Tuesday, January 25, 2011

Fiqh Al-Tamkin

bismillahirrahmaanirrahiim

At-Tarbiyyah wat Takwin, Thoriquna lil Tamkin...

Sesungguhnya jalan ke arah kemenangan itu hanya satu. Tiada jalan atau cara lain untuk menggapai kemenangan islam melainkan dengan melalui jalan yang telah ditempuh dan dicontohkan oleh murabbi para da'i iaitu Nabi Muhammad saw. Bagaimana jalannya? Maka daripada sirah beliaulah kita mengambil prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah sebagai petunjuk jalan dalam gerakan dakwah dan tarbiyyah ini.

Di Madrasah Arqam bin Abi Arqam, Rasulullah saw mentarbiyyah para sahabat as-sabiqun al-awwalun tentang tauhidullah, membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, membersihkan diri mereka daripada kesyirikan, kekufuran dan jahiliyah serta mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah (62:2). Lalu para sahabat mengikuti jalan nubuwwah, beriltizam dengannya selepas ketiadaan Rasulullah saw, meneruskan tugas kerasulan dan mewariskannya kepada generasi seterusnya sehinggalah ke hari ini kita dapat bernafas dengan udara iman dan islam.

Hari ini kita beruntung kerana dilahirkan sebagai seorang muslim. Tapi jarang sekali nikmat yang kita dapat 'percuma' kita hargai dengan sewajarnya. Aku mengingatkan diri sendiri bahawa kafilah dakwah ini akan terus bergerak sama ada aku menyertainya ataupun tidak. Allah pasti akan memenangkan agamaNya (61:8) dengan aku atau tanpa aku. Allah akan menolong orang-orang yang menolong agamaNya (47:7) dan Allah tak pernah sia-siakan amal para hambaNya (9:105). Janji Allah itu pasti (9:111), InsyaAllah.

Rasulullah saw pernah menjanjikan kemenangan Islam ke atas Rom dan Parsi ketika Perang Khandak. Ketika umat Islam belum punya kekuatan yang besar. Yang mungkin dianggap sinis oleh kaum munafiq. Namun, keimanan para sahabat terhadap janji Allah dan Rasulullah saw tak pernah menyebabkan mereka 'hanya duduk menunggu' kemenangan itu tiba. Bahkan mereka terus-menerus berusaha untuk memastikan janji itu menjadi kenyataan. Itulah keimanan sebenar kepada qada' dan qadarNya.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk terus tsabat di atas jalan dakwah, beriltizam dengan tarbiyyah dan takwin serta mematikan kita sebagai syuhada dalam memperjuangkan agamaNya. InsyaAllah.

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template