Saudaraku di Palestin
Kau korbankan nyawamu demi kesucian al-Quds
sedang kami di sini mati sia-sia
Kau serahkan seluruh hartamu ke jalan Allah
sedang kami kikir menginfakkannya
Kau berjihad setiap masa
sedang kami tidur lena
Kau sentiasa siap mengusung senjata
sedang kami terus leka dibuai arus dunia
seperti anak singa yg lupa asal usulnya
sehingga menggigil melihat kijang di depan mata
Cukupkah sekadar bersedih?
Cukupkah sekadar ungkapan prihatin?
Cukupkah sekadar perasaan kasihan?
Cukupkah sekadar kutukan?
Cukupkah sekadar melihat?
Cukupkah sekadar itu dan ini?
Tanpa ada sebarang tindakan
Bukankah Al-Aqsa milik kita?
Bukankah mereka saudara2 kita?
Apakah tiada lagi nilai pada nyawa mereka?
Apakah isu ini hanya melibatkan bangsa?
Aduhai bangsaku yg terus leka
ditipu oleh media massa
perang pemikiran mensekularkan agama
Wahai diri
Wahai rakan2
Wahai umat yg mengaku diri sbg MUSLIM
Malulah kalian
apabila hny mampu berdiam diri
apabila hny mampu bersedih
apabila hny mampu mengeluh
sedang umat terus ditindas
sedang Islam terus dihina
Namun aku yakin
masanya sudah tiba
untuk diri ini berubah dan merubah
menegakkan Islam di dalam diri
menyebarkan ke seluruh negeri
tanpa kenal erti henti
kerana tujuan hidupku pasti
sbg hamba dan khalifah
memburu syurga Ilahi
Saudara2ku
aku malu pada kalian
krn tidak mampu berbuat apa2
namun doa ku pohon sentiasa
agar Allah menurunkan malaikatNya
menghancurkan musuh sehancur-hancurnya
krn ku yakin pertolonganNya sentiasa
bersama penolong2 agamaNya
Allahuakbar walillahilhamd!!
About Me
- ibnu yazid
- Taiping, Perak, Malaysia
- menulis untuk kurangkan stress dan tension
Label
- Bedah Buku (27)
- dari hati... (20)
- dari pena penulis... (74)
- Hadis (8)
- Hiburan Itu Indah (7)
- I Think (11)
- Islam dan Sains (3)
- isu-isu semasa Islam (15)
- Jihad (6)
- Karutan Ilmiah (12)
- ketidakpuasan hati (13)
- Lain-lain (25)
- Pembangun jiwa (15)
- pengalaman hidup (11)
- Self-Introspection (70)
- Sirah (4)
- suka hati aku nk tulis apapn (11)
- Tazkirah (34)
- Video (7)
- Video Tutorial (1)
Wednesday, December 31, 2008
Islam Pasti Menang
shinobi ibnu yazid on 18:48 0 shuriken
Monday, December 29, 2008
Bacaan sebelum naik bas...
Sedang menunggu bas sebenarnya. Boring, aku lepak kt cc jap sebelah bus station ni utk surf internet. Boring2 lg, aku tulis sket kt blog buruk ni. Haha...sekadar melepaskan boring xtau nk bt bende pe. Lps beli tiket td, aku sempatkan baca buku Kekuatan Sang Murobbi tulisan Prof. Dr. Taufik Yusuf Al-Wa'iy. Tp x abis lg. Tebal gk la buku tu - at least bg aku - so sempat bc pengantar je yg ditulis oleh KH Rahmat Abdullah. Sape x kenal dia? angkat lutut..
Actually, syeikh Rahmat Abdullah ni bleh kenal dgn lebih lanjut drpd movie Sang Murobbi. Cmne nk dpt? Dptkan segera di pasaran skrg!Haha..sebelumnya aku dh bc buku tulisan beliau iaitu Untukmu Kader Dakwah. Crite psl 10 rukun bai'ah dlm konteks dakwah di indonesia tp scr umum konteks dakwah internasional. tp aku suggest sesape yg bc tulisan ni beli buku tu. sgt bagus -bg aku- xtau la or lain cmne. tp dgn bc buku tu bru dpt faham pemikiran dan gagasan ilmu serta amal beliau. bhs indon dia agak susah nk fhm tp bila dh fhm point2 yg dia nk smpaikan bru rs btpa bharganya kehadiran beliau dlm jalan dakwah ni. bg aku dan ramai yg lain, pemergian beliau merupakan kehilangan kpd dakwah tp janji Allah pasti berlaku - pasti akan lahir lebih ramai pejuang hebat spt beliau - siapa?kita..anda dan saya..
Dlm pengantar ringkas tu, bagaimana transformasi drpd intellectual quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ) dan Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) perlu diintegrasikan dan disibghah menjadi Takwin Quotient (TQ) dlm upaya menggali potensi dan tenaga para 'amilin (pekerja) dakwah. potensi dan tenaga yg mampu menggerakkan aku (bc utk diri sendiri) untuk menarik tgn robot2 yg x tahu tujuan hidup ke arah memahami matlamat dia diciptakan. bkn kerja mudah.
Mengambil contoh para sahabat yg mulia. Zaid bin Tsabit ditugaskan blaja bhs Suryani - slh satu cbg bhs ibrani- utk mengelakkan yahudi madinah menipu dlm perjanjian mereka dn pihak islam. dan beliau r.a selesai blaja dlm 14 hari (HR Bukhari). Begitu juga Rib'i bin Amir, seorg tentera biasa dlm perang qadisiyah diamanahkan bertemu rustum -jeneral tentera parsi-. Sbg reaksi thdp tuduhan rustum yg menganggap islam berperang utk harta dunia, rib'i menginjakkan kaki keldainya di atas permaidani mewah rustum. tidak cukup dgn itu, dia menheretkan tombaknya di atas permaidani itu sehingga koyak rabak. rustum sengaja merendahkan pintu kecil di hadapan singgahsananya agar rib'i akan msuk scr menunduk. adakah beliau tunduk?ya, ttp dgn mendahulukan punggungnya. kesempatan itu diambil oleh rib'i utk menjelaskan hakikat tauhid dan kemerdekaan manusia. begitu juga dgn Abdullah bin Zubair, ketika anak2 kecil yg lain bertempiaran lari apabila melihat kelibat Umar Al-Khattab, dia dgn relax berdiri tegak tidak berganjak dr tmpt asalnya. apabila ditny oleh Umar,"knp tidak lari spt kanak2 lain?" inilah jawapan anak kecil ini ketika itu,"Aku x bt keslhn apapn kpdmu, knp mesti lari dan jalan masih luas, knp aku perlu berganjak dr tmptku?" Subhanallah, bukanlah itu jwpn "kurang ajar" ttp itulah prinsip seorg kanak2 yg telah menggegar dunia.
Untuk melahirkan peribadi2 spt itu perlukan usaha yg bersunguh2 dan berterusan berteraskan prinsip Islam. Ibarat tanah, manusia yg ingin dibina juga pelbagai jenisnya dan perlukan pula pelbaai jenis cara yg sesuai dgn keperluannya. Mengambil carakerja drpd rasulullah saw sbg pedoman dlm takwinul ummat adalah keperluan yg pasti.
Dlm berhadapan dgn perubahan zaman, metode dan sarana dakwah perlu selari dgn keperluan dakwah tanpa mengabaikan asholah (keaslian) manhaj yg diwariskan oleh rasulullah saw. Mengimbangi antara ta'shil (keaslian) dan tathwir (inovasi) dlm uslub (metode) dan wasilah (sarana) dakwah merupakan batu asas dlm upaya menali potensi para murobbi kebangkitan islam.
Oklah, bas pn dh nk jalan. InshaAllah, sm bermanfaat kpd diri aku dan kpd org2 beriman (51:55). Wallahua'lam. Doakan aku selamat dlm perjalanan balik ke utm ni. Ma'assalamah.
shinobi ibnu yazid on 12:20 0 shuriken
jutsu Bedah Buku, Self-Introspection
Friday, December 26, 2008
Wahai diri! Infaqkan Diri dan Hartamu!
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Ajarlah dirimu untuk berinfaq ketika susah, agar mudah bagimu untuk berinfaq ketika senang. Ramai orang hanya mengeluarkan infaq ketika duit banyak, poket penuh, jpa dan ptptn baru masuk tetapi bila hujung semester je...xde duit la, dh kering la dan pelbagai alasan tradisional yg lain. Aku x bermaksud nk mengata kpd mn2 pihak cuma benda ni dh jd kebiasaan atau lebih tepat lg adat dlm masyarakat Islam (Malaysia) hari ini. Bersedekah hanya pada hari jumaat. Hari2 lain cmne??! Tempat utk bersedakah hanya di masjid. Tempat2 lain cmne? Kaedah bersedekah/infaq hanya masukkan duit dlm tabung atau bank in. Pernahkah terfikir byk lg cara lain? Adakah infaq hanya dgn harta??! Dirimu? Tidakkah mahu kau infaqkan??! Bukankah dirimu milik Allah. Kau hanya diamanahkan untuk menjaganya dan menggunakannya hanya ke jalan yg diredhai oleh tuannya iaitu Allah SWT. Lalu kenapa kau salahgunakannya? Kenapa kau menolak menghadiri majlis2 serta program2 agama? Kenapa? Kenapa? Kenapa???!!!
Wahai diri! Infaqlah diri dan hartamu di jalan Allah. Yakinlah, Allah akan gantikan dgn yg lebih baik. Syurga yg kekal abadi. Sesungguhnya Allah x pnh memungkiri janji krn itu suatu janji yg pasti. Wallahua'lam.
shinobi ibnu yazid on 21:27 0 shuriken
jutsu dari pena penulis..., Lain-lain, Tazkirah
Wednesday, December 24, 2008
Semoga Allah Bersamamu...
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillahi rabbil 'alamiin. Segala puji bg Allah Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya dgn rahmatNya, aku masih di sini. Masih mampu menekan kekunci-kekunci keyboard ini untuk aku menyumbangkan serba sedikit kpd deen ini. Dengan segala nikmat yg dikurniakan olehNya, aku bersyukur. Nikmat yg infiniti tp adakah kesyukuranku sudah mencukupi? Atau masih ada tanggungjawab yg masih belum terpenuhi? Mengusung amanah tetapi lupa diri. Menjadi robot hamba duniawi, mati apabila kehabisan bateri. Hidup sia-sia, mati juga sia-sia. Ah, celakanya jika begitu mudah masa dipersia-siakan.
Ketika perlahan jari jemariku manaip tulisan ini, aku berada di Cyber Cafe Mahallah Zubair Al-Awwam Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak. Dalam perjalanan mengembara ke seluruh pelusuk tanahair. Seorang diri. Bermula dr Taiping, kampung halamanku menuju ke KL dan terus ke Kota Bharu, Kelantan. 4 hari di kelantan, aku bergerak pula ke Terengganu. Then, ke Kuantan, Pahang. Meneruskan perjalanan ke Johor untuk ber'rehlah' bersama adik-adik lepasan SPM. Kemudian kembali semula ke Terengganu dan semalam bergerak ke Gombak. InshaAllah, jika tiada aral, esok akan berjaulah ke Cameron Highlands pula. InshaAllah, aku akan menceritakan pelbagai pengalaman manarik sepanjang perjalanan tarbiyah ini yg bukan perjalanan "makan angin" sebenarnya. Perjalanan untuk memahami erti hidup agar aku keluar dr tempurung untuk melihat realiti masyarakat. Menyedarkan aku betapa besar amanah yg sdg aku pikul. Berat tp cinta telah meringankan bebannya. Cinta kpd risalah Islam.
Berkaitan dgn post terakhir aku, "luahan apa?", susah nk terangkan perkara sebenarnya cmne. Terharu dgn ke"concern"an ikhwah wa akhwat dgn problem tu. Bila aku mengembara, aku semakin memahami nilai 5th Habit Stephen R. Covey. Seek First to Understand then to be Understood. Nilai yg telah lama Islam ajarkan. Bukan penemuan baru. Covey hanya mengulang sebuah prinsip yg telah lama diajarkan oleh Al-Qur'an dan dipraktikkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat2nya serta para generasi mulia setelah mereka. Prinsip yg semakin dilupakan oleh masyarakat materialis dan sekularis. Individualistik terus menghakis sifat kemanusiaan yg perlu hidup bermasyarakat. Menanti cahaya Islam kembali menerangi kegelapan dunia akhir zaman. Pencerahan wahyu. Pencerahan yg pasti. Cuma masa menjadi saksi. Wallahua'lam.
shinobi ibnu yazid on 15:24 0 shuriken
Blogosphere
-
-
-
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
-
-
Cinta itu sentiasa ada persoalan …6 years ago
-
-
-
Jangan putus asa8 years ago
-
-
EXPRESS 201410 years ago
-
Beberapa Prinsip Dalam Menghukum10 years ago
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Menulis kembali11 years ago
-
Eh eh. Blog Usang.11 years ago
-
Knowledge VS Wealth11 years ago
-
AlQuran VS ASME11 years ago
-
-
Taat pada pemimpin yang zalim11 years ago
-
-
-
M U J A H A D A H12 years ago
-
JOM! RAIKAN FITRAH KITA12 years ago
-
Keagungan Sabar12 years ago
-
-
Gambaran Ustazyatu Alam (Satu Dialog)13 years ago
-
-
-
kuburan malam14 years ago
-
Tinta Da'awi14 years ago
-
Aku Pijak di Medan Bumi14 years ago
-
The Divine Book15 years ago
-
-
-
-