Ketika duduk sorang2 berfikir mengenai masa depan, teringat sebuah kisah di masa lampau. Kisah sebuah program yang sangat menarik dan best untuk dikongsi bersama. Program ketika aku tahun satu di UTM. Ermmm...sem satu ke dua aku dah tak berapa ingat.
Kami beberapa ikhwah dari utm baru je cuba mengembangkan dakwah di utm. Awal-awal lagi, naqib aku dah menekankan kepada kami semua untuk bermujahadah. Aku yang tiada kenderaan ni memang selalu la mujahadah. Untuk pergi ke halaqah, aku perlu berjalan kaki dari bilik aku di blok M16 KTDI (Kolej Tun Dr. Ismail) ke MSI (Masjid Sultan Ismail) yang pada perkiraan aku sejauh hampir satu kilometer melalui celah-celah bangunan makmal FKA (Fakulti Kejuruteraan Awam). Halaqah akan start pukul sebelas dan sesiapa yang lewat dikehendaki pump-in sebanyak minit yang terlewat. Minimum 'iqab (hukuman) pump-in yang dikenakan adalah lima kali. Tapi jarang aku terlewat sebab selalunya terus Isyak di sana. Dan di dalam halaqah, ada lagi 'iqab-'iqab yang dikenakan jika mutaba'ah 'amal (amalan fardi yang disepakati bersama-sama di dalam halaqah untuk dilaksanakan dalam tempoh seminggu) tidak cukup. Biasanya 'iqab yang dikenakan adalah hafalan surah-surah yang ditetapkan oleh naqib. Alhamdulillah, aku berjaya menghafal surah Al-Waqi'ah, Al-Mulk dan As-Soff setelah di'iqab.
Dalam satu halaqah, kami di"perintah"kan untuk pergi ke Perlis untuk ber"daurah" bersama-sama ikhwah di sana. Dengan jiwa sami'na wa ato'na (kami dengar dan kami ta'at), kami enam orang ikhwah utm bergerak ke Perlis dengan menaiki bas. Tabung halaqah terpaksa di"pecah"kan untuk membiayai tambang bas. Alhamdulillah, duit yang ada mencukupi hasil duit infaq mingguan sebanyak RM8 iaitu RM1 sehari duit infaq harian (untuk kegunaan program-program luar utm) plus RM1 seminggu duit infaq halaqah (untuk program-program dalam utm). Selain itu, setiap awal semester, kami akan mengeluarkan infaq semester iaitu 2.5% daripada duit bersih yang didapati daripada pinjaman dan biasiswa.
Perjalanan ke Perlis sangat memenatkan. Cuti hujung minggu kami terpaksa dikorbankan. Kebanyakannya di dalam bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 hingga 11 jam. Kami bertolak pukul 930 malam hari jumaat dari Taman Sri Putri dan sampai di stesen bas Kangar pukul 830 pagi hari sabtu. Memang penat tapi best. Best sehingga hilang rasa penat. Sampai je, kami menaiki teksi untuk ke tempat program iaitu di Masjid Negeri, Arau. Sesampai je di sana, rasa nak baring je terus bila tengok karpet masjid tapi bila melihat ikhwah-ikhwah terus tak jadi. Sambutan hangat daripada ikhwah-ikhwah, kebanyakan belajar di USM menyebabkan aku rasa sungguh bersemangat untuk meneruskan program ni.
Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas berkaitan aktiviti-aktiviti program. Kemudian, sesi ta'aruf (perkenalan) diadakan. Terasa kehangatan ukhuwwah apabila ikhwah-ikhwah yang baru saja dikenali tetapi sangat mesra dan baik seolah-olah rakan sepermainan sejak kecil. Di situ, aku belajar betapa besar nikmat ukhuwwah yang Allah berikan. Berkawan atas dasar iman sangat besar nilainya. Tidak pernah meminta hak malah sentiasa menunaikan hak saudaranya tanpa perlu diminta. Selepas itu, ada sedikit pengisian sehingga ke tengah hari dan waktu makan pun tiba. Perut yang lapar belum diisi sejak pagi berbunyi pelbagai irama minta diisi. Makanan yang ada ternyata tidaklah terlalu banyak. Memang cukup sekadar 4 hingga 5 orang satu talam. Sekali lagi, ukhuwwah diuji. Ternyata masing-masing itsar (mendahulukan kepentingan saudara melebihi diri sendiri) terhadap saudaranya. Masing-masing berlumba mencari kebaikan. Sungguh, sebuah fenomena yang sukar dijumpai di mana-mana pun kecuali di sini!
Selepas solat zohor, kepala terasa berat seolah-olah menjunjung baldi berisi air. Namun, semangat perlu dikuatkan kerana diberitahu akan menjalani slot yang sangat menarik selepas ini. Dan memang sangat menarik. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan; A dan B. Aktivitinya adalah pergi ke dua tempat iaitu Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang mana sekarang dikenali sebagai Universiti Malaysia Perlis (UMP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Caranya adalah, berjalan kaki dari Masjid Negeri Arau ke Stesen Bas Kangar kemudian naik bas ke tempat yang dituju. Sampai je di sana, dikehendaki buat ta'alim ringkas dan cuba untuk wujudkan "connection" dengan sesiapa yang dirasakan berpotensi. Kemudian balik semula ke stesen bas dan jalan kaki ke Masjid Negeri sepertimana pergi tadi. Bagaimana nak masuk ke dalam universiti? Bagaimana nak ajak orang ke ta'alim? Duit untuk tambang bas dan lain-lain? Semuanya sendiri mau ingat. Memang mujahadah tapi best.
Kalau ikutkan nak je bagi alasan penat. Memang panas "gila" masa tu. Lepas zohor. Tengah hari. Matahari atas kepala. Jauh "gila". Jarak Masjid Negeri Arau ke Stesen Bas Kangar memang jauh. Tak kurang dari 10 km. Mungkin 11 atau 12 km. Kalau tak silap, masa Perang Tabuk dulu, macam ni la kot perasaan Ka'ab bin Malik bila Nabi saw suruh bersiap untuk berperang. Tapi aku tak boleh nak banding sebab Perang Tabuk tu lagi "hyper" susah. Perlukan mujahadah yang "super" tinggi.
Dan bermulalah perjalanan merentasi "padang pasir" bumi Perlis. Jauh berjalan luas pemandangan banyak pengalaman. Sangat menarik. Ketika berjalan di tepi jalan raya tu beramai-ramai bersama ikhwah-ikhwah (mungkin dalam 30 orang kot), macam-macam yang kami bualkan. Persaudaraan dirasakan semakin erat. Siapa yang membawa bekal air akan menghulurkannya agar semua dapat menghilangkan penat dahaga. Apabila berjumpa peniaga yang menjual air di tepi jalan, kami cepat-cepat berhenti untuk sama-sama menghilangkan penat kemudian meneruskan perjalanan bersama-sama. Pernah suatu ketika, kami melalui sekatan JPJ. Ketika sampai di hadapan pegawai JPJ tu, mereka bertanya "Ada program apa ni?". Kami hanya menjawab "Saje je excercise. Hehe", kemudian terus berlalu pergi kerana kami mengejar masa. Kami perlu sampai ke Masjid Negeri setelah menyelesaikan semua tasks sebelum subuh esok.
Kami bertolak dari Masjid Arau sekitar pukul 245 pm dan sampai di stesen bas Kangar pukul 6 pm. Setiap kilometer sekitar 20 minit. Alhamdulillah, kumpulan aku (bukan aku ketua) berjaya menaiki bas terakhir ke KUKUM pada petang itu. Kami terpaksa menyamar sebagai pelajar KUKUM kerana tiada bas lain yang pergi terus ke KUKUM. Alhamdulillah, pakcik driver bas tu sangat baik hati. Sampai di KUKUM, masih awal lagi sebelum maghrib. Kami masuk ke dalam seolah-olah kami pelajar KUKUM. Mujur tidak ada pak guard yang menahan. Masuk ke dalam, kami mencari surau untuk dijadikan "port" ta'alim. Selepas maghrib, kami berbincang strategi untuk mengajak orang ke surau. Jadi, rancangannya adalah ziarah dibuat selepas isyak dan ta'alim pada pukul 10 pm di surau.
Nak menemui orang yang tak dikenali memang memerlukan kita untuk membuang semua ego dan rasa malu. Dan yang paling penting, bersedia dari aspek mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Rasulullah saw yang amat mulia begitu tegar menghadapi pelbagai cacian, kata-kata kesat, disakiti malah diancam bunuh. Kita yang hina ni tak sepatutnya takut. Alhamdulillah, sepanjang ziarah tu tiada ikhwah yang cedera dipukul dan sebagainya. Yang ada mungkin dihalau dari masuk ke dalam rumah (asrama KUKUM) macam aku dan subgroup aku. Takpela.
Melihat suasana pelajar-pelajar di KUKUM terutama bilik-bilik yang sempat aku ziarahi, amat mengecewakan. Ketika azan berkumandang, masih terdengar hiruk-pikuk jeritan. Bilik-bilik berselerak. Ada yang sudah nak habis waktu maghrib tapi masih belum mandi malah belum juga solat maghrib. Yang main game terus asyik sedang waktu solat dah nak habis. Yang solat pula, hanya "sekadarnya", dengan pakaian yang tidak terurus, tempat solat yang bersepah dan kain "dari mana entah" yang dijadikan sejadah. Jika mahu berjumpa girlfriend@gewe@makwe pasti akan mengenakan "smart attire" lebih daripada apa yang dikenakan ketika mahu solat. Seperti itukah layaknya Allah SWT diperlakukan? Jika ditanya dan dikatakan begitu, malah balik kita dimarahi. Dan aku yakini bahawa hal itu terjadi di mana-mana. Bukan hanya di KUKUM.
Dan hasil ziarah dapat diagak. Memang mengecewakan tapi itulah hakikat dakwah. Teorinya, fitrah semua manusia adalah Islam. Semua amat mengasihi Islam. Semua cintakan Islam. Semua ingin beramal dengan Islam. Namun, medan amal tidak sama dengan medan lisan. Medan praktis tidak pernah sama dengan teori. Itulah yang membentuk pengalaman. Orang yang sekadar berteori tidak akan pernah merasai manisnya beramal walaupun hakikatnya jalan yang dilalui itu penuh kesakitan, kata-kata cacian, maki-hamun dan kematian. Iman kami mungkin terlalu nipis sehingga Allah SWT hanya menguji kami dengan ujian-ujian yang kecil. Lalu, bagaimanakah agaknya iman orang-orang yang hanya mampu berteori di dalam daurah-daurah tertutup dengan aircond yang nyaman, meja kerusi, projektor skrin LCD dan makan diberi? Malah masih mampu untuk bergelak ketawa secara berlebihan. Siapakah yang sanggup terjun ke medan amal yang luas tanpa sempadan dengan segala ujian dan cabaran?
Setelah selesai majlis ta'alim, kami bergegas untuk menaiki bas terakhir ke stesen bas Kangar iaitu pada pukul 11 pm. Ketika sampai di stesen bas, jam hampir pukul 12 tengah malam. Semua keletihan. Kami perlu berjalan kaki selama lebih 3 jam lagi untuk sampai ke Masjid Negeri Arau. Dalam perjalanan balik itu, kebanyakan ikhwah sudah hilang kudrat. Ada yang berjalan terhoyong-hayang akibat terlampau letih. Ada yang duduk di tepi jalan sehingga tertidur lalu dikejutkan ikhwah lain. Ada yang tidur di perhentian bas. Ada yang tidak mampu lagi berjalan kerana kaki terlalu lenguh. Di tambah malam yang sejuk menyebabkan badan seolah-olah kehabisan cecair elektrolitnya. Tambahan pula tiada peniaga air di pagi-pagi buta sebegini. Tiada bekal air yang tinggal.
Aku dan beberapa orang ikhwah yang lain sampai hampir pukul 4 pagi. Sesampai saja, terus sujud syukur. Betapa besarnya nikmat Allah yang telah memberi kekuatan kepada kami untuk melalui semua perjalanan dan pengalaman ini. Selepas itu beberapa ikhwah lagi terus sampai secara berturutan. Solat sebentar dan terus tidur. Solat subuh dalam keadaan mengantuk yang teramat sangat. Selepas subuh, kami diberitahu ada beberapa ikhwah yang masih belum sampai. Kordinator program terus pergi mencari ikhwah-ikhwah yang terlibat. Akhirnya mereka selamat sampai tetapi dengan menaiki kereta. Salah seorangnya melecet teruk kakinya kerana terlalu lama dan jauh berjalan. Oleh kerana badan beliau agak besar, kakinya tidak mampu lagi berjalan. Dua orang ikhwah lagi terpaksa memapah ikhwah ni. Beberapa kali mereka menasihati ikhwah ini agar meminta bantuan agar dibawa menaiki kereta tetapi ikhwah ni sangat bersemangat untuk menghabiskan tugas ini walaupun terpaksa menanggung kesakitan yang amat perit. Akhi, semoga Allah SWT merahmatimu. Sesungguhnya jalan dakwah ini sangat panjang dan sukar. Tugas dakwah ini tak mungkin dipikul oleh orang-orang yang manja dan bermudah-mudah!
Selepas subuh, program diteruskan dengan slot pengisian dan bengkel sehingga tengah hari. Walaupun penat melampau tapi kami terus bersemangat untuk menghabiskan program ini. Kami sempat singgah sebentar di USM Transkrian untuk menziarahi ikhwah-ikhwah di sana sebelum menaiki bas untuk pulang ke Skudai, JB pada sebelah malamnya. Dalam bas pulang itu, semua orang terus tidur sehinggalah sampai ke JB. Walaupun penat tapi puas. Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Wallahua'lam.
p/s - bila lagi agaknya dapat merasai pengalaman macam ni???
About Me
- ibnu yazid
- Taiping, Perak, Malaysia
- menulis untuk kurangkan stress dan tension
Label
- Bedah Buku (27)
- dari hati... (20)
- dari pena penulis... (74)
- Hadis (8)
- Hiburan Itu Indah (7)
- I Think (11)
- Islam dan Sains (3)
- isu-isu semasa Islam (15)
- Jihad (6)
- Karutan Ilmiah (12)
- ketidakpuasan hati (13)
- Lain-lain (25)
- Pembangun jiwa (15)
- pengalaman hidup (11)
- Self-Introspection (70)
- Sirah (4)
- suka hati aku nk tulis apapn (11)
- Tazkirah (34)
- Video (7)
- Video Tutorial (1)
Monday, March 02, 2009
Daurah Askariyyah
shinobi ibnu yazid on 23:13
jutsu dari pena penulis...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blogosphere
-
-
-
-
Antara dua pilihan3 years ago
-
-
-
-
Cinta itu sentiasa ada persoalan …6 years ago
-
-
-
Jangan putus asa8 years ago
-
-
EXPRESS 201410 years ago
-
Beberapa Prinsip Dalam Menghukum10 years ago
-
MAHUKAN MP3?10 years ago
-
Menulis kembali11 years ago
-
Eh eh. Blog Usang.11 years ago
-
Knowledge VS Wealth11 years ago
-
AlQuran VS ASME11 years ago
-
-
Taat pada pemimpin yang zalim11 years ago
-
-
-
M U J A H A D A H12 years ago
-
JOM! RAIKAN FITRAH KITA12 years ago
-
Keagungan Sabar12 years ago
-
-
Gambaran Ustazyatu Alam (Satu Dialog)13 years ago
-
-
-
kuburan malam14 years ago
-
Tinta Da'awi14 years ago
-
Aku Pijak di Medan Bumi14 years ago
-
The Divine Book15 years ago
-
-
-
-
1 shuriken:
it suit you well.. :D
Post a Comment