Bismillah...
p/s gambar di atas hanya hiasan semata-mata. tiada kaitan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. ngeh3...
Kenapa pilih utm?
Sebab utm "power" dalam engineering.
Sebab apa pilih kos X?
Peluang kerja banyak. Senang sket nak dapat keja lepas grad nnt.
Pertanyaan stereoplate dengan jawapan klise. Jarang nak jumpa orang jawab;
Demi menegakkan Islam. Kita perlu meramaikan pakar Islam dalam bidang kritikal macam ni.
Andaikata dijawab sebegitu, pasti akan merasa kagum giler. Bagaimana nak mendidiknya sehingga berfikiran macam tu?
Ketika ukuran material menjadi benchmark dalam prestasi. Untuk dapat keja besar, pastu nak beli keta sport (Subaru Impreza?), beli rumah, kawin, sara anak bini, etc pastu mati. Alhamdulillah. Husnul khatimah.InsyaAllah.
Kekaguman pada harta petanda hati masih cintakan dunia. Diam terhadap maksiat yang terang adalah petanda takut mati. Kedua-duanya tercantum dalam apa yang disebut Rasulullah saw sebagai al-Wahn. Penyakit hati yang membunuh ramai orang yang tidak sedar. Ia hidup tapi mati. Mengaku kalah sebelum berperang. Malu berbuat kebaikan sedangkan tidak segan-segan bermaksiat kepada Allah. Akukah itu?
Melihat semangat adik-adik yang baru memulakan langkah di utm mengingatkan aku masa pertama kali melangkah ke utm. Semangat yang membara, fokus, ingin menjadi yang terbaik, memulakan perkenalan, berukhuwwah, memberi bantuan dan sebagainya. Menjadi mahasiswa sebuah universiti premier engineering sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan.
Tapi aku sedar, aku memikul beban yang sangat besar. Bukan hanya harapan kedua ibubapa tetapi juga masyarakat dan negara. Malah, matlamat lebih besar adalah menjadi harapan Islam untuk mengembalikan kegemilangannya. Sebagai generasi pemuda islam, aku memikul beban untuk memartabatkan islam ke tempat yang sepatutnya. Menjadi contoh kepada orang lain. Kerana ukuran kejayaan bukan sekadar pointer, sijil dekan atau anugerah canselor.
Dulu senior aku cakap, masa student ni adalah training time. Dah graduate nanti barulah kita masuk medan yang sebenar. Harap korang faham maksud aku. Kita tak boleh expect apa akan terjadi at near future. Seseorang mungkin hebat semasa kat uni tapi bila graduate terus menyepi. Itulah realiti. Kena training betul-betul. Jangan jadi macam Malaysia. Nak lawan dengan MU tapi training 10 hari je. Bajet power la tu. Hehehe. Ke dah tau nak kena belasah? Mungkin gak.
Tempoh satu semester lagi di utm (insyaAllah, doakan aku yer). Ada seseorang tanya, apa plan aku lepas ni? Sambung master insyaAllah. Tengokla macam mana. Nak menghadapi masyarakat kat luar yang agresif memerlukan training super intensive. Bukan sekadar segulung ijazah dari sebuah uni premier tapi akhlak dan kepimpinan. Semoga degree yang digenggam tu menjadi bekal untuk mendapatkan sokongan masyarakat. Orang yang ada duit mungkin dihormati sehingga duitnya habis. Tapi orang yang ada ilmu, akan dihormati sampai bila-bila insyaAllah. Amanah ilmu tu besar so kena ingat betul-betul.
Kepada adik-adik freshies (jika ada yang baca) atau senior sophomores, tugas kita di uni bukan sekadar belajar. Itu adalah tuntutan islam kepada setiap penganutnya. No exception. Dah memang masuk uni so kenala belajar kan.
Sebagai pemuda islam yang dianugerahkan oleh Allah dengan nikmat untuk belajar di uni, bersyukurlah dengan melaksanakan semua perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Gunakanlah ilmu yang dipelajari itu untuk islam. Kembalikan izzah islam. Rebutlah peluang-peluang untuk menambah ilmu tentang islam. Kerana cabaran semakin besar. Kalau orang-orang kristian sanggup spend masa every week untuk tunaikan kewajipan "usrah" diorang, kenapa kita tak boleh? Kalau diorang sanggup berhempas-pulas mengajak adik-adik, sahabat, senior untuk join program-program kristian, kenapa kita masih bermalas-malas nak ajak orang ke arah islam? Or kenapa kita sendiri masih tak mahu join program-program islam? Kita malu mengaku sebagai muslim? Ke mana izzah sebagai penganut agama al-Haq?
Ingat motto utm; Kerana Tuhan Untuk Manusia
Kita taknak jadi robot ok?
0 shuriken:
Post a Comment