Monday, July 27, 2009

Terima Kasih Perempuan Bertudung Labuh!

Bismillah...

[Stesen Komuter Serdang 11:15 pagi Jun 2008]

"Screeeeettttt", pintu tren LRT terbuka.

Aku melangkah masuk. Aku perhatikan jika masih ada kerusi yang kosong. Maklumla sekarang waktu puncak. Ramai orang prefer menggunakan LRT berbanding pengangkutan awam yang lain. Selain mudah untuk sampai ke destinasi tujuan, ia juga amat menjimatkan.

Aku masih dalam tempoh latihan industri di Agensi Nuklear Malaysia. Ambil masa cuti hujung minggu untuk mencari dan membeli buku di Fajar Ilmu Baru di Wisma Yakin. First time pergi ke situ semasa semester ke-2 di KMPk. Ada daurah di Damansara, jadi singgah sebentar untuk membeli buku kat situ. Dulu dikenali dengan Pustaka Indonesia. Sekarang aku masih lagi senang untuk menyebutnya sebagai Pustaka Indon.

Oleh kerana tiada tempat duduk, aku terpaksa berdiri memegang tiang di depan pintu tren tu. Aku perhatikan orang-orang di sekeliling. Semua sibuk dengan hal masing-masing. Aku agak lemas sebenarnya. Mungkin kerana terpaksa bersesak-sesak dalam tren tu bersama-sama dengan pelbagai karenah penumpang yang lain. Macam-macam ragam manusia. Itu semua membuatkan weltanschauung aku bertambah.


Aku perhatikan gelagat seorang demi seorang penumpang dalam gerabak yang aku naiki. Aku cuba mencari ibrah untuk setiap pengalaman yang aku kutip. Aku melihat kebanyakan manusia tak beruntung seperti aku pada saat ini. Aku bersyukur. Aku yakin, walaupun pada zahirnya mereka begitu tetapi semua manusia inginkan kebaikan. Kebaikan adalah fitrah insani. Tapi biasanya dalam setiap perjalanan mesti aku bertemu dengan sebuah pengajaran yang aku akan ingat sampai bila-bila. Dan termasuk dalam perjalanan ini.

Aku perhatikan ada seorang ibu dengan anak perempuan. Mungkin baru nak masuk tadika. Di sebelah ibu itu, ada seorang penumpang lain, perempuan bertudung labuh yang sedang khusyuk membaca sesuatu. Daripada raut wajah ibunya, aku dapat melihat kepenatan. Dia membiarkan anak perempuannya bermain-main di dalam tren tu. Sesekali dia cuba menarik tangan anaknya supaya duduk diam tapi tak diendahkan. Biasalah kanak-kanak memang macam tu. Jadi dia pun hanya membiarkan anaknya terus bermain.

"Adik, mari sini jap", tiba-tiba perempuan bertudung labuh tadi memanggil budak kecil tadi. Dia bertanya sesuatu kepada budak tersebut. Mungkin pertanyaan biasa kepada anak-anak kecil. Nama apa? Dah sekolah ke belum? Atau mungkin juga sekadar sembang-sembang untuk menghiburkan budak kecil tu. Aku tak dengar sebab bunyi tren ni agak kuat. Berdasarkan pengamatan, aku berhipotesis bahawa perempuan bertudung labuh ni seorang pelajar universiti terdekat (UPM, UKM atau UM) dan seorang akhawat.

Lepas tu aku dah tak hiraukan apa yang mereka lakukan. Kemudian tren berhenti. Aku perhatikan perempuan bertudung labuh tadi bangun dari tempat duduknya. Mungkin sudah sampai ke destinasi yang hendak dituju. Sebelum keluar, dia mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya.

"Adik, nah amikla", sambil menghulurkan satu bar coklat Cadbury kepada budak kecil tadi. Aku melihat kegembiraan jelas terpancar di wajah ibu dan budak kecil tadi. Berulang kali dia mengucapkan terima kasih kepada perempuan bertudung labuh tu. Kelihatan dia begitu menghargai sebuah pemberian kecil tersebut. Mungkin orang-orang di sekeliling yang memerhatikan peristiwa itu turut merasai perasaan yang sama.

"Dengar cakap ibu ok. Jangan nakal-nakal tau." mungkin itu yang dikatakan kepada adik tu sambil mencubit pipinya. Kemudian dia keluar.

Aku kagum. Aku cuba check dalam beg aku tapi tiada apa-apa. Yang ada hanya buku bacaan dan Al-Quran yang memang ke mana-mana pun aku bawa. Nampaknya aku perlu menambah list barang yang perlu dibawa ketika pergi jalan-jalan.

Hari ni aku belajar sesuatu yang sangat besar. Sebuah aplikasi praktik yang diterjemahkan dari sebuah iman. Aku belajar bagaimana sebuah perbuatan dapat mengubah persepsi. Aku belajar hidup ini perlu sentiasa mencari peluang berbuat baik. Aku belajar erti hidup pada memberi. Aku belajar teori aksi-reaksi Newton.

Terima kasih kepada perempuan bertudung labuh!


p/s Cerita ni tak habis lagi sebab aku tak sampai Pustaka Indon lagi tapi aku tak rasa nak sambung dah.

4 shuriken:

ShiM@_SMiLeY said...

salam paley..
wow..sgt menarik cite akhawat bertudung labuh ni..byk nilai yg ingin disampaikan di sebalik perlakuannya...smoga Allah membuka pintu hati kita yg memandang...

ibnu yazid said...

wslm.
haha, saja je tulis bila teringat pengalaman masa praktikal kt KL tahun lps. tp kesannya sgt terasa. insyaAllah, smg bermanfaat.

Anonymous said...

perempuan tudung labuh..memang lain dari yang lain...

CyberTaz said...

macam scene dari AAC...

cuma lebih alami...

leh buat novel lepas nei..

Template by - paley_11 | Daya Earth Blogger Template