bismillah...
macamana nak df??
mungkin itulah persoalan yang sedang bermain-main dalam fikiran kebanyakan mereka yang baru 'berjinak-jinak' di atas jalan dakwah. perkara yang sama jugak berlaku pada aku dahulu. masa mula-mula join halaqah di matrik. mendapat arahan dari murabbi supaya 'mendekati' seorang mad'u sebaya bukanlah perkara yang mudah. kalau junior tu ok la jugak kan. lagipun, kat matrik (time tu) mana ada junior. aduh! camne nak buat ni??!
syeikh mustafa masyhur telah menulis sebuah buku kecil bertajuk dakwah fardiah ditujukan khas kepada para da'i yang ingin memulakan langkah membimbing manusia ke jalan dakwah. disusun berdasarkan pengalaman beliau yang telah mengabdikan diri kepada dakwah.
"wallahi! seseorang mendapat petunjuk disebabkan dirimu, itu lebih baik daripada unta merah" (Mutaffaq 'alaih)
dalam riwayat yang lain disebutkan lebih baik daripada dunia dan seisinya. itulah ganjaran yang menanti para pendakwah ilallah. tapi tak ramai yang nak buat kerja ni sebab ganjaran tu tak nampak. orang yang melihat dengan pandangan iman je akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukannya. sebab tu antara karateristik jalan dakwah ialah sikitnya rijal.
dalam buku df, disenaraikan 7 steps dalam melaksanakan misi mendapatkan dunia dan seisinya. secara ringkasnya ialah 1) bergaul dan cuba mengenali diri dan keluarganya, 2) membangkitkan iman yang lesu, 3) mengenalkannya kepada perkara-perkara yang wajib dan cuba menggalakkannya melakukan perkara-perkara yang sunat serta membantu mencukupkan segala keperluannya, 4) menjelaskan kepadanya konsep tasawwur ibadah yang syumul, 5) menyedarkannya bahawa Islam bukan agama untuk diamalkan secara individu sahaja sebaliknya perlu memikirkan tanggungjawab kepada masyarakat yang lain, 6) menjelaskan kepadanya tentang kewajiban berdakwah dan mengajak ummat kepada kebaikan dan 7) menjelaskan kepentingan bergabung bersama sebuah jemaah islam yang benar.
jika kita melihat kepada langkah-langkah yang diberikan dan kita bandingkan dengan realiti yang ada, pasti kita akan pening bagaimana nak aplikasikannya. medan dakwah mempunyai level keragaman yang tinggi. macam-macam jenis manusia kita akan jumpa. ada yang sudah memahami kesyumulan islam tapi masih beramal secara partial. ramai yang mengetahui kewajiban dakwah tapi tidak mahu berdakwah atas pelbagai alasan. jadi bagaimana nak mengaplikasikan semua step-step tersebut?
di sinilah letak pentingnya experience. seorang ikhwah murabbi berpesan dengan menyebut firman Allah dalam ayat terpanjang di dalam al-Quran, "wattaqullah wayu'allimukumullah - dan bertaqwalah kepada Allah dan Allah akan mengajari dirimu!" Antum jalan je, insyaAllah, Allah akan tunjuk jalan. Benar, tapi siapkan diri dengan strategi. Aduhh..jangan 'nerd' sangat. banyakkan bertanya ikhwah/akhwat senior pengalaman mereka melakukan df. alaa..bukan kena bayor pun. kita mungkin akan fail pada 1st attempt tapi pengalaman itulah yang akan menjadi impetus dalam dakwah kita insyaAllah. semakin banyak df yang kita lakukan, semakin banyak pengalaman yang kita kumpul. dengan pengalaman itulah pelbagai strategi kita boleh susun untuk memperbaiki df kita seterusnya. yang penting kita buat df, hasilnya biarlah Allah yang tentukan. Dia takkan tanya kita tentang result, Dia akan tanya, "kau dah buat ke belum?"
yang penting, jagalah keikhlasanmu! Allah hanya tolong orang-orang yang ikhlas...
insyaAllah bersambung..
p/s dah nak balik
0 shuriken:
Post a Comment