Minum milo anda jadi sihat dan kuat!
Iklan milo. Selepas penat berlari dapat minum milo ais. Perghhh... terasa kandungan vitamin dan zat mineral yang terkandung dalam milo menyegarkan badan dan menguatkan sendi tulang. (Cuba bayangkan...)
Halaqah atau usrah ibarat minum milo tetapi dengan sedikit modification pada iklan.
Pergi halaqah iman anda jadi sihat dan kuat!
Halaqah yang "sedap" seperti milo dapat rehydrate kembali bendalir iman yang keluar daripada ruh kesan daripada proses imanic's dehydration. Proses semulajadi ini berpunca daripada banyak faktor. Antaranya terdedah (exposure) kepada "lagha" materials, contamination (pencemaran) maksiat hati, kekurangan mineral "ukhuwwah" dan sebagainya.
Halaqah yang "dry" ibarat milo yang dibancuh tanpa sweatened creamer. Masih terasa milonya tapi "ceroi" bak kata orang kedah. Halaqah yang basah seperti campuran milo, susu dan air yang "well-balanced" komposisinya. Campur sedikit ais, terasa nikmatnya.
Bukan mudah nak bancuh milo yang sedap sempurna. Mungkin tiada istilah "Perfect's milo" tapi masih boleh hasilkan "just nice milo" sebab citarasa dan tahap penerimaan homo sapiens yang berbeza. Murabbi ibarat pembancuh milo yang berupaya mengadun elemen ruhi dan fikri dalam halaqah agar halaqah tak menjadi ceroi disebabkan tidak diadun dengan komposisi yang sesuai.
Iklan: Milo adalah produk NESTLE yang menaja negara haram ZIONIS ISRAEL!
Bahan-bahan dalam halaqah ibarat vitamin dan mineral yang terdapat dalam milo. Sepertimana vitamin dan mineral yang bertindak mengikut fungsi masing-masing, bahan-bahan dalam halaqah juga bertindak dengan cara yang sama. Masing-masing mempunyai objektifnya. Tafsir, sirah, hadis etc bukan sekadar tsaqafah yang perlu diisi di dalam kepala (otak) tetapi sebagai uslub (kaedah) dalam perlaksanaan manhaj dan juga sebagai heat yang meningkatkan kinetic's energy dalam iman's atomic molecules. Tenaga kinetik ini tidak boleh dihapuskan mengikut law of conservation of energy tetapi boleh terbebas dan diserap oleh objek-objek di sekelilingnya. Perkara-perkara lagha dan maksiat menjadi absorbing materials yang menyerap tenaga kinetik daripada molekul iman yang berlanggar dengannya.
Halaqah yang tidak berzat atau kurang zat menyebabkannya lesu dan sia-sia. Kadang-kadang si pembancuh milo merasakan milo yang dibancuhnya sedap sedangkan orang yang minum milo merasakan sebaliknya. Lalu, si peminum milo tetap juga meminum milo tersebut dengan rasa terkilan tanpa menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kepada si pembancuh milo. Bukankah mereka mempunyai hak sebagai pengguna? Apakah wajar si pembancuh milo memarahi pelanggannya yang menuduh milo bancuhannya tidak sedap? Pelanggan pasif, tokei kedai autokratik!
Halaqah juga sama. Mutarabbi bukan sekadar pendengar. Usrah "one-way" ibarat ineffective lecture yang tak membina dan membantu apa-apa. Kritikan yang membina kepada murabbi bukanlah dosa. Ingat! Murabbi bukan maksum! Dan menerima cadangan dan pendapat daripada mutarabbi tak menjatuhkan level sang murabbi pun! Company yang buat milo pun sentiasa mengalu-alukan cadangan daripada consumers untuk penambahbaikan produk mereka. So, why bother?
Milo Oh Milo~
paley: bekas budak milo (kutip bola belakang gol)