Bismillah...
Sesungguhnya dakwah ini sentiasa menuntut kita memberikan segalanya tak kira masa, tenaga, harta dan nyawa. In fact, semuanya adalah milik Allah. Dia bagi kita pinjam, Dia beli semula daripada kita dengan syurgaNya. For sure hanya untuk orang-orang yang nak jual (bagi balik) semula kepada Allah apa yang selama ini telah dipinjamnya. Adakah jual beli yang lebih baik daripada ini?
Ketika Nabi Ibrahim a.s menggiring anaknya Ismail a.s ke tempat penyembelihan, ketika pisaunya telah pun menyembelih anaknya, ternyata Allah menukarkannya menjadi binatang sembelihan (kibas?).
Ketika Nabi Musa a.s lari sehingga ke gigi air laut merah, sehingga tiada lagi jalan untuk melarikan diri, ketika itulah Allah memerintahkan agar dipukul tongkatnya ke laut sehingga laut pun terbelah.
Begitu juga dengan Nabi Muhammad saw dan sahabat2 baginda. Mereka diuji dengan ujian yang sangat2 berat sebelum Allah membuka pintu2 kemenangan setelah hijrah ke Madinah. Sehingga Allah abadikan dalam surah al-Baqarah ayat ke 214,
"...sehingga Rasul dan orang2 yg beriman bersamanya berkata di mana pertolongan Allah??!"
kerana beratnya ujian yang mereka hadapi dalam mempertahankan aqidah tauhid daripada kaum kafirin pada ketika itu.
Marilah kita evaluasi diri kita. Sejauh manakah cinta kita terhadap aqidah tauhid ini? Sekuat manakah kita telah berusaha untuk mendakwahkannya? Apakah kita betul2 telah berkorban segala-galanya; masa, tenaga, harta dan jiwa di atas jalan perjuangan ini? Adakah kita sudah layak memohon dan mendapatkan pertolongan Allah? Allahu..
Beristighfarlah dan teruskan kerja dengan hati yang ikhlas.
Betulkan niat..
Menang dan hidup mulia atau mati sebagai syuhada
Kuchiyose no jutsu! Habis dah...