Showing posts with label Hiburan Itu Indah. Show all posts
Showing posts with label Hiburan Itu Indah. Show all posts

Friday, December 18, 2009

Open Your Eyes by Maher Zain

Bismillah...






Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let's start question in ourselves
Isnt this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No

[Chorus]

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We cant keep hiding from the truth
Let it take us by suprise
Take us in the best way
[Allah]
Guide us every single day
[Allah]
Keep us close to you
Until the end of time

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running i your veins
What about anger love and pain
And all the thing you are feeling
Can you touch them with your hand
So are they really there
Lets start question in ourselves
Isnt this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside
No

[Chorus]

When a baby's born
So helpless and weak
And you are watching him growing
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life

[Chorus]

You created everything
We belong to You
Ya Rabb we raised our hand
Forever we thank You

---------------------------------------

Allahu a'lam.


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Saturday, May 16, 2009

Laskar Pelangi

Bismillah...

Hari tu aku ada cakap nak tulis pasal cerita Laskar Pelangi? Actually, aku ni jenis yang suka bila ada orang bagi testimonial. Sama juga dengan cerita Ayat-Ayat Cinta. Kawan-kawan semuanya provoke suruh baca buku tu. "Kalau enta baca mesti nak nikah punyala." Jadi, perasaan nak baca novel tu meluap-luap. Bukan sebab dah "tak boleh handle". Tapi terpengaruh dengan provokasi tu. "Best sangatkah??" Ok, itu persoalannya.

Sebenarnya budaya membaca ni ayah aku yang bina sejak aku kecil lagi. Ayah membeli surat khabar Utusan Malaysia setiap hari. Jadi aku memang sentiasa update dengan isu-isu terkini. Politik, ekonomi, masyarakat, sukan, luar negara semua aku baca. Tak cukup dengan membaca, aku potong bahagian-bahagian yang menarik seperti fakta-fakta dan menampal dalam buku scrap. Dan ayah memang sentiasa menyokong aku. Kalau lalu depan kedai buku then aku macam berminat dengan sesuatu buku, ayah akan cari duit untuk beli walaupun aku tahu ayah bukan ada duit pun nak beli. Tapi sebab aku, ayah mesti cari gak duit untuk beli. Terima kasih ayah!

Oleh kerana aku sekolah harian, aku study kat rumah je. Actually, mak dan ayah tak pernah paksa aku belajar cuma ayah memang marah kalau aku tak pergi sekolah. Aku terpaksa buat-buat sakit perut untuk ponteng sekolah. Mungkin ayah tak nak aku mewarisi kesusahan keluarga. Nak pula, abang aku yang menjadi harapan untuk mengubah nasib keluarga pergi menemui Ilahi ketika habis diploma Mekanikal di ITM Shah Alam (sekarang UiTM). Yang sedihnya, dia dapat tawaran sambung belajar ke UK selepas itu. Allah lebih menyayangi dia. Abang aku merupakan inspirasi untuk aku belajar sampai ke peringkat sekarang. Semoga arwah abang sentiasa dirahmati Allah. Amin.

Sampailah sekarang, budaya membaca dah jadi sebahagian dari hidup aku. Dulu masa tiada duit, aku pinjam buku member-member. Sekarang dah ada duit pinjaman PTPTN dan biasiswa JPA, aku spend la setiap semester untuk beli buku. Dah berapa ribu habis beli buku. Bacanya tak juga. Hehe. Tapi aku sedikit jealous dengan orang-orang yang ada lagi banyak buku then diorang baca lagi banyak dari aku. Jealous untuk perkara macam ni digalakkan kan? Huhu...

Ok. Itu cerita budaya membaca. Sangat bagus jika dibina sejak kecil. Jadi, bila dah ada anak-anak nanti, pupuklah budaya membaca. Jangan sibuk mahu memajukan material tetapi modal insan masih pada kelas ketiga! Dunia bergerak menuju kreativiti dan inovasi tanpa sempadan. Think out of the box, multidimensional!


Baiklah, kembali ke cerita Laskar Pelangi. Sebelum itu, aku suggest sesiapa yang ingin menonton movienya bacalah dulu novelnya. Sangat menarik. Ia seperti menonton Da Vinci Code tapi tidak membaca karya Dan Brown atau Harry Potter atau Ayat-Ayat Cinta. Ayat-Ayat Cinta menunjukkan betapa movie tak selalunya sebaik novelnya. Aku macam menyampah menonton movienya sedangkan membaca novelnya selalu memotivasi diri aku ketika down.

Dan Laskar Pelangi sangat berbeza. Aku seperti direnjat elektrik ketika Andrea Hirata mengisahkan perjalanan hidupnya. Dunia kanak-kanak Andrea hampir sama seperti yang aku lalui ketika kecilku. Tapi aku fikir, dia lebih sukar. Memang pun. Kesukaran selalu membawa manusia ke arah kejayaan. Kecekalan membentuk manusia agar lebih menghargai kehidupan. Persahabatan dan cinta mengikat manusia tanpa mengira batas.

Mungkin aku tak perlu untuk menjadi penglipurlara untuk mengisahkan Laskar Pelangi kepada semua. Cuma aku ingin berkongsi nilai-nilai yang dibawa oleh Andrea. Sukar untuk menemui nilai-nilai seperti itu di dalam dunia moden penuh kecanggihan seperti sekarang. Di mana nilai-nilai jahiliah mengambil tempat nilai-nilai Islam. Individualistik, materialistik, egoistik dan seplastik nilai-nilai busuk yang menjadi pegangan masyarakat kita sekarang.

Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya. Begitulah yang diulang-ulang oleh Pak Harfan. Memang benar, menuntut hak lebih mudah dari memberikan hak kepada orang lain. Tapi yang sukar itulah sepatutnya kita usahakan. Masih ingat 6 hak saudara yang perlu kita tunaikan? Sudahkah kita mengamalkan perintah Rasulullah saw itu? Kalau tidak tahu maka bertanyalah kepada yang tahu ye. Hehe...

Kecekalan yang ditunjukkan oleh Bu Mus dan Pak Harfan yang tidak mengharapkan apa-apa balasan dalam memberikan pendidikan kepada anak bangsa mungkin perlu menjadi contoh kepada guru-guru sekarang. Memberi tidak pernah ada kaitan dengan mengharap balasan. Ingat lagi surah al-Muddassir? Bahkan bagi seorang da'ie, tidak boleh ada perasaan untuk menerima balasan atas setiap pertolongan yang dihulurkan. Balasan hanya dari Allah sahaja.

Kepada yang belum menonton, ambillah masa sebentar untuk kita menganalisis filem ini. Sebenarnya tetralogi Andrea Hirata merangkumi Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Markov. Aku baru habiskan separuh buku Sang Pemimpi. Tidak sempat untuk menghabiskan bacaan. Masih banyak buku yang berstatus pending.

Sekarang ini aku sedang mengambil Sijil Pentauliahan Profesional. Kursus Sun Ceritified Java Programmer. Semuanya free of charge. Jika aku ambil sendiri, kosnya semua adalah USD$4300++ (RM kira sendiri ok). Alhamdulillah, doakan aku berjaya dalam exam nanti. Java programming ni susah la. Start 11 May sampai 3 Jun. Mak dan ayah dah tanya kenapa lambat balik. Ikutkan tak sempat langsung nak balik. Aku baru nak mula tulis tesis. InshaAllah, jika tiada aral aku akan tamat degree hujung tahun ni. Doakan aku ye semua.

Bertemu di entri seterusnya inshaAllah. Keep surfing on this blog! Thanx to all.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, April 13, 2009

Lament





An-Naseehah - My Splendid Moment

Lament - A Cry of Sorrow and Grief

You! You like to live..
Like to believe..
Essence of life is fun..
Want! Want to pretend..
The life that you live..
Has no guiding hands and you..

*Chorus
Jumped into the monies
and never looked back..
Moved away from righteousness..
You want it all
and dont care if you fall
You wanna see the world
You wanna be the world
2X

Try! Try to believe..
The reason to live..
Eternal compassion..
You felel it deep within inside of you..

Grasp! The chance to repent
The chance to live
A new beginning but you

*Repeat chorus 4X

Why? Do you throw your life away
Dont you wanna be among
The ones who fought for the truth
When your eyes were blinded
By the false temptations in your

Life.....
Then tell me why must you..

*Repeat chorus


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, February 02, 2009

Jaulah Kembara Merdeka UTM - Kuantan Ogos 2008

teringat plak aku time cuti hari merdeka tahun lps..
ikhwah2 plan nk gi ziarah ikhwah2 kt kuantan..
berkongsi pengalaman/pandangan ttg isu dakwah dan tarbiyah di lokaliti masing2..
so bermulalah perjalanan...



lg 1 video low quality..klu hg nk high quality (smooth), meh! jgn segan2 dtg blk aku...
ade biskut jacob high fiber + multivitamin. lai..lai...lai..

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Jaulah Ikhwah UTM - Cameron Highlands Dec 2008

Assalamualaikum wbt paley...

ni ada sedikit buah tgn dr aku..hahaha
hg igt x lg??? ala...cuti sem lps la...
paley >> oooo..pqrstuvwxyz...



sori paley, video ni aku upload yg low resolution & definition sbb bila aku upload versi yg best pny, amik masa lama sgt la...
klu hg nk yg video yg smooth tu, hg mai la amik kt blk aku ye...

enjoy yourself..!!!

pesanan kpd diri sendiri:

"jaulah...jaulah gk..amik nilai2 tarbiyah dlm perjalanan hg tu. skrg hg dh tau ciri2, nilai2 dan karakteristik yg ada pd sahabat2 hg. fahami mereka dgn sebaiknya sebelum hg menuntut hak mereka utk memahami diri hg. hidup bukan hanya dependence atau independence. hidup juga perlu inter-dependence. smg hg trus istiqamah di atas jalan da'wah ni diriku...."

ikhlas drpd:

-kamu-

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Jaulah Cameron Highlands

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Saturday, October 25, 2008

Bila Exam Dah Dekat...

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template