yang indah ni.

Semalam aku buat dosa kemudian aku bertaubat. Kemudian aku buat dosa lagi lalu aku menyesal kemudian aku bertaubat. Kemudian aku kembali melakukan dosa yang sama dan aku bertaubat. Dan ia berulang-ulang kembali. Sehingga aku merasa senang dengan dosa yang aku lakukan. Atau sehingga aku merasakan perbuatan dosa itu adalah betul.

"Dan (ingatlah) ketika setan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka..."
(QS Al-Anfaal : 48)

Sangat sukar untuk konsisten dengan taubat. Ramai orang tertipu mengatakan,

"Bila buat dosa bertaubatlah, Allah kan Maha Pengampun."

Tapi mereka bermain-main. Taubat bukan sekadar ucapan di bibir. Taubat perlukan semangat dan iltizam untuk meninggalkan segala dosa-dosa. Kalaupun aku bertaubat, siapa yang dapat mempastikan taubat aku diterima?

Generasi muda mengatakan,

"Kitorang muda lagi la. nak enjoy dulu. Nanti dah tua nanti kitorang bertaubatla. Boleh join Pak Mat baca yasin kat masjid"

Generasi tua pula berkata,

"Life begins at 40."

Ermmm...


Taubat harus segera, berterusan


TAUBAT adalah kembali daripada melakukan maksiat. Orang yang berdosa itu seolah-olahnya meninggalkan Allah dengan tidak taat kepada-Nya dan melanggar perintah-Nya. Maka, apabila dia meninggalkan maksiat, seolah-olah dia kembali semula kepada Allah.

Allah memerintahkan supaya kita melakukan taubat seperti firman-Nya bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur, ayat 31)

Allah turut berjanji menerima taubat serta membuka pintu pengharapan seluas-luasnya.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah Muhammad, wahai hamba-hambaku yang melampau (menzalimi) dirinya, janganlah kamu putus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa semuanya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar, ayat 53)

Ulama sepakat bahawa taubat itu wajib dilakukan segera dan berterusan sama ada dari segala dosa kecil atau besar. Perkara ini dijelaskan dalam firma-Nya bermaksud:

“Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan mengenai kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya?) Pada hal, Allah amat pengampun lagi amat mengasihani.” (Surah al-Maidah, ayat 74)


Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah bin Mas'ud mengenai dosa yang ditanggungnya, adakah boleh bertaubat. Abdullah berpaling daripadanya, kemudian menoleh kembali kepada lelaki itu.

Dia melihat kedua-dua mata lelaki itu berlinangan air mata. Lalu, Abdullah berkata: “Syurga itu ada lapan pintu, semuanya dibuka dan ditutup melainkan pintu taubat, kerana di situ ada malaikat yang ditugaskan supaya tidak menutupnya. Maka beramallah, jangan kamu berputus asa.”

Lukman Hakim berpesan: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya.

“(Kalau tidak) maka, dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan (kedatangan ajal matiku) ke suatu masa yang sedikit saja lagi. Hal itu supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh.

“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan.”

Orang yang telah dimatikan, semuanya berangan-angan untuk dapat hidup sebentar supaya dapat bertaubat dan bersungguh-sungguh melakukan ketaatan, tetapi jauh sekali apa yang mereka inginkan.

Menurut pendapat ulama secara ringkasnya taubat Nasuha adalah mencabut daripada melakukan dosa pada masa itu. Menyesali perbuatan dosa lalu dan berazam tidak akan melakukan dosa pada masa akan datang. Kemudian, jika dosa itu berkait dengan manusia, hendaklah dikembalikan kepadanya.

Said bin Jabar Rahimahullah berkata: “Taubat tidak akan diterima, selagi tidak menyempurnakan tiga syarat iaitu takut tidak diterima, mengharap diterima dan menghitung taat.”

Imam Qurtubi Rahimahullah berkata: “Taubat menghimpunkan empat perkara iaitu istighfar dengan lidah, meninggalkan dengan badan, menyembunyikan keinginan untuk kembali semula dan meninggalkan keburukan.”

Firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan, disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya, dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui lagi amat bijaksana.” (Surah an-Nisa, ayat 17)

Jamhur ulama menyatakan maksud taubat yang dekat ialah taubat sebelum hampirnya kematian. Allah menerima taubat hamba-Nya yang derhaka, selagi roh ada dalam badan.

Perkara ini menunjukkan seelok-elok taubat adalah ketika sihat untuk membolehkannya melakukan amal soleh. Sebab itu, Allah gandingkan kalimah taubat dengan amal soleh dalam banyak tempat.

Taubat ketika hampir mati, sama dengan menyedekahkan harta ketika kematian sudah datang. Ia seolah-olah seseorang tidak akan bertaubat, melainkan apabila sudah sakit, setelah kekuatan dan kesihatannya digunakan sepenuhnya tenggelam dalam syahwat dan kelazatan dunia.

Apabila putus asa dari kehidupan dunia, barulah hendak bertaubat, bukanlah ini cara bertaubat sebenar.

Oleh itu, ketika usia masih ada, lakukan taubat sepenuh hati. Marilah kita rebut peluang ini dengan melakukan taubat di atas kesalahan sama ada dosa kecil atau besar.

Allahu a'lam

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, July 06, 2009

Nilai Seketul Logam

Bismillah...

Heboh di Pendang orang-orang kampung menemui emas. Berduyun-duyun penduduk ke kuari untuk memecahkan batu untuk mengeluarkan emas. Batu-batu dipecahkan dengan hammer, cangkul, pahat dan sebagainya. Logam itu jika dilebur dan dibentuk, maka akan menghasilkan cincin, rantai, gelang dan jam yang berkilau-kilau. Nilainya sangat tinggi dan menarik hati sesiapa saja.


"Manusia itu ibarat logam. Yang terbaik ketika jahiliyah maka terbaik juga ketika islam. Jika ia faham." (HR Bukhari)

Manusia pun sama. Contohnya Saidina Umar Al-Khattab, Amirul Mukminin yang ke-2. Dia terkenal sebagai seorang yang hebat ketika era jahiliyah. Siapa yang berani menentangnya? Semua orang gerun mendengar namanya. Dia mewarisi sifat kepimpinan dan kepahlawanan. Tapi ketika itu ia menggunakan segala kelebihannya untuk memusuhi islam sehinggalah Allah mengabulkan doa Rasulullah saw;

"Ya Allah, Engkau bantulah agamaMu ini dengan pertolongan salah seorang dari dua Umar (iaitu Umar Al-Khattab atau Umar Hisyam@Abu Jahal)"

Setelah pengakuan syahadahnya di hadapan Rasulullah saw, maka ia terus mengisytiharkan keislamannya;

"Sesungguhnya aku telah menjadi pengikut Muhammad saw, maka sesiapa yang ingin anaknya menjadi yatim atau isterinya menjadi janda atau ibu dan bapa kehilangan puteranya, silakan menentangku."

Begitulah Saidina Umar. Selepas keislamannya, kaum muslimin mendapat kekuatan yang luar biasa. Ia begitu kuat mempertahankan islam dan Rasulullah saw serta kaum muslimin. Ia menangis ketika mengingati zaman jahilyahnya sampai sanggup menguburkan anaknya hidup-hidup. Ia ketawa ketika mengingatkan bagaimana ia memakan "tuhannya" sendiri apabila ia lapar. Sesungguhnya islam telah merubah 180 darjah seorang Umar.

Sebagaimana logam emas yang dijumpai di dalam kuari batu. Dibersihkan kotoran-kotorannya, dilebur dan dibentuk dengan teliti. Maka terhasillah sebuah keindahan yang bernilai tinggi.

Saidina Umar adalah logam emas. Penuh dengan kotoran-kotoran jahiliyah ketika zaman hitamnya. Lalu apabila cahaya hidayah menyuluhinya, Rasulullah saw membersihkan kotoran-kotoran itu, meleburnya menjadi muslim yang tulen, membentuknya menjadi pahlawan islam dengan tarbiyah rabbaniyah. Sehingga terhasillah susuk pemimpin, contoh teladan sepanjang zaman. Sebuah pembuktian teori pembuat kehidupan.

"Kita" (bagi mereka yang memahami) sedang berada di dalam proses tajmi' (mengumpul) dan intiqa' (memilih) logam-logam yang bertaburan di depan mata. Tidak perlu pahat dan tukul. Kita hanya perlu kesantunan dan kemesraan. Pilihlah, bersihkanlah, leburkan dan bentuklah logam-logam ini. Kuatkan hubungan dengan Sang Pencipta kerana Dialah pemilik hidayah. Sedang engkau hanya dihisab terhadap apa yang engkau kerjakan.

"Katakanlah, "Bekerjalah kamu, sesungguhnya Allah, Rasul dan orang-orang beriman melihat pekerjaanmu." (QS At-Taubah : 105)

"A diamond is a chunk of coal that is made good under pressure"
(Henry Kissinger, American Political scientist b. 1923)
Allahu a'lam.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Saturday, July 04, 2009

Besarnya Tanggungjawab itu...

Bismillah...

http://thestar.com.my/archives/2008/7/6/education/p10Hamzah.jpg

p/s gambar di atas hanya hiasan semata-mata. tiada kaitan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. ngeh3...


Kenapa pilih utm?

Sebab utm "power" dalam engineering.

Sebab apa pilih kos X?

Peluang kerja banyak. Senang sket nak dapat keja lepas grad nnt.

Pertanyaan stereoplate dengan jawapan klise. Jarang nak jumpa orang jawab;

Demi menegakkan Islam. Kita perlu meramaikan pakar Islam dalam bidang kritikal macam ni.

Andaikata dijawab sebegitu, pasti akan merasa kagum giler. Bagaimana nak mendidiknya sehingga berfikiran macam tu?

Ketika ukuran material menjadi benchmark dalam prestasi. Untuk dapat keja besar, pastu nak beli keta sport (Subaru Impreza?), beli rumah, kawin, sara anak bini, etc pastu mati. Alhamdulillah. Husnul khatimah.InsyaAllah.


Kekaguman pada harta petanda hati masih cintakan dunia. Diam terhadap maksiat yang terang adalah petanda takut mati. Kedua-duanya tercantum dalam apa yang disebut Rasulullah saw sebagai al-Wahn. Penyakit hati yang membunuh ramai orang yang tidak sedar. Ia hidup tapi mati. Mengaku kalah sebelum berperang. Malu berbuat kebaikan sedangkan tidak segan-segan bermaksiat kepada Allah. Akukah itu?

Melihat semangat adik-adik yang baru memulakan langkah di utm mengingatkan aku masa pertama kali melangkah ke utm. Semangat yang membara, fokus, ingin menjadi yang terbaik, memulakan perkenalan, berukhuwwah, memberi bantuan dan sebagainya. Menjadi mahasiswa sebuah universiti premier engineering sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan.

Tapi aku sedar, aku memikul beban yang sangat besar. Bukan hanya harapan kedua ibubapa tetapi juga masyarakat dan negara. Malah, matlamat lebih besar adalah menjadi harapan Islam untuk mengembalikan kegemilangannya. Sebagai generasi pemuda islam, aku memikul beban untuk memartabatkan islam ke tempat yang sepatutnya. Menjadi contoh kepada orang lain. Kerana ukuran kejayaan bukan sekadar pointer, sijil dekan atau anugerah canselor.

Dulu senior aku cakap, masa student ni adalah training time. Dah graduate nanti barulah kita masuk medan yang sebenar. Harap korang faham maksud aku. Kita tak boleh expect apa akan terjadi at near future. Seseorang mungkin hebat semasa kat uni tapi bila graduate terus menyepi. Itulah realiti. Kena training betul-betul. Jangan jadi macam Malaysia. Nak lawan dengan MU tapi training 10 hari je. Bajet power la tu. Hehehe. Ke dah tau nak kena belasah? Mungkin gak.

Tempoh satu semester lagi di utm (insyaAllah, doakan aku yer). Ada seseorang tanya, apa plan aku lepas ni? Sambung master insyaAllah. Tengokla macam mana. Nak menghadapi masyarakat kat luar yang agresif memerlukan training super intensive. Bukan sekadar segulung ijazah dari sebuah uni premier tapi akhlak dan kepimpinan. Semoga degree yang digenggam tu menjadi bekal untuk mendapatkan sokongan masyarakat. Orang yang ada duit mungkin dihormati sehingga duitnya habis. Tapi orang yang ada ilmu, akan dihormati sampai bila-bila insyaAllah. Amanah ilmu tu besar so kena ingat betul-betul.

Kepada adik-adik freshies (jika ada yang baca) atau senior sophomores, tugas kita di uni bukan sekadar belajar. Itu adalah tuntutan islam kepada setiap penganutnya. No exception. Dah memang masuk uni so kenala belajar kan.

Sebagai pemuda islam yang dianugerahkan oleh Allah dengan nikmat untuk belajar di uni, bersyukurlah dengan melaksanakan semua perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Gunakanlah ilmu yang dipelajari itu untuk islam. Kembalikan izzah islam. Rebutlah peluang-peluang untuk menambah ilmu tentang islam. Kerana cabaran semakin besar. Kalau orang-orang kristian sanggup spend masa every week untuk tunaikan kewajipan "usrah" diorang, kenapa kita tak boleh? Kalau diorang sanggup berhempas-pulas mengajak adik-adik, sahabat, senior untuk join program-program kristian, kenapa kita masih bermalas-malas nak ajak orang ke arah islam? Or kenapa kita sendiri masih tak mahu join program-program islam? Kita malu mengaku sebagai muslim? Ke mana izzah sebagai penganut agama al-Haq?

Ingat motto utm; Kerana Tuhan Untuk Manusia

Kita taknak jadi robot ok?


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Thursday, July 02, 2009

Harakatul Inqaaz

Bismillah...

Wahai saudara2ku, bukankah kamu orang islam?

Ya.

Tidak! Kamu dusta. Celakalah orang2 yg berdusta.

Mengapa?

Kerana kamu tidak pernah berfikir masalah umat ini. Kamu abaikan saudara2 kamu. Kamu tidak berusaha mengubah diri sendiri ke arah kebaikan. Malah, kamu menjadi agen2 setan utk menebarkan kejahatan di muka bumi Allah. Celakalah kamu!

"Tidak (sempurna) iman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana ia mencintai dirinya sendiri." (Hadis 13)

Siapakah penolong2 agama Allah?



Allahuakbar x3 walillahil hamd.

p/s Harakatul Inqaaz bermaksud Gerakan Penyelamatan

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template