bismillah...
Btw, tak salah kot untuk aku cakap, aku rasa 29 Ramadhan hari tu lailatul qadar kot. Sebab mengikut hadis-hadis yang menceritakan pasal tanda-tanda lailatul qadar, suasana hari tu memang bertepatan dengan maksud hadis. Sepanjang perjalanan balik dari Arau sampaila ke Taiping aku nampak tanda-tanda tu. Subhanallah, happy giler time tu...
Ok, bulan Ramadhan 1431H dah lepas. Tak guna nak regret apa-apa dah. Target tercapai atau tak, benda dah lepas tak boleh nak reverse dah. Allah dah tetapkan itu je untuk kita. Alhamdulillah, syukurlah, at least dapat kita sempurnakan Ramadhan kali ni untuk merebut peluang dan ganjaran hebat yang ditawarkan. Itupun kalau rebutlah kan, kalau tak...lu pikirla sendiri!
Perasan tak? Bulan Ramadhan senang giler nak focus untuk ibadah kan? Orang yang addicted kepada internet i.e. facebook, ym, blog etc pun boleh berhenti jap untuk fokus kepada memperbanyak tilawah al-Quran, tadabbur, iktikaf, berdoa etc. Masa bulan Ramadhan terasa diri sangat 'terjaga' sampai ter'usha' akhawat pun boleh terus istighfar. Apatah lagi kalau tengok awek free-hair, terus istighfar, tasbih, tahmid, tahlil, takbir segala bagai. Jaga betul hati supaya tak buat maksiat. Al-maklumla bulan puasa, takut kurang pula pahala puasa. Ustaz kata, ada orang puasa tapi hanya dapat lapar dan dahaga. Sebab apa? Mata tak jaga, lidah tak jaga, hati tak jaga etc. Sebab tu la pahala puasa berkurang.
Tapi masa bulan Ramadhan semuanya jadi mudah. Haaa, mungkin sebab syaitan kena rantai kot. So, hawa nafsu tak cukup kuat untuk melawan. Partner dia mc. Ikutkan, syaitan ni just jadi pendorong je supaya manusia buat jahat, the rest hawa nafsu yang buat. Kalahlah hawa nafsu di bulan yang mulia dek kerana manusia begitu bermujahadah melawannya Tapi ada jugak yang kalah...
Akhirnya, selepas sebulan masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Pengumuman hari raya oleh penyimpan mohor besar raja-raja (errr...tak ingat nama). Tercongohla depan tv nak tau bila boleh raya. Syaitan pun tak sabar untuk merdeka. Alih-alih esok kena puasa lagi. Raya hari jumaat la. Owh, sempat buat lemang. Then, raya pun disambut dengan riang gembira. Minta ampun mintak maaf semua, pergi beraya sini sana, makan tak ingat dunia, semua dibantainya. Hawa nafsu win!
You see...how drastic it could be. I don't make any generalization but it occurs to most of us. Itu just satu contoh: makan. Ada banyak lagi, fikirla sendiri.
Ada satu persamaan matematik yang membuat pening semua mathematicians. Kenapa 30+6=365? It's not a super-synergy but it's a reward. Everyone can have it. Tapi berada di negara 'food-heaven' macam Malaysia ni memang payah la. Almost everyday ada open house. Tak pergi, tak boleh. Dah pergi, tak boleh jugak. Tak boleh tak makan.
Ada benda yang lebih merisaukan...
Kerja keras selama 30 hari boleh musnah dalam masa beberapa hari jer... (more or less than days)
Wallahu a'lam
1 shuriken:
Huuuuu
Post a Comment