Sunday, July 18, 2010

bainal 'bersedia' wal 'jalan je'

Bismillah...

Ini merupakan sambungan kepada entri yang lepas tapi kalau rasa macam takde connection tu buat-buat tak perasan la ye. :)

Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya

Manusia akan tetap mempunyai karakter yang berbeza-beza walaupun lahir dan dibesarkan di dalam persekitaran yang sama. Inikan pula jika dibesarkan di dalam suasana persekitaran yang berbeza, maka tentulah semakin besar perbezaannya. Di sinilah cabaran kepada para da'i kerana merekalah yang akan berdepan dengan diversiti ini dan mengemukakan solusi ke atas setiap perkara. Maka tugas ini bukanlah mudah kerana sesiapa yang tak punya sesuatu maka pastilah dia tak akan mampu memberi sesuatu apapun.




Kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga lautan dalam

Untuk berdakwah tak hanya perlu semangat tapi diperlukan ilmu dan kefahaman terhadap perkara yang hendak didakwahkan. Kita dapat lihat perkara ini di dalam surah-surah terawal diturunkan. Ya ayyuhal muddassir. Qum fa anzir. Wa rabbaka fakabbir dan seterusnya. Perintah memberi peringatan disusuli dengan pengarahan supaya mempersiapkan diri dengan persiapan ruhani, akhlak, ilmu dll agar ampuh dalam melaksanakan perintah amar ma'ruf dan nahi mungkar. Kerana beban dakwah sangat berat dan pasti mendapatkan penentangan yang kuat dari pendukung kebatilan, maka persiapan merupakan sesuatu yang vital. Kerana itulah para qudama' meninggalkan pesan yang sangat bermakna pada kita;

Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain

Tegakkan Islam di dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di sekelilingmu


Ya, pesannya sangat simple tapi mempunyai pengertian yang sangat mendalam. Sebagaimana ulama dakwah mengorek pesan-pesan tarbiyah di dalam 'perjalanan' Rasulullah saw lalu mengemukakan sebuah fiqh kepada generasi pewaris dakwah;

Qudwah sebelum dakwah

Sifat manusia itu sendiri akan mudah menerima pandangan, kata-kata dan nasihat daripada orang yang dipercayainya. Jika kita lihat kepada sirah, Rasulullah saw yang menjadi orang kepercayaan kaumnya sendiri pun ditolak dakwahnya pada peringkat permulaan. Tapi ditolak bukanlah kerana akhlak atau apa-apa yang berkaitan dengan peribadi Rasulullah saw. Jadi secara matematiknya;

Peribadi baik + Dakwah = Masih ditolak

Peribadi tak/kurang baik + Dakwah = ?

Jadi, dalam arena DF apa yang ingin dicapai adalah membina tsiqoh atau rasa percaya mad'u kepada diri da'i. Pengalaman aku berkongsi-kongsi pengalaman DF dengan beberapa ikhwah menunjukkan mad'u boleh menjadi tsiqoh dengan beberapa perkara. Antaranya adalah peribadi da'i itu sendiri yang mulia, keilmuannya dalam perkara-perkara agama dan kehebatannya dalam bidang akademik. Kebanyakan ikhwah-ikhwah yang aku jumpa memiliki ketiga-tiga ciri ini.

Cuma perlu diingatkan bahawa DF takkan berhasil dalam masa singkat. Ia merupakan proses yang panjang. Mungkin sebulan, 2 bulan, satu sem, setahun atau mungkin sepanjang masa study. Atau mungkin sepanjang hayat kita? Bergantung kepada pertolongan Allah.

p/s sambung lagi nanti bila free
p/s2 sekarang 310am, ba'da subuh nak gerak ke penang (dari arau)



0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template