Tuesday, June 22, 2010

Tunaikan janjimu

bismillah...


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga membunuh dan terbunuh (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung." (At-Taubah: 111)


"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu* dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya)." (Al-Ahzab: 23)



Sesungguhnya semua yang kita ada bukanlah milik kita. Semuanya adalah pemberian dan kurnia daripada Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah. Dia memberikan kita segala kemudahan kemudian Dia membeli kembali semua itu dengan memberikan kepada para penjualnya SYURGA. Subhanallah, adakah jual beli yang lebih baik daripada ini? Tidak! Inilah jual beli paling pelik tapi begitulah Allah, Tuhan Yang Memiliki Setiap Sesuatu mengasihi hamba-hambaNya yang ikhlas berjuang demi agamaNya. Sedangkan Dia tak perlukan mereka untuk memenangkan agamaNya. Jika Dia mengkehendaki kemenangan untuk agamaNya, itu sangatlah mudah bagiNya. Namun, Dia ingin menguji keimanan hamba-hambaNya apakah telah bulat keimanan di dalam hati mereka. Dia memberikan tawaran jual beli terhebat supaya orang-orang beriman merebut peluang itu dan mengorbankan semua yang mereka miliki. Berjuang di jalan Allah dengan mengikhlaskan diri hanya kepadaNya. Bermujahadah merebut nikmat syahid di jalanNya. Dan menunaikan janji mereka kepadaNya. Allahuakbar walillahilhamd!

*menunggu apa yang telah Allah janjikan kepadanya.


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, June 21, 2010

tiada

bismillah...


tiada entri kali ni. sangat penat, baru balik dari kl... d[=_=]b

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Saturday, June 19, 2010

kita tak mati pun lagi...tapi

bismillah...


teringat sebuah kisah dalam sebuah hadis yang panjang. mafhumnya apabila ada seorang lelaki yang berjuang bagai kesatria lalu mati terbunuh di dalam peperangan. namun rasulullah saw mengatakan bahawa lelaki itu adalah ahli neraka. sahabat-sahabat berasa pelik lalu cuba mendapatkan sebab daripada rasulullah saw. rasulullah saw menjelaskan bahawa lelaki itu berjuang dan berperang kerana ingin digelar sebagai pahlawan! bukan kerana Allah...

agaknya bagaimana kita ni? kita berjuang tak sampai mati pun tapi selalu je terbersik di dalam hati ingin mendapat pujian dan sanjungan ramai dalam setiap kerja yang kita lakukan.

Allah hanya akan menolong orang-orang yang pure ikhlas

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Thursday, June 17, 2010

main-main eh?

bismillah...


geram tak kalau orang main-main masa kita bagi pengisian? dahla pengisian tu serius diorang boleh la plak gelak-gelak main cucuk-cucuk perut. perghh, sabar jela.



kadang-kadang aku terfikir kenapa orang tak suka beri perhatian terhadap apa yang kita cakap? ok, diorang memang masih baru dalam tarbiyah. baru beberapa bulan ikut usrah. masih manja. pengisian sejam nak 'qailulah' sejam jugak. kalau time pengisian tu diorang fokus ok jugak. ni tak, masa pengisian main-main jugak. tersengguk-sengguk jugak. pusing-pusing pen jugak. lukis-lukis, conteng-conteng buku jugak. so, salah sape ni?? aku dah buat yang terbaik untuk deliver pengisian. lantak korang la nak dengar ke tak. ada aku kisah?

tak jarang kita salahkan diorang bila diorang tak pay full attention bila kita cakap, betul tak? kita kata diorang ni degil, takdak harapan, tak serius, manja dan sebagainya. ingat tak dulu masa mula-mula kita join usrah? bukan ke kita pun tido jugak masa perjumpaan yang pertama sebab tak tahan dengar abang naqib berceloteh lebih sejam. dalam hati kita dah habis sumpah seranah (harap-harap tak la), maki hamun etc. ish! bila la nak habis ceramah nih... mata dok kerling ke jam dan handphone je. ish, tolongla sapa-sapa kol aku, bleh aku keluar jap. sakit tulang belakang dok bersila sejam dah ni...

normal la kot. kita dulu-dulu camtu jugak. entah-entah lagi teruk dari tu. mungkinkah ada antara kita yang start usrah terus serius, tak main-main, sangat bersemangat etc? macam-macam fi'il manusia, memang kena banyak bersabar la. mungkin camni la kot perasaan naqib pertama kita. kalaula dia reject kita awal-awal lagi mungkin kita tak jadi seperti sekarang. semua orang berpotensi. cuma kena gosok la sampai keluar sinarnya.

yang jarang kita evaluate adalah hati kita. mungkin tak diorang memberi respon sebegitu kerana diri kita sendiri. pernah tak kita check keikhlasan niat kita? kalau kita benar-benar ikhlas, check pulak hubungan kita dengan Allah. kita tak boleh mengandalkan pada usaha kita semata-mata supaya manusia dapat hidayah. yang bagi hidayah adalah Allah. jika kita tak jaga hubungan dengan Pemberi hidayah, maka kepada siapa kita nak harap anak buah kita tu diberi hidayah? Check balik adakah kita doakan mereka agar diberi hidayah, dilembutkan hati, dijernihkan fikiran agar menerima kata-kata kita? kalau doa pun tak pernah, jangan la berharap apa-apa. Rasulullah saw pun doakan hidayah kepada salah seorang daripada dua Umar. akhirnya Allah memilih Umar al-Khattab sebagai pendukung agamaNya. alhamdulillah...

kita = aku.

Allahua'lam


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, June 16, 2010

Alangkah Serupanya Malam Ini Dengan Malam Semalam

bismillah...


Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al-Kitab, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman. Bagaimana kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu dan RasulNya pun berada di tengah-tengah kamu. Barangsiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus. Hai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
(Ali Imran: 100 - 102)

Zaid bin Aslam meriwayatkan, dia berkata, Syammas bin Qais, orang yahudi - adalah seorang tua renta yang sangat besar kekafirannya dan amat keras permusuhannya terhadap kaum muslimin - melewati sekelompok orang dari suku Aus dan Khazraj ketika mereka sedang duduk dalam majlis. Maka keakraban dan hubungan baik mereka dalam Islam yang dia lihat membuatnya marah yang mana ketika jahiliyah dulu mereka saling bermusuhan.

Syammas berkata, "Ketahuilah pada saat ini Bani Qailah telah bersatu - Bani Qailah adalah gelaran untuk suku Ansar sebelum Islam di Madinah - Demi Allah! Kami tidak merasa tenang bersama mereka bila mereka bersatu."

Kemudian dia menyuruh beberapa pemuda yahudi yang bersamanya untuk duduk bersama dalam majlis orang-orang Ansar itu dan mengingatkan mereka tentang peristiwa Perang Bu'ats (perang yang pernah terjadi antara suku Aus dan Khazraj ketika mereka jahiliyah), maka itupun dia lakukan. Akibatnya orang-orang Ansar mula bertengkar, membanggakan diri dan berseru untuk mengangkat senjata serta saling memanggil dengan panggilan semasa jahiliyah. Maka Rasulullah saw keluar menemui mereka bersama orang-orang muhajirin. Sesampainya baginda di hadapan mereka, baginda bersabda, "Wahai sekalian muslimin! Apakah dengan panggilan jahiliyah kalian saling memanggil sedangkan saya berada di tengah kalian, sesudah Allah memuliakan kalian dengan Islam, memutus urusan jahilyah dari kalian dan menyatukan kalian? Apakah kalian akan kembali kepada keadaan kalian dulu sebagai orang yang kafir? Allah, Allah!!"

Maka orang-orang Ansar mula sedar bahawa pertengkaran itu merupakan hasutan syaitan dan tipu daya dari musuh mereka. Kemudian mereka membuang senjata lalu menangis seraya berpelukan antara satu sama lain. Kemudian mereka pergi bersama Rasulullah saw sebagai orang-orang yang mendengar dan taat. Maka Allah 'azza wajalla menurunkan ayat-ayat di atas.


"Sesungguhnya manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa"
(Al-Hujuuraat: 13)

Tidakkah anda lihat wahai saudara muslim bagaimana kesatuan kaum muslimin membuat orang-orang kafir takut sehingga membuatkan mereka berusaha merosakkan kesatuan itu? Apa yang terjadi kelmarin telah berulang hari ini. Musuh-musuh Islam dari kalangan penjajah dan orang-orang kafir telah melihat kesatuan muslimin di kampung dan wilayah mereka. Mereka juga melihat kesungguhan muslimin dalam memegang agamanya. Sehingga mereka berusaha merosak kesatuan itu dengan memecah belah, mengotak-katikkan dan mengobarkan semangat nasionalisma lokal di wilayah-wilayah Islam serta mengobarkan semangat asobiyah (perkauman) di tengah-tengah ummatan wahidah (ummat yang satu) ini. Kemudian setelah itu mereka mendorong muslimin untuk mematuhi dan berqiblat kepada mereka dalam segala hal; dalam sistem pemerintahan, undang-undang, pelajaran, adat etc sampai hubungan muslimin dengan islam terputus dan kembali menjadi kafir sehingga sebahagiannya memenggal leher sebahagian yang lain.

Maka, tidakkah kita mengambil pelajaran dan mendengarkan peringatan ini lalu kita bertaqwa kepada Allah dan menguatkan ikatan dan hubungan dengan Islam???


ref: dipetik daripada Majalah mingguan Al-Ikhwanul Muslimun - II/No. 18, Jumadil 'Ula 1358H/19 Jun 1939M yang ditulis semula dalam kitab Tafsir Al-Banna, m.s 208-210.


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template