Tuesday, August 26, 2014

nahnu du'at

hari ini orang suka menghukum instead of rationalization.
terus menghukum lebih mudah.
mencari keadilan perlu usaha sikit. sikit punya susah.
terus memberi hukuman adalah ultimatum yang menamatkan semua pencarian ke arah keadilan.
rationalisasi membuka ruang demi ruang sehingga keadilan ditegakkan.
keadilan adalah prinsip alami merentas agama dan bangsa.
dunia hari ini penuh dengan ketidakadilan.
sebab manusia memberi definisi tersendiri terhadap makna adil.


 ...dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (4:58)

Prof Hamka menulis dalam Tafsir Al-Azhar:


"Sebab turun ayat diatas ialah kerana berita fitnah oleh pihak munafik, maka tindakan yg perlu jangan terburu menerima berita itu, siasat dahulu sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman. Hendaklah ingat apa yg Hakim Islam telah putuskan dalam sesuatu perkara. Dasar utama disini ialah menegakkan keadilan dan membela mereka yg teraniaya dan jangan pula membela puak yg melakukan dosa dan durjana."


istighfar dan taubat menghapuskan dosa kita kepada Allah, bukan kepada orang yang kita zalimi...

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

dakwah tak perlu kita

dakwah ni bukan asal seru atau asal buat.

kalaulah perancangan2 jahiliyah tu dibuat dengan penuh sistematik dan efisien, takkanlah perancangan dakwah boleh buat sambil lewa je.
melainkan orang hanya anggap dakwah ni tugas sampingan je.
sebab kerja utama dia ialah cari dan kumpul harta benda dunia.
bila bincang bab dunia, kerja, harta, sampai berjam2.
boleh reply wasep sepantas kilat.
tapi bila bincang bab tarbiyah.
perancangan taarif, takwin dan tanfiz.
penyusunan dan pengarahan.
senyap.
reply la sebaris dua.
setuju atau tanda like.
idea? tiada.
planning dakwah hanya dalam jilsah mingguan.
itupun kalau ada lah.
itupun kalau dimasukkan dalam agenda.
lamanya stagnant.
tak bergerak macam air longkang tersumbat.
kadang bukan jasad tapi hati yang mati.
kadang bukan buta mata tapi hati di dalam dada.
bukan tak nampak umat yang lemas.
tapi membutakan mata lebih mudah.
supaya terlepas tanggungjawab kat dunia.
al maklum diri sendiri pun lebih kurang je.
kat akhirat tiada seorangpun akan terlepas.
bila agaknya dakwah kita akan menang?
bila Allah ganti kita yang lemau ni dengan umat lain yang lebih bersungguh-sungguh buat kerja ni.
umat yang siang malam fikir bagaimana nak selamatkan umat.
umat yang bekerja membina manusia tanpa kenal lelah.
umat yang memberikan segalanya kepada dakwah.
sebab mereka faham semuanya hanyalah pinjaman.
Allah akan ganti dengan lebih lebih lebih baik.
Allah dah bagi kita peluang tapi kita tak buat betul-betul.
Terpulanglah.

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...

Wednesday, August 06, 2014

Ke Arah Malaysia Yang Lebih Baik

Bismillah...


Tidak dapat dipastikan bilakah rasisme bermula. Namun penyiksaan Firaun dan pengikutnya ke atas bangsa Qibti di Mesir mungkin antara peristiwa awal yang menunjukkan sikap rasis yang ekstrem menjadi asas kepada pemerintah yang kejam. 

Dalam sejarah Islam, antara peristiwa sejarah yang menampilkan anasir rasisme ialah peristiwa di mana Abu Dzar radiyallahuanhu menghina Bilal bin Rabah radiyallahuanhu atas dasar perbezaan warna kulit. Sehingga Nabi saw menempelak sikap Abu Dzar dengan sifat jahiliyah.

Dalam sejarah moden kita melihat bagaimana sikap pengikut ideologi Nazi yang terlalu taksub kepada bangsa sehingga menghalalkan darah bangsa selainnya. Begitu juga kejadian Apartheid di Afrika Selatan, Holocaust di Eropah, Transatlantic Slave Trade di Amerika Syarikat dan Rubber Booms di Amerika Selatan.

Sejarah terus mencatat bahawa rasisme akan terus digunakan atau mungkin lebih sesuai 'dipergunakan' untuk mencapai kepentingan politik dengan menghalalkan semua cara termasuk menindas dan mencabul hak asasi bangsa lain.

Mengambil kira 'racial tension' atau ketegangan kaum yang sedang melanda Malaysia pada ketika ini, adalah tidak menghairankan kerana apa yang berlaku hanyalah pengulangan terhadap sejarah. Kaum zalim dan penindas akan terus menggunakan modal yang sama demi 'political survivor' atau kelangsungan politik mereka.

Klaim tentang 'supremacy' bangsa Melayu ke atas bangsa lain diulang-ulang sehingga lahirlah kelompok Ultra-Melayu seperti Perkasa dan Jalur Tiga atau Jati. Kelompok ini dibiarkan bebas mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berunsur rasis tanpa diambil tindakan di bawah Akta Hasutan.

Keadaan menjadi semakin membarah apabila ada di kalangan ahli politik, alim ulama dan tokoh masyarakat turut melaung-laungkan slogan perkauman untuk merasionalisasikan agenda masing-masing. Seolah-olah mereka kebal daripada semua tindakan undang-undang. Amat menghairankan!

Allah mencipta manusia bersuku-bangsa supaya saling kenal-mengenal dan hidup harmoni. Saling bantu-membantu dan saling berkasih-sayang. Manusia ialah makhluk sosial yang memerlukan antara satu sama lain. Apa yang membezakan setiap manusia ialah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Kepelbagaian kaum di Malaysia adalah keunikan yang perlu diraikan dengan sikap saling hormat-menghormati dan bekerjasama. Usaha-usaha ke arah membina perpaduan dan kerjasama antara kaum perlu diperkasakan. Penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara merupakan inisiatif yang sangat baik ke arah memperkasa perpaduan nasional.

Peranan kumpulan seperti Negara-Ku untuk menyatukan semua rakyat Malaysia berdasarkan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan perlu disokong dan didukung. Agenda kerjasama kaum dan perpaduan nasional perlu kepada partisipasi semua pihak termasuk kerajaan, pembangkang, badan bukan kerajaan dan setiap rakyat Malaysia.

Ingatlah, Malaysia ini adalah milik kita bersama. Marilah sama-sama kita ketepikan perbezaan dan bersatu membina Malaysia yang lebih baik. Katakan TIDAK kepada rasisme! 

Kuchiyose no jutsu! Habis dah...
Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template