Thursday, December 02, 2010

Sejenak bersama pakcik K

bismillah...

semalam berpeluang ber'ym' dengan seorang pakcik. pakcik K (bukan nama sebenar). dah lama tak sembang-sembang dengan pakcik K. aku belajar banyak benda daripada dia. sangat suka offer diri dia untuk bantu ikhwah-ikhwah dan sangat mudah untuk diajak bersembang dan berbincang. anytime, anywhere. ciri-ciri da'i tergambar pada setiap kata-kata dan perbuatan beliau.

aku malu kat pakcik ni sebab tak sekuat dan seteguh dia. peningkatan usia tak mengurangkan amal dakwahnya. bahkan semakin gencar dan melaju. ahh, aku yang muda ni je terlalu manja. sibuk sikit dengan study mulalah bagi alasan macam-macam taknak pergi program dakwah. teringat kat sebuah makalah pakcik Q. katanya, dakwah bukan untuk orang manja, pilih program mana yang dia suka. yang dia tak suka taknak pergi.

pakcik K tanya macam mana program tarbiyah aku kat sini. berjalankah? aku hanya jawab, alhamdulillah, berjalan tapi biasa-biasa je. tak stabil lagi. --ah! alasan kuno. tak stabil sejak dulu lagi. aku bukan baru ikut halaqah. dah lama sangat. aku teringat tulisan pakcik Q. katanya dakwah bukan untuk orang yang sekejap up sekejap down. kejap-kejap lari. lompat sana-sini.

aku cakap kat pakcik K, susahkan nak bersabar dengan saya? dia hanya jawab, biasala..orang muda, semangat membara. aku malu lagi. takdela semangat membara pun. lebih kepada ketaksabaran. teringat kata-kata pakcik I. katanya, siapa yang tak sabar bersama kami dalam mengikuti jalan yang kami lalui, maka silakan tinggalkan kami dan pergilah bersama group lain.

tapi aku nak pergi mana? aku yakini jalan yang aku tempuhi sekarang tapi kerana sedikit frustation, aku ambil jalan yang salah. pakcik Q kata lagi, dakwah bukan untuk orang yang cepat terasa. sikit-sikit merajuk. sikit-sikit makan hati. ah, teruknya aku.

pakcik K nasihati aku. katanya, perjalanan yang kita tempuhi ni panjang. kena bernafas dengan betul supaya tak penat di tengah jalan. aku suka cara orang lama menasihati orang muda. berkias tapi mendalam. aku sedar selama ni aku bernafas terlalu cepat sehingga aku penat di pertengahan perjalanan. aku hanya jawab, insyaAllah..

dah agak lama tak berjumpa. aku rindu saat-saat kami 'mengeteh' sambil pekena goreng pisang bersama-sama dulu. sampai orang ingat kami ni ayah dan anak. memang pun. peranan murabbi itu ibarat seorang ayah kepada anaknya. daripada pakcik K lah aku belajar bermu'ayasyah dengan mutarabbi2ku. baru tahu bukan senang nak melayan kerenah manusia yang pelbagai. yang lagi payah ialah nak control perjumpaan informal tu supaya tak jadi lagho. kadang-kadang kita yang over-lagho. lebih sudu dari garpu...huhuhu (apakah peribahasa ini??!)

last sekali aku cakap kat pakcik K insyaAllah nak jumpa dia lagi. DSS (duduk sembang-sembang) like we used to do. jazakallah khairan kasira kepada pakcik K. barakallahufik, semoga Allah terus memberi kekuatan kepada pakcik untuk melahirkan lebih ramai pemuda yang teguh yang lebih baik dari saya. :)

p/s bakal jadi pakcik P suatu hari nanti..hehe



0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template