Wednesday, March 25, 2009

Kenapa ye? 4 (Last)

Pada post yang lepas, aku cuba sampaikan tentang perasaan kita terhadap islam yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita ini. Bagi aku, merasai ini merupakan anugerah adalah lebih lembut dan mudah diterima daripada merasainya sebagai taklif (tanggungjawab). Walaupun pada hakikatnya, islam merangkumi kedua-duanya.

Islam sendiri bermaksud tunduk patuh kepada Yang Maha Pencipta. Kepatuhan total yang melibatkan penyerahan diri sepenuhnya tanpa sebarang keraguan. Melaksanakan semua yang diperintahkan dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Meninggalkan semua yang dilarangNya tanpa kompromi. Islam menuntut semua itu daripada jiwa-jiwa yang siap melaksanakannya tanpa perasaan lemah dan ragu-ragu.

Betapa besar anugerah yang diberikanNya. Begitulah besar tanggungjawab kita untuk menyebarkannya. Semua orang perlu sedar akan tanggungjawab ini. Ia bukan tugas jabatan agama, mufti, ustaz-ustazah dan penceramah bebas semata-mata. Ia tugas semua yang mengaku dirinya muslim. Ikrar (pengakuan) tanpa tahqiq (realisasi) ibarat pokok yang tidak berbuah. Kegagalan memahami hakikat islam itu sendiri menyebabkan ramai yang melalaikan tanggungjawab ini. Allah taala berfirman,

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak laksanakan? Amat besar kemurkaan Allah kepada orang yang mengatakan sesuatu yang tidak dilaksanakannya."
(QS As-Soff: 2-3)

Umat islam hari ini ditipu dan terus tertipu. Mereka merasa telah islam dengan melaksanakan ibadah solat, zakat, haji dan puasa sahaja. Mereka meninggalkan pelbagai kewajiban lain akibat ketidaktahuan dan tidak mahu ambil tahu. Inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh islam. Merosakkan pemikiran para muslim khasnya para pemuda dan pemudinya. Hasilnya, lihatlah sekeliling kita sekarang atau lihatlah diri kita. Kita lebih suka mengagungkan budaya barat dengan hiburan melampau dan pemakaian yang tidak menepati syariat islam. Musuh-musuh islam berjaya.

Ingatlah, kita tidak akan merugikan Allah sedikitpun dengan kekufuran kita malah tidak menambah sedikitpun kekuasaanNya dengan keimanan kita. Kita yang menentukan apakah balasan untuk diri kita. Syurga atau neraka?

Aku serukan kepada diriku dan sesiapa yang membaca tulisan ini, ayuh! Marilah bersama-sama kita kembali kepada islam. Kita format segala virus jahiliah di dalam hati dan fikiran kita. Kita install tujuan utama hidup kita iaitu sebagai hamba Allah dan juga khalifahNya. Kita tingkatkan performance dengan amal-amal qawi. Cantikkan appearance dengan akhlak-akhlak islam yang indah. Dan yang paling penting, pastikan "wifi connection" dengan Yang Maha Pengasih sentiasa excellent dengan memperbanyak zikir, istighfar dan tahlil.

Wahai pemuda dan pemudi! Kita ada tanggungjawab yang lebih banyak dari masa yang kita ada. Jika kita hitung 24 jam yang kita ada dalam sehari dan bandingkan dengan pelbagai kewajiban yang perlu kita laksanakan, pasti kita akan memohon kepada Allah agar dilambatkan putaran bumi.

Kita sering menyibukkan diri dengan perkara-perkara kecil dan tidak penting sehingga fokus dan energi kita dibazirkan sia-sia. Jika kita memahami dengan baik tujuan hidup kita, nescaya kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhinya sebelum nyawa berpisah dari jasad.

"Maka berlumba-lumbalah kamu melaksanakan kebajikan"

Jadi, aku rasa, cukuplah setakat ini saja siri "Kenapa ye?". Aku hanya menyampaikan peringatan yang tak lain adalah kepada diri aku sendiri. Jiwa yang lemah tidak akan mampu memikul amanah yang besar sebegini. Hisablah dirimu sebelum menghisab orang lain. Engkau tidak lain hanyalah setitis air yang hina. Aku mengharapkan doa-doa daripada semua agar Allah terus memelihara langkahku di atas jalan dakwah ini. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua inshaAllah.

Wallahua'lam

4 shuriken:

Anonymous said...

pengisian yg bgus..terima kasih sbb menyedarkan....

ibnu yazid said...

inshaAllah matt..
apa yg baik datang drpd Allah dan segala kesilapan datang dr kelemahan diri ini..
dgn perintahNya kita saling mengingati

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat kpd orang2 beriman" (QS 51:55)

Unknown said...

salam.. bukan kita tertipu.
kita yang biar ditipu.
ditipu dengan banyak ibadah solat dll.
sedangkan kekhusyukan, pengamalan akhlak yang baik, tak dititik beratkan..

bersama kita bersedar.

ibnu yazid said...

smg Allah sentiasa memelihara kita krn syaitan dan nafsu sentiasa mencari peluang utk menjerumuskan kita ke dalam kebinasaan.

inshaAllah.

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template