Bismillah...
Allah pasti akan menguji para penyeru terlebih dahulu sebelum Dia menguji orang-orang yang mereka seru.
Jika si penyeru dapat menghadapi ujian itu, maka ketahuilah bahawa apa yang diserukannya adalah benar dan inshaa Allah masuk ke dalam jiwa-jiwa orang yang diserunya.
Sebaliknya jika dia kalah dengan ujian tersebut, maka ketahuilah bahawa apa yang diserunya hanyalah kepalsuan yang lahir daripada jiwa yang kotor dan penuh dosa. Dan kata-katanya tidak dapat menembusi sedikitpun hati orang-orang yang diserunya.
"Ketahuilah saudaraku bahawa sesuatu yang keluar dari hati akan sampai ke hati, sementara kata-kata yang keluar dari mulut hanya akan sampai ke telinga sahaja." (Dr. Adil Abdullah Al-Laili Asy-Syuwaikh)
0 shuriken:
Post a Comment