Thursday, September 13, 2012

Menulis Membantu Otak Berfikir

Bismillahirrahmaanirrahiim...


Hidup ini penuh dengan expectations.

Dulu masa aku darjah 6, guru besar expects aku akan dapat 5A dalam UPSR based on prestasi peperiksaan percubaan aku. Aku sendiri takde apa2 expectation sebab aku bukannya rajin sangat belajar. But then aku dapat 2A3B. Alhamdulillah. Tapi sebenarnya aku kecewa jugak sebab tak dapat challenge arwah abang aku. Dia dapat 5A dalam UPSR. Mak dan Ayah selalu sebut pasal pencapaian dia kat aku. Tapi aku still seorang yang nak-taknak-je belajar.

Masa tingkatan 3, lagi 2 minggu nak PMR aku baru start study. Sebelum tu aku sibuk gi memanah ikan kat sungai, pancing ikan kat lombong, main bola kat padang setiap petang dan melepak kat rumah MatPe setiap malam. Takde sesiapa letak apa2 expectation kat aku. Aku sendiri tak expect apa2 untuk PMR. Asal lulus boleh masuk form 4 ok la. But then aku dapat 6A2B. Kawan sekelas terkejut. Aku lagilah terkezut. Ingat lagi masa pagi hari ambil result tu, aku kat atas pokok manggis. Tak tahu pun result keluar hari tu sampailah kawan aku datang ajak gi sekolah ambik result.

Tingkatan 4 ialah tahun honeymoon. Aku antara pelajar tercorot dalam kelas (science stream; tak ambik bio, ambik lukisan kejuruteraan). Sepanjang tahun habis masa atas padang training/main sebagai pemain bola sekolah. Tingkatan 5 lepas habis tournament bolasepak antara sekolah dalam bulan 5 baru aku start belajar sikit2. Aku tak tahu apa expectation mak dan ayah dan family aku. Aku sendiri hanya target lulus dan dah ready untuk kerja kilang lepas habis SPM. Bila result keluar, aku dapat 8A2B.

[Dulu] Aku belajar bukan sebab nak A. Aku nak lulus je. 

-------------------------------------------------------------------------------

Aku tergerak nak menulis mengenai expectation bila terbaca komen2 pembaca MalaysiaKini (versi English) tadi berkaitan blueprint dasar pendidikan yang baru.

Exam-oriented system yang digunakan sekarang menyebabkan "orang" mengejar jumlah A berbanding kualiti pendidikan itu sendiri.

"Orang" di sini merujuk kepada murid, pelajar, mahasiswa, ibubapa, keluarga, kaum kerabat, masyarakat, kerajaan dll. 

Semua pihak ada expectation masing2 tapi menjurus kepada perkara yang sama; mengejar jumlah A. Sistem ini memberi reward dan insentif hanya kepada pelajar dengan jumlah A terbanyak. Masyarakat membanggakan ahli masyarakat yang cemerlang dalam pelajaran berdasarkan bilangan A yang dicapai. Peratusan lulus (and consequently peratusan untuk dapat A) dikurangkan untuk meningkatkan jumlah "flying colorers" agar dapat menonjolkan imej dan reputasi kerajaan yang bagus.

Terfikir jugak kasihan pelajar cemerlang yang bertungkus-lumus sepanjang tahun belajar etc tapi menghadapi masalah semasa hari peperiksaan i.e. sakit, emosi tak stabil etc. Sebab sistem ini depends solely kepada exam, maka sia2 sajalah penat lelah mereka selama ni.

Dasar pendidikan negara perlukan transformasi. Kalau boleh, evolusi. Cepat2lah bertukar daripada beruk kepada manusia yang bijak berfikir dengan aqal kurniaan Allah. 

#tajuk takde kaitan. adios!

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Saturday, June 02, 2012

Aku Bukan Avengers

bismillah...


Dalam daurah masa zaman student dulu selalu penceramah ulang kata-kata seorang pakcik X berkaitan tsabat atau komitmen atas jalan dakwah. Pakcik X cakap "ana tak percaya antum boleh tsabat selagi belum grad. Kalau dah grad, ana tak percaya selagi belum kerja. Kalau dah kerja, ana tak percaya selagi belum kahwin. Kalau dah kahwin, ana tak percaya selagi belum ada anak. Kalau ketika antum dah berkeluarga masih komited dengan dakwah dan tarbiyah, insyaAllah ketika tu ana percaya kepada antum."

Aku sekarang baru kat fasa ketiga. Kerja.

Memang betul, memang susah nak komit bila dah berkerjaya. Komitmen kerja menguras tenaga seharian. Yang ada hanya masa malam. Dan kita pergi ke usrah dengan muka tension, lembik, mengantuk dan bosang bak kata orang ganung. Kerana masa bertenaga kita telah dicurahkan ke beban kerja yang tak pernah habis. Dan kalau kita membawa usrah, kita memandang muka adik-adik yang dahagakan pencerahan dengan muka seposen meminta simpati agar "janganlah semangat sangat, kita habiskan usrah ni seawal mungkin!"

Banyak cerita-cerita yang tak menarik untuk diberitahu tentang Avengers yang bersemangat ketika alam pengajian namun longlai ketika memasuki alam pekerjaan. Aku bukan nak melemahkan semangat para Al-Fateh yang sedang menuntut ilmu di medan ideal. Aku hanya ingin mereka lebih realistik dengan dunia nyata yang indah khabar dari rupa. Aku bukan Iron Man ketika zaman universiti, dan bukan pula Hulk mahupun Thor. Tapi di mana Thor, Hulk dan Iron Man sekarang? Mereka sibuk. Bukan sibuk menyelamatkan manusia yang diancam makhluk pengganas tapi sibuk bekerja mencari secicip rezeki di muka bumi yang luas ini. 

Aku ni memang banyak cakap dan banyak berteori. Macam bagus je.


Aku bukan The Avengers. Dulu, kini dan mungkin selamanya. Tapi aku sayangkan dakwah ini. Aku cintakan dakwah ini sejak hari pertama aku dipertemukan dengannya. First love never dies. Aku sayangkan ikhwah dan akhawat. Mungkin aku tak sepower mereka. Banyak kelemahan yang sebenarnya mungkin menjadi beban kepada kafilah dakwah ini. Doakan aku istiqamah...

=_="

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, February 08, 2012

Buih di pantai

Bismillah...


Dalam sebuah hadis yang ringkas, Rasulullah saw bersabda:

Man la yahtam min amril muslim, falaisa minhum!

Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan umat islam, maka dia bukan daripada mereka!

Hadis ini dengan tegas menyatakan bahawa orang muslim yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin bukanlah orang muslim yang sebenar.

Hari ini saudara seislam kita berjuang mempertahankan Al-Aqsa dengan jiwa mereka. Kita bahkan nak berdoa untuk mereka pun sukar. Apatah lagi nak menderma ke tabung-tabung pembebasan Al-Aqsa. Kita berhabis duit di restoran-restoran yang mahal untuk memuaskan nafsu makan kita tapi hanya mencari nilai terkecil di dalam dompet untuk diinfaqkan ke jalan Allah. 

Hari ini juga di tanah arab, rakyatnya bangkit melawan para diktator taghut sehingga mereka dibunuh dan diseksa dengan amat kejam sekali. Selepas Tunisia dan Mesir, kita dikejutkan pula oleh pembunuhan kejam oleh rejim Assad ke atas rakyat Syria. Rejim syiah ini dengan dibantu oleh Iran dan Hizbullah telah membunuh saudara seislam seaqidah kita. Apakah kita ambil berat tentang semua ini? Adakah kita mendoakan mereka setiap selesai solat? 

Inilah buih yang tak bermanfaat yang dimaksudkan oleh ayat al-Quran dalam surah Ar-Ra'd. Inilah juga 'umat makanan dalam talam' seperti yang disebut Rasulullah saw. Kuantiti hanya jadi beban. Kualiti hanya cukup makan.

Marilah kita bina kembali ukhuwwah yang didasari oleh ruh iman. Sehingga kita juga merasai kesakitan yang mereka rasakan. Kita juga merasakan kesan tembakan. Kita juga merasai sakitnya seksaan. Kerana umat islam itu satu jasad.

Marilah kita doakan saudara-saudara kita di seluruh dunia terutama di Palestin, Syria, Mesir, Selatan Thailand, Mindanao, Kashmir, Chechnya, Bosnia dan China. Alirkan air mata cinta kita dalam hembusan doa untuk mereka. Astaghfirullahal'azim. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, February 01, 2012

Superiority Complex?

Bismillah


Bila kita defend seseorang dalam sesuatu perkara, tak semestinya menunjukkan kita menyokong dia dalam semua perkara kan? 

Bila kita tak bersetuju dengan seseorang dalam sesuatu perkara, tak semestinya menunjukkan kita tak bersetuju dengan dia dalam semua perkara kan?

Konsep ni susah untuk difahami oleh orang-orang yang taksub dan taklid buta. Mereka hanya nampak satu jalan je. Dan mereka terlalu 'beriman' dengan jalan pilihan mereka sehingga menyalahkan jalan yang dipilih oleh orang lain. Semoga kita dijauhkan daripada sifat-sifat seperti ini.

Allahua'lam.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, January 30, 2012

Qudwah Yang Nyata

Bismillah...


Semalam ke program ceramah umum bertajuk Ikhwanul Muslimin di Era Baru yang disampaikan oleh Syeikh Mahmoud Ezzat, Naib Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin Mesir. Syeikh datang ke Malaysia untuk kerja2 amal islami. So Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) arrange ceramah umum ni supaya Syeikh dapat share tentang Ikhwanul Muslimin pasca kejatuhan rejim mubarak dan kemenangan besar sayap politik mereka (Freedom and Justice Party) dalam pilihanraya Mesir.

Ringkasnya, FJP memenangi hampir 47% kerusi parlimen di Mesir jauh meninggalkan parti berhaluan salafi, Parti An-Nur dengan l/k 23% kerusi dan parti2 lain. Bagi yang belum tahu, Ikhwanul Muslimin atau IM ditubuhkan pada tahun 1928 oleh Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Daripada hanya beberapa orang anggota, IM sekarang telah mempunyai cawangan di seluruh dunia. Namun semua kejayaan ini bukan dapat dengan mudah. Setelah berpuluh2 tahun mendapat penentangan, ujian dan tribulasi dalam perjuangan, maka berdirilah sebuah jemaah islam yang kukuh seperti yang kita lihat sekarang. 

Namun apa yang aku nak share kat sini ialah qowiyul jism Syeikh Mahmoud Ezzat ni. Qowiyul jism ialah salah satu muwasofat atau karakteristik individu muslim yang dituntut dalam sistem tarbiyah IM. Kekuatan jasmani Syeikh memang tip top, superb. Umur Syeikh dah mencapai 68 tahun. 2 tahun je muda daripada ayah aku. Tapi semalam Syeikh berucap hampir 2 jam tanpa duduk sekejap pun. Walaupun diletak kerusi kat belakang beliau, mana tahu kalau2 dia letih, so masa terjemah tu dia boleh la duduk sat kan, tapi dia tetap berdiri sampai ke akhir ucapan beliau. MasyaAllah, hebat. Padahal ada anak2 muda yang duduk di kerusi empuk dah tersengguk-sengguk dek tak faham bahasa arab. Mungkin la, atau penat sangat bertahajud semalam kan. Hehe..

Actually aku sendiri pun penat ya amat sebab baru je sampai maghrib tu ke Shah Alam dari Taiping dengan merempit. Tapi alhamdulillah Allah bagi rezeki dapat dengar sampai habis walaupun jenuh menguap. Then ada ikhwah yang jaga kat hotel bagitau yang Syeikh ni setiap pagi buta bangun untuk tahajud kat surau hotel. MasyaAllah, dengan program seharian yang padat beliau tetap jaga hubungan dengan Allah. Mungkin itulah sumber kekuatan beliau.

Sungguh banyak yang kita boleh belajar daripada pak syeikh x2 ni yang dah terbukti al-iman ad-daqiq dan al-amal al-mutawasil mereka dalam perjuangan dakwah. Mereka bukanlah orang2 lama yang dulunya qowiy tapi sekarang lembik. Tapi mereka adalah orang2 lama yang dulunya qowiy tapi sekarang super duper qowiy. Perut mereka rata tak ke depan. Ah, aku malu melihat perut sendiri. Bila mereka berbicara tentang qudwah, mereka tak perlu gunakan contoh orang lain.

Allahuakbar walillahilhamd!


Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template