Friday, May 20, 2011

Too late is as good as never

Aku paling tak suka tunggu orang. Kalau jalan, aku suka jalan cepat-cepat. Kalau bawak motor, aku suka bawak laju-laju. Ah, lantak ko la. Sapa suruh ko slow sangat. Tapi itu bukan problemnya. Problemnya ialah bila kita buat orang tunggu kita bermakna kita dah buat benda yang salah.


Selalunya term 'tungu-menunggu' ni bermakna ada akad janji untuk bertemu pada masa sekian-sekian. So, ia adalah janji. Janji kena tepati. Kalau tak tepati janji bermakna tercalit sifat seorang munafik pada kita. Kalau lambat biar ada alasan yang jujur. Bukan mencari alasan untuk melepaskan diri.


Orang melayu suka berjanji. Sampai ada ungkapan janji melayu. Maksudnya janji dengan maksud lambat 15 hingga 30 minit. Mungkin lebih lagi. Tanpa alasan yang memuaskan. 'Kalau saya datang awal pun orang lain datang lambat jugak'. Mungkin ada yang tak setuju. Realitinya kebanyakan yang aku pernah jumpa macam tu.

Lambat. Dulu masa kat matrik ada seorang kawan aku (lain kelas) bagitau ada lecturer dia suruh tutup pintu lecture hall selepas 15 minit kelas dimulakan. So, yang datang lambat tu dapat cuti. Tapi takpe kot sebab ada penjenayah tolong sign kat borang kehadiran. Apa ada hal?


Pernah seorang saudara cuba menunjukkan qudwah hasanah. Atau lebih tepat disebut memulakan sunnah hasanah. Meeting yang sepatutnya start lepas Isyak pukul 9. Selepas 15 minit hanya dia seorang je yang datang, maka beliau pun pulang dengan hati yang tenang walaupun dia orang penting untuk meeting tu. Meeting yang penting. Tapi setelah beberapa lama aku melihat tiada perubahan pun pada sikap orang lain. Mungkin approach yang kurang berjaya.

Bayangkan anda berjanji dengan seorang yang sangat punctual. Dia tak suka walau seminit pun masanya terbuang dengan menunggu. Atau dia ada perkara penting lain nak dibuat tapi semata-mata telah berjanji dengan anda, dia datang on time. Anda pula datang lambat 20 minit dengan tersengih-sengih, hanya minta maaf dua perkataan dan buat selamba seolah-olah tak bersalah.


Cuma, tak jarang orang yang lambat dengan alasan yang jelas tapi disalah anggap hanya kerana dia tak berkesempatan menjelaskan punca keterlambatannya. Bukan mudah nak bersangka baik terutama bila emosi mendahului pertimbangan akal. Selalu jugak alasan yang syar'i dianggap sepele bagi orang lain. Memang payah tapi itulah realitinya.

Lastly, kadang-kadang ada orang suka ambil kesempatan atas kebaikan kita. Mungkin sesekali perlu bertegas.


A: It's better late than never

B: Too late is as good as never.


-paley tsugareyukumono-

20052011_0048



Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, May 18, 2011

He who asks a question is a fool for five minutes, He who does not ask a question remains a fool forever

Kadang-kadang bila aku nak buat sesuatu, selalu fikir banyak-banyak kali. Mungkin sebab dah terbiasa dari kecil, dididik untuk "fikir masak-masak sebelum buat sesuatu" dan selalu dimomokkan oleh pepatah "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitu juga "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" telah membentuk kerangka berfikir dan attitude aku dalam berfikir dan melontarkan pandangan.


Pernah dalam kelas English for Academic Communication, lecturer minta setiap seorang bertanya kepada group yang buat pembentangan. Setiap soalan akan dapat bonus mark. Lama aku ambil masa untuk karang soalan tu. Sampai kepada pembentangan group yang hampir last baru aku berani bertanya. Itupun takut tak sempat, nanti hilang markah bonus. Alhamdulillah lecturer puji soalan aku. Sebenarnya boleh je tanya soalan bodoh-bodoh pun. Asal bertanya. Just nak wujudkan komunikasi dalam kelas.


Bila aku baca buku-buku motivasi, semuanya mengesyorkan agar tetap bertanya soalan walaupun kelihatan bodoh. Pepatah (Fortune cookies?) ada mengatakan "He who asks a question is a fool for five minutes, He who does not ask a question remains a fool forever". Itu baru dalam bab bertanya. Belum lagi perkara-perkara lain. Orang kata ini masalah self-confidence dan ada juga berkata ini masalah superiority-complex. Aku pun tak tahu. Tapi bagi aku menimbang sesuatu perkara sebelum execution process merupakan perkara yang wajar tapi tetap tak boleh terlalu rigid dan complex sebab akan menyempitkan ruang untuk berkreativiti.


Kadang-kadang aku terlalu memikirkan risiko dan kesan daripada tindakan. Padahal kesan dan risiko itu hanya imaginasi subconcious' mind aku je. Hakikatnya tak sebegitu atau tak seteruk itu.


When everything changes, change everything. If you cannot change everything, change yourself, paley!


-paley tsugareyukumono-

18052011_1613



Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, May 10, 2011

Aku takut pada kritikan...

bismillah...

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa pun. Tapi tadi terbaca sikit buku Creative Journal Writing tulisan Stephanie Dowrick (pdf). Don't hold your ideas. Write whatever thoughts passing in your mind. Never thinking about editing, formatting and so on. Just write all of it. Lebih kurang macam tu la maksudnya.

Bagi aku sendiri, sebenarnya takut nak menulis. Sebenarnya aku takut dikritik. Kadang2 rasa nak tulis dalam english sebab aku rasa writing aku ok. Eh! aku dapat A- untuk english masa kat matrik dan itulah kali pertama dalam hidup aku dapat A untuk subjek english. Kat UTM I still manage to get A- in English for Academic Writing. Bangga jap. Tapi still takut nak menulis even dalam BM pun. Sebab utama, takut pada kritikan. Yelah, walaupun orang tak kritik (komen) dalam blog tapi bila jumpa kat luar nanti kena kritik jugak.

"Ko ni...dalam blog (macam) bagus giler, kat luar ntahpape je.."

"Kenapa dalam blog english ko macam power, tapi bila kat luar macam teruk giler..."

Sebenarnya tak pernah ada orang cakap camtu pun kat aku. Aku je mengkritik diri sendiri. Aku tak tahu sejauhmana kritikan mampu menguatkan seseorang.


"I don't know what to say...your work just like....GIGO. Garbage In, Garbage Out!"

Kalau kena kritik macam tu mungkin down terus kot. So depend la kepada jenis dan cara kritikan. Kalau kritikan tu baik tapi disampaikan dengan cara yang salah, akan bagi efek negatif jugak. Tapi kalau kritikan tu destructive, dapat disampaikan dengan cara yang elok, mungkin tak seteruk efek jika disampaikan dengan cara yang teruk kan. Aku rasa camtu la.

Tapi dalam aku takut pada kritikan, dah hampir tiga tahun aku tulis blog. Walaupun takde orang nak baca blog ni tapi aku tetap menulis walaupun kadang2 hiatus terlalu lama. Mungkin amal dhoifi (sepertimana selalu diulang2 oleh manusia hebat beramal qowiy) seperti menulis blog ni dapat keberkatan daripada Allah dan dapat memberi manfaat kepada sesiapa saja yang terbacanya. Ya, sesungguhnya aku tak tahu yang manakah di antara amal-amalku yang diterima Allah. KepadaNya lah aku berserah diri. Ok, nantikan my next post! :)

---From Paris Perlis with Love--- :p
...

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Tuesday, May 03, 2011

I Got A+!


bismillah...

Dulu masa first kelas Kartografi ada seorang Prof ni cakap kepada kami, sebelum dia memulakan kelas hari tu,

Untuk subjek ni saya dah bagi kamu semua A. Semua orang dikira dapat markah 100%. Tapi ada syaratnya. Setiap kali kamu tak submit assignments, markah akan ditolak. Setiap kali tak score test, akan ditolak lagi. Dan akan ditolak lagi jika tak score untuk final exam. Markah yang ditolak bergantung kepada score kamu untuk setiap task tu. Jadi, kamu yang pilih untuk stay dengan A atau dapat D atau fail.


Kami yang mulanya happy sebab yakin dengan janji A rupa-rupanya termakan trick Prof ni je. Bak kata Tuk Bayan Tula, "Kalau nak pintar, belajar! Kalau nak berhasil, usaha!"



Begitu juga dalam kehidupan kita di dunia ni. Allah subhanahu wa ta'ala menciptakan kematian dan kehidupan sebagai ujian untuk melihat siapa di kalangan hambaNya yang terbaik amal mereka (67:2). Bayangkan Rasulullah saw yang dipelihara daripada dosa dan telah dijanjikan syurga oleh Allah subhanahu wa ta'ala juga beribadah dengan sangat intensif sehingga bengkak-bengkak kaki baginda (mafhum hadis yang diriwayatkan daripada Ummul Mukminin, 'A'isyah radiyalllahuanha).

Kita juga harus yakin bahawa Allah dengan sifat Ar-Rahmaan dan Ar-RahiimNya telah memberikan kita syurgaNya sejak azali lagi. Ketika kita mengakui Dia sebagai Rabb dan Ilah di alam roh (7:172) lagi. Masih ingatkah perjanjian itu? Dan Allah subhanahu wa ta'ala menjadikan dalam kehidupan di dunia ini assignments, quizzes, tests dan final exams untuk melihat siapakah best of the best, cream of the cream di kalangan hamba-hambaNya.

Hakikatnya, Allah subhanahu wa ta'ala jualah yang menilai setiap amal kita (9;105). Ada pun Allah telah menceritakan karakteristik hamba-hamba pilihanNya melalui Al-Quran Al-Karim (contoh: 3:110, 9:111-112, 23:1-9, 33:35, 61:10-14). Itulah petunjuk kepada kita agar berusaha sedaya-upaya untuk menjadi hamba-hamba pilihanNya.

So, optimislah dan kejar syurgamu! InsyaAllah, dengan izinNya jua...

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template