bismillah...
Alhamdulillah, hari ni genap 3 bulan blog ni tak diupdate (kot...roughly). Sebenarnya banyak perkara nak share tapi banyak perkara yang lebih penting untuk dibuat + malas. 4 Quadrant Principle. Apapun aku tetap masuk blog ni review balik entri2 lama untuk muhasabah diri. Kadang2 orang menilai aku dari tulisan2 aku dalam blog ni. Aku takut dgn expectations manusia. Kadang2 jadi motivasi, kadang2 boleh jadi fitnah. Sama gak kalau ada ikhwah minta nasihat dari aku. Kalau aku bagi nasihat tu mungkin iman tengah up. Kalau aku refuse tu mean aku tengah down. Aku yakin bahawa kata2 yang keluar dari hati tu akan sampai ke hati tapi kata2 yang keluar dari lidah, paling jauh sampai kat telinga je. Aku pun mintak nasihat kat orang lain gak. Mintak kat senpai. Kalau diorang taknak bagi, aku mintak kat kouhai. Tapi tu la. Kouhai ni inferiority complex. Hahaha (kouhai, jangan marah k...).
Eh! Kenapa 3 bulan cukup baru nak update? Memang plan camtu ke?
Mungkin korang nak tanya soklan camtu kot (agak2 aku la..). Sebenarnya tak plan pun. Aku dah start tulis tadi baru perasan hari ni 10hb Mei. Last entri 10hb Feb. So, kebetulan jela. Takde kaitan yang hidup mahupun yang telah mati.
Sebenarnya aku baru sampai kt RI pukul 2 tadi (lebih kurang). Bermusafir selama seminggu. Dari JB, aku dan din gerak ke KL. Dia nak uruskan kereta import dia. Lepas ni ikhwah2 JB boleh buat jaulah naik BMW. Hehehe. Lepas tu aku balik rumah kat Taiping. Jumpa mak, ayah, adik dan jiran2 sket. Sehari je. Esoknya aku gerak ke KL balik untuk attend perhimpunan perdana palestin kat stadium melawati. Walaupun penat giler tapi sangat best. Jumpa ramai ikhwah2 kat sana termasuk my best friend, Ruqaimi Rabbani. Dah ada sorang anak pun. Namanya Abdullah Mujahid. InsyaAllah bakal mujahid.
Mungkin entri ni just "come back" aku ke dunia blogging. Mungkin akan semakin jarang online lepas ni except kalau stay kat sini lagi (RI - Hidden Village). Mungkin dah tiba masanya aku hidup tanpa internet. Muahaha~
By the way, aku ucapkan terima kasih daun keladi kepada mereka2 yang masih sudi menziarahi blog aku sepanjang aku "cuti" berblog ni. Setiap kali aku masuk, mesti ada orang yang tolong bersihkan sawang2, mop lantai, cuci tingkap semua. Jazakumullahukhairan kasira. Aku tak mampu nak bayar upah kat korang tapi jauh di sudut hati aku tau korang ikhlas. Hehehe~
Jumpa lagi di lain entri. Sekian sari berita penting.
p/s2 title nak gempak...ekekeke
p/s1 nak tulis entri pendek camni pun amik masa lama giler...
0 shuriken:
Post a Comment