bismillah...
Nah, dengar lagu ni dulu..hehe
Alhamdulillah. Actually penat giler sebab baru balik dari mukhayyam tapi still nak update blog jugak memandangkan taktau la lepas ni bila pulak nak dapat update. Sebelum tu, apa itu mukhayyam? Yang aku tau mukhayyam tu perkataan arabic, taktau maknanya secara tepat tapi maksudnya lebih kurang ialah perkhemahan. Apapun, mukhayyam lebih menekankan integrasi aspek jasmani dan ruhiyah. Ke arah membentuk seorang individu muslim yang qowiy berlandaskan prinsip "Seperti singa di siang hari dan rahib di malam hari".
Antara pengalaman aku bermukhayyam yang sangat memberi kesan ialah ketika habis matrikulasi. Ingat lagi ketika qiamullail pada malam tu, imam membaca surah Ali-Imran sehingga menangis teresak-esak. Ramai ikhwah-ikhwah yang lain turut menangis. Aku masih baru dalam kafilah dakwah pada masa tu dan masih tidak faham kalimah-kalimah yang dibaca tapi terasa sayu dan sebak mendengar setiap untaian kalimah-kalimah yang dibaca. Bacaan yang sangat panjang sehingga imam tidak mampu lagi meneruskan bacaannya dan terus rukuk. Pada siang hari pula kami di'train' ibarat seorang askar. Perlu jaga disiplin masa, etika, kekemasan dan kebersihan dll. Bagi aku, orang yang design mukhayyam tu sangat genius sebab bukan senang nak buat modul yang menatijahkan kekuatan iman dan ukhuwah sekaligus. Itu yang aku rasakan.
Minggu ni aku agak kelam-kabut sket. Nak pindah barang-barang dari Perlis ke Perak. Kemudian liqo' hari rabu haritu baru 'add-hoc'ly decide nak buat mukhayyam ni. Sebab sangat susah nak cari "common time" supaya semua orang boleh join sekali, kami decide buat je sape yang ada. Ni pun atas suggestion ikhwah-ikhwah masa pergi daurah haritu. Bagi aku (personally), buat kerja last minute ni biasa. Hehe
Kemudian hari khamis aku balik Perak bawa barang-barang semua then rehat-rehat kat kampung sampai sabtu petang. Sampai sabtu malam, tolong Rais pindah rumah then terus mabit (tido) kat rumah lama dia (terus start mukhayyam). Oh, sebelum apa-apa, jazakallah khairan kasira Rais sebab belanja kami makan kat Kuala Perlis. Sedap giler ikan siakap. Lepas ma'surat dan sedikit "tido-selepas-subuh", program utama mukhayyam kami pun bermula.
Kami akan berjalan kaki dari Bintong ke Bukit Ayer. Oleh sebab tak sempat recce/survey jalan, kami akan redah je. Tapi takpe sebab ikut jalanraya, banyak la signboard jadi panduan. Anggaran perjalanan adalah sejauh 15 kilometer dan mungkin mengambil masa 4 jam. Tugasan yang diberi untuk dibuat sepanjang perjalanan ialah hafal surah Ath-Thoriq dan zikir Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar sebanyak 100 kali. Simple je. Hafalan pula dibuat by group tiga-tiga. Kami mula gerak pukul 830 pagi.
Sepanjang perjalanan, kami menikmati keindahan alam di negeri Perlis. Sawah padi yang menghijau, bukit-bukau, hutan sepanjang jalanraya sedikit sebanyak memberi peluang kepada kami berinteraksi dan 'bergerak' bersama alam, memuji kebesaran dan keagungan Pencipta. Fikiran terasa tenang memikirkan betapa ramainya "muslim" yang bersama-sama kita menghambakan diri kepada Pencipta Yang Esa. Kita tak sedikit!
Ada di antara kami yang cedera, melecet kaki kerana terlalu lama berjalan. Namun tetap terus berjalan menahan kesakitan. Kepada ikhwah yang cedera, semoga kesakitan tu menjadi saksi kepada antum di akhirat kelak bahawa ia cedera di jalan Allah.
Kami sampai di Bukit Ayer pada pukul 1215. Memang penat giler tapi puas. Terasa kaki macam tak pijak tanah, kebas. Tapi itu maknanya kami belum cukup fit. Rasulullah saw berhijrah dari Mekah ke Madinah sejauh 600km (kalau salah tolong betulkan ye) berjalan kaki. Banyak tentera islam pergi berperang jauh ke pelusuk dunia dengan berjalan kaki. Dan mereka menang! Ni baru 15km dah pancit. Ceroi la.
Alhamdulillah feedback daripada ikhwah-ikhwah yang join (mostly first time join mukhayyam camni) sangat baik. Jadi harap ikhwah Perlis dapat buat mukhayyam yang lebih best dan adventure nanti, insyaAllah. Mungkin ikhwah Banting boleh join? Haha.
Ni hari-hari terakhir aku di Perlis. Semoga dapat datang lagi ke Perlis nanti. Semoga dakwah dan tarbiyyah di Perlis makin power lagi. Aku akhiri entry kali ni dengan doa rabitah. Aku sayang kepada semua ikhwan-ikhwan Perlis yang sangat supportive dan caring. Jazakumullah khairan kasira. Semoga Allah terus memelihara ukhuwah imaniyah yang telah terjalin di antara kita. Semoga bertemu lagi.
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami...
Lapangkanlah dada kami
Dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan makrifatMu
Matikan dalam syahid dijalanMu
Engkaulah Pelindung dan Pembela
Ya Allah perkenankanlah permintaan kami...
0 shuriken:
Post a Comment