Monday, March 25, 2013

Cerita Backpacking ke Jakarta

bismillah...


Selepas tiga minggu baru rasa nak update pasal cerita backpacking secara solo ke Jakarta awal bulan haritu. Dah lama sebenarnya nak try merayau ke oversea, I meant luar Malaysia sebab masa first year kat UTM dulu dah pernah pergi Kuching, Sarawak. Sebulan sebelum pergi Jakarta ada la google mencari pesta-pesta buku di seantero dunia. Memang ditakdirkan terjumpa satu event menarik iaitu pesta buku islam atau Islamic Book Fair di Jakarta bermula 1 hingga 10 Mac. Tapi masa tu bila check tiket Air Asia, semua atas RM300. Sebab aku nak pergi backpacking, return ticket RM300 agak mahal la. Aku bajet bawah RM200 ok la. Apapun memang ditakdirkan aku akan pergi ke sana, suatu pagi kawan aku post screenshot tiket return Air Asia KL-CGK 1-5 Mac 2013 berharga RM166. Dengan anggapan kawan aku dah beli tiket tu, aku pun beli je lah. Rupa-rupanya kawan aku just bagi teaser je. Dia pun tak beli lagi. Hampeh betul. Takpelah, bila lagi nak redah?

Actually masa nak pergi tu flight aku pukul 4.40 petang. Aku pulak ambil half day leave je hari Jumaat tu. So memang agak kelam kabut. Disebabkan minggu tu teramatlah sibuk di office dan juga aktiviti pada malam harinya, maka aku tak sempat nak packing pakaian semua. Keluar office pukul 1230 (sebab ada kerja kena settle), sampai rumah pukul 1250, sumbat-sumbat baju etc dalam backpack dan terus ke masjid. Lepas solat, terus bergegas balik rumah, ambil beg, wallet dan hp, terus merempit ke LCCT. Jarak dari Taman Melati ni ke LCCT dalam 70km kot. Aku rasa la. Aku dah redha kalau tak sempat sampai, biar lah burn tiket tu. Setelah merempit dalam kepanasan yang super tu sampai jugak ke LCCT dalam pukul 3.20 petang. Pusing-pusing cari parking motor sebab first time naik motor pergi LCCT. Aku pun tak tahu boleh ke tak parking sampai lima hari kat situ. Redah je lah.

Alhamdulillah sempat. Masuk kawasan international departure, cari check in counter dan siap! Walaupun dah buat web check in tapi still kena verify passport dan IC aku rasa. Ntah lah. Pusing-pusing jugak cari pintu masuk ke tempat menunggu. Scan bag etc. Memang penat gila sebab terkejar-kejar. Bila dah masuk tempat menunggu, rupa-rupanya flight delay 15 minit. Hampeh betul lah Air Asia nih. Tapi mengikut pembacaan aku, delay macam tu normal. 

Masa masuk pesawat tu agak excited sebab dah lama tak naik kapal terbang. I really made it! kata aku dalam hati. Haha. Cari-cari tempat duduk, letak bag dan rehat. Sakit jugak pinggang dan belakang bawak bag walaupun tak lah berat sangat. Yang tak bestnya kerusi boleh turun sikit je. Tegak je la. Tiga seats setiap row. Aku kat tengah-tengah. Di sebelah kiri dan kanan aku dua-dua lelaki dan orang Indonesia. Aku ambil peluang berkenalan dengan diorang. Yang sebelah kanan ialah Pak Ito, seorang Piping Designer/Engineer kat Technip dan di sebelah kiri aku ialah Pak *tak igt nama*, bekerja sebagai Platform Designer di Aker. WOW. Sekali pandang macam biasa je. FYI, Technip dan Aker ialah antara kompeni oil & gas besar kat dunia. Dua-dua balik rutin sebulan sekali untuk jumpa keluarga. Banyak borak pasal kerja, famili diorang dan semestinya tentang Indonesia. 

Tak sedar dah dua jam dalam flight dan mendarat di Sukarno Hatta International Airport, Jakarta. Sebab tahu aku first time ke Indonesia, Pak Ito jadi tour guide sampai naik bas. Dia nak ke tempat lain (tak ingat nama tempat tu) dan naik bas lain. Aku kena ambil bas ke Gambir. Jadi dia guide aku ke tempat tunggu bas. Lepas dia naik bas, bas ke Gambir pun sampai. Menariknya bas ni ada wifi, so sempatla aku respon beberapa emel dan update facebook. Hehe. Sepanjang perjalanan tu aku nampak suasana yang tak pernah aku jumpa kat Malaysia. Hampir di bawah semua flyover di tengah-tengah kota metropolitan tu ada setinggan daripada papan-papan. Nampak dari jauh je. Tak tahulah macam mana air dan elektrik. Ada ke tak ada. 

Sebelumnya, aku sempat ambil no hp Pak Ito dan bergambar dengan beliau. Instinct aku merasakan dia ikhwah PKS. Sampai je kat Gambir, aku blur. Macam mana nak ke hostel. Masa tu dah malam. Dalam pukul 8 lebih kat sana. Hostel aku kat Jalan Cikini Raya yang sebenarnya just dua kilometer je dari stesen Gambir tu. Oleh sebab kepenatan, aku pilih naik motor (tak silap kat sana panggil bajak, ntahla). Kena 20k rupiah. Actually mahal gila sebab dekat je pun tapi sebab aku malas nak pening-pening, hentam je lah.

Sampai hostel, check in, masuk bilik terus tidur. Penat gila.

Hari kedua. Lepas sarapan (disediakan), aku tanya-tanya receptionist camne nak ke stadium Istora Senayan iaitu tempat berlangsungnya pesta buku. Setelah dapat direction, aku pun memulakan pengembaraan solo ke sana. Haha, bajet macam mengembara kat Antartika atau Moab Desert. Daripada hostel, aku kena 'menapak' ke stesen bas terdekat iaitu Kramat Santiong. Dengar Kramat (macam Keramat), rindu pulak kat Malaysia. Hehe. Lebih kurang satu kilometer lebih jugak. Dalam perjalanan tu lihat suasana pagi kat Jakarta. Orang-orangnya, kenderaannya dan bangunan-bangunannya. Tak lah teruk sangat tapi still Kuala Lumpur lebih baik jika nak compare apple to apple. Dalam perjalanan tu aku tanya seorang penunggang motor (bajak) yang duduk melepak kat tepi jalan, kat mana stesen Kramat Santiong. Dia cakap jauuuhhh kat seberang jalan sana dan offer naik motor dia. Aku cakap takpelah aku nak jalan kaki. Rupa-rupanya stesen tu betul-betul seberang jalan je. Jalan depan sikit sampai naik jejantas terus sampai. Alhamdulillah tak kena tipu. Tapi macam tu lah kehidupan kat sana. Betul-betul struggle nak dapat duit dan nak hidup!

Kat sana naik bas just guna satu tiket je. 3.5k rupiah boleh naik bas ke mana-mana. Bas ada laluan sendiri. Lane paling kanan. Yang ni aku respek kat Indonesia. Cuma condition bas masih teruk. Sementara tunggu bas sampai, aku ambil peluang ambil gambar kat sekitar stesen tu menggunakan iphone. Sebenarnya takut jugak sebab dengar banyak kes curi kat Jakarta ni. Dalam buku, sinetron dan filem diorang sendiri pun ada. Paling best cerita Alangkah Lucunya Negeri Ini. Bila bas sampai, aku terus masuk ke dalam bas tapi terlupa nak masukkan kembali hp ke dalam poket seluar.

Dengan hp masih kat tangan kiri, aku masuk ke dalam bas yang padat tu. Ditakdirkan bas tu fully close dan aircond tak berfungsi. Tersangatlah panas. Dalam bas tu dengar suara-suara tak puas hati ditujukan kepada conductor bas. Aku pun tak faham kenapa disalahkan conductor bas, dia bukan boleh buat apa pun. Destinasi aku ialah stesen Harmoni. Aku perasan ada seorang perempuan sambil beberapa orang lagi di belakang aku bertolak-tolak sambil komplen panas etc. Bila sampai stesen seterusnya, diorang tolak-tolak nak keluar. Mungkin sebab terlalu panas, aku lupa pasal hp yang tengah aku pegang.Bila pintu bas tertutup dan bas berjalan baru aku sedar yang hp aku dah hilang! Dengan condition bas yang sangat panas tu aku terus pitam. Bila sedar ada orang-orang dalam bas yang tolong angkat dudukkan atas kerusi. Ada orang yang tolong kipaskan aku. Peluh keluar mencurah-curah. Aku rasa macam dah takde kudrat nak berdiri. Terkejut dengan kejadian yang sangat pantas tu. Ada penumpang bas yang hulurkan coklat dan roti. Aku cakap hp aku hilang, semua pakat tolong cari bawah-bawah kerusi kat lantai semua tapi takde. Aku nak cakap hp aku kena curi. So next stesen (Harmoni), semua penumpang bas kena spotcheck. Conductor bas check beg setiap orang tapi takde. So memang betullah hp aku kena 'copet' oleh orang yang keluar kat stesen sebelumnya. Dan aku sangat yakin pencuri tu ialah perempuan yang berdiri kat belakang aku masa dalam bas tu. Walaupun hilang iphone dengan segala maklumat dan data dalam tu yang tak diback-up, aku cuba untuk redha dengan ujian tu. Selepas tu aku jumpa dan dibantu oleh Anas, seorang sukarelawan PKPU, NGO kemanusiaan di Indonesia. 

Bersambung...


1 shuriken:

Abu Khalid said...

Fuh!

Mantap pengalaman nta ni akhi. Harapnya x berulang berlaku di US!

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template