Tuesday, January 25, 2011

Menangislah!

bismillahirrahmaanirrahiim

Seorang ikhwah menghampiri aku, lalu menunjukkan sebuah lakaran beberapa bulatan dan anak panah 'network' di buku tulisnya. Aku perhatikan.

"Ini ialah susunan katibah 'by level'.", dia menjelaskan.

Multilevel. Macam MLM.

"Akhi, sebenarnya ana sedih dan sedikit kecewa kerana katibah pada peringkat ini 'kering' dan tak rasa ruh katibah", katanya sambil menunjukkan bulatan katibah peringkat tertinggi.

"Maksud enta?", aku balas bertanya.

Biasanya istilah 'kering' menunjukkan konotasi yang negatif.

"Bayangkan ikhwah-ikhwah tak menangis bila bincang dakwah!", suaranya tegas.

"Siap boleh gelak-gelak main-main lagi.", tambahnya.

"Ana bincang masalah dakwah dalam katibah masa kat IPTX dulu sampai menangis. Ikhwah-ikhwah lain pun sama-sama menangis. Basah. Penuh ruhiyah.", dia cuba menjelaskan.

Aku terdiam. Terkedu. Aku hanya pernah menangis di hadapan Tuhan kerana selalu tak menunaikan hak-hak anak-anak usrah, tak keberdayaan aku melaksanakan dakwah ini dengan baik, kelemahan aku dalam mengekang diri daripada bermaksiat kepadaNya dan sedikitnya pengharapan aku kepada Allah azzawajalla. Jarang sekali atau mungkin tak pernah menangis di hadapan ikhwah-ikhwah ketika berbincang mengenai tanggungjawab dakwah. Kering.

Bukan menangis itu sekadar menangis. Tapi tangisan itu lahir daripada hati yang ikhlas. Yang merasa bahawa maksiat dan dosa-dosanyalah yang menyebabkan dakwah ini terbantut. Menyebabkan dakwahnya tidak ditolong. Menyebabkan lemah dan futurnya dalam perjuangan. Air mata itu tak akan sia-sia.

Wallahua'lam.

0 shuriken:

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template