Monday, February 08, 2010

al-qosos

kisah 1

buah kelapa. dah la jatuh dari tempat yang tinggi. gedebuk! lepas tu ditakik dengan parang untuk dibuang sabutnya. arghh! dipecahkan pulak tempurungnya. kemudian dimesin pula. setelah dapat kelapanya diperah pulak santannya. bila guna santan untuk buat kari kepala ikan, ada orang sebut sedapnya "kari santan kepala ikan" ni...?


kisah 2

mati ni sekejap je. mati masa zohor, lepas asar (dah kebumi) hidup balik. mestilah kena hidup balik. kalau tak macam mana nak jawab soalan munkar dan nakir? lepas tu ikutlah. dapat jawab soalan, alhamdulillah. tak dapat jawab soalan, wal'iyazubillah.


kisah 3

best ke menjadi orang sibuk? bagi sesetengah orang, mungkin tak best. sebab tak boleh hang out dengan kawan-kawan tengok wayang, tak boleh itu dan ini. ada orang cakap, bagus jadi orang sibuk ni. aku maksudkan sibuk dengan benda-benda yang bermanfaat la. bila sibuk dengan benda-benda yang bermanfaat, kita takdak masa nak buat dosa. tak percaya boleh cuba.


kisah 4

jangan harap rehat kat dunia. takut nanti kita sibuk kat "sana". takpe, masa rehat akan tiba. bila kita mati nanti dengan husnul khatimah.


kisah 5

pokok jati ketika masih kecil. ketika ditiup angin, ia akan melentur dan kadangkala hampir tercabut. tetapi akarnya cuba bertahan di tempatnya. selepas angin reda, ia kembali tegak di tempatnya dan membesar. akarnya menghunjam ke tanah. batangnya membesar. dahannya tumbuh dipenuhi daun-daun yang rendang. ketika itu, walau ribut yang datang, ia tak pernah sekali-kali tunduk.


kisah 6

di bawah pokok jati tadi tumbuh pohon-pohon kecil. ia mengambil manfaat daripada cahaya matahari yang menyinari di celah-celah dahan dan daun pokok jati sehingga sampai ke tanah. lalu ia membesar di situ. menafikan teori darwin survival of the fittest.


kisah 7

pokok kecil itu barangkali tidak berguna bagi sebahagian orang. mereka ingin mencantasnya. mereka hanya nampak nilai pada pokok jati. pulangan lumayan. namun pokok kecil itu turut berjasa dengan menyeimbangkan ekosistem melalui carbon cycle. butterfly effect barangkali.

melihat dari kaca mata berbeza pastilah nampak berbeza...

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template