bismillah...
geram tak kalau orang main-main masa kita bagi pengisian? dahla pengisian tu serius diorang boleh la plak gelak-gelak main cucuk-cucuk perut. perghh, sabar jela.
kadang-kadang aku terfikir kenapa orang tak suka beri perhatian terhadap apa yang kita cakap? ok, diorang memang masih baru dalam tarbiyah. baru beberapa bulan ikut usrah. masih manja. pengisian sejam nak 'qailulah' sejam jugak. kalau time pengisian tu diorang fokus ok jugak. ni tak, masa pengisian main-main jugak. tersengguk-sengguk jugak. pusing-pusing pen jugak. lukis-lukis, conteng-conteng buku jugak. so, salah sape ni?? aku dah buat yang terbaik untuk deliver pengisian. lantak korang la nak dengar ke tak. ada aku kisah?
tak jarang kita salahkan diorang bila diorang tak pay full attention bila kita cakap, betul tak? kita kata diorang ni degil, takdak harapan, tak serius, manja dan sebagainya. ingat tak dulu masa mula-mula kita join usrah? bukan ke kita pun tido jugak masa perjumpaan yang pertama sebab tak tahan dengar abang naqib berceloteh lebih sejam. dalam hati kita dah habis sumpah seranah (harap-harap tak la), maki hamun etc. ish! bila la nak habis ceramah nih... mata dok kerling ke jam dan handphone je. ish, tolongla sapa-sapa kol aku, bleh aku keluar jap. sakit tulang belakang dok bersila sejam dah ni...
normal la kot. kita dulu-dulu camtu jugak. entah-entah lagi teruk dari tu. mungkinkah ada antara kita yang start usrah terus serius, tak main-main, sangat bersemangat etc? macam-macam fi'il manusia, memang kena banyak bersabar la. mungkin camni la kot perasaan naqib pertama kita. kalaula dia reject kita awal-awal lagi mungkin kita tak jadi seperti sekarang. semua orang berpotensi. cuma kena gosok la sampai keluar sinarnya.
yang jarang kita evaluate adalah hati kita. mungkin tak diorang memberi respon sebegitu kerana diri kita sendiri. pernah tak kita check keikhlasan niat kita? kalau kita benar-benar ikhlas, check pulak hubungan kita dengan Allah. kita tak boleh mengandalkan pada usaha kita semata-mata supaya manusia dapat hidayah. yang bagi hidayah adalah Allah. jika kita tak jaga hubungan dengan Pemberi hidayah, maka kepada siapa kita nak harap anak buah kita tu diberi hidayah? Check balik adakah kita doakan mereka agar diberi hidayah, dilembutkan hati, dijernihkan fikiran agar menerima kata-kata kita? kalau doa pun tak pernah, jangan la berharap apa-apa. Rasulullah saw pun doakan hidayah kepada salah seorang daripada dua Umar. akhirnya Allah memilih Umar al-Khattab sebagai pendukung agamaNya. alhamdulillah...
kita = aku.
Allahua'lam
2 shuriken:
masyaallah, pengisian yg cukup mantap utk jiwa..
Bismillah....
Haha.. kelakar lah pulak. Geram kat anak2 usrah yer? Sian mereka...
Bukan apa, betul lah seperti awk cakap tuh, ikhlas, doa, mohon hidayah utk mereka, ect...
Tapi jgn dilupa.. teknik penyampaian kita yang mungkin perlu diperbaharui. Itu sunnatullah....
at least, anak2 usrah awk tuh ialah org yang mmg nak g usrah, walau pun masih belum terbentuk aura usrahnya...
kalau kena cam saya, kena bg pengisian kat bebudak sekolah yang hampir separuh memang tak nak dengar kata? haha...
so, kena fleksibel cara penyampaian, jadikan ia menarik dimata dan telinga mereka..
selamat berjaya.. ^^
Post a Comment