Saturday, June 19, 2010

kita tak mati pun lagi...tapi

bismillah...


teringat sebuah kisah dalam sebuah hadis yang panjang. mafhumnya apabila ada seorang lelaki yang berjuang bagai kesatria lalu mati terbunuh di dalam peperangan. namun rasulullah saw mengatakan bahawa lelaki itu adalah ahli neraka. sahabat-sahabat berasa pelik lalu cuba mendapatkan sebab daripada rasulullah saw. rasulullah saw menjelaskan bahawa lelaki itu berjuang dan berperang kerana ingin digelar sebagai pahlawan! bukan kerana Allah...

agaknya bagaimana kita ni? kita berjuang tak sampai mati pun tapi selalu je terbersik di dalam hati ingin mendapat pujian dan sanjungan ramai dalam setiap kerja yang kita lakukan.

Allah hanya akan menolong orang-orang yang pure ikhlas

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template