Sunday, July 24, 2011

(a big) THANK YOU

bismillah...

Nah, dengar lagu ni dulu..hehe



Alhamdulillah. Actually penat giler sebab baru balik dari mukhayyam tapi still nak update blog jugak memandangkan taktau la lepas ni bila pulak nak dapat update. Sebelum tu, apa itu mukhayyam? Yang aku tau mukhayyam tu perkataan arabic, taktau maknanya secara tepat tapi maksudnya lebih kurang ialah perkhemahan. Apapun, mukhayyam lebih menekankan integrasi aspek jasmani dan ruhiyah. Ke arah membentuk seorang individu muslim yang qowiy berlandaskan prinsip "Seperti singa di siang hari dan rahib di malam hari".

Antara pengalaman aku bermukhayyam yang sangat memberi kesan ialah ketika habis matrikulasi. Ingat lagi ketika qiamullail pada malam tu, imam membaca surah Ali-Imran sehingga menangis teresak-esak. Ramai ikhwah-ikhwah yang lain turut menangis. Aku masih baru dalam kafilah dakwah pada masa tu dan masih tidak faham kalimah-kalimah yang dibaca tapi terasa sayu dan sebak mendengar setiap untaian kalimah-kalimah yang dibaca. Bacaan yang sangat panjang sehingga imam tidak mampu lagi meneruskan bacaannya dan terus rukuk. Pada siang hari pula kami di'train' ibarat seorang askar. Perlu jaga disiplin masa, etika, kekemasan dan kebersihan dll. Bagi aku, orang yang design mukhayyam tu sangat genius sebab bukan senang nak buat modul yang menatijahkan kekuatan iman dan ukhuwah sekaligus. Itu yang aku rasakan.

Minggu ni aku agak kelam-kabut sket. Nak pindah barang-barang dari Perlis ke Perak. Kemudian liqo' hari rabu haritu baru 'add-hoc'ly decide nak buat mukhayyam ni. Sebab sangat susah nak cari "common time" supaya semua orang boleh join sekali, kami decide buat je sape yang ada. Ni pun atas suggestion ikhwah-ikhwah masa pergi daurah haritu. Bagi aku (personally), buat kerja last minute ni biasa. Hehe

Kemudian hari khamis aku balik Perak bawa barang-barang semua then rehat-rehat kat kampung sampai sabtu petang. Sampai sabtu malam, tolong Rais pindah rumah then terus mabit (tido) kat rumah lama dia (terus start mukhayyam). Oh, sebelum apa-apa, jazakallah khairan kasira Rais sebab belanja kami makan kat Kuala Perlis. Sedap giler ikan siakap. Lepas ma'surat dan sedikit "tido-selepas-subuh", program utama mukhayyam kami pun bermula.

Kami akan berjalan kaki dari Bintong ke Bukit Ayer. Oleh sebab tak sempat recce/survey jalan, kami akan redah je. Tapi takpe sebab ikut jalanraya, banyak la signboard jadi panduan. Anggaran perjalanan adalah sejauh 15 kilometer dan mungkin mengambil masa 4 jam. Tugasan yang diberi untuk dibuat sepanjang perjalanan ialah hafal surah Ath-Thoriq dan zikir Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar sebanyak 100 kali. Simple je. Hafalan pula dibuat by group tiga-tiga. Kami mula gerak pukul 830 pagi.

Sepanjang perjalanan, kami menikmati keindahan alam di negeri Perlis. Sawah padi yang menghijau, bukit-bukau, hutan sepanjang jalanraya sedikit sebanyak memberi peluang kepada kami berinteraksi dan 'bergerak' bersama alam, memuji kebesaran dan keagungan Pencipta. Fikiran terasa tenang memikirkan betapa ramainya "muslim" yang bersama-sama kita menghambakan diri kepada Pencipta Yang Esa. Kita tak sedikit!

Ada di antara kami yang cedera, melecet kaki kerana terlalu lama berjalan. Namun tetap terus berjalan menahan kesakitan. Kepada ikhwah yang cedera, semoga kesakitan tu menjadi saksi kepada antum di akhirat kelak bahawa ia cedera di jalan Allah.

Kami sampai di Bukit Ayer pada pukul 1215. Memang penat giler tapi puas. Terasa kaki macam tak pijak tanah, kebas. Tapi itu maknanya kami belum cukup fit. Rasulullah saw berhijrah dari Mekah ke Madinah sejauh 600km (kalau salah tolong betulkan ye) berjalan kaki. Banyak tentera islam pergi berperang jauh ke pelusuk dunia dengan berjalan kaki. Dan mereka menang! Ni baru 15km dah pancit. Ceroi la.

Alhamdulillah feedback daripada ikhwah-ikhwah yang join (mostly first time join mukhayyam camni) sangat baik. Jadi harap ikhwah Perlis dapat buat mukhayyam yang lebih best dan adventure nanti, insyaAllah. Mungkin ikhwah Banting boleh join? Haha.

Ni hari-hari terakhir aku di Perlis. Semoga dapat datang lagi ke Perlis nanti. Semoga dakwah dan tarbiyyah di Perlis makin power lagi. Aku akhiri entry kali ni dengan doa rabitah. Aku sayang kepada semua ikhwan-ikhwan Perlis yang sangat supportive dan caring. Jazakumullah khairan kasira. Semoga Allah terus memelihara ukhuwah imaniyah yang telah terjalin di antara kita. Semoga bertemu lagi.

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami...
Lapangkanlah dada kami
Dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan makrifatMu
Matikan dalam syahid dijalanMu
Engkaulah Pelindung dan Pembela


Ya Allah perkenankanlah permintaan kami...

Sori takde gambar nak selit. Sekian


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Thursday, July 21, 2011

Summer Transfer

Bismillah...

Tajuk nak best. Bajet macam pemain bola pindah kelab. Hehe.

Barang-barang pun banyak yang dah packing. Tinggal PC ni je belum masuk kotak lagi. Banyak giler barang. 7-8 kotak.
Nak pergi mana?

Nak pindah. Nak bawak balik barang-barang ke Taiping. Lepas tu nak pergi Selangor.

Hidup nomad
Walaupun dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku sekolah harian tapi aku bukanlah jenis manja duduk rumah je atau nerd duduk study je kat rumah. Dulu takde internet. Masa kat KMPk pun aku jarang balik rumah. Kat Skudai pun sama. Masa tahun tiga, aku balik sekali je, tu pun raya puasa. Cuma kat Perlis ni aku agak rajin balik terutama masa ayah aku sakit hari tu.

Matlamat jangka pendek (Apa kaitan?)

Nak pergi Sabah, satu-satunya negeri yang belum dijejaki. Nak mendaki Kinabalu. Ceh, nak panjat Gua Sami pun semput. Hehe

Perlis

First sampai ke Perlis, musim panas. Tekak jadi kering, suara jadi serak. Zuki cakap ambik masa nak adapt. Lepas tu ok. Sepanjang kat Perlis, dua kali pengalaman banjir. Kali pertama air masuk jugak dalam rumah. Lagi satu Perlis ni kecik je, rasanya semua tempat kat Perlis ni aku dah pergi. Bolehla nak jadi tourist guide tu. Hehe

Master

Actually dah dapat offer buat master kat USM Penang. Satu lagi offer UiTM.
Dakwah di Perlis

Sangat best dan semua orang sangat supportive kat sini. Aku pasti merindui Perlis lepas ni. Even sekarang pun rasa berat nak tinggal. Banyak lagi tanggungjawab belum tertunai. Apapun, aku just nak bagitau ladang dakwah di Perlis ni lagi luas dari ladang tebu kat Chuping tu. Banyak jiwa-jiwa yang perlukan sentuhan tarbiyyah dari tangan-tangan murabbi yang ikhlas. Mungkin suatu hari nanti aku akan kembali ke Perlis, insyaAllah.
Tempat baru

Lingkungan pelajar tak sama dengan lingkungan masyarakat umum. Terjun ke dalam masyarakat perlukan kekuatan lain. Berdepan dengan medan realiti setelah lama berlatih di medan pelajar dengan jatuh bangun keimanan. Kekuatan itu bukan semata-mata kekuatan individu tetapi kekuatan berjemaah. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Azam, tawakal dan bekerjalah kamu!

Acknowledgement
Senang kira, jazakumullah khairan kasira kepada semua ikhwah, akhwat, pakcik, makcik, kawan-kawan dan semua sekali lah yang telah banyak membantu ana sepanjang berada kat Perlis ni. Owh, ni bukan perkara 'pelik' orang nak mati buat seperti yang selalu keluar dalam Metro. Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, jika diberi umur yang panjang, insyaAllah kita akan bertemu lagi. :)

Ni alamat baru aku (tipu~)

Stamford Bridge, London, UK



Wassalaam...

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, July 20, 2011

Pengalaman memBERSIH di KL

Bismillah...

BERSIH 2.0 merupakan first time experience untuk aku. First time berdemo. So boleh katakan aku kurang aware dan prepare. Tak perlu aku nyatakan kat sini kenapa aku join demo ni. Just nak menulis pengalaman yang sebenarnya tak la menarik sangat pun. Huhu.

Aku bukan nak jadi hero

Mungkin orang ingat aku nak jadi hero dengan turun berdemo padahal kerajaan dah larang awal-awal. Bukan macam tu. Aku serahkan pada korang la nak menilai camne. Malas aku nak explain.

Perjalanan yang jauh

Aku bergerak dari Perlis, northest part of Malaysia bersama tiga orang lagi kawan. Naik kereta. Bukan dekat. Keluarkan belanja sendiri. Kami bukan dibayar sama ada oleh penganjur BERSIH atau PR. Apatah lagi dibayar oleh BN. Jem. Perjalanan ini dipandu oleh intention untuk melihat Malaysia yang lebih baik pada masa depan. Apakah sekarang belum cukup baik? Terpulang kepada cara kita menilai dan memberi makna kepada perkataan 'baik' itu sendiri. Bagi aku, Malaysian deserves better Malaysia. That's all.

Banyak halangan

Mula perjalanan pun dah pelbagai halangan yang kami tempuhi. Sepanjang perjalanan dari Perlis ke Penang saja dah bertembung dengan empat sekatan polis. Peliknya, tidak ada roadblock selepas Penang sehingga kami sampai di Ampang pada malam tu. Alhamdulillah. Cuma pada pagi sabtu sebelum kami bergerak untuk menaiki tren di stesen Jelatek ada satu roadblock. Maka kami terpaksa menyelinap ke taman berdekatan dan mengambil jalan ke stesen LRT Wangsa Maju. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Dapat parking lot dekat stesen. Kami mengambil tren Wangsa Maju ke Imbi kerana mendapat tahu stesen LRT Hang Tuah ditutup. Mujur ada Bro S yang sentiasa mendapat update daripada iPhone beliau. Hehe.

Polis di mana-mana

KL memang agak pelik pada hari tu. Seolah-olah ada penjenayah besar terlepas dari penjara. Turun je kat stesen Imbi dah nampak polis. Update mengatakan polis mengepung orang ramai di stesen KL Sentral dengan menutup semua pintu-pintu masuk/keluar. Dahsyat. Jalan KL lengang hari tu. Kami berjalan kaki menghala ke Puduraya. Aku lihat ada dua orang wartawan mat saleh dengan kamera besar dan mikrofon berjalan laju di hadapan kami. Ada kereta polis sedang meronda.

Merancang strategi

Khuatir disedari pergerakan kami diperhatikan, kami berpecah dua-dua. Bila nampak je polis berpakaian seragam, kami cepat-cepat mengelak dan cuba mencari jalan lain. Tapi kami bukan orang KL, redah-redah tembus jalan yang sama. Hehe. So kami redah je buat tak tahu. Nampak jugak beberapa orang berpakaian free-man dengan walkie-talkienya, berjalan berkumpulan. Kami mengelak daripada bertembung dengan diorang kerana suspect mereka ni ialah SB. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan. Walaupun penat kami sampai jugak di Puduraya. Melihat orang ramai sedang berkumpul di hadapan menara Maybank, terus lenyap rasa penat berjalan jauh. Kami terus menyertai mereka. Walaupun polis berada di sekeliling kami, namun mereka hanya melihat saja. FRU juga telah menyekat jalan menghala ke Stadium Merdeka.

Lautan manusia

Di hadapan menara Maybank, ada seseorang sedang berucap. Aku tak kenal. Semua orang melaungkan slogan BERSIH! BERSIH! Aku follow je. Menariknya, perhimpunan ni disertai oleh pelbagai bangsa. Aku jumpa ramai orang cina. Kaum cina sering dilabel sebagai opportunist. Sebab tu diorang jarang nak sertai perhimpunan bersama kaum Melayu. BERSIH 1.0 pun banyak dipelopori oleh kaum Melayu. Walaupun aku tak pergi tapi itulah yang diceritakan oleh orang ramai. Namun kali ni berbeza. Obviously, perhimpunan kali ni dipelopori diorang. Kaum india pun ada tapi aku jumpa sikit je. Mungkin kat tempat lain ramai.

Update twitter dan fb

Adush, aku terlupa nak charge bateri hp bagi penuh. Tengah syok ambil gambar dan video, baru perasan bateri dah nak habis. So terpaksa la save bateri untuk update perkembangan terkini ke twitter dan fb. Actually aku pakai hp cap ayam je tapi aku guna application gladlycast yang membolehkan aku update status twitter dengan sms je. So daripada status twitter tu aku link-kan ke fb dgn hashtag. Uish, teknikalnya! Haha.

Sori x3

Ada beberapa orang ikhwah cuba sms dan call aku semasa perhimpunan tu tapi aku tak sempat reply sebab keadaan agak kelam-kabut. Aku just suruh diorang tengok update kat fb aku je. Lagipun aku kena save bateri, in case terpisah daripada kawan-kawan, aku boleh contact diorang lagi.

Jumpa kawan-kawan

Fortunately, aku jumpa kawan-kawan lama masa study kat utm dulu. Sahabat-sahabat dari PMI. Ada yang dah kerja dan ada yang sambung master. Jumpa jugak ikhwah-ikhwah KL dan rakan-rakan dari Perlis. Apapun, semasa perhimpunan tu kami semua adalah kawan, walaupun tak pernah kenal, berlainan agama dan bangsa. Itu yang menjadikan perhimpunan ini benar-benar 1Malaysia.

Tear gas

Sebelum ni aku dah mention bahawa aku tak cukup prepare untuk perhimpunan kali ni. Aku kurang pasti bagaimana rasa kena tear gas? Pedih mata sajakah? Camne garam boleh neutralize efek tear gas tu? Aku tak tahu. Sebab tu aku tinggal garam dalam kereta sebelum naik tren sebab takut kena tahan dengan polis. Then, kesan tak bawak garam tu rasa bila aku kena tear gas je.

Kali pertama, aku kena tear gas yang dibawa angin dari jauh je. Tiba-tiba je mata rasa pedih sangat-sangat. Aku cuba pejam mata tapi still pedih. Aku ditegur oleh seorang pemuda dan dia offer garam. Aku ambil dan makan sikit. Then rasa pedih semakin kurang. Polis dan FRU push supaya kami berundur. Selepas beberapa ketika, aku ternampak satu group maju ke depan, so aku follow dari belakang bersama ribuan yang lain. Aku ditegur oleh dua orang ikhwah dan dia tarik tangan aku. Kami maju ke depan bersama. Kemudian aku terdengar bunyi dentuman senapang tear gas.

Satu canister menghala ke arah aku, aku cuba mengelak namun datang satu lagi canister. Aku berlari ke belakang dan canister itu jatuh betul-betul di hadapan aku. Aku meredah asap yang berkepul-kepul tu dan ketika itu barulah aku tahu betapa sakitnya efek tear gas tu. Kulit muka terasa seperti melecur, mata pedih giler dan yang paling teruk ialah sesak nafas. Aku hampir pitam tapi kuatkan diri untuk terus berlari keluar dari kepulan asap. Habis sebotol air mineral aku tuang ke muka namun kepedihan tetap terasa. Hujan yang turun mengurangkan kesan tear gas. Aku lihat orang ramai bertempiaran lari. Ada yang menceduk air lopak untuk membasuh muka. Terpaksa. Yang menariknya, semua orang cuba menolong sesiapa saja tak kira bangsa dan agama. Situasi yang jarang dapat dilihat di negara 1Malaysia ni.

Kali ketiga kena tear gas, aku lari masuk ke kawasan Hospital Tung Shin. Dalam keadaan terhuyung-hayang, aku kerah sisa kudrat berlari naik ke tempat parking. Then aku terduduk. Habis tenaga. Mesti ada yang cakap, "Yang hangpa pergi demo tu buat apa? Cari penyakit..." Aku tak mahu berkompromi dengan statement selfish macam tu. Biaq pi la nak cakap apapun...

Water cannon

Aku tak kena benda alah ni sebab aku tak berani pergi dekat. Takut kena tangkap. Huhu. Ceh, dok kat belakang pun ada je yang kena tangkap. Tapi orang cakap ni air kimia, kalau kena efek gatal dan pedih. Ish, kejam betul la. Orang berhimpun secara aman kot.

Solat

Kami sampai Puduraya tu dah dekat pukul satu. Masa FRU buat riot tu, waktu zohor dah masuk. Ada yang ambil kesempatan untuk solat kat tepi jalan je. Masa aku nak lari ke hospital tu aku sempat tengok sebiji canister jatuh betul-betul sebelah seorang yang sedang solat. Ada seorang kawannya yang cuba kawal agar orang ramai yang bertempiaran lari tak langgar kawan dia yang sedang solat tu. Aku tak pasti sama ada dia teruskan solat atau camne. Mungkin jugak kawan dia kutip dan baling canister tu ke tempat lain. Allahua'lam.

Sebelum tu aku dah terpisah dengan kawan-kawan aku dari Perlis tapi aku jumpa dua orang kat tempat parking hospital. Seorang lagi dah terpisah masa aku kena tear gas kedua. Dapat laporan dia lari masuk ke bahagian bawah Puduraya then follow other group marching to Stadium Merdeka. Kemudian kami bertiga solat jamak taqdim di hadapan foyer hospital. Ramai yang ambil kesempatan untuk bersolat di situ dengan anggapan hospital adalah kawasan perlindungan. Polis atau FRU tak boleh tembak tear gas atau water cannon ke dalam kawasan hospital. Tapi kitorang semua silap.

Polis tipu!

Bila YB Sivarasa datang, dia berunding dengan polis untuk kitorang marching guna sebelah jalan je. Unit amal PAS pun arahkan orang ramai untuk berbaris elok-elok, rapat-rapat kat jalan. Ada yang duduk di atas jalan. Tapi FRU dan polis still menghalang jalan di depan. Then polis tangkap YB Sivarasa dan bawa dia ke belakang. Lepas tu FRU terus sembur air dan tear gas kepada orang ramai. Keadaan yang sempit tu menyebabkan sukar untuk melarikan diri. Aku terus lari kembali ke dalam kawasan hospital. Speechless aku dengan tindakan polis dan FRU ni. Aku tak tahu di sebalik tubuh seorang manusia tu, apakah yang membentuk hati mereka.

Dikejar SB

First sekali apa itu SB? SB ialah siput babi. Hehehe. Kami dikejar oleh SB di dalam kawasan hospital. Kalau sesiapa yang pernah pergi ke hospital Tung Shin ni mesti tahu camne bentuk muka bumi kat sini. Kami terkepung! The most possible way to escape is panjat bukit dengan cerun 75 darjah. Gila bahaya! Atau crossover pagar tajam yang memagari keliling hospital. Dengan kasut but aku, senang je untuk aku panjat bukit tu tapi aku rasa bersalah kepada para wanita yang kurang berdaya untuk memanjat.

Wanita-wanita ni seperti tak tahu nak ke mana. Diorang ke hulu ke hilir cari jalan yang possible untuk seorang wanita boleh escape tapi tak jumpa. So aku ambil keputusan untuk stay kat situ. Tapi tiba-tiba ada ramai SB serbu kami, maka aku terpaksa lari ke bahagian belakang hospital dan crossover pagar tajam. Kat situ kami beramai-ramai menolong pakcik-makcik yang kurang berdaya untuk cross pagar tajam tu. Alhamdulillah, apa yang penting? Kerjasama.

Selipar jepun

Ramai juga yang aku jumpa tu berkaki ayam. Selipar putus masa lari kena kejar dengan polis. Mungkin diorang tak diberi arahan yang jelas kot supaya pakai kasut. Yela, kita nak berhimpun secara aman, so pakai jela simple-simple. Tak payah la pakai macam aku. Dah macam nak pergi panjat gunung. Hehe. Apapun expect the worst.

Berjalan lagi

Setelah melepasi bukit di hospital tu, kami berjalan kaki menghala ke KLCC. Hampir habis tenaga, kami berehat kejap kat stesen minyak Shell. Memang laku barang jualan dalam kedai kecil tu. Aku rasa habis semua kot barang makanan dan minuman dalam tu. Dekat kawasan Bukit Bintang kami jumpa dengan YB Nik Nazmi. Sempat bergambar dengan dia. Aku bagitau yang aku follow dia kat twitter. Bajet dia nak follow balik. Haha.

Halal dan haram

Kat Bukit Bintang tu kami lalu depan pusat maksiat. Arak dijual di tepi jalan je. Siap ada offer lagi. Aku pelik kenapa perhimpunan aman diharamkan tapi arak dan kemungkaran kubro camni dihalalkan pulak? Owh, negara Islam 1Malaysia. Tak perlu aku list benda haram yang dihalalkan dan benda halal yang diharamkan mereka yang berkuasa. Korang sendiri boleh fikir kan.

KLCC

Masa kami sampai kat KLCC tu dah lewat petang. Keadaan dah reda tapi polis dan FRU masih banyak berkawal. Kami masuk ke dalam KLCC untuk menyejukkan diri dan mengisi 'tank' yang kosong serta top up tenaga yang dah merah. Masa tengah makan tu ditegur oleh pasangan uncle dan auntie chinese. Diorang pun sama-sama dengan kami dari Puduraya sampai ke KLCC, cuma tak perasan sebab ramai sangat. Ternampak jugak YB Johari Abdul makan-makan dengan isteri dan kawan-kawan dia.

Last

Kami dapat tahu kawan kami yang terpisah tu dah diambil oleh ayah beliau di KL Sentral. Mujur dia selamat. Actually dia pair dengan aku (anak usrah aku) tapi kitorang separate masa kena tear gas kedua. Sungguh tak bertanggungjawab punya naqib! Haha. Akhirnya kami menaiki tren dari KLCC ke Wangsa Maju dan balik semula ke Ampang. Kawan-kawan aku nak terus balik ke Perlis malam tu jugak tapi aku nak ke Shah Alam sebab nak pergi program Wacana bersama Syeikh Jum'ah Amin. So, minta tolong kawan ambil aku kat KL Sentral dan tido kat rumah sewa dia di Shah Alam.

Ni gambar bagi membuktikan aku pergi sana. Poyo sket. Haha

Sudah tamat~

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template