Monday, December 29, 2008

Bacaan sebelum naik bas...

Sedang menunggu bas sebenarnya. Boring, aku lepak kt cc jap sebelah bus station ni utk surf internet. Boring2 lg, aku tulis sket kt blog buruk ni. Haha...sekadar melepaskan boring xtau nk bt bende pe. Lps beli tiket td, aku sempatkan baca buku Kekuatan Sang Murobbi tulisan Prof. Dr. Taufik Yusuf Al-Wa'iy. Tp x abis lg. Tebal gk la buku tu - at least bg aku - so sempat bc pengantar je yg ditulis oleh KH Rahmat Abdullah. Sape x kenal dia? angkat lutut..

Actually, syeikh Rahmat Abdullah ni bleh kenal dgn lebih lanjut drpd movie Sang Murobbi. Cmne nk dpt? Dptkan segera di pasaran skrg!Haha..sebelumnya aku dh bc buku tulisan beliau iaitu Untukmu Kader Dakwah. Crite psl 10 rukun bai'ah dlm konteks dakwah di indonesia tp scr umum konteks dakwah internasional. tp aku suggest sesape yg bc tulisan ni beli buku tu. sgt bagus -bg aku- xtau la or lain cmne. tp dgn bc buku tu bru dpt faham pemikiran dan gagasan ilmu serta amal beliau. bhs indon dia agak susah nk fhm tp bila dh fhm point2 yg dia nk smpaikan bru rs btpa bharganya kehadiran beliau dlm jalan dakwah ni. bg aku dan ramai yg lain, pemergian beliau merupakan kehilangan kpd dakwah tp janji Allah pasti berlaku - pasti akan lahir lebih ramai pejuang hebat spt beliau - siapa?kita..anda dan saya..

Dlm pengantar ringkas tu, bagaimana transformasi drpd intellectual quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ) dan Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) perlu diintegrasikan dan disibghah menjadi Takwin Quotient (TQ) dlm upaya menggali potensi dan tenaga para 'amilin (pekerja) dakwah. potensi dan tenaga yg mampu menggerakkan aku (bc utk diri sendiri) untuk menarik tgn robot2 yg x tahu tujuan hidup ke arah memahami matlamat dia diciptakan. bkn kerja mudah.

Mengambil contoh para sahabat yg mulia. Zaid bin Tsabit ditugaskan blaja bhs Suryani - slh satu cbg bhs ibrani- utk mengelakkan yahudi madinah menipu dlm perjanjian mereka dn pihak islam. dan beliau r.a selesai blaja dlm 14 hari (HR Bukhari). Begitu juga Rib'i bin Amir, seorg tentera biasa dlm perang qadisiyah diamanahkan bertemu rustum -jeneral tentera parsi-. Sbg reaksi thdp tuduhan rustum yg menganggap islam berperang utk harta dunia, rib'i menginjakkan kaki keldainya di atas permaidani mewah rustum. tidak cukup dgn itu, dia menheretkan tombaknya di atas permaidani itu sehingga koyak rabak. rustum sengaja merendahkan pintu kecil di hadapan singgahsananya agar rib'i akan msuk scr menunduk. adakah beliau tunduk?ya, ttp dgn mendahulukan punggungnya. kesempatan itu diambil oleh rib'i utk menjelaskan hakikat tauhid dan kemerdekaan manusia. begitu juga dgn Abdullah bin Zubair, ketika anak2 kecil yg lain bertempiaran lari apabila melihat kelibat Umar Al-Khattab, dia dgn relax berdiri tegak tidak berganjak dr tmpt asalnya. apabila ditny oleh Umar,"knp tidak lari spt kanak2 lain?" inilah jawapan anak kecil ini ketika itu,"Aku x bt keslhn apapn kpdmu, knp mesti lari dan jalan masih luas, knp aku perlu berganjak dr tmptku?" Subhanallah, bukanlah itu jwpn "kurang ajar" ttp itulah prinsip seorg kanak2 yg telah menggegar dunia.

Untuk melahirkan peribadi2 spt itu perlukan usaha yg bersunguh2 dan berterusan berteraskan prinsip Islam. Ibarat tanah, manusia yg ingin dibina juga pelbagai jenisnya dan perlukan pula pelbaai jenis cara yg sesuai dgn keperluannya. Mengambil carakerja drpd rasulullah saw sbg pedoman dlm takwinul ummat adalah keperluan yg pasti.

Dlm berhadapan dgn perubahan zaman, metode dan sarana dakwah perlu selari dgn keperluan dakwah tanpa mengabaikan asholah (keaslian) manhaj yg diwariskan oleh rasulullah saw. Mengimbangi antara ta'shil (keaslian) dan tathwir (inovasi) dlm uslub (metode) dan wasilah (sarana) dakwah merupakan batu asas dlm upaya menali potensi para murobbi kebangkitan islam.

Oklah, bas pn dh nk jalan. InshaAllah, sm bermanfaat kpd diri aku dan kpd org2 beriman (51:55). Wallahua'lam. Doakan aku selamat dlm perjalanan balik ke utm ni. Ma'assalamah.

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template