Saturday, May 22, 2010

masih adakah harapan?

bismillah...


ambil masa sebentar untuk berfikir. apakah aku berada di atas jalan yang benar? atau apakah aku telah terpesong? dalam hidup, kita sentiasa dijelmakan dengan pelbagai pilihan. antara baik dan buruk. apakah ada pilihan di antara kedua-duanya? banyak perkara mempengaruhi pilihan kita. antara tahu dan mahu. antara semangat dan kefahaman. antara persepsi dan kepastian. kita mempertimbangkan pilihan dengan pelbagai fiqh dan neraca.

sekadar intro, muqaddimah untuk memastikan otak ini berputar mencari jawapan. yang sampai sekarang masih buntu tidak diberi penjelasan yang sewajarnya. apakah aku yang lari dari kebenaran? sedangkan dakwah dan tarbiyah inilah yang menghantarkan aku mengenal Sang Pencipta.

dari buta menjadi celik. dari jahil menjadi berilmu. dari lena menjadi sedar. dari lemah menjadi semangat. dari terbata menjadi lancar. dari dosa menjadi pahala. proses itulah yang memakan masa. bukan sehari dua. malah bertahun-tahun lamanya. inqilabiyyah dalam arena ini menjadikan aku seorang manusia yang benar-benar manusia.

apakah aku telah gagal dalam arena ini? ketika para pelumba itu berlari kencang meninggalkan aku yang kejang di 50 meter terakhir. tidak ada orangkah yang sudi memimpin aku ke garisan penamat?

siapa diberi hidayah oleh Allah, maka tiada siapa dapat menyesatkannya. dan siapa disesatkanNya, tiada siapa pun yang dapat memimpinnya. apakah harapan itu telah sirna atau masih adakah ruang-ruang untuk cahaya menembusinya?

aku bukan Ed Husain! tolong jangan samakan aku dengannya. memang pedih tapi aku telan kata-katamu sebagai penguat semangat. susah untuk mendapatkan kawan yang jujur dalam teguran. mungkin balasan senyum cukup buatmu sahabat. dan terima kasih ya.

berikan masa untuk aku berfikir. ukhwah kita tak settle lagi. no telefon kau pun aku tak hafal. bukan mudah tapi itulah manisnya. walaupun baru berjumpa terasa bagai dah kenal lama. aku cuba.

baiklah, sekarang dah pukul 230 am. kejap lagi nak bergerak ke kl semula. kemudian ke taiping. menaiki motor burukku. mungkin jarang-jarang akan update blog yang sememangnya jarang di update ini. aku tak mengharapkan apa-apa dari kalian yang membaca blog usang ini melainkan sebingkis doa. aku minta maaf semuanya kepada ikhwan dan akhwat andai ada salah silap. sehingga bertemu lagi. ilal liqa'. ma'assalaamah. wassalaam~

lagu gelombang keadilan: takkan undur walau selangkah, takkan henti walau sejenak. cita kami hidup mulia atau syahid mendapat syurga. InsyaAllah.

p/s lagu pertama yang aku dengar dalam dunia tarbiyah. memori mukhayyam kmpk 2005. ulu kenas, kuala kangsar.


3 shuriken:

Abu Khalid said...

Salam penuh kasih sayang buat sahabatku.

Semoga Hidayah Allah sentiasa bersamamu, hingga akhir rantaian oksigen dalam jasadmu...


Masa itu ubat. Makan baik-baik, ikut prescription Dr...

Anonymous said...

Andai diumpama Islam seperti sebuah bangunan usang yg hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bg mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dgn ramainya bilangan mereka.. Tetapi aku ingin hati-hati yg IKHLAS utk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yg tersergam indah. – Mursyidul Am ikhwanul muslimin As-syahid Imam Hassan Al-Banna

musafir said...

insyaallah..
masih ada.
mgkin diperlis.he

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template