Wednesday, February 10, 2010

towards internationalization, but...

inspiring innovative and creative minds. utm kini melangkah untuk menjadi universiti kelas dunia. antara yang dilakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan student undergradute (yang kebanyakannya orang malaysia) dan memperbanyakkan postgraduate students yang datang dari pelbagai negara. yang paling obvious dari afrika dan indonesia. selain tu ada iran, mongolia, syria, yemen dll. sebab antara kriteria yang diambil kira dalam 'pengreddan' universiti adalah ratio undergraduate/postgraduate.

sekarang ni pergi mana-mana kat dalam utm ataupun kat area taman u ni mesti jumpa student foreigner. kebanyakan diorang ni sangat friendly. aku sendiri ada seorang kawan dari nigeria. jumpa masa kat msi. dia tegur bila tengok aku baca al-Quran. katanya (selepas translate) suka tengok orang muda baca al-Quran. kebetulan dia dari fksg gak. amik master GIS. dia mintak tolong aku ajar arcgis. huhu. aku bawak dia gi psz dan tunjuk kat dia buku mastering arcgis. suruh dia pinjam dengan cd tutorial sekali.

kat kolej perdana ada sorang lagi brother. 'aidil (kalau tak salah) namanya. student phd electrical power. yang mantapnya, dia ni hafal al-Quran 30 juzuk. wahwahwah. biasa jadi imam kat surau kp. terawih dia jela yang imam. orang syria ke yaman entah. kawan-kawan aku kat sana mintak tolong dia ajar tajwid etc. senang cakap orangnya sangatlah baik dan friendly.

kat kolej rahman putra (krp) pun ramai gak foreigner pak arab. biasa gak turun kat sini masa ramadan. kalau diorang jadi imam memang syahdu je. sorang tu suara iras-iras syeikh masyari bila baca al-Quran. nak menangis rasanya bila dengar diorang baca al-Quran dalam solat. dapat feels the feeling la. yang bestnya diorang ni muda-muda lagi. sebaya je kot atau lagi muda. tengok muka macam budak-budak lagi. tapi dah hafal al-Quran gak. ni buat aku jeles ni. target nak hafal 5 juzuk tak tercapai lagi. sekarang ni geng-geng krp mintak diorang ajar bahasa arab every friday night. sambil belajar bahasa arab boleh improve english sekali sebab guna english as medium. kadang-kala boleh belajar bahasa somalia sekali bila ada bro somalia join duakaki. dan dia pun boleh belajar bahasa melayu gak. sama-sama belajar kan. soh? aiwah...hehe

student-student afrika dan arab ni gak suka main bola atau futsal. diorang ni macam orang brazil. obses dengan bola. main memang bersungguh. pernah gak main bola padang petang-petang dengan diorang. tapi aku main rilek-rilek jela. kalau kena 'body' dengan pak-pak arab ni boleh koma dua bulan beb. badan besor-besor. bayangkan makan fries rm5 kat k9 macam makan nasi. tapi kalau kita main sekali dengan diorang best. boleh sembang-sembang pasal negara diorang, family diorang etc. kalau student-student afrika ni kebanyakannya orang susah. aku pernah tanya kat abdul lateef dia belajar kat sini guna biasiswa apa. dia cakap dia hanya ada duit cukup untuk study fees, tiket datang sini dan untuk keperluan hidup kat sini sikit-sikit je. takde biasiswa dari mana-mana. semua guna duit sendiri. mungkin dia bergadai gak kot nak belajar kat sini. aku tanya dia macam mana dia makan semua. dia cakap tawakal jela kat Allah. jauh berbeza dengan aku walaupun aku rasa macam aku ni dah susah.

Masjid Sultan Ismail (MSI)

tapi selain kebaikan pasti ada keburukan gak yang diorang bawak. maksud aku sebahagian kecil dari student-student foreigner ni terutama student perempuan. dan terutama dari iran dan mongolia/kazakhstan/china (aku tak pasti tapi area-area sana la). jijik aku tengok seorang student pakai macam pelacur masuk library. student mongolia rasanya based on muka dia. ada macam altantuya sikit-sikit. aku pun pelik macam mana la boleh lepas pulak dia ni masuk psz dengan pakaian macam tu. kemudian boleh pulak bermesra-mesraan dalam psz dengan pakwe dia. sakit hati aku tengok. nak tegur tapi takde kekuatan la sorang-sorang. yang aku kurang puas hati adalah librarian. kenapa kalau pakai selipar atau t-shirt takleh masuk tapi 'altantuya' tu boleh masuk pulak? diskriminasi nih..

kemasukan pelajar-pelajar dari iran pun mengundang lagi satu masalah. student perempuan iran (yang biasa aku tengok) memakai tudung macam artis. keluar jambul kat depan. bukan apa, benda ni beri konotasi yang buruk pada umat islam sendiri. kadang-kadang ada student tempatan yang tak faham, takde asas yang kuat terpengaruh dengan diorang ni. kalau diorang tak ikut pun, at least diorang akan jadikan itu sebagai hujah untuk diorang tak bertudung. aku harap takdela kawan-kawan aku ikut gejala yang tak sihat ni.

kehadiran student-student luar ni gak memberi kesan kepada diversiti kat masjid. diorang praktik mazhab yang berbeza. jadi agak pelik bagi sesetengah orang yang tak biasa dengan kepelbagaian mazhab atau tak dapat terima mazhab lain selain syafie. sepatutnya pendirian kita ialah selagimana dia berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah yang sahih, ok la kan. kadang-kadang nampak diorang solat pakai seluar 3/4 macam masa main futsal. kalau nak tau ada member aku solat pakai kain pelikat je. kat bilik la. bagi diorang asal tutup pusat dengan lutut ok dah tu. kalau jumpa awek taknak pulak diorang nak pakai kain pelikat je. hehehe.

sekarang ni ada ramai gak syiah. diorang solat kat msi tapi tak berjemaah. kadang-kadang nampak diorang solat kat bahagian tepi masjid. kadang-kadang kat bahagian dalam. ciri-ciri diorang ni mudah je. diorang sujud atas batu leper. taktau la kenapa macam tu. pernah sembang-sembang dengan ustaz kat msi lepas terawih dulu. dia kata student-student syiah ni pergi buat upacara sambutan hari asyura ke apa entah kat bahagian atas msi. diorang mencederakan diri sendiri. bila pihak msi tahu, diorang pergi hentikan. ada gak dengar cerita geng-geng syiah ni nak apply mintak sebuah masjid khas untuk syiah. sebelum tu dengar cerita puak-puak kristian (IK atau ikatan kristian) mintak buat sebuah gereja dalam utm. entah-entah nanti hindu mintak buat sebijik kuil. buddha pulak mintak tokong sebijik. nanti utm bukan jadi research university (RU) tapi religion university.

begitulah beberapa benda yang best dan tak best berkaitan kehadiran student-student dari luar ni. banyak manfaat boleh dapat dari diorang tapi masih ada keburukan yang perlu dielakkan. alhamdulillah setakat ni aku suka berkawan dengan pak-pak arab. walaupun tabiat makan diorang marvellous tapi yang bagusnya pak-pak arab ni, diorang sangat menjaga solat. paling awal datang ke surau/masjid, berebut-rebut nak saf pertama, banyak baca al-Quran (mungkin banyak hafaz) etc. selepas subuh biasanya diorang akan stay kat tempat diorang solat sampai isyraq atau duha. tak silap aku ada hadis sahih pasal benda ni. pelakunya akan dapat ganjaran yang sangat besar. aku cuba nak apply sedaya mungkin.

kerana tuhan untuk manusia

-------

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Monday, February 08, 2010

al-qosos

kisah 1

buah kelapa. dah la jatuh dari tempat yang tinggi. gedebuk! lepas tu ditakik dengan parang untuk dibuang sabutnya. arghh! dipecahkan pulak tempurungnya. kemudian dimesin pula. setelah dapat kelapanya diperah pulak santannya. bila guna santan untuk buat kari kepala ikan, ada orang sebut sedapnya "kari santan kepala ikan" ni...?


kisah 2

mati ni sekejap je. mati masa zohor, lepas asar (dah kebumi) hidup balik. mestilah kena hidup balik. kalau tak macam mana nak jawab soalan munkar dan nakir? lepas tu ikutlah. dapat jawab soalan, alhamdulillah. tak dapat jawab soalan, wal'iyazubillah.


kisah 3

best ke menjadi orang sibuk? bagi sesetengah orang, mungkin tak best. sebab tak boleh hang out dengan kawan-kawan tengok wayang, tak boleh itu dan ini. ada orang cakap, bagus jadi orang sibuk ni. aku maksudkan sibuk dengan benda-benda yang bermanfaat la. bila sibuk dengan benda-benda yang bermanfaat, kita takdak masa nak buat dosa. tak percaya boleh cuba.


kisah 4

jangan harap rehat kat dunia. takut nanti kita sibuk kat "sana". takpe, masa rehat akan tiba. bila kita mati nanti dengan husnul khatimah.


kisah 5

pokok jati ketika masih kecil. ketika ditiup angin, ia akan melentur dan kadangkala hampir tercabut. tetapi akarnya cuba bertahan di tempatnya. selepas angin reda, ia kembali tegak di tempatnya dan membesar. akarnya menghunjam ke tanah. batangnya membesar. dahannya tumbuh dipenuhi daun-daun yang rendang. ketika itu, walau ribut yang datang, ia tak pernah sekali-kali tunduk.


kisah 6

di bawah pokok jati tadi tumbuh pohon-pohon kecil. ia mengambil manfaat daripada cahaya matahari yang menyinari di celah-celah dahan dan daun pokok jati sehingga sampai ke tanah. lalu ia membesar di situ. menafikan teori darwin survival of the fittest.


kisah 7

pokok kecil itu barangkali tidak berguna bagi sebahagian orang. mereka ingin mencantasnya. mereka hanya nampak nilai pada pokok jati. pulangan lumayan. namun pokok kecil itu turut berjasa dengan menyeimbangkan ekosistem melalui carbon cycle. butterfly effect barangkali.

melihat dari kaca mata berbeza pastilah nampak berbeza...

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

tanpa suara...

blog ni mungkin akan kurang memberikan manfaat kpd anda sejak akhir2 ni dan untuk masa ke depan. aku pn tak pasti apakah aku masih layak utk menulis benda2 yg bermanfaat. org2 yg knal aku mungkin rasa aku org yg "agak baik". mungkin sikit atau xde org yg expect aku ni sorg yg teruk. apepun, aku nk bgtau aku adalah sorg manusia. aku ada iman yg kdg2 up but most of the time down je. aku pn x pasti knp aku bgtau bende ni. cuma aku nk hilangkn apa2 expectations yg salah terhadap diri aku. x payahla nk berhusnuzon klu benda tu btul2 salah kan.

dlu masa aku set up blog ni, aku fikir dgn menulis aku dpt kurangkn tekanan. aku x fikir sgt psl org nk baca atau x. bila aku menulis, aku rasa spt beban berat dlm kepala ni keluar bersama ayat2 yg aku tulis. sbb tu aku suka tulis cm merepek sket dgn bahasa x skema. aku cuba nk tulis ala2 skema ni tp aku sniri rasa x best. baik aku tulis apa yg aku rs best. biarlah org nk ckp apapn, yg penting aku dh luahkan apa yg aku rasa. so, mintak maafla jika bahasa yg aku gn ni x disenangi oleh segelintir manusia. benda yg kita suka x semestinya org lain pn suka. dan kita pn kdg2 x suka dgn benda yg org lain suka. so hormatilah sesama kita. tp utk benda maksiat, xyahla nk hormat plak. kn benci sebenci-bencinya. sikap org beriman tu asyidda'u 'alal kuffar (keras terhadap org2 kafir) dan ruhamaa'u bainahum (kasih sayang sesama mukmin) (rujuk 48:29 dan 5:54).

susah gk bila aku berada pd certain altitude, org2 mula judge apa yg aku bt. apa yg aku tulis dlm blog ni pn nk jadi bahan. aku pn x faham dgn makhluk2 ni. aku rasa baik aku walk on the ground lg bgus. klu org tu xnk bt blog, jgn kata apa2 pd org yg bt blog. klu nk kata apa2, bukak blog sniri. aku x pnh suh org baca blog aku. klu nk baca silakn.klu xnk bca, sapelah aku nk paksa org baca kan. tolongla hormat dan raikan hak masing2. semua org ada perasaan. aku tak bercakap dgn tiang batu atau dinding papan.

aku tau blog aku ni mostly dibaca oleh bdk2 yg ikut halaqah/usrah. geng2 aku gak. sbnrnya xde benda yg menarik pn aku tulis. mungkin kwn2 lama nk tau apa aku bt skrg. mesti terkejut dgn apa yg dh jd pd aku. aku mungkin x mcm yg korg knal dlu. aku x sejahil dlu dan aku juga x sebaik dlu. aku xtau di mana aku skrg. aku masih mencari identiti. biarpun aku ikut usrah tp aku bukan org yg faham sgt pasal islam. jauh.....aku rasa aku masih jauh dr islam. mungkin apa yg aku tulis ni x betul dan byk mengarutnya. sila betulkan.

aku meyakini bahawa dakwah xkn berjaya hanya dgn blogging shj. org ckp (dgn nada perli) aku ada byk masa. sbb tu aku berblog. trima kasih. kdg2 org nmpk aku time bt benda2 lagha pastu trus bt conclusion aku byk masa utk dibazirkan. tp jarang org nmpk masa kita bt kebajikan. sbnrnya x perlu aku ckp pn. sbb bkn kes aku sorg. setan membuka ruang dan peluang utk kita bt dosa. terserah pd kita nk ikut dia atau x. bukan kita x nmpk ibrah atau hikmah dlm setiap kejadian tp kita dibutakan dan ditulikan.

org ckp klu nk dakwah via blogging, tulisla benda2 yg bermanfaat. betul. aku setuju. tp aku ni lemah. bila iman tgh up, aku tulis benda2 yg bermanfaat (aku rasa la). tp bkn setiap masa smngt nk tulis benda2 yg bgus. ada masa aku nk luahkan byk benda yg x puas ati dlm kepala ni. byk sgt. aku tulis la dlm blog. aku x suka menulis dgn skema. biarlah apa yg aku tulis tu apa yg kuar dr hati aku. biar ar nmpk cm busuk pn. aku tau hati aku bkn bersih sgt. aku akan cuba bersihkan. mungkin suatu hari nnt aku akan menjadi lebih baik.

blogging hanyalah salah satu cara utk aku sampaikan suara hati aku kpd sesiapa yg nk baca. klu x suka sila komen. xpela nk gn anonymous pn. aku x kisah dh. klu ada manfaat silalah ambil. smg memberi saham kpd aku utk hari kemudian. dh bbrp kali berfikir utk terminate blog ni tp aku rasa byk manfaat bleh aku dpt dgn adanya blog ni. aku x tahu apa asbab yg bolehkn aku msuk syurga Allah dan dijauhkan dari nerakaNya.

itulah mukaddimah post ini. mungkin pjg lg aku nak tulis.

jika diingat2 zaman sblm join usrah dlu, aku rasa sgt2 bersyukur dgn nikmat islam yg Allah kurniakan pada aku. mungkin inilah hikmahnya aku x dpt biasiswa JPA utk PILN dan aku tak gi interview MISC utk study kat ALAM. aku pilih ke matrik perak (KMPk). biarpun agak lmbt utk terima tempias tarbiyah tp aku bersyukur sbb Allah ttp bukak pintu peluang tu utk aku di sana. sehingga aku tersedar kembali. alhamdulillah.

zaman trus memutarkan rodanya. aku rasa aku byk berubah tp sgt sikit berbanding rakan2 seperjuangan kt matrik dlu. yg paling latest, zikri dh nk mendirikan baitul muslim. nmpknya aku sorg je kot batch tu yg trus membujang. entah smpi bila. aku xnk fikir lg dlm keadaan skrg. aku rasa x kuat dan x sedia serta x layak utk aku meyunting mana2 akhawat pn. tahniah kpd kwn2 sumer. smg perjuangan kalian lebih mantap dengan adanya sayap kiri@kanan. kpd yg bertanya kpd aku, aku nk jelaskn di sini bahawa aku blum btunang atau nk kahwin dlm masa terdekat. tgk la nnt cmner.

macam ni lah aku. aku macam tiang traffic light. dah bertahun2 kt situ, tak berubah. aku jumpa bbrp org kwn lama di utm. rakan satu batch. aku masih igt ketika diorg mula2 bertatih dtg ke daurah. ketika tu aku adalah penyampai tazkirah subuh. skrg diorg dh bg pengisian pd ikhwah dan akhwat. diorg naik moto smpi ke pahang pd hujung minggu just utk buat usrah. gaji kecil diorg dihabiskan utk dakwah di sana sini. betul kata2 seorang pakcik tua dlm anime naruto. time are changing, slowly but surely. manusia berubah plak sgt pantas. siapa sangka suatu ketika dlu bertolak2 bila disuruh bg tazkirah tp skrg ibarat lipas kudung. aku xnk just merungut tp aku akan berusaha utk jadi mcm diorg.

tiada manusia yg berjaya dgn hasil usaha sendiri saja. mesti ada org2 lain yg membantu. usaha utk berubah itu perlu tp perlu ada catalyst utk mempercepatkan perubahan. sesuatu kerja yg berhasil dengan baik bukanlah kerja individu. perlukan kerja berkumpulan. aku cuba analisis knp kwn2 aku begitu cpt meningkat. aku hny bleh bt konklusi bhw diorg ni benar2 dibantu; aqli, ruhi, emosi dan jasmani. bukan hanya diberi aqli tp kering ruhi. bukan hanya dicukupkan jasmani tp tak dijaga emosi. org2 yg melaksanakan perkara tu mengetahui keperluan dan kemahuan. tak semuanya menjadi. tak semuanya mahu ikut. tak semuanya bersama. tapi itulah yg mereka mampu berikan. ayat2 telah disampaikan. terpulanglah.

sedih dgn apa yg berlaku skrg. tp aku xkn biarkan diri aku trus sedih. dakwah perlu diteruskn walaupun dgn menaiki gerabak yg berbeza. yg penting ukhuwwah dijaga. aku xnk bermusuh dgn sape2. berkerjalah kamu! (9:105) takyah la buang masa cari kesalahan org lain. tgk diri sendiri. byk kelemahan, dosa dan maksiat. perbaikilah. jgn jd asbab dakwah ni tersekat. aku bckp kpd diri sendiri. aku menulis kpd diri sndiri.

ketika gerakan kuffar bergerak dgn derasnya di seluruh dunia. ketika mereka menggerakkan seluruh kekuatan yg ada. ketika seluruh harta mereka diinfaqkan utk merosakkan, menyeleweng, memurtadkan, menyerang dan membunuh umat islam di seluruh dunia. umat islam terus disibukkan dgn perkara2 bodoh. para pemuda-pemudi dirosakkan pemikirannya. para ulama' bergaduh sesama sendiri. para pemerintah berebut kuasa dan harta. maka siapa yg akan menyelamatkan umat ini? jgn buat2 bodoh! org2 kafir bergerak spt taufan katrina tp kita bergerak spt siput babi.

yes. x sume org mampu beri apa yg aku nk. dan aku pn x suka nk bg komitmen kpd sesuatu yg aku x suka. jelas kot. lebih baik mcm skrg. aku akan trus berjalan. kdg2 ssh nk apply apa yg biasa aku nasihat kt org. cthnya: jgn tuntut hak sblm tunaikn hak. aku pn xtau nk tunaikan hak cmne so aku xmo la tuntut hak plak kan. teori mmg sng. sng giler.

akhir skali, aku mintak maaf zahir dan batin kpd semua andai ada salah silap sepanjang mengenali aku. jazakumullahukhairan kasira.

p/s aku nk tulis lg tp aku nk tido dlu. nnt smbg lg. ngantuk dh. wslm.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Saturday, February 06, 2010

Biar kena saman, jgn bg rasuah kt polis yg bangang!

sedikit kecewa.

smlm g kedai moto, nak renew roadtax.

dh bayar ~500

insurans+installment

ptg td nk g amik pastu dibgtau

ada saman, kn bayar dlu

300

&^@ %# !!


p/s ada sesape nk offer keje x?

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Friday, February 05, 2010

0215041508140111140114161519111

bila korang expect seseorang lebih tinggi dari yang dia mampu buat
bila korang letak seseorang pada posisi yang salah
bila korang bebankan seseorang dengan beban yang dia tak mampu pikul

korang rasa dia dapat buat apa yang korang nak
korang rasa dia boleh mainkan peranan dia dengan baik
korang rasa dia akan buat apa yang korang suruh tanpa kompromi

korang salah!
sebab korang akan jumpa seseorang yang akan memberontak
macam aku.

sekian.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, February 03, 2010

Oh Safiah!

bismiLlah...

Alhamdulillah. Dah lama tak jumpa. Akhirnya...

Teringat masa first year dulu. First day daftar, malam dah start halaqah. Huhu. Tak bagi chance langsung aku nak berehat. Malam tu ada huhahuha kat DSI, pastu aku blah. Baik aku dok kat MSI. Haha. Then, bincang2 halaqah fixkan hari rabu malam kul 11.

Aku dok kat ktdi, M16. Dah biasa jalan kaki malam2 lalu kat celah makmal FKA n FS. Murabbi tetapkan, kalau lambat seminit, pampin 1x. Baru taff. Keke~

Halaqah takde limit masa. Start wajib kul 11, habis...ikut suka murabbi la. Tak pernahnya habis awal. Lepas subuh baru balik bilik.

Yang bestnya, lepas halaqah, kami tong2 duit pastu dua orang nek moto gi beli roti canai kat safiah. Sorang singgit bleh dapat 2 keping sorang. Buat sahur, puasa sunat khamis. Dulu 50seng je.

Kenapa beli kat safiah? Ekceli, kuah sambal dia sedap. Aku mesti suh bungkus kuah sambal lebih setiap kali gi beli. Entah pelaris ape dia letak dalam tu pun aku taktau. Tapi memang sedap giler. Kira time fesyer dulu roti canai safiah ni memang jadi makanan ruji aku dah. Fesyer je. Sekenyer dan seterusnya dah tak lagi.

Tadi aku gi makan kat safiah lagi. Tiba-tiba rasa teringin nak makan sambal dia yang sedap tu. Tapi...kecewa sket. Dah tak sedap cam dulu. Rasa ntahpapeje. Mungkin orang lain yang buat. Masing-masing ada selera sendiri. Aku sebagai pelanggan terpaksala terima hakikat yang sambal roti canai safiah dah tak sedap seperti dulu. Uwaaa~

Inilah kisah safiah. Hehe~



p/s jgn rasa tertipu..ngee~
p/s1 saja gn bahasa ori
p/s2 tetibe aku rasa rindu kat member2 halaqah dlu..
p/s3 roti canai safiah dah harga 70kupang. adoiyaii..

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template