Bismillah..
Actually aku tak sedar pun bila Anas muncul. Rupa-rupanya dia memang dalam bas yang sama dan juga nak ke pesta buku di Istora. Berkali-kali dia mintak maaf bagi pihak rakyat Indonesia. Pegawai polis kat stesen bas tu mintak nama penuh dan no hp aku (yang lain) in case kalau jumpa iphone diorang akan bagitahu. Tapi dia cakap, anggaplah hilang terus. Aku pun redha je la. Malas dah nak fikir. Benda dah hilang, tak guna nak pening-pening fikir. Ada banyak lagi adventure menanti. Hehe. Anas anggap aku trauma agaknya, jadi dia pun ajak aku naik teksi je ke Istora. Siap dia yang bayar. Dalam teksi kitorang borak-borak. Mula-mula aku skeptikal jugak tapi bila dia bagitahu dia fulltime dengan PKPU dan siap bagitahu ada link dengan IKRAM kat Malaysia, aku yakin sikit. Actually aku tak bagitahu pun yang aku ahli IKRAM. Perlu ke?
Sampai je kat Istora, Anas call kawan dia, perempuan. Aku macam ..err.. Actually tunang dia. Aku tahu masa hari last sebelum aku balik, dia jemput pergi walimah dia bulan Mei kat Jogja. So aku pun merayau-rayau dalam stadium tu. Ramai gila orang. Bukan ramai orang gila ye. Hehe. Budak-budak sekolah pun ramai, datang dalam rombongan. Cuaca agak panas. Ramai jugak penjual air es teh manis atau teh ais manis, penjual bakso dan pelbagai lagi makanan-makanan yang dijual sama ada buka gerai atau dijaja dari orang ke orang. Sedih tengok makcik pakcik yang dah tua menjaja air dan jajan. Mungkin orang beli lebih kerana rasa simpati berbanding rasa haus dan lapar.
Masuk dalam stadium baru la rasa lega sikit sebab ada aircond. Terlalu banyak booth. Kebanyakan dimonopoli oleh penerbit-penerbit buku gergasi seperti Rabbani Press, Pustaka Imam Syafie, Al-I'tishom dan pelbagai lagi. Harga? Tersangatlah murah kalau nak banding kat Malaysia. Dengan tambahan diskaun sehingga 40%, perghh. Masa tu rasa menyesal pulak tak bawak duit lebih. Lagipun aku bukan nak berniaga. Tolong beli buku untuk beberapa orang ikhwah je. Aku rasa buku yang aku nak beli lagi sikit daripada apa yang ikhwah-ikhwah tempah. Dah la tak agak-agak suruh beli tafsir ibnu katsir yang 10 jilid tu. Lebih lima kilo kot! Hehe. Walaupun last-last tak jadi beli kat sana sebab ada ikhwah kat Malaysia (yang ada kedai buku) boleh bagi dengan harga yang agak murah. Ada disediakan surau daripada kanopi kat sebelah stadium dan sebelum zohor ada kuliah. Tak silap tajuk berkaitan ekonomi sebab aku datang tu dah nak masuk zohor. Time solat memang penuh sampai kena 3-4 kali berganti-ganti. Aku solat jamak qasar je. Lepas zohor, kat dalam stadium di pentas utama ada sesi bedah buku. Sebab malas berjalan, aku pun lepak dengar sesi bedah buku tu. Buku yang ditulis seorang gabenor. Tak ingat bahagian mana. Aku ni semua benda lupa! Tapi menarik jugak cara diorang bedah buku tu. Simple dan concise. Di akhir acara, 200 buku diedar secara gratis kepada penonton. Sepatutnya kepada penonton yang duduk atas kerusi je (termasuk aku dan aku dah berkira-kira nak dapat buku percuma) tapi bila diorang edar je buku tu, ntah siapa-siapa datang dari belakang terus serbu. Aku tengok ada yang ambil sampai dua. Hampeh betul. Pantang benda free. Aku tengok pe'el diorang dengan sinis.
Lepas sesi bedah buku, aku pun mencari sesuatu untuk mengisi perut. Jalan-jalan kat dalam stadium terjumpa satu kafe. Ada banyak nama makanan pelik-pelik yang aku tak pernah dengar. Yang familiar ayam penyet je. So aku order ayam penyet dan minta limau ais. Rupa-rupanya kat sana diorang tak panggil limau tapi jeruk. Huhu. Then dia offer ice lemon tea, so ok je la. Itu je dah 35k! Mahal gila kot. Tak la sedap sangat pun. Lepas tu sambung tengok buku. Penat otak fikir sebab banyak sangat buku yang berkenan dan berkualiti. Akhirnya aku beli 15 buah buku Tafsir Da'awi dengan plan nak jual kepada mutarabbi dan ikhwah-ikhwah yang nak. Banyak dengar cerita ikhwah-ikhwah cari buku tu. So beli la sebagai khidmat masyarakat, tak ambil untung pun kalau nak kira tiket flight, bagasi, transportation dan kepenatan dengan harga aku jual RM22 kat diorang. Kat FIB pun harganya RM29.50, paling banyak boleh diskaun 10% je.
Eh, buku Tafsir Da'awi tu ada 5 lagi, siapa yang nak beli bagitahu ye. Hehe
Lepas maghrib, aku pun nak balik ke hostel. Kaki dah sakit gila. Aku tunggu teksi depan main gate stadium. Kemudian nampak satu teksi Blue Bird masuk ke perkarangan stadium. Aku pun lari-lari kejar teksi tu dengan harapan boleh balik ke hostel naik teksi. Sebab memang dah tak larat nak jalan. Tambah beli 15 buah buku lagi. Perghh penat gila kejar sampai kat belakang surau. Sampai je kat teksi tu rupa-rupanya dia nak berhenti rehat. Aku tanya berapa lama. Dia cakap tak tahu, mungkin agak lama. So aku pun patah balik ke main gate tunggu lagi teksi. Lama jugak tunggu tapi satu teksi pun takde. Aku fikir kena jalan kaki keluar ke jalan besar lagi mudah dapat teksi. So aku pun menapak sampai ke jalan besar. Allah je tahu betapa letih dan sakit kaki aku. Kemudian nampak satu teksi, aku tanya boleh hantar ke Cikini tak. Dia cakap 60k! Padahal Istora dengan Cikini dalam 10km je. Dia tak guna meter (argo). Nego-nego, dia bagi 55k. Takpelah aku pun dah tak larat nak jalan lagi.
Sampai hostel, masuk bilik, terus tidur. Gila betul.
Bersambung...
About Me
- ibnu yazid
- Taiping, Perak, Malaysia
- menulis untuk kurangkan stress dan tension
Label
- Bedah Buku (27)
- dari hati... (20)
- dari pena penulis... (74)
- Hadis (8)
- Hiburan Itu Indah (7)
- I Think (11)
- Islam dan Sains (3)
- isu-isu semasa Islam (15)
- Jihad (6)
- Karutan Ilmiah (12)
- ketidakpuasan hati (13)
- Lain-lain (25)
- Pembangun jiwa (15)
- pengalaman hidup (11)
- Self-Introspection (70)
- Sirah (4)
- suka hati aku nk tulis apapn (11)
- Tazkirah (34)
- Video (7)
- Video Tutorial (1)
Monday, March 25, 2013
Cerita Backpacking ke Jakarta (cont. 1)
shinobi ibnu yazid on 13:07
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogosphere
-
-
-
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
-
-
Cinta itu sentiasa ada persoalan …6 years ago
-
-
-
Jangan putus asa8 years ago
-
-
EXPRESS 201410 years ago
-
Beberapa Prinsip Dalam Menghukum10 years ago
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Menulis kembali11 years ago
-
Eh eh. Blog Usang.11 years ago
-
Knowledge VS Wealth11 years ago
-
AlQuran VS ASME11 years ago
-
-
Taat pada pemimpin yang zalim11 years ago
-
-
-
M U J A H A D A H12 years ago
-
JOM! RAIKAN FITRAH KITA12 years ago
-
Keagungan Sabar12 years ago
-
-
Gambaran Ustazyatu Alam (Satu Dialog)13 years ago
-
-
-
kuburan malam14 years ago
-
Tinta Da'awi14 years ago
-
Aku Pijak di Medan Bumi14 years ago
-
The Divine Book15 years ago
-
-
-
-
0 shuriken:
Post a Comment