Tuesday, November 23, 2010

Blog Ibnu Yazid

bismillah...

Tak sangka! Dah lebih dua tahun umur blog ni dan dah lebih dua puluh empat tahun umur tuan blog ni. Selamat hari lahir kepada mereka walaupun tarikh lahir dah lepas agak lama. Alhamdulillah, Allah bagi peluang hidup sampai sekarang. Dia tak bagi aku hidup saja-saja tapi bagi sekali keperluan hidup. Pakej lengkap sebagai manusia. Tapi bukan bagi saja-saja suruh enjoy huru-hara. Ada assignments nak kena buat. Keperluan hidup yang diberikan adalah sebagai kemudahan dalam membuat assignments yang diberikanNya. Macam nak buat assignment texture analysis tapi buku DIP takdak. Macam mana nak buat kalau camtu...

Tekad mula-mula nak buat blog (selepas ada laptop) adalah untuk misi syahadatulhaq. Semangat betul masa tu. Tapi itulah...selepas lebih dua tahun, lebih goblok dari berblog. Ah...iman lebih mudah berbolak balik daripada telur dalam air yang sedang mendidih. Begitulah aku yang tak konsisten. Mengharapkan hasil maksimal dengan kerja yang minimal. Apakah mungkin begitu? Hard work pays off.

Sebenarnya terlalu banyak perkara yang aku nak luahkan dalam blog ni. Pengalaman aku sebelum dan selepas join tarbiyyah. Tentang orang-orang yang membawa harapan dalam hidup aku. Tentang mereka yang mengubah aku dari zero to one walaupun tak hero. Tentang suka duka, tangis dan tawa kami dalam program-program tarbiyyah yang kami lalui. Tentang orang-orang yang menghargai keupayaan dan kemampuan aku. Tentang manusia yang pernah menjadi murabbi dan mu'allim dalam hidup aku. Tentang manusia yang mengajari aku erti hidup. Tentang semua perkara. Aku ingin luahkan semuanya. Tapi...

Tak sikit orang yang menilai seseorang melalui tulisan. Mungkin ada juga yang menilai aku sebegitu. Bagaimana agaknya penilaian mereka ya? Ah, ibnu yazid bukan seperti yang mereka sangkakan. Aku takut pada expectation. Underestimate atau overestimate - keduanya aku tak suka. Satu je aku mintak: Doakan aku jadi lebih baik dan kekal istiqamah di atas jalan ini. Cukup.

Setelah lebih dua tahun, dengan update yang kurang informatif mahupun aplikatif, aku ingin mengucapkan JAZAKUMULLAH KHAIRAN KASIRA. BARAKALLAHULAKUM kepada para pembaca, pengkomen, pengikut mahupun pengklik blog ni. Walaupun aku mungkin tak kenal kome dan kome pun mungkin tak kenal aku, semoga ikatan persaudaraan atas dasar aqidah ini akan terus membumi dan menyuburkan pokok islam, insyaAllah.

Akhir sekali, aku suka gambar ni walaupun takdak kaitan. Kenangan jaulah Cameron Highlands 2008. :)

Lompat!

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template