Wednesday, May 18, 2011

He who asks a question is a fool for five minutes, He who does not ask a question remains a fool forever

Kadang-kadang bila aku nak buat sesuatu, selalu fikir banyak-banyak kali. Mungkin sebab dah terbiasa dari kecil, dididik untuk "fikir masak-masak sebelum buat sesuatu" dan selalu dimomokkan oleh pepatah "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitu juga "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" telah membentuk kerangka berfikir dan attitude aku dalam berfikir dan melontarkan pandangan.


Pernah dalam kelas English for Academic Communication, lecturer minta setiap seorang bertanya kepada group yang buat pembentangan. Setiap soalan akan dapat bonus mark. Lama aku ambil masa untuk karang soalan tu. Sampai kepada pembentangan group yang hampir last baru aku berani bertanya. Itupun takut tak sempat, nanti hilang markah bonus. Alhamdulillah lecturer puji soalan aku. Sebenarnya boleh je tanya soalan bodoh-bodoh pun. Asal bertanya. Just nak wujudkan komunikasi dalam kelas.


Bila aku baca buku-buku motivasi, semuanya mengesyorkan agar tetap bertanya soalan walaupun kelihatan bodoh. Pepatah (Fortune cookies?) ada mengatakan "He who asks a question is a fool for five minutes, He who does not ask a question remains a fool forever". Itu baru dalam bab bertanya. Belum lagi perkara-perkara lain. Orang kata ini masalah self-confidence dan ada juga berkata ini masalah superiority-complex. Aku pun tak tahu. Tapi bagi aku menimbang sesuatu perkara sebelum execution process merupakan perkara yang wajar tapi tetap tak boleh terlalu rigid dan complex sebab akan menyempitkan ruang untuk berkreativiti.


Kadang-kadang aku terlalu memikirkan risiko dan kesan daripada tindakan. Padahal kesan dan risiko itu hanya imaginasi subconcious' mind aku je. Hakikatnya tak sebegitu atau tak seteruk itu.


When everything changes, change everything. If you cannot change everything, change yourself, paley!


-paley tsugareyukumono-

18052011_1613



2 shuriken:

Unknown said...

didikan merupakan perkara yang menyebabkan perkara seperti ini berlaku..

berfikir sebelum buat sesuatu perkara, penting...tapi ada kadarnya...

dalam bercakap+bertanya soalan, kita selalu dimomokkan untuk "diam, orang tua2 tengah cakap ni" oleh orang2 tua kita...

tpai yang sepatutnya diajar adalah "abang/adik, diam sekejap ye, ayah nak bincang dengan kawan/mak ni..nanti abang/adik cakap semula, k?" satu usaha memupuk budaya suka bertanya...hehe...(saifulislam, 2010)

ibnu yazid said...

betul tu en zakri, ana xde anak lg nk practice ape yg ust hasrizal ajar tu..hehehe

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template