Tuesday, June 25, 2013

ilmu hisab, bos dan ayah

bismillah


first part ni mungkin agak teknikal tapi sila lah buat2 faham.

bila buat seismic dataloading terutama bila nak generate 3D anglestack, antara parameter penting yang kena set ialah inline (il) dan crosssline (cl) range. selalunya parameter ni berubah-ubah based on what survey spacing we want to deliver the final volumes to the client. dan perubahan ini depends on spacing dalam survey file yang jika nak ubah, kena ubah ilcl tie points sekali. sebenarnya bunyinya lebih teknikal daripada realiti. haha

cerita mudahnya, setiap kali nak tukar survey spacing yang mana defaultnya ialah 12.5m x 12.5m kepada..contohnya 25.0m x 6.25m bermakna aku kena gandaduakan il range dan bahagi dua cl range. jadi biasanya ketika bos aku (dia seorang young chinese with phd in computer science) baru nak tekan kalkulator, aku buat calculation dalam otak dan tadaa...faster than him. haha. sebenarnya aku lagi cepat sebab tak banyak benda nak kena fikir macam dia. dia ada lebih 10 projek kena handle dengan team london sekarang. dan dia jugak yang kena ajar aku buat semua benda "baru" ni. senang cakap macam dia buat semua lah..haha

then pada suatu hari dalam satu projek, kami kena kira benda yang sama lagi. kebetulan aku tak berapa sihat hari tu so aku cuba nak fikir tapi lepas dua saat aku grab kalkulator, became a loser. ok aku cabar korang kira 1958 bahagi 2 berapa? kalau lebih dari 2 saat, loser jugak. haha

shame on you! i have high expectation on you! hahaha dia gelakkan aku. dem betul..

macam tu lah sekarang. sekarang bos duduk kat sebelah. dulu bos duduk kat perth, datang kl sekali sekala je. kalau ada benda urgent pun dia call. bos sekarang sangat best. busy macam mana pun dia akan ajar dan explain sampai faham. aku rasa dua bulan aku kat team baru ni lebih banyak aku belajar daripada setahun aku kat team lama. seperti yang bos baru aku selalu cakap the learning curve will be very steep. prepare youself.

tapi apa yang aku nak tulis kat sini ialah tentang ayah aku. macam takde kaitan kan? ada. bila aku encounter dengan benda kira2 ni, orang yang terbayang dalam kepala aku ialah ayah. frankly speaking ayah dan mak tak pernah habis sekolah pun. mak lagi lah tak pernah sekolah. tak silap ayah pernah cakap dia sekolah sampai darjah dua je. tapi ayah aku lah orang pertama yang memupuk minat aku terhadap maths. dan mak lah orang pertama ajar aku mengaji kat rumah sebab aku takmau pergi sekolah ngaji. haha

ayah dan mak buat perniagaan asam keping. so setiap kali orang datang jual buah asam gelugor, aku selalu perhati (dah memang dok kat rumah) camne ayah mengira. contohnya kalau ayah beli buah asam 56kg tu dengan harga 60sen sekilo, aku tengok sekejap je ayah dah came up dengan bayaran rm33.60. mungkin dah biasa kot. mak pun sama cuma aku perhatikan ayah lagi cepat. aku selalu tengok orang yang datang jual tu akan ambil kayu dan try kira atas tanah. sorry bro ayah aku lagi cepat dan tepat. haha

masa darjah dua ketika aku sedang conteng2 buku sekolah, ayah datang dan ajar aku mendarab secara lazim. selalunya cikgu2 ajar darab melintang. dan ketika tu rancangan along agak popular. jadi ketika maghrib aku menghadap tv tunggu siti sifir menyanyi sambil hafal sifir. so masa darjah tiga aku dah hafal sifir 1 hingga 12.

cikgu maths aku masa darjah tiga, tuan haji muhammad selalu buat ujian maths (darab sahaja) dalam kelas. biasanya 60 soalan (contoh 9478x5) dalam masa sejam. top 3 akan dapat hadiah. biasanya buah belimbing madu, jambu batu dan macam2 lagi. aku score dengan kesalahan minimum tapi tak dapat hadiah sebab ada kawan2 yang lagi terer i.e. betul semua. huhu. kami (darjah tiga top class) pernah contest dengan budak darjah enam top class) dan diorang kalah. haha. masa tu aku antara yang dapat hadiah. riak jap. haha.

maka apa sahaja peristiwa2 dalam hidup aku yang melibatkan maths, ayah ialah orang pertama aku ingat. ayah yang membelikan buku kaedah mokhdar untuk aku. ayah yang membelikan sempoa untuk aku walaupun ketika kesempitan duit semata-mata taknak tengok aku merajuk dan mengunci diri dalam bilik, mogok lapar. huhu. ayah yang tak pernah kata takde duit ketika aku meminta duit untuk beli buku dan peralatan sekolah. ayah yang sangat marah kalau aku tak pergi sekolah. 

ayah mungkin tak mendapat pendidikan yang sempurna tapi ayah sangat memahami betapa pentingnya pendidikan dan ilmu pengetahuan kepada anak2nya. dengan segala kekurangan, ayah dah curahkan segalanya. teringat dulu ketika aku struggle nak siapkan final year project, aku call ayah. ayah jenis yang tak banyak cakap tapi bila aku luahkan masalah2 aku, satu je ayah cakap...takde apa yang tak boleh. mesti boleh.

dan aku dah janji kat ayah aku akan bawak dia ke konvokesyen master aku nanti..

ya Allah permudahkanlah...




0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template