Saturday, September 13, 2008

Antara Solat dan Bolasepak..

Baru je balik dari Dewan Seri Meranti (DSM) KTHO. Selesai menunaikan solat isyak (wajib) dan solat terawih (sunat muakkadah). Perjalanan ke masjid (tempat sujud) begitu penuh dgn dugaan dan cabaran. bermula dgn bersembang di bilik bdk2 usrah sehingga melalui kafe KTHO sebelum sampai ke DSM memang mencabar iman sesiapa saja. masakan tidak, bg peminat bola sepak, malam ini merupakan perlawanan English Premier League (EPL) antara dua seteru utama iaitu Red Devil a.k.a Man Utd dan Merseyside Red a.k.a Liverpool. begitu melalui kafe td, kelihatan scoreboard menunjukkan kedudukan semasa 1-1. pasti pertarungan yg sengit! wlpun syaitan dirantai dan dibelenggu di bulan yg mulia ni, namun nafsu terus menjadi 'penasihat yg setia'. azan yg dilaungkan ibarat bunyi angin yg memukul pokok2 supaya terus bertasbih kpd penciptaNya. apakah manusia hari ini menunggu angin yg keras sepertimana angin yg pernah membadai kaum Nabi Saleh a.s utk memukul hancur mereka supaya mereka ingat dan kembali mengingati Allah yg Maha Perkasa? Manusia mmg pelupa. Apakah harga sebuah iman dgn game bolasepak? begitu murah iman sehingga manusia sanggup menggadainya demi menonton 22 org manusia yg berebut sebiji bola di atas padang. klu begitulah harga iman, baiklah manusia mencari bumi lain utk mereka diami krn Allah hanya memperuntukkan bumi ini bg hamba2Nya yg beriman!

Hari ini penuh dgn pelbagai cerita menarik utk ditypekan di sini. meluahkan semua yg berada di dlm hati kpd sebuah mesin merangkap pendengar dan pemerhati yg baik. ia tidak merungut dgn byknya luahan. ia tidak lelah dgn pelbagai tulisan. ia tidak letih menyebarkan risalah ketika org2 merasa letih membawa risalah yg dirasakannya berat. jalan ini memang begitu sifatnya. kelelahannya hanya dpt diatasi dgn latihan muraqabatullah yg konsisten dan berkualiti. kualiti?? apakah solat terawih 8 rakaat dlm masa kurang 20 minit itu berkualiti dan mencapai maksud asal solat terawih? asal perkataan terawih adalah bermaksud rehat. perlu dilakukan dgn tertib. tidak perlu utk baca selaju-lajunya utk menghabiskan 1 juz dlm 8 rakaat sehingga imam lelah krn kekurangan oksigen! trend masyarakat kita di malaysia yg memburu kuantiti menyebabkan kita terus mengabaikan kualiti yg ditetapkan oleh SIRIM akhirat. biarkan hati dan iman menjawab persoalan tu utk kita. jawapan skema tidak diterima. paham2 ajela..

banyak perkara perlu diselesaikan dlm masa yg singkat. patut la pak hasan ckp kewajiban lg byk dr masa. skrg baru realized. but he also said that masa adalah sebahagian dr pengubatan. harapnya, masa yg berlalu dpt mengislahkan diri dan keadaan sekeliling. akhir skali, thanx a lot kpd hafizul krn sudi meminjamkan laptop ini utk ana mengintrospeksi diri. jom sm2 gi mabit kt surau KTHO mlm ni. hidupkan ramadhan dgn 'pendaflour' amal yg electrically generated bukan pelita kerosin yg siangnya 'syahid' sepanjang hari akibat empty fuel.

Moga Allah mengurniakan kpd kita iman yg kamil, hati yg khusyuk, ilmu yg berguna dan keyakinan yg mantap dan amal yg konsisten inshaAllah. ilal liqa'.

5 shuriken:

writer said...

wah! dia dah start dah. bahasa enta tinggi sangat la, rendahkan sikitla.

[Ab.ngah] said...
This comment has been removed by the author.
[Ab.ngah] said...

Salam ya bro,
Begitulah manusia ini.
Semalam kat majlis buka puasa KTGB, terdengarlah ambe lantunan suara yg selambernya tanpa rasa bersalah mahupun kerugian xnak pegi terawih sebab nak tengok bola tu.. ish2..

Oh, banyak lg keje kita..

ibnu yazid said...

inshaAllah, ana cuba menambah variasi dan meluaskan dimensi da'wah. bahasa ana tinggi? InshaAllah ana cuba rendahkan. nntkan post yg seterusnya =)

starpark_boy said...

dunia ni terlalu byk hiburan...manusia tidak dapat bezakan antara fantasi dan realiti

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template