Wednesday, December 31, 2008

Islam Pasti Menang

Saudaraku di Palestin
Kau korbankan nyawamu demi kesucian al-Quds
sedang kami di sini mati sia-sia
Kau serahkan seluruh hartamu ke jalan Allah
sedang kami kikir menginfakkannya
Kau berjihad setiap masa
sedang kami tidur lena
Kau sentiasa siap mengusung senjata
sedang kami terus leka dibuai arus dunia
seperti anak singa yg lupa asal usulnya
sehingga menggigil melihat kijang di depan mata

Cukupkah sekadar bersedih?
Cukupkah sekadar ungkapan prihatin?
Cukupkah sekadar perasaan kasihan?
Cukupkah sekadar kutukan?
Cukupkah sekadar melihat?
Cukupkah sekadar itu dan ini?
Tanpa ada sebarang tindakan

Bukankah Al-Aqsa milik kita?
Bukankah mereka saudara2 kita?
Apakah tiada lagi nilai pada nyawa mereka?
Apakah isu ini hanya melibatkan bangsa?
Aduhai bangsaku yg terus leka
ditipu oleh media massa
perang pemikiran mensekularkan agama

Wahai diri
Wahai rakan2
Wahai umat yg mengaku diri sbg MUSLIM
Malulah kalian
apabila hny mampu berdiam diri
apabila hny mampu bersedih
apabila hny mampu mengeluh
sedang umat terus ditindas
sedang Islam terus dihina

Namun aku yakin
masanya sudah tiba
untuk diri ini berubah dan merubah
menegakkan Islam di dalam diri
menyebarkan ke seluruh negeri
tanpa kenal erti henti
kerana tujuan hidupku pasti
sbg hamba dan khalifah
memburu syurga Ilahi

Saudara2ku
aku malu pada kalian
krn tidak mampu berbuat apa2
namun doa ku pohon sentiasa
agar Allah menurunkan malaikatNya
menghancurkan musuh sehancur-hancurnya
krn ku yakin pertolonganNya sentiasa
bersama penolong2 agamaNya

Allahuakbar walillahilhamd!!

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template