Sunday, October 10, 2010

Kenapa takut untuk menikah?

Bismillah...


"Ana tak ready lagi la akhi. Tak kerja tetap lagi, pendapatan pun cukup-cukup makan je, macam mana nak menikah? Nak tanggung zaujah macam mana? Semua benda laki jugak yang kena tanggung."

Selalunya beginilah jawapan tipikal kebanyakan ikhwah apabila ditanya tentang nikah atau disuruh menikah oleh si murobbi. Faktor kewangan menjadi penghalang terbesar sebelum melangkah menapaki anak tangga kedua - Baitul Muslim. Malangnya ada sesetengah ikhwah yang (pada zahirnya) sudah mampu dari segi material dan batin tetapi masih tidak menyambut seruan untuk melaksanakan pernikahan. Pada pendapat aku, ini merupakan kezaliman terhadapa pihak akhwat yang mengharapkan seorang lelaki soleh -ikhwah- untuk membina sebuah keluarga du'at dalam meneruskan legasi dakwah.

Aku mungkin termasuk salah seorang daripada ramai ikhwah yang selalu memberi alasan yang sama apabila ditanya tentang pernikahan. Aku sendiri tak pasti apakah aku benar-benar tak mampu atau aku sendiri yang tak mahu. Apakah aku belum yakin padahal Allah SWT telah menjamin di dalam kitabNya yang mulia bahawa Dia akan mengurniakan rezeki kepada orang yang bernikah jika orang itu miskin.

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) Maha Mengetahui." (An-Nuur : 32)

Akh: Jaafar, Shuhaimi, Zikri, Rafizal, Suhaimi, Syed, Azrin, Khubaib, Soleh, Hafidz, Aizam dan ramai lagi telah menjadi bukti kepada janji Allah dalam ayat ini. Betapa cepat Allah memberi kurniaNya kepada mereka semua seusai pernikahan. Aku rasa tak perlu menunggu lebih banyak contoh untuk menambah keyakinan terhadap janji Allah SWT. Apakah aku masih ragu? Ah, keraguan bersumber daripada syaitan...



Kepada ikhwah-ikhwah yang akan menikah (ramai juga ye), aku titipkan sebuah doa untuk kalian. Semoga memberi kekuatan kepada diri sendiri insyaAllah.

"Barakallahulaka wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khoir. Amin."

p/s penulis masih belum berkahwin dan menulis dari perspektif seorang yang belum berkahwin

Allahua'lam


7 shuriken:

Abu Khalid said...

Masanya sudah tiba akhi, jangan takut-takut.

Walaupun ada akhawat yang menakutkan. Huhu

Anonymous said...

^___^ ....peace~

hafidz said...

ni dah terlalu daruri untuk nikah...

Unknown said...

tak boleh pakai paley..

nikoh je...buat solat istikharah, doa2, pilih yang terbaik..

ok je nanti tu...

masalah rumah tangga, biasa...

Anonymous said...

Nikah bukan hanya nak bagi makan bini jer syeikh ...Yang penting bagaimana nak bina synergy untuk dakwah. Lihatlah disekeliling kita ramai yang menikah tapi akhirnya larut diatas katil hingga meninggalkan dakwah. Nikah bukan lah satu perkara ikut ikutan dan risau risauan kerana umur yg meningkat tapi adalah satu ibadah yang penuh dengan tanggungjawab dan risiko dunia akhirat apalagi dalam pembinaan generasi. Bukan tujuan ana untuk takut takutkan anta dgn pernikahan tapi supaya bairlah kita menikah dalam keadan kita " sedar" supaya nikah kita itu menjadi pemacu kepada dakwah dan menjadi kenderaan kita membawa kita kesyurga Allah ...fikir2kanlah! ( ana merancang menikah sejak 1tahun setengah yg lalu tapi akhawat disambar garuda dalam sekelip mata...adoi. Pilurasanya. huhuu )

paley tsugareyukumono said...

no comment, lets rockin'!

Abu Khalid said...

Yaaarh!!!

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template