Thursday, October 20, 2011

Update blog

Kalaulah tak kerana aku masih rasional untuk membezakan antara dakwah dan pendakwah, dah lama aku tinggalkan dakwah.

Itu dulu, masa aku belum 'rasa' aku adalah seorang pendakwah.

Tapi sekarang aku sedar sikap pendakwah terhadap manusia yang akan menentukan penerimaan mereka terhadap dakwah.

Begitu jugak islam. Dalam keadaan sekarang, aku tak rasa non-muslim yang masuk islam kerana tertarik kepada orang islam itu ikhlas nak masuk islam. Unless dia jumpa orang islam yang betul-betul islam. Dan aku rasa possibility untuk benda tu terjadi sangat kecil. Almost infinitesimal.

Aku expect semakin lama aku dalam dakwah, semakin 'pure' orang yang aku jumpa dan aku sendiri pun sama. At least tak bagi alasan bodoh kalau tak dapat datang ke usrah. Tak sihat, penat, ada test etc. Even worst, tak bagi alasan apa-apa.

Aku rasa aku jumpa orang yang salah. Dan aku tak tahu bila aku akan jumpa orang yang betul kalau aku masih bawa expectation yang sama. Apakah aku kena downgrade expectation aku? Sebab aku rasa semua orang mempunyai expectation yang sama. Sekali lagi, 'aku rasa'.

Tak payahla cakap soal sudah atau belum diuji kalau kualiti yang sudah diuji tu hanya diukur dengan kesanggupan datang usrah dan bagi harta untuk running program dakwah. Bill Gates pun buat benda yang sama.

Boleh je kalau aku nak jadi pasif dengan sekadar datang usrah. Berat gila kot nak komited datang usrah bila dah kerja ni - alasan biasa - merupakan alasan yang syar'i dan acceptable kepada ramai murabbi KITA. Thanks sebab baca!

3 shuriken:

zakri said...

Inii.....Ini...Ini Sangat LOL~

bang, jangan terasa hati lak...kalau tengok dari aspek lain, nak?

mungkin ujian pada orang lain, adalah untuk datang ke usrah. kerja yang tak sudah2 mengejar, family yang tak sihat. kesihatan yang merudum...itu memang akan ada, malah, generasi yang sebelum ini juga sama..

tapi, dari aspek pandangan diri enta, ia merupakan ujian untuk enta menerima ketidakhadiran mereka dengan hati yang tenang, dan bersangka baik. ujian ini juga ALLAH tujukan buat enta..

ana pernah gak datang usrah, sorang2, last2 batal macam tu je..ana berbual dengan naqib je last2...selamba...

itu belum lagi anak usrah kita dulu, menjadi naqib kita hari ini..ujian hati yang sangat berat ni....hoho~

muhasabah muhasabah...ish ish...

jom qiamullail...

paley said...

Ana nak tulis situasi yg lebih worse drpd ni tp simpan jap utk muhasabah. hehehe

Pena Mujahid said...

Allah menerima amal orang yang beramal, kalau kita tak beramal maka tiada nilai apa kita disisinya..

Kita kena bina persepsi untuk menjadi qudwah bukan 'sampah'

Bila kita nak jadi qudwah, amal kita kena no 1, komitmen kita no 1, thaqafah kita no 1, qudwah amali dan qauli no 1..

AKHIRNYA, kita dah tak fikir orang lain kerana kita nak orang lain IKUT kita bahkan menjadi lebih baik dari kita.

Kalau dia tak mahu?..Biarlah kerana Allah MAHU kita beramal bukan dia.

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template